"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 27 April 2009

Jom Celik

Assalamualaikum


Harap semua sihat...ceria bersemangat. Terutamanya kepada sahabat-sahabat seangkatan untuk menyelesaikan perjuangan di medan final..hehe. Saya masih ada baki satu kertas...6hb..huhu..lama tu..penantian 1 penyiksaan..tapi takpe...ada hikmahnya..kan2? hehe



Hurmm...saya terpanggil dengan keluhan hati seorang sahabat lama...dia kata...sedih..lihat rakan-rakan muslimat yang dah tukar imej sejak tinggalkan sekolah...benar, saya akui....dan apa yang saya boleh katakan ialah ia terjadi dari galakkan keluarga sendiri!!! Kenapa saya cakap macam tu?


Cuba anda nilai ayat-ayat ini

"ayah tak kira, suka ke tak suka...kamu mesti masuk sekolah agama"

(ambil membakar hujung rokok)

"ibu rasa tudung kamu ni macam panas je, takpa lah..sepupu-sepupu je..kamu pakai nanti je, bila kat asrama.ye?"

(sambil membetul-betulkan rambut di hadapan cermin kereta)

"dik, kakak taknak lah jalan sebelah kamu. malu la...nanti orang kata akak jalan dengan ustazh"

(sambil berusaha membetulkan baby t-shirt yg sendat )


Ha, macam mana ni? mana taknye...dapat sahaja peluang. Dia akan ikut rentak orang disekeliling. Lebih-lebih lagi ada yang rasa sangat-sangat terpaksa masuk sekolah agama, tambahan pula berasrama. Walaupun macam-macam usaha murni ustaz dan ustazah kat sekolah dalam membentuk sahsiah para pelajar. Namun bila hati dah keras, rasa sangat-sangat ingin memberontak, remaja pulak tu...macam curah air kat daun keladi jela..


Tapi memang tak adil kalau saya kata hanya itu sahaja yg mendorong sesetengah dari kita tukar imej. Faktor utama sebenarnya adalah diri sendiri!!! seseorang yang bijak seharusnya CELIK dalam menilai yang mana yang baik, dan yang mana yang buruk. Jelas dan nyata Allah meminta para muslimin dan muslimat jaga pemakaian agar terpelihara peribadi. Ramai juga yang sangat tahu hakikat penjagaan adab berpakaian, buktinya? rasa malu bila terserempak dengan bekas-bekas ustaz dan ustazah yang pernah mengajar mereka di luar sekolah. Buat-buat tak kenal.


Sebelum ini saya ade berkongsi 1 entri di bawah tajuk AURAT : persepsi dari pelbagai perspektif klik disini


Hmm...namun jangan jadi bias ya..wahai sahabat lama...bukan rakan muslimat sahaja yang bertukar imej. Rata-rata rakan muslimin juga begitu..Aku juga bukan manusia kebal....sambil mengingatkan diri...tiba-tiba teringat pada kata-kata Dr. Halim masa kuliah hari tu...benar-benar terkandung 1001 yang tersurat dan tersirat.aku terjemahkan dalam minda seperti ini "wahai para daie, jangan anda mendabik dada....anda bukan manusia kebal...sama taraf di mata Allah...ujian boleh diberikan kepada siapa pun yang dikehendakiNya...terutamanya dalam soal cinta insani...jangan anda rebah mengalah pada nafsu, cinta itu fitrah mengasyikkan sehingga ramai yang benar-benar hanyut"...


Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) Yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan Anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan Yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (Luqman : 33)


Akhir kalam letakkan ini sebagai matlamat "Aku tiada siapapun kecuali Allah di hatiku, dengan kasih sayangnNYA aku di sini, dengan kasih sayangNYA ibu dan ayah menyayangiku, dengan kasih sayangNYA aku dapat merasa nikmat Islam dan Iman, menikmati keindahan malam dan siangMU....Ya Rabbi...hanya cintaMU yang selayaknya memenuhi ruang hatiku"


Wallahualam

Tiada ulasan:

Powered By Blogger