"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 27 Februari 2009

soalan ke jawapan?

Salam alaik...harap semua bahagia selalu disamping insan-insan tersayang...

Kali ini saya nak bertanya...antara membuat soalan dengan menjawab soalan dalam peperiksaan...mana satu yang lagi susah???

Hehe...sangkaan saya selama ni jawab soalan exam tu susah...rupanya...nak gubal soalan pun boleh tahan rumitnya...yela...kena ikut cara dan kaedah yang betul dan saksama...bukan bina soalan dengan melulu....

Pagi td masa kuliah KPPI ustaz minta kami semua cuba bina soalan-soalan mengikut aras dan domain yang telah ditetapkan....mula-mula macam stady lagi......beberapa minit kemudian dewan kuliah dah mula riuh....ustaz suruh kami berbincang....tapi boleh dikatakan kebanyakkannya pening2 lalat...hehe
"eh itu tak selaras dgn aras...eh yg ini tak selaras dgn domain"...haha...kelakar pulak tengokkn gelagat kami semua tadi...masing-masing kelam kabut mencuba bina soalan....

Mulai minggu dpn dan beberapa minggu seterusnya...kami semua diminta untuk duduk dalam kumpulan kami masing-masing dan gubal soalan dengan lebih rancak dan serius....yang siang tadi baru worm up je...hehe...

Tak tahu lah saya macam mana pula ragamnya untuk kuliah KPPI pada minggu-minggu akan datang.....macam meriah je...hehe...

Harap-harap kami dapat harungi kuliah ini dengan baik sampai akhir semester...

Dan satu lagi....dalam masa yg sama kami sedang dilanda dugaan dalam episod kembara kami yg sementara ....mencari sinar ilmu di tanah yg satu ini..semoga kekusutan yang melanda saya dan rakan-rakan seangkatan ini akan terlerai dengan jalan yang terbaik....samaada perlu "hijrah" ke tanah satu lagi atau pun tidak....setiap sesuatu ada hikmahnya...

Isnin, 23 Februari 2009

Ambil Iktibar


Assalamualaikum....

baru sebentar tadi...baru je....ada seorang kenalan yg hanya ku kenali menerusi dunia maya mengutarakan luahan hatinya yg protes terhadapku dan rakan-rakan yg seangkatan denganku...Allah yang menggerakkn hatinya dan menguatkan semangatnya utk menegur kekhilafan ku....ku akui setiap tegurannya...."benar, memang benar aku yang bersalah"....

Dan sebenarnya dalam diam-diam aku gemar membaca berulang kali kata-kata nya yg satu ini....mmg sangat gemar... sejak dahulu lagi "SIBUKKAN DIRIMU DENGAN KEBAIKAN JIKA TIDAK KAMU AKAN DISIBUKKAN DENGAN KEBATILAN"

Aku mengutuk diriku....kenapa selama ini hidup dalam bayang-bayang????

Aku perlu...perlu kotakan janji ini...pada diri ini....

Ku peringatkan lagi diri ini dengan potongan makna dari surah al-Baqarah : 216

".......................Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bgimu.Allah mgetahui,sedang kamu tidak mengetahui"

Aku perlu susun langkah perbaiki diri....terima kasih wahai insan menjadi jambatan ke hati yang satu ini...




Awak Senyum Tak Hari Ni???

Assalamualaikum....

Harap semua yang membaca mampu mengukir senyuman yang paling indah setiap hari..
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang sahabat lama...dia memang terkenal dengan sikap yang ramah dan happy go lucky....boleh dikatakan sesiapa sahaja yang bersua dengannya pasti akan turut tersenyum dan suka melihat keramahannya...Mungkin itu lah salah satu rahsia awet muda...tapi dari riak wajah yang ceria itu bukan semua orang dapat membaca luah bicara hatinya...hanya insan-insan yang dia percaya sahaja yang mengerti...lumrah manusia memang begitu....perlu jua menempuh ujian dan dugaan hidup yang kadang-kadang menuntut kesabaran dan ketabahan yang benar-benar kuat....





Disini saya nak berkongsi beberapa fakta berkenaan senyum yang saya temui...

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.





Jumaat, 20 Februari 2009

musuh dan teman

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.

Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya,
"Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"

Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh golongan

1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.

Khamis, 19 Februari 2009

seloka

Assalamualaikum....
harap-harap semua ceria-ceria la ye..
kali ni nak kongsi satu seloka yg saya dpt dari seorang kwn. walaupun bunyinya mcm kasar cket..tp penuh pengertian...


Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesion,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh esok mulai.

Rabu, 18 Februari 2009

~puteriku sayang~


Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya



Sabtu, 14 Februari 2009

MENGINGATI MAHA PENCIPTA JIWA AKAN MENJADI TENANG

"Sesiapa bertaqwa kepada Allah maka akan diberikan kepadanya jalan keluar" (Surah At-Talaq:2)

Assalamualaikum...
saye harap kalian sihat dan ceria2 selalu...jua sentiasa dilimpahi rahmat dariNya

pernah tak kalian menghadapi saat genting dalam hidup?
mesti pernah kn?...walaupun keadaannya berbeza tapi keadaan genting itulah yang mula buat kita benar-benar ingatkan kematian, ingatkan Yang Maha Berkuasa terkenangkan dosa-dosa lalu...

tapi kita tak boleh hanya mengingati Nya pada waktu-waktu getir aje...waktu bersenang-senag, waktu sihat wal afiat pun kita wajib ingat padaNya...kesimpulannya walau bila, dimana dan bagaimana pun keadaan kita....ketaqwaan perlu dipelihara...

agar di saat bahagia menjelma,
kita ikhlas mengungkap kesyukuran

agar di saat kebingungan,
akan dipermudahkan jalan keluar

agar di saat maut menjemput,
kita redha pada ketentuan yang Maha Mengetahui

dan agar di saat bibirmu tersenyum,
terasa kedinginan cinta Ilahi disanubari

pesanan ini ku nukilkan khas buat diri yang serba alpa ini dan juga buat kalian yg ku sayangi

Selasa, 10 Februari 2009

KU MOHON





Ya Allah.....hati ini memohon padaMU.....
kumohon ampunilah diri ini...
aku insan yang banyak melupakanMU..
aku insan yang banyak salah dan laku...
aku insan hina...


Ya Allah....hati hambaMU ini memohon...
hadirkanlah cintaMU di hati ini...
kasihanilah hati ini...

ku mohon...
hadirkanlah...
hadirkanlah...

ku mohon...
nikmat istiqamah..
nikmat iman
nikmat menjadi muslimahMU

amin ya rabbalalamin...

Isnin, 9 Februari 2009

~mencari cinta~

Album : Rahsia
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Bertemu cinta teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Dan tuk cintanya menerangi jiwa

*
Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta

Reff:
Oh, ku sangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah

Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta
Cinta agung-Nya

Sekian lama diri terlalai
Kehidupan terabai
O.. akhirnya aku temui kedamaian abadi

*jamak & qasar*

Solat Qasar


Maksud solat qasar bagi orang yang musafir ialah memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat ( Zohor, Asar dan Isya’ ) menjadi dua rakaat sahaja, dengan syarat ia masih lagi dalam musafir dan musafir itu bukan kerana maksiat (sesuatu yang dilarang oleh syarak) kerana solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang hanya dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Manakala solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan malahan ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.

Syarat-syarat solat qasar

  • Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  • Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah.
  • Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat Zohor, Asar, dan Isya’ sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak dibolehkan qasar solat qada’ dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di dalam musafir.
  • Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
  • Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam ( sempurna ).
  • Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
  • Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
  • Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Solat Jamak


Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat qasar, harus solat jamak. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ dalam satu waktu yang sama, samada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.


Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takkhir.

  • Solat Jamak Taqdim
    Jamak Taqdim dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.

Syarat-syarat Jamak Taqdim

    • Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya dilakukan solat Zohor dan Maghrib yang dikira solat yang pertama atau yang dahulu itu kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar dan Isya’ yang dikira solat kedua.
    • Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
    • Hendaklah berturut-turut atau mualat antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
    • Hendaklah ia berkekalan pada musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya dengan jadi mukim di antara dua solat itu.
  • Solat Jamak Takkhir
    Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah masuk waktunya dibawa ke solat yang kedua.

Syarat-syarat Jamak Takkhir

    • Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama, kerana jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
    • Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.


Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah, maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Ertinya ia boleh menjamakkan di antara dua solat serta mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut:
  • Menjamakkan dua solat fardhu tanpa qasar.
  • Menjamakkan dua solat fardhu dan qasar.
  • Mengqasarkan solat tanpa jamak iaitu mengerjakan solat Zohor, Asar , Isya’ dengan dua rakaat yang berasingan.

Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.

Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.

Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi.

Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hati, eloklah dikira dari 60 batu.

Solat bagi orang yang musafir ini ada tiga cara:

  • Jamak dengan qasar sekali.
  • Jamak sahaja tanpa qasar.
  • Qasar sahaja tanpa jamak.

Di antara dua solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. Solat Jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat.

Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna ( tamam ). Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi, maka selesailah solat jamak dan qasarnya. Ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara jamak dan qasar.

Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi, sekiranya ia hendak berhenti di situ selama tiga hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.

Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.

Apabila seseorang itu bermusafir kerana sesuatu maksiat, maka ia tidak diharuskan solat jamak dan qasar. Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat Jamak Takkhir hendaklah berniat lebih awal; jangan sampai waktu hendak baru berniat.

Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuannya. Jika ia tidak tahu ke mana hendak diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh jamak/qasar.

Orang yang musafir kurang dari tiga marhalah (90 batu) maka afdal solat sebagaimana biasa. Jika perjalanannya melebihi 90 batu, maka baginya lebih afdal mengerjakan solat jamak dan qasar.

Kemudahan solat jamak ( jamak sahaja ) juga diberikan kepada ahli karyah yang ingin mengerjakan solat berjemaah apabila hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kawasan yang biasa lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada awal kedua-dua solat dan di antara keduanya dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat kedua.

Ahad, 8 Februari 2009

~Bukan Kerana Nama~

ramli sarip
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Sabtu, 7 Februari 2009

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN 6 PERSIMPANGAN

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

sumber : kisah teladan

Jumaat, 6 Februari 2009

~Tamally maak ~

Tamally Maak (Im always with u) by Amr Diab

Tamally maak
We law hata ba eed any,
Fe alby hawak.
Tamally maak
tamally fe baly we fe alby
Wala bansak
Tamally waheshny,Low hata bakoon waiak.
Tamally maak
We law hata ba eed any
Fe alby hawak.
Tamally maak
Tamally fe baly we fe alby
Wala bansak
Tamally waheshny,
Low hata bakoon waiak.
Tamally habibi bashtaklak
Tamally alaya men badlak
We law hawalaya kol el doon
Ta ool ya habibi bahtaglak.
Tamally habibi bashtaklak
Tamally alaya men badlak
We law hawalaya kol el doon
Ta ool ya habibi bahtaglak.
Tamally maak
Maak alby, maak rohy
Ya aghla habib
Ya aghla habib.
We mahma tekoon baeed any
Le alby areeb.
Ya omry el gai wel hader,
Ya ahla naseeb.
Tamally maak(maaaak)
Maak alby, maak omry
Ya aghla habib Ya aghla habib
We mahma tekoon baeed any
Le alby areeb.
Ya omry el gai wel hader,Ya ahla naseeb.
Tamally habibi bashtaklak
Tamally alaya men badlak
We law hawalaya kol el doon
Ta ool ya habibi bahtaglak.



p/s: tapi ni lagu cintun tau hehe


Isnin, 2 Februari 2009

adakah kau lupa

Salam alaik...

Kali ini saya nak kongsi satu video...
Ia animasi berkenaan perjuangan angkatan tentera yang diketuai oleh salahuddin al-ayubi...
Video ni saya minta dari seorang rakan lama...masa saya prapraktikal kat SEMEKAS area bulan 5-6 2008...rakan-rakan lama saya datang ke sekolah kami untuk buat program khas bersama adik-adik form 4. Disebabkan saya ni nampak macam terlalu berminat (menyibuk-nyibuk je hehe) saya pun turut serta jadi fasi untuk adik-adik tu. Hmm...dan tiba-tiba jadi 'bidan terjun' pulak, kene jadi MC untuk majlis penutup..dapat tau 10 minit sebelum majlis...tapi masa tu saya redah jela sebab dah tak da org lain leh tolong..hehe..Allhamdulilah...takde insiden-insiden memalukan masa jadi MC tu..

Ok...urmm..ni video yang saya katakan tadi...maaflah kalau tak dapat nak hayati lirik kerana diganggu oleh lagu yang tersedia berkumandang dalam blog saya ni...ampun ya..(^_^)






Dan untuk bacaan tambahan mengenai salahuddin al-ayubi kamu boleh klik di sini

Ahad, 1 Februari 2009

masih banyak berlaku

Assalamualaikum...
Buat pembaca yg saya hormati sekalian....
Kali ni saya nak ketengahkan tentang fenomena yg sememang berlaku dari zaman dulu dan ia masih wujud lagi pada hari ini. Iaitu tentang "pergaulan bebas" Apa yg sgt sedih, insan-insan yg masih mengaku sayangkan Islam sendiri masih terbelenggu dgn pergaulan bebas ni..

Bila kita bicara tentang pergaulan bebas, saya percaya rata2 akan terus terbayang dlm minda tentang kes2 penyakit sosial yg besar2 . Tapi pada penulisan saya pada kali ini saya nak bawa anda berfikir sejenak tentang persepsi sesetengah golongan yg menganggap pihak2 yg menjaga batasan pergaulan adalah org yg berfikiran kolot.

Kehidupan seharian kita umumnya memang menuntut kita untuk berurusan sesama manusia samaada sama jantina atau tidak. Tapi kita masih perlu menjaga adab dan tatacara pergaulan yg dibawa oleh Islam. Betul tak??? Hmmm....mereka ni tak reti nak hormat pendirian org lain...kadang2 bertepuk tampar tanpa segan silu....Memang benarlah bahawa "malu itu sebahagian dari iman". Bila perasaan malu dah menghakis dalam jiwa...nak buat perkara2 yg Allah benci pun dah tak rasa bersalah langsung.

Saya terkenang masa zaman2 sekolah dulu. Ustaz2,ustazah2,dan pemimpin2 pelajar selalu ingatkan dan pesan pada kami.
Biah solehah kena jaga walau dimana pun kita berada. Mungkin pada masa tu tak begitu ketara sangat isu pergaulan bebas ni di mata saya sebagai seorang pelajar ketika itu. Sebab biah kat sekolah masih dalam biah solehah. Tapi bila dah keluar sekolah dan hidup dalam kalangan masyarakat yg sebenar baru saya nampak betapa parahnya isu ni. Tambahan lagi bila dah masuk IPT. Jelas dan nyata kecederaan mahasiswa dan mahasiswi kita dalam soal menjaga adab pergaulan...

Tapi disini saya jugak nak ucapkan tahniah kepada beberapa rakan yg begitu menghormati pihak2 yg berusaha utk menjaga batasan pergaulan.
Sebenarnya bukan senang utk menahan godaan hawa nafsu dan syaitan. Tapi kita perlu berusaha utk melawan godaan2 tersebut agar kita sentiasa dapat hidup tenang disamping nikmat kemanisan Islam dan kemanisan iman. Percayalah melalui hati, perbuatan, dan tutur kata kita bahawa Allah akan sentiasa disisi sesiapa sahaja yg menegakkan ajaran Islam. Insyaallah...

Dan jangan lupa wahai wanita!!.
Pesanan ini saya tujukan khas buat diri saya dan para pembaca sekalian.

~Senjata-senjata perempuan yg boleh mendatangkan fitnah besar kepada Islam dan umatnnya~

1- AIR MATA

2-MERAJUK & SUKA BERMANJA

3-BERHIAS & BERGAYA

4-BERPURA-PURA SAKIT

5-SENYUMAN

6-PENIPUAN

7-KATA-KATA YG MANIS

Sama-samalah kita berubah kearah yg lebih baik....

~kias cinta~

Album : Kias Cinta
Munsyid : Suhaimi
http://liriknasyid.com

seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia

~taubat seorang hamba~

Irsyadee Feat Hafiz Hamidun

(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan
dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan
menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

kalian pelengkap kebahagiaan

Salam Alaik......

Saya yakin kalian tak asing lagi dgn perkataan "persahabatan". Macam-macam penilaian, pendirian dan pendapat tentang persahabatan.

Tapi pendapat saya secara peribadi, persahabatan yg sejati ialah kita sendiri perlu memahami bkn diminta difahami. Kita kene sedaya upaya memahami, menghormati sahabat-sahabat kita. Contohnya, kita secara automatik dapat membaca gerak geri sahabat kita. Dia ni ada masalah ke, dia ni demam ke....tanpa perlu dia bercerita panjang tentang keserabutan yg bersarang kat minda dia.

Kemudian, kita perlu tak mudah melatah. Maksudnya, jgn terlalu mengambil isu-isu remeh sebagai punca nak mencetuskan pergaduhan. Biasalah, manusia ada masa bad mood, ada masa good mood. Mungkin dengan secara tidak sengaja dia dah terlepas tension kat kita. Jadi kita kene banyak sabar. Beri masa utk dia lapangkan fikiran. Kemudian, tanya balik. Mungkin sahabat kita tu perlukan sokongan moral dari kita utk pulihkan mood dia.

Kemudian, haa...ni part yg ramai dalam kalangan kita terlepas pandang. Iaitu menjadi pendengar yg setia. Maksudnya, bila sahabat kita meluahkan masalah atau nak mintak pendapat kita. Kita kene lah mendengar dengan setia. Dan sesekali betulkan lah mana-mana bahagian yg bercanggah dengan pendapat kita secara berhikmah dan lemah lembut.

Sahabat ni bukan je kita perlukan semasa susah tapi masa senang jugak. Janganlah sesekali kita kedekut ilmu. Bila ada sahabat-sahabat yg kebuntuan, bantulah sedaya mungkin. Kerana ilmu ni milik semua. Percayalah...manis sangat ukhwah persahabatan bila kita kongsi-kongsi ilmu. Rasa nikmat dunia ni indah bersulamkan ukhwah mahabbah. Saya memang pernah jumpa dgn insan yg kedekut ilmu ni. Rasa hairan sangat....pelik sungguh melihat gelagat org yg kedekut ilmu ni.

Dan ada sesuatu yg jarang-jarang saya lihat sekarang. Iaitu "rasa bertanggungjawab bila sahabat kita melakukan perkara-perkara yg Allah tak suka". Kebanyakkan kawan-kawan sekarang tak rasa sedih dan kesian pada rakan-rakan yg bergelumang dgn dosa dan maksiat yg nyata pd mata. Kita kene nasihatkan, secara hikmah....pastikan ianya secara hikmah.

Memang susah nak mencari sahabat sejati, yg mencintai jalan Allah, berjuang kerana kebenaran Islam, membenci kemaksiatan, mencari keredhaan Maha Pencipta, mengajak kita bermunajat. Tapi apa kata kita yg mengorak langkah, berubah ke arah yg lebih baik, kemudian menjadi sahabat sejati kepada yg lain dengan mengajak mereka ke jalan-jalan yg benar. Insyaallah...semoga saya dan kalian mampu istiqomah dalam menghidupkan jalan-jalan dakwah....(^_^)
Powered By Blogger