"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]
Sujud dan syukur buat Allah Taala atas segala yang dipinjamkan buat kita melihat, merasai dan menikmati keagunganNya. Lantas mengakui kehebatan Maha Bijaksana.
Selawat dan salam penuh kerinduan buat kekasih Allah yang tak pernah jemu mengajak umat manusia mengEsakan Allah Taala.
Merasakan sebuah kebahagiaan bila melalui sebuah pagi yang menyuntik segunung motivasi. Berusaha menjadikan minda bernada tenang berbalut perkara-perkara positif. Sudah semestinya pagi yang sebegini dimulai dengan memuji Ilahi. Kerana semua bahagia yang kita rasai ini, dariNya.
Berbaik sangkalah kepada Allah, andai banyak perkara yang menyesakkan benak fikiran. Berbaik sangkalah kepada Allah, andai banyak perkara yang seakan membangkitkan rasa takut untuk menghadapi hari esok. Berbaik sangkalah kepada Allah, andai masih ada keinginan di hati yang masih terhalang untuk dimiliki. Goncangkan hatimu, katakan pada diri "Yakinlah, percayalah yang Allah lebih tahu apa yang terbaik". Usah dicelarukan minda dengan segala persoalan yang sememangnya menjadi rahsiaNya.
Usah gopoh berbicara, pandukan nilai yang paling baik sebagai kayu ukur dalam berkata-kata. Jadilah orang yang banyak senyum dan berkata hanya perkara baik-baik (manfaat).
Pertemuan.
Ya, sering kita dengar kata-kata ini. "Ajal, maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan"
Sedarkah bahawa setiap hari kita akan dipertemukan dengan sesiapa sahaja. Ya, boleh jadi sesiapa! Kerana pertemuan yang sengaja mahupun tidak antara kita sememangnya Allah telah sedia aturkan. Bertemu kawan lama dan baru. Bertembung. Terserempak. Cuma sejauhmana pertemuan yang diatur Allah itu mendatangkan kesan dan impak positif pada diri?
Setiap malam, sebelum membaca doa tidur. Semasa sesi muhasabah diri, renung dan fikirkan semula pertemuan yang berlaku sepanjang hari yang telah dilalui. Cuba selidiki apa yang Allah mahu sampaikan pada diri kita. Kerana ia juga mampu menghadiahkan anda lebih banyak pagi yang bermotivasi (^_^)
Today, upon a bus, I saw a girl with golden hair. And wished I was as fair. When suddenly she rose to leave, I saw her hobble down the aisle. She had one leg and wore a crutch. But as she passed, she smiled. Oh God, forgive me when I whine. When I whine. I have two legs the world is mine.
I stopped to buy some candy. The lad who sold it had such charm. I talked with him, he seemed so glad. If I were late, it `d do no harm. And as I left, he said to me, "I thank you, you've been so kind. You see," he said, "I `m blind" Oh God, forgive me when I whine. When I whine. I have two eyes the world is mine.
I saw a child with eyes of blue. He stood and watched the others play. He did not know what to do. I stopped a moment and then I said, "Why don't you join the others, dear?" He looked ahead without a word. And then I knew. He couldn't hear. Oh God, forgive me when I whine. When I whine. I have two ears the world is mine.
With feet to take me where I `d go. With eyes to see the sunset's glow. With ears to hear what I'd know. Oh God, forgive me when I whine. When I whine. I have blessed indeed, the world is mine
Setinggi-tinggi kesyukuran buat Yang Maha Berkuasa. Yang Menghidupkan dan Mematikan kita semua. Selawat dan salam buat pemimpin terulung sepanjang zaman..Nabi Muhammad S.A.W.
Cadangnya, memang tak mahu tulis apa-apa tentang hari ini. Tapi tiba-tiba rasa ada yang perlu dicoretkan disini sebagai peringatan buat diri ini. Dan mungkin juga kalian.
Ia bukan sepenuhnya tentang mesej bergambar di atas. Malu sebenarnya hendak di ceritakan, sebab ia bukan tarikh hijri. Tapi tak mengapa, cuma hendak mengucapkan terima kasih pada beberapa insan yang mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan buat diri ini pada hari ini. Terima kasih banyak2 atas doa kalian. Moga kalian juga sentiasa bahagia dan sejahtera sehingga ke darul jannah.
Apa yang terjadi hari ini amat membuatkan aku nampak akan sesuatu. Bahawa keikhlasan benar-benar utama dalam setiap apa yang kita lakukan. Jika melakukan sesuatu perkara hanya atas dasar ingin menunjuk-nunjuk, akhirnya perkara yang diusahakan akan sia-sia. Kerana hasil dari tiada keikhlasan itu akan hanya menzahirkan kepincangan.
Biarlah jika seseorang itu tidak berapa tahu akan sesuatu, tetapi dia berani mencuba dengan ikhlas. Dan yang paling penting, tidak takut untuk gagal. Kerana kegagalan itu mencetuskan satu nilai ketabahan, menyuntik nilai kesabaran dan dia akan gigih berusaha. Dan terus berusaha!
Namun jangan jadikan diri di kelompok yang lagi satu. Iaitu orang yang sememangnya jaguh dalam perkara yang sama. Tetapi merendah-rendahkan keupayaan orang yang kurang arif tentang perkara itu. Apa yang kita akan lihat diakhirnya? Ya, yang terzahir adalah kepincangan!
Jika diperkemaskan lagi dari kaca mata seorang murabbi, bila ingin menyampaikan ilmu biarlah dengan hati yang ikhlas. Seorang murabbi juga perlu berperanan sebagai muadib. Maka tunjukkanlah nilai, perilaku dan tutur kata yang baik. Sayangilah mereka, sebagaimana anda menyayangi ilmu. Walaupun ia ilmu tentang makanan.
Wallahualam.
p/s : 1st time menghadapi 26hb ini tanpa keluarga (T_T)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Mengasihani Yang memiliki setiap sesuatu Yang memegang hati setiap dari kami Selimutilah jiwa dan gerak langkah kami dengan Rahmat dariMu
Selawat dan salam penuh kerinduan buat kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W
***Seindah Mutiara***
Sejak dari bangku sekolah lagi Nurul Iman sudah memasang angan-angan. Ya, angan-angan ingin berniqab. Tapi sekarang, angan-angan itu bukan lagi sekadar angan-angan. Sudah dia bulatkan dalam hati sebagai salah satu dari cita-cita.
Namun ada dilema yang menyelubungi fikirannya. Mampukah aku? Mampukah aku menjaga tingkahlaku yang selayaknya bagi seorang muslimah yang berniqab?
Semasa menonton tv bersama keluarganya, Nurul Iman semakin kerap bertanyakan respon terbuka dari ahli keluarganya. Terutamanya jika terpandang kelibat wanita yang berniqab di kaca tv.
"Boleh tak 1 satu masa nanti Kak Nurul nak pakai macam tu?" Duganya.
"Amri tak kesah kak, mesti sweet kan kalau akak pakai macam tu" Jawab Amri sambil menayang gigi.
Tiba-tiba hati Nurul Iman seakan berderai bila dia menyedari soalannya yang tadi membawa respon yang amat pedih dari adiknya, Nurul Najihah. Najihah hanya memandang sinis ke arah Nurul Iman. Seolah-olah mencabar, lalu dia bingkas bangun dari kerusi dan berlalu masuk ke biliknya. Menyendiri.
" Wahai kak Nurul Iman yang Amri sentiasa kasihi, jangan pedulilah pada orang yang nak mematikan cita-cita baik akak tu. ok? Cuba senyum sikit, janganlah buat muka berkerut-kerut macam tu" Pujuk Amri dan seperti biasa sambil menayangkan barisan giginya.
Nurul Iman pun menguntum senyum.
" Kak, Amri cuma nak ingatkan akak. Tingkahlaku pun kena cantik kalau akak betul-betul nak pakai niqab. Itu pakaian isteri-isteri nabi. Tapi Amri yakin pada akak, Amri tahu akak mampu jadi muslimah solehah. Amri doakan semoga hasrat akak nak berniqab akan terlaksana dan istiqamah. Insyallah." Balas Amri.
" Terima Kasih wahai adikku Muhamad Amri Fathi. Akak hargai kata-kata semangat dari Amri. Insyallah..akan akak laksanakan sebaik mungkin." Balas Nurul Iman sambil menghadiahkan senyuman buat adiknya itu.
Moga terpelihara akhlakmu Moga tenang jiwamu kerana Allah Moga tiada lagi yang menduga imanmu hanya kerana rupamu Moga tiada lagi gundah dan lara Moga terlaksana dengan penuh istiqamah Seindah mutiara Yang akan tetap bersinar Walau diselimuti cengkerangnya "hargai dirimu seindah mutiara"
Assalamualaikum w.b.t Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar Segala puji buat Allah Selawat dan salam penuh kerinduan buat Nabi Muhammad S.A.W
Salam Maal Hijrah buat semua....1431 H....semoga kita semua di antara yang mengambil bahagian dalam menghijrahkan diri dan jiwa ke arah yang lebih baik. Bukan hanya pada 1 Muharram...tetapi pada setiap hari. Kerana setiap hari adalah perjuangan. Setiap pagi adalah permulaan. Setiap detik adalah amanah. Setiap gerak adalah ibadah. Insyallah..
Ayuh kita sama-sama renungkan. Tafsirkan. Terjemahkan
:: Duka :: Suka :: :: Gelap :: Terang :: :: Pahit :: Manis :: :: Kiri :: Kanan :: :: Derita :: Bahagia :: :: Malam :: Siang :: :: Gelisah :: Tenang :: :: Lelaki :: Perempuan :: :: Suami :: Isteri :: :: Dosa :: Pahala :: :: Susah :: Senang :: :: Gagal :: Berjaya :: :: Kaya :: Miskin :: :: Kebencian :: Kasih Sayang :: :: Hidup :: Mati :: :: Neraka :: Syurga :: :: Dunia :: Akhirat ::
Sejuk Tenang Dan mendamaikan Membuatkan hati para pencinta Jannah Rindu akan ketenangan syurgawi Yang di dalamnya ada air sungai yang mengalir
Ahli Jannah itu Sabar sifatnya Tenang tuturnya Murni fikirannya Teguh Imannya Murah senyumanya Memandang wajahnya, sejuk di jiwa
Para perindu syurga Allah Sentiasa menanti di jendela kerinduan Jannah Menatap mengalirnya air yang turun dari langit Sambil basah lisannya berzikir memuji Ilahi Mengharapkan limpahan Rahmat dariNya Agar mengalir tenang di jiwa mereka Sampai syurgaMu
Saat air bicara tentang kedurjanaan manusia Air berbicara dengan keras Deras Memukul Manusia tenggelam dalam amukkan air Yang menyampaikan berita kemurkaan Allah Buat umat manusia yang lupa Leka dengan syurga duniawi
Saat air berbicara dengan hati Telus Meminta jawapan dari dosa dan salah tingkah yang lalu Air mata menjadi bukti Menangis di hadapan Allah Memohon keampunan Meminta
Merayu Merayu Merayu
Ya Ilahi~ Ya Latif~ Ya Rahman~ Ya Rahim~
Jadikanlah hati-hati kami setenang air Rindukanlah hati-hati kami pada syurga nan abadi Jauhkanlah hati-hati kami dari badai ombak kesesatan Agar saat hari kami bertemuMu Ya Ilahi Lisan kami basah menyebut Kalimah syahadah
Ku panjatkan syukur kepada al-Alim..Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Selawat dan salam buat pencinta Allah yang paling setia. Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W Dan salam ukhuwah buat semua pencinta ilmu.
***Seindah Mutiara***
Pagi itu Nurul Iman bangun seperti biasa, mungkin selepas pagi ini dia akan bangun dengan sesuatu yang baru dia temui pagi itu. Agendanya seperti selalu, membuka komputer ribanya dan membaca beberapa artikel dari beberapa lapangan ilmu di tanah maya ini dan dia meneroka. Nurul Iman terpaku membaca, dalam hatinya sentiasa mencari dirinya yang inginkan kedamaian Islam dan Iman.
Hakikatnya pagi itu Nurul Iman merasai dengan "roh" bahawa ketenangan itu datangnya dari Allah Yang Maha Satu. Allah Subhanahuwataala. Menyuburkan kecintaan kepadaNya dengan mendampingi ilmu. Ya, ilmu!
Akhirnya Nurul Iman temui siapa dirinya yang sudah bertahun-tahun hilang dan terperangkap dalam dirinya sendiri. Nurul Iman dulu adalah seorang yang tegas dan memperjuangkan ilmu. Kekentalan semangatnya yang dahulu itu hasil dari biah yang asalnya menyelimuti biah ilmiah di zaman persekolahannya. Mungkin kerana tidak konsisten, dan hanya bersandar kepada biah itu...maka Nurul Iman sendiri kehilangan harta paling berharga dari Allah, iaitu dirinya sendiri!
Nurul Iman pasti, inilah titik mulanya. Dia perlu kembali ke landasan utama. Menyelongkar segala ilmu untuk lebih mengenal Allah. Menyuburkan Iman dan cintakan mati sebagaimana musuh Islam cintakan kehidupan.
Terkenangkan zaman persekolahan yang indah dan nostalgia, bagaimana dia mempertahankan kecintaannya terhadap ilmu. Nurul Iman tersenyum sendirian. Mana tidaknya, dia berperang dalam diam. Hanya memendamkan dan membenci setiap salahlaku teman-teman terhadap ilmu dengan sekeras-kerasnya. Sayangnya ia hanya di dalam hati, kerana Nurul Iman merupakan gadis pendiam dan hanya bercakap bila ada keperluan ilmiah sahaja. Ketika itu dia tidak pandai bercerita dan berceloteh seperti kebiasaan gadis-gadis remaja seusianya.
Dari sudut itu, dia memang sudah banyak bergerak ke arah yang lebih positif. Kini dia sudah berani melontarkan pendiriannya di khalayak. Tidak lagi hanya memendamkan di dalam hati. Cuma banyak lagi yang perlu dia beri sentuhan penambahbaikkan, selaras dengan kecintaannya terhadap ilmu yang tak akan terpadam lagi selagi nafasnya belum terhenti.
Jangan gentar serikandi Islam ingin menjadi seindah mutiara perlu ada tangan yang memimpin jadikan Asiyah sebagai inspirasi jadikan Saidatina Khadijah kekuatan jadikan Maryam sumber ketabahan jadikan Saidatina Aisyah sebagai lubuk ilmu
dan selongkar dan terus menyelongkar
teroka dan terus meneroka sesungguhnya ilmu itu jambatan iman menuju pintu-pintu ketenangan syurga hakiki
jangan gentar lagi wahai serikandi! biar salah, tapi jangan gentar kerana proses belajar itu perlu tahu apa yang salah apa yang benar
usia dunia sudah semakin dimamah dan hari kebangkitan sudah semakin mendekat jangan berlengah lagi teruskan perjuanganmu wahai serikandi moga Allah dan Rasul sentiasa kekal dijiwa dan hatimu jangan pernah sekali-kali padam dan luntur!
Assalamualaikum..w.bt Selawat dan salam buat kekasih Allah.Muhammad Rasullullah.
***Seindah Mutiara***
Petang itu, Nurul Iman menangis lagi. Awalnya, ketika hendak mendail nombor ibu dia sudah nekad untuk mendiamkan sahaja kemelut yang memerangkap jiwanya. Namun, setelah mendengar suara ibu di hujung talian. Dia bingkas diam, tidak mampu mengeluarkan aura cerianya seperti selalu. Apatah lagi bila ibu tanpa bertanya, lalu berpesan.
"Nurul Iman jangan buat keputusan besar dengan terburu-buru ya?,'' kata ibu
"Macam mana ibu tahu apa yang Nurul serabutkan?," soalnya pada ibu walaupun hakikatnya dia tahu jawapan pada persoalan itu. Hati ibu pada anak memang hakikatnya begitu.
Hati Nurul Iman sudah menangis sebenarnya, tapi ditahan-tahan dari terzahir menjadi manik-manik jernih. Hatinya lantas teringatkan Yang Maha Satu. Ya Allah, banyak dosaku padaMu. Tak layak untuk diri ini dikelilingi dan disayangi insan-insan yang mujahid. Kala ini aku cuma hanya ingin merebut cintaMu Ya Rabbi. Air mata Nurul Iman akhirnya kecundang di pipi. Ibu diam, membisu sebelum menyambung kata nasihatnya.
''Ibu rasa, mungkin belum masanya untuk Nurul letakkan hati pada seseorang," jelas ibu.
Cepat-cepat Nurul Iman menyahut. "Tak, ibu....Nurul memang tak berani meletakkan hati ini selain Allah dan Rasul..cukuplah sekali Nurul dah buat silap dulu. Nurul tahu, cinta hanya untuk yang selayaknya. Nurul baru nak pulang ke jalan asal, nak rebut semula cinta nan satu dari Ilahi. Ibu pun tahu kan, sebelum ini Nurul macam mana?"
"Baguslah kalau Nurul tahu, tak apa lah. Sekarang, Nurul cuba tenang ya? Insyaallah, nanti ibu akan bantu Nurul....kita sama-sama cari jalan penyelesaiannya. Cuma ibu harap Nurul akan jadi Nurul yang lebih matang selepas ini" jawab ibu dengan tenang.
Hati Nurul Iman kembali tenang, bersyukur dihatinya kerana Allah kirimkan ibu sebagai syurga dunianya, tempat bermanja dan berteduh dikala suka dan duka.
"Insyallah, terima kasih ibu. Doakan Nurul ya, dan semoga Nurul tenang dan matang menghadapi semua ini. Nurul tak sabar nak jumpa ibu. Nurul sayang ibu, Nurul rindu ibu" balasnya sayu.
"Ibu pun sayang Nurul juga, dah....jangan menangis lagi. Ibu tahu anak ibu kuat." ibunya cuba memujuk, ada nada ketawa di hujung sana.
"Assalamualaikum ibu," Nurul mengakhiri
"Wa'alaikumsalam," Ibu mengakhiri kalam dan memutuskan panggilan. ====================================================================
***Monolog Seindah Mutiara***
Wahai muslimah yang berjiwa solehah menjadi mukminah itu perlu usaha dikejar-kejar oleh cinta ajnabi itu bukan tiket ke pintu syurga
pedulikan kata-kata yang cuba menyemarakkan lagi api dari neraka yang cuba menyanjungmu kerana mereka kagum melihat ada ramai yang cuba menagih cintamu
Wahai muslimah yang berjiwa solehah walaupun pernah 1 masa dulu kau amat ternanti-nantikan hadirnya mujahid menjemputmu dengan salam izin untuk sama-sama meraih jalan syurga
namun, jangan kau tenggelam dalam bermacam-macam noda noda yang hadir bagai sarang ular yang dalam hanya menanti untuk menyebarkan bisa racun kemaksiatan
Jadikanlah dirimu wahai muslimah yang berjiwa solehah seperti mutiara seindah mutiara biar jauh di dasar lautan dilindungi cengkerang namun masih terserlah keindahannya bersinar di dalam lautan yang penuh cahaya kedamaian
Hanya mujahid yang benar-benar berhati soleh yang mampu mengambilmu dari dasar lautan dingin dia membeku dari memandang wajahmu dia menjauh dari mendengar suaramu dia menyelam ke dasar cinta Rabbi demi mendapat mutiara hati
Alhamdulillah, kesembuhan itu nikmat. Kesakitan itu tarbiyah dariNya yang menyayangi kita. Maka bersyukurlah. Selawat dan salam buat yang dirindui, Muhammad Ya Rasulullah. Tokoh keamanan sepanjang zaman.
Bertemankan kesejukkan hujan malam ini, ada 1 rasa untuk bangkit dari segala yang membuatkan suasana jadi suram. Ada 1 rasa ingin teruskan perjuangan dengan penuh semangat dan keazaman. Ayuh bangun, dan mulakan semula dengan semangat baru yang lebih meyakinkan. Matlamat utama adalah menuju Allah. Moga sentiasa berada dilandasanNya. Amin.
Syukurilah, akan jalan petunjuk yang diberi oleh Nya. Dengan izinNya semua boleh terjadi, tiada yang mustahil. Yakinlah! Yakinlah wahai hati. Wahai hati yang memiliki jiwa yang mencari Ilahi. Walau zahirnya nampak seperti yang indah itu emas. Tapi, percayalah pada pemilik segala keindahan, andai yang ditakdirkan permata itu lebih indah. Terimalah dengan hati yang lapang. Kerana pemilik segala keindahan samaada yang ada di dunia mahupun keindahan syurga yang menjadi idaman setiap jiwa lebih mengetahui apa yang ada di hadapan sana. Percayalah, yakinlah wahai hati. Allah sentiasa bersamamu.
Wahai diri yang Allah jadikan sebagai sebaik-baik kejadian. Ingatlah bahawa kaya seseorang itu bukan terletak pada harta yang bertimbun-timbun, bukanlah keaiban dan kehinaan seseorang itu dengan kemiskinannya. Tetapi sebenar-benar kehinaan dan keaiban adalah ketiadaan maruah dan sopan santun. Oleh itu jagalah maruah diri dan jangan perdayakan insan lain hanya untuk memenuhi kehendak hatimu. Jagalah kehormatan diri, hulurkanlah pertolongan kepada insan yang memerlukan, muliakanlah insan di sekelilingmu dan jagalah hati mereka juga belanja dan berikanlah hartamu untuk kebaikkan umum.
Yang dikatakan kebijaksanaan itu adalah memaafkan orang yang menzalimimu, sabar dikala menhadapi kesusahan dan ujian dariNya, dan menanamkan sikap tekun serta dedikasi dalam setiap sesuatu dalam hidup.
Yang dikatakan mulia itu adalah dengan menjaga diri dengan kelakuan yang baik di kala sendiri mahupun di khalayak ramai.
Akhlak itu cermin dirimu di akhirat kelak. Yang menjadi peneman di sana nanti. Insyallah, moga peringatan ini menjadi suntikkan rohani buat diri ini dan kalian. Untuk menjadikan setiap hari lebih baik. Tangani ujian yang mendatang dengan kasih sayangNya. Senyumlah dari hati, yang Allah pinjamkan buat kita (^_^) Insyallah.
Syukur alhamdulilah, masih dibekalkan nikmat hidup olehNya. Marilah kita manfaatkan masa yang berbaki dengan sebaiknya (^_^)
Alhamdulilah, sudah selamat pulang dari rumah. Memang betul-betul sesi menenangkan fikiran. huhu...(^_^)v Sudah nampak jalannya....moga dipermudahkan yang seterusnya. Insyaallah...Moga sokongan keluarga, sahabat-sahabat, kawan-kawan akan terus menjadi pemangkin utk terus tenang. Saya amat hargai kehadiran kalian dalam hidup saya. Yang paling utama, jangan gentar untuk menuju Ilahi. Insyaallah.
Alhamdulilah, ada lagi dua perkara sudah selesai. Daftar kursus awal sudah dilaksanakan, dan....errrr.....(rahsia) hehe...terima kasih tak terhingga buat ex-rumate yang tersayang....atas keperihatinan saudari hehe...masalah prasarana ni!!!...cayang ila (^_^)v
Jiwa sudah sedia utk final, insyallah moga lancar semuanya.....buat sahabat-sahabat seperjuangan, moga kita sama-sama najjah ya (^_^)
Final exam pula menanti, ada 7 paper semuanya.
Kaedah Pengajaran Tilawah dan Tafsir al-Quran 26/10 Kepelbagaian Pelajar dan Perbezaan Pengajaran 29/10 Pengurusan Ko-Kurikulum Sekolah 2/11 Pendidikan Jawi dan Khat 3/11 Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan 5/11 Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam 10/11 Kajian Ulum al-Quran 11/11
p/s: subjek sem depan membuatkan aku terkedu huhu (^_^)
sebuah cerita tentang sang ikhlas aku andaikan ia selesai dgn tenang dalam kekalutan hati yg masih segar lukanya aku cuba untuk rasional aku cuba!!! aku cuba!!!
bukan aku tak sudi bagai ada satu nadi yang kencang berbicara agar semua ini dihentikan segera
di matamu mungkin aku ini pendusta biarlah, andai itu ubatnya
moga damai hatimu wahai sang ikhlas walau aku tak berani lagi utk berkata apa aku akan kaku
ku toleh kiri, kanan bersahut bagai magnet ia datang dari dulu semua sudah senada cuma belum dirungkai maksud tingkahnya itu
benar katanya kadang-kadang kita perlu diam kerana tingkah senyum itu bukan semua org pandai mentafsir ia 1 sedekah
magnet ini sebenarnya aku bawa kemana-mana mungkin akan ku serahkan kepada tuannya atau aku simpan di gengaman cinta Rabbi sepanjang hayat (^_^)
semua ku serah pada Yang Maha Pengasih aku sedang hanya mengikut lorong cahaya yang Engkau suluh ke hati ini moga akhirnya bahagia yang di cari ku temui
orang di sisi sering berganti walau ia teman, sahabat, rakan, saudara namun Allah sentiasa di hati menemani inspirasi suka mahupun duka
damailah wahai hati yang cuba mencari Illahi
meski sering jatuh ayuh bangun!!! ada byk misi yang perlu dilunaskan
ada dua hati yang aku jaga bonda dan ayahanda semua ini utk kalian insyallah, moga dipermudahkan urusan amin Ya Rabb
p/s: kebetulan, cerita sang ikhlas sudah habis disini. Assignment yg bertingkat-tingkat baru sahaja dapat disudahkan.Alhamdullilah......Nak balik umah, tenangkan jiwa. Seminggu lagi nak final.(1st time ni study week balik umah) (^_^)v
Syukur ke atas nikmat dan peringatan yang Allah beri pada kita selaku hambaNya. Semalam kita berduka, hari ini kita gembira...dan begitulah seterusnya. Adat manusia yang hidup, jika yang sudah diambil nikmat hidup...hanya ada dua. Sama ada derita dengan azab segala dosa mahupun bahagia menikmati kemewahan dan keindahan syurga. Subhanallah..Moga kita dikalangan ahli syurga.
Selepas kejadian malam itu, aku panjangkan cerita itu pada mak dan rakan-rakan yang lain.
"Eh, malam-malam mana ada monyet keluar" Errrrr.....betul jugak ek.....sepanjang aku duk sini nak dekat 3 tahun tak pernah pulak nampak monyet malam-malam serang camtu. Ya memang ada sesuatu disebaliknya, tapi marilah kita ambil yang positif ya. Yang pertama, jangan yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran.Baiklah..kita berhenti disitu..sambung babak yang seterusnya.
Sepanjang hari rabu, tengah hari hinggalah ke petang. Iaitu dari jam 12-5 ptg kami menghabiskan giliran mengajar KPTQ. Fuh...lega rasanya...walaupun agak keletihan Alhamdulilah. Kiranya hari ni tutorial terakhir lah kan? Ermmm...sebelum bersurai tu, Ustaz ada berpesan....untuk yang dah lama berkawan dengan si dia, harap-harap dapat menyegerakan urusan. Supaya tiada yang tidak diingini berlaku. Dan kepada yang masih dalam membuat pertimbangan, fikirlah sehabis-habisnya. Memilih tanpa meminta dari Allah, ustaz bimbang kalau-kalau tiada berkat dan keredhaanNya disitu. Jangan sombong pada Allah.
Kami saling berpandangan sesama sendiri, aku tengok kawan-kawan aku yang dah selamat mendirikan bait muslim tersenyum-senyum. Aku dan yang lain-lain agak termenung. Masing-masing membawa fikiran ke mana-mana entahnya. hehe..... Terima kasih ustaz, sebenarnya ada banyak lagi yang ustaz ceritakan, nasihatkan dan kongsikan pada petang itu. Tapi ia memang benar-benar membuatkan sebahagian besar dari kami berfikir-fikir. Kemudian ustaz belanja kami semua makan sate (^_^) syukran ustaz, nanti leh belanja lagi ..(^_^) Babak seterusnya,
Pagi Khamis yang agak kontroversi huhu. Ustazah nasihatkan kami tentang isu yang sama. Istilah yang digunakan adalah "mabuk air sejuk" hehe..semua pakat-pakat senyum. Ya, ada benarnya apa yang ustazah minta kami faham pagi itu. Apa-apa pun dahulukan ayah dan bonda, dalam segala hal. Jangan pentingkan diri sendiri. Ya betul, kerana Allah telah menegaskan, keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa. Jadi buat apa hendak didahulukan insan yang datang hanya sementara dalam hidup kita yang sememangnya sementara ini??? Mintalah nasihat dari bonda dan ayahanda tercinta. Pasti kelak dan masa kini kamu akan bahagia (^_^). Syukran juga ustazah kerana telah melanjutkan tarikh submit assignment (^_^)
Jam menunjukkan pukul 1 ptg hari khamis, hanya aku dan 2 orang lagi sahabat yang dapat menghadirkan diri lebih awal pada kelas itu. Kerana yang lain-lain ada majlis. Ustaz, dah lama tak bersua dengan ustaz ini akibat kekangan masa dan situasi. Ustaz memberi pesannya,
Hendaklah kamu mengakui kejahilan kamu, kerana sesungguhnya Allah itu al-Alim. Hendaklah kamu bersyukur dan memuji kebesaranNya jika kamu melihat dalam kalangan kamu ini ada yang bijak pandai, kerana hakikatnya kepandaiannya itu adalah dari Allah yang Maha Bijaksana. Berusaha bersungguh2+ tawakal .....jangan bimbang, kerana kegagalan itu juga nikmat. Orang yang pernah gagal, Allah uji dia agar tidak takabbur, orang yang berjaya pula Allah uji dia agar menyemai tawaduk.
Kadang-kadang kita sebagai manusia tak nampak apa yang Allah rencanakan untuk kita dimasa depan. Pilihan dan keputusan yang kita ambil hari ini memberi makna pada kehidupan kita di masa akan datang. Ustaz membawa contoh tentang apa yang terjadi pada dirinya sendiri, 10 tahun kemudian baru dia nampak sebenarnya apa yang Allah telah rencanakan untuknya. Kerana nilai kesabaran itu tinggi di mata Allah.
Dalam sesi pengajaran, Ustaz ada membawa contoh berkenaan ibu kepada Maryam. Tentang doanya sekiranya ia dapat anak dia ingin menjadikannya khadam di Baitul Maqdis. Namun, jika hendak menjadikan khadam itu perlulah seorang lelaki, tetapi bayi yang dilahirkannya adalah seorang perempuan. Jelaslah Allah sememangnya Maha Mengetahui, kerana bayi itu adalah Maryam bonda Nabi Isa a.s.....
Rancanglah hidupmu, tapi jangan kau sangka ia akan berjalan dengan lancar jika Allah tidak mengizinkan itu berlaku. Usahalah bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang kau lakukan kemudian tawakal kepadaNya. Allah sahaja berhak menentukan segalanya. Redhalah kamu menerima qada' dan qadar.
Yang penting Berusaha!!!!!!!!!!!!(^_^) Jangan sedih-sedih lagi k? Ramai lagi orang sayang kamu (^_^) Yang paling penting Allah sayang kamu (^_^)
kejadian ini baru je berlaku beberapa minit yg lalu
balik je dr kelas micro kppi ptg td aku rasa tak brapa sihat kpala pening n suhu badan agk panas
rehat sebentar aku cadang nak mengambil angin mlm ini nak kurangkan ketegangan n kekusutan kat kpala ni
selesai solat isyak aku bersiap2 nak ke mesin atm dlm tgn cuma ada syiling kebetulan perlu kotakan sesuatu janji pd 2 org kwn lg pula perut amat minta diisi sesuatu yg lain dr yg ada di rumah ni
lepas selesai urusan membeli mknn, aku masih belum puas menghirup udara nyaman mlm. jadi aku putuskan utk duduk di meja batu. tiada sesiapa di situ, bagus....sambil2 duk mkn n melayan jiwa yg agak kacau bilau ni. tiba2...huhu
aku toleh ke kanan eh biar betul!!! ada monyet seekor monyet datang dgn tanpa segan silunya ke arah aku automatik aku hingat dia nak mintak sikit mknn yg aku tgh mkn ni oh tidak, sangkaanku tak tepat, malah meleset sama sekali!!! dia dengan selamba mengambil purse aku yg pink (munge2) tu dan di pegang erat huhu
ade la dlm 3 kali aku ngn si monyet brutal ni men rebut2 aku dah terbayang dah duit dlm purse tu baru je cucuk kalo la sampai dirompak dek monyet ni tak ke dah jd kes aniaya huhu
lepas berlawan2 tu last2 aku dpt gak purse aku tu wlaupun mknn aku td dah berterabur ish3 aku dpt purse tu pon sbb monyet ni terlepas dr tangan dia
aku terus bergegas ke tangga n nak balik ke bilik sambil2 aku naik tangga tu aku tengok la kot2 monyet tu follow ke dia tak follow...tp dia pandang tepat kearah aku huhu...brutal sungguh kamu!!!
Pengajaran : jangan termenung mengenang diri sambil memegang purse berwarna pink hihi
Pengajaran sebenar : jangan ditatap kekecewaan pd sesuatu yg mmg bkn milikmu, jagalah apa yg ada di gengamanmu, kerana ia sudah menjadi milik dan amanahmu
Alhamdulillah, Keranamu Ya Allah...kami masih disini. Moga detik yang kita perolehi dariNya kita manfaatkan sebaiknya. Sebelum Allah menjemput kita berjumpaNya. Selawat dan salam kepada pemimpin disegani, Nabi Muhammad junjungan kita.
Tamatlah sudah acara yang ke-5 bagi kursus pengurusan kokurikulum yang saya dan sahabat-sahabat seperjuangan ambil pada semester ini.
Bertemakan guru cergas, komuniti ceria. segala gerak kerja telah dilakukan dan majlis sukaneka dan jamuan raya telah pun selesaikan diadakan pagi tadi sehingga ke tengah hari.
Pengalaman baru ini akan ku sematkan sebagai memori terindah bersama kalian. Kenangan suka dan duka. Senyum dan tawa. Susah dan senang. Pengalaman mengendalikan urusan teknikal juga memberi 1 pelajaran baru. Insyallah, akan di perbaiki di masa akan datang.
Yang tinggal kini hanya ulasan dari Dr. Izham hari selasa nanti dalam kuliah. Ish3...berdebar nih..Apa-apa pun...jutaan terima kasih buat team teknikal dan team SUKJA 09. Moga ukhwah tersimpul padu...Insyallah (^_^)
Sesi beraksi di padang sudah selesai.....jangan lupa ye kawan-kawan assignment kita yang bertingkat-tingkat tu...lepas tu, berjuang pula di dewan peperiksaan.
Selamat berusaha, dan selamat berjaya!!! (^_^)
P/s : peserta2 kata jamuan raya yg team SUKJA 09 sediakan semalam sedap sgt. ruginya mkn cikit sgt smlm.sebab bila dah penat, selara pon takde..huhu.takpe lah...rezeki org berbeza-beza..(^_^)
Selawat dan salam buat kekasihNya, moga kita dari kalangan yang sentiasa mentaati perintah Allah dan rasulNya. InsyaAllah (^_^)
Ermmm...niat asal nak melelapkan mata sebentar sebelum melunaskan tugasan yang masih berbaki. Badan dan minda agak letih, tapi entah kenapa mata tak mahu juga lelap. Sudah dipujuk, tetap tak mahu. Terkebil-kebil memandang laptop. Bertemankan bacaan surah al-Baqarah di laptop, jari mula rasa nak melepaskan rindu menulis entri.
Tajuk yang kat atas tu ada sambungannya,
"kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"
ni lah akibatnya kalau mulut tak di jaga nikmatnya
Tiba-tiba terasa diri ini banyak menguris beberapa keping hati kebelakangan ini. Tak tahu lah perasaan ini hanya perasaan yang perasan??? atau perasaan yang memang sedang diseru-seru oleh hati mereka yang telah ku guris hatinya???...errr....(paham ke ayat ni, cam berbelit je huhu)
Sahabat, teman, kawan dan...err...
Ku mohon dari sudut hatiku yang paling dalam, atas ihsan dan kasih sayang saudara/saudari ... maafkan diri ini.....mungkin ada tindakan yang ku fikir sesuai, namun di hati dan jiwa kalian menolaknya sama sekali....maaf ku pinta.
Aku amat sayang kalian....kerana dengan adanya kalian, suasana manis dan suka duka itu menjadi 1. Menjadi 1 rasa yang akan ku kenang sepanjang hayatku. Maaf jua ku harapkan kerana diri ini masih baru kenal erti itu...baru kenal erti ini.....
Mungkin juga kerana desakkan dan asakkan tugasan di sesi ini amat memberi kesan pada emosi kita semua.... Salah kata, perbuatan dan sentuhan jiwa sepanjang menjayakan sesi semester kali ini amat-amat ku pohon belas maaf.
Teringat akan sesi kelas micro pengajaran tempoh hari. Kelas kami yang itu bergabung dengan siswi-siswi tahun akhir kos pendidikan khas. Maka, bila sampai giliran mereka menjalankan sesi latihan pengajaran di hadapan, maka kami semua perlu memainkan watak sebagai pelajar-pelajar pendidikan khas juga...
Ternyata!!! amat dalam nilai kesabaran di jiwa mereka.
Terpaku aku sebagai murid pada hari itu melihat antara cebisan dari kesabaran mereka yang amat besar dan tinggi nilainya itu..
Terutama ketika kami perlu melakonkan watak pelajar-pelajar kurang pendengaran dan memerlukan kami berkomunikasi dan memberi tindak balas pada "guru" menggunakan bahasa isyarat. Rasa gembira turut mengisi ruang hati, bila dapat mempelajari beberapa bahasa isyarat pada hari itu.
Namun, terfikir sejenak...adakah aku telah dan menggunakan mulut dan suara ku kepada kebaikan????
Sedangkan dalam masa yang sama ada manusia yang berjuang dengan isyarat utk menggantikan fungsi mulut dan suara sebagai medium komunikasi.
Marilah!!! Saya, kamu....renung-renungkan apa yang kita telah tuturkan sepanjang hari. Adakah isinya kebaikan??? atau lidah hanya dibasahi kalimah-kalimah kejahatan???
Ya Rabbana...hati ini amat kerdil....banyak khilaf walau Kau telah banyak memberi peringatan. Ampun kan jiwa yang 1 ini Ya Rahman Ya Rahim. Andai masih ada hari esok buatku, Kau berilah hati dan jiwa ini kecintaan yang tak terhingga buatMu. Agar di negeri Akhirat kelak hati dan jiwa ini dari kalangan yang masih kekal tinggi kecintaan pada zatMu. Amin Ya Rabbal'lamin
Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu Kegelapan hati yang sering buat ku keliru Dalam menguji pergolakkan emosi diri Tak siapa tahu ada yang memerhati
(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)
Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi Membawa pengertian hidup yang abadi Tanpa perlu menipu diri sendiri Yang menjadi lumrah duniawi
Seandainya kau yang memberi ruang Akan ku baikki setiap kekurangan Oleh itu diri yang memerlukan Petunjuk darimu oh Ilahi
(Kau yang Maha Satu)
Diriku kini masih tercari-cari Jawapan misteri tiap persoalan ini Ku akui kesalahan dibuat segalanya Gelap jadinya jiwa seadanya
(rap) Ku cari terus ke situ Itulah lampu hidupku Terangilah gelap hatiku Ku pohon restu dariMU
Akan ku baikki setiap kekurangan Oleh itu diri yang memerlukan Petunjuk darimu oh Ilahi
(Kau Yang Maha Satu)
Apabila tersilap langkahku Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu Mmeohon ampun dariMu
Dan selanjutnya ku tergoda lagi Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku Kini ku mengakui teguranMu Yang membuat ku sedar siapa diriku ini
U.N.I.C.C.A.T
(rap)
Tak semua yang sempurna nasihat di jalan yang lurus Cerita yang dijadikan cerita Dengan izin Yang Maha Esa yang wujud Aku cinta dan cita Segala yang ada bermula dari rasa resah Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu Yang tak mampu risau lidah mudah di banjari Fitnah melilau-lilau Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa Ampunilah dosa-dosa semasa daku ke sana Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna Kau Yang Maha Satu (4x)
ini lah keadaan aku sekarang aku tak nak fikir tapi keadaan yg memaksa aku tutup telinga dari kata-kata mereka yg hanya aku ingin dengar adalah kata petunjuk dariMu
Ya Rahman lindungi aku dari tersilap memilih tunjukkan lah jalan-jalan yg Kau redhai tutupkan hati ini buat yg bukan milikku
permudahkanlah andai jalannya ada di depan ku Ya Rahman Ya Rahim
Syukur buat Yang Esa, kerana masih dapat bersua. Selawat dan salam buat pejuang terhebat. Muhammad Rasullulah.
Keindahan ramadhan telah pergi meninggalkan kita, syawal pula masih diraikan. Namun raya kali ini seakan telah mula berubah. Aku pun kurang pasti apa yang berubah. Ya, banyak yang berubah. Aku tidak lagi sakan shopping itu dan ini utk raya. Cuma seadanya. Itu bagus, kerana tiada pembaziran dan sekadar yg perlu sahaja. Em....diam tak diam...raya kali ni raya last aku dapat beraya dgn kak lina secara solo..hehe..yela, raya akan datang dia dah berdua pula. Sedikit sebanyak mesti ada yg berubah...suasana....
Em...atas sebab itu juga aku pula yg telah di attack..huhu...elok2 aku tak berapa pikir, last2 terpikir juga bab itu..huhu...takpe2...sekarang, dah tak pikir sangat...hehe...
Semalam, hari ahad....jiha datang beraya...maaf ye jiha...seadanya sahaja....syukran sebab sudi datang jenguk teratakku ini...hehe...macam2 cerita ada....ada beberapa cerita yang mengusik jiwa...ish3...
Oleh itu, sesuatu telah berlaku malam tadi......aku cuba sedaya mungkin utk tidak melakukan perkara2 yg akan buat aku menyesal nanti....aku cuba...aku harap moga Allah sentiasa ada di hati dan jiwa kami...
Pagi tadi, masuk2 kuliah ada teman menegur....mungkin dia senang melihat air mukaku yg kembali ceria....moga akan ceria2 selalu...
Ptg tadi, ada beberapa aura bahagia sedang mengelilingi aku...yela...bila kawan-kawan bahagia..aku pun bahagia sama tau...(^_^)
Aku mohon pada pemilik segala kebahagiaan...Ya Rahman....agar limpahkan kebahagiaan buat kami semua ... amin ya rabb.
huruf kembali menari rangkaian A kembali menghantui kini makin menggila
mana mungkin ku ukir huruf A dgn jiwa jika hakikatnya dari dulu masih hanya huruf F walau bukan serupa tapi masih lagi berwakilkan huruf F rangkaian huruf F yang masih ku gengam kadang2 ku lihat huruf F amat indah amat sempurna kenapa mesti huruf F juga yg dilihat mata? ku gengam!!! dek kerana mengengam sepenuh jiwa ia hancur, di genggamanku
pena gemar menari tatkala huruf F melagukan bait2 syair namun pena sering patah diganti patah lagi diganti dan diganti lagi
setiap penutup tarian pena kerapkali disempurnakan huruf akhir ini rangkaian huruf Z selalu mengundang teka teki pena kadang2 kaku, dakwatnya beku
Arghhh.. terperangkap semula di dalam timbunan huruf2 itu yg punya pelbagai keindahan namun seringkali menitiskan air mata di hujung pena
Oh ya pena juga boleh mengira mari kita jalinkan huruf dan nombor agar sekata rangkaian A kini 8 A,A,A,A,A,A,A,A kutafsirkan ia akan terus menggila!!! rangkaian F kekal 5 F,F,F,F,F kekal kerana penaku sering patah!!! rangkaian Z masih sukar ditambah hanya 2 Z,Z kerana penaku kaku dakwatnya beku
jangan gusar wahai hati pena itu tidak salah cara si tuan pena yang salah mengalunkan rentak mata pena bawalah pena ke lautan kalimah2 suci disitu hati bakal sejuk, damai
kerana dakwat pena tak kan pernah beku pena tak tegar utk patah kerana lautan kalimah2 suci ilahi takkan pernah habis kerana laut itu sendiri tunduk dan patuh pada Ilahi
Hari ni dah 24 ramadhan dah kan? kejap je......rindunya....entah sempat jumpa ramadhan akan datang ke tidak....Syukur ke hadrat ilahi atas segala apa yang telah diberi buat kita selaku hambaNya. Yang suka mahupun duka, hakikatnya segala2Nya milikNya. Ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku.
Diajukan lagi soalan yang sama...."kenapa sedih je ni?"
Eh, bila la masanya aku bersedih ek? jgn bimbang ye kwn2 dan yang mengambil tahu. jangan bimbang, saya ok ni. Hakikatnya saya happy dan tenang tika ini. Cuma mungkin kerana kesihatan diri yg kurang baik dan timbunan tanggungjawab selaku siswi yg membuatkan sy agak keletihan. Untuk menjimatkan tenaga, saya kurangkan bercakap. Itu sahaja....Tiada kaitan dgn baju yang saya pakai. Dah lama teringin nak ada baju yg saya pakai hari ini. Dari jaman sekolah lagi...hehe....
Jangan bimbang ye kwn2 dan yang mengambil tahu. Doakan sahaja saya sihat segera. Tunggu sahaja saya menyakat kamu nanti hehe
Em, tapi ada sesuatu yang saya agak terkedu dan hilang kata-kata tadi. Seharusnya jika hendak menegur atau memberi semangat sekali pun. Lihatlah persekitaran, samaada sesuai atau tidak melontarkan kata-kata teguran. Barangkali yang mendengar itu akan semakin jatuh semangatnya dek kerana malu ditegur di hadapan ramai.
Saya mohon ampun dan maaf buat sahabat2 yg sy sayangi. Saya sayang anda semua. Tiada apa yang saya sedihkan di dalam hati. Melainkan sedih melepaskan ramadhan pergi. Itu sahaja. Kerana ramadhan kali ini amat bermakna buat diri ini. Hanya Dia yang tahu. Maaf seribu maaf.
Mungkin ada yang dah rindu nak lihat saya lincah menyakat.(perasan je kn sy ni? hehe). Doakan kesembuhan saya ye. Insyallah, dalam proses ni.
baca ulasan tntng sy di blog irtiyah td....mmg ada betul nye huhu
1. Anda rasa anda hot? Tak walaupun; :: suhu badan sy agak panas sekarang dan boleh di kategorikan demam huhu ::
2. Upload gambar kesayangan anda.
poyonye la letak gmbr kartun kan??? hehe..ye la..nak letak gmbr family tp bukan utk tatapan umum...so...sy letak je gmbr kartun ni...CINTA BUAT ZAUJ (perasan je kn? :P)
3. Kenapa anda suka gambar ini? sebab sweet n emm....cute (^_^) 4. Bila kali terakhir anda makan pizza? masa birthday linda n kak ida (semester lepas)huhu
5. Lagu terakhir anda dengar? mu'allim-sami yusuf
6. Apakah yang anda buat sambil selesaikan tag ini? sedang berjuang siapkan rph (taip dlm jawi) smbil menahan sakit (gastrik)
7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil? che' fat. kwn2 masa form 6 dulu panggil saya dgn nama ni...
sekian terima kasih...sy telah membayar hutang tag ngeee~~~
Anugerah ini adalah daripada ukhti syauqah mujahidah....kwn yg belum pernah bersua muka (^_^).syukran ya ukhti
Untuk anugerah kali ini , ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan.
1 > kena letak 5 fakta menarik tentang pemberi award.
Erm , nak letak apa ye...
-> anti seorang yg agak misteri, tapi benar hehe -> seorang yang berani dan tak mudah putus asa utk menjadikan setiap hari lebih baik dari semalamnya ->seorang makcik yg sweet pd anak-anak buah hehe ->seorang muslimah yg solehah insyallah ->seorang yg amat menjaga ukwahfillah
2> Kena nyatakan 10 fakta tentang diri sendiri
Erm , secara ringkas je la ye
-> masih bergelar siswi ukm fakulti pend (pend islam) -> akan melangkah umur ke 22 beberapa bln lg (udah tua dah hehe) -> ank sulong dr 2 adk beradik -> adkku perempuan (^_^) -> sy seorang yg berketurunan jawa (^_^) -> sy syg segamat (^_^) -> sgt suka menyakat kwn2 n buat lawak huhu -> sy akan jadi seorang yg pendiam bila sy byk berfikir ;p -> sy akan berjalan (jln kaki) semahunya (rela tak naik bas), atau basuh baju lelama kalo sy nak lepaskan geram or tension huhu
Dan yang terakhir , kena beri award ini kepada 10 orang..
1. my lovely aunty irtiyah 2. ukhti jiha 3. ukhti ieya 4. ukhti siah 5. ukhti syida 6.ukhti rosniza yg lain2 pandai2 la ambil sendiri ye..hehe..sowie
dan kepada sesiapa yg sudi nak ambil award ni. tapi jgn lupa tgglkan komentar anda dulu sebelum mengambilnya ya (^_^)
Apa yang anda perlu lakukan ialah;
1. Buat Posting tentang Award ini. 2. Linkkan pemberi awards ini di entri itu. 3. Bagi para sahabat yang belum jadi Follower atau Bertukar Link, harap menjadi Follow atau bertukar link dengan saya. 4. Copy-paste Image diatas. 5. Sebelum ambil jangan lupa tinggalkan komentar di entri ini.
Bagi sahabat yang belum tahu makna Award, sedikit gunanya... 1. Menambah mempererat jalinan Blokwalking. 2. Menambah jaringan link di web mesin pencari berita. 3. Cepat menambah tingkat Page Rank, baik dari Google, yahoo, msn, alexa atau yang lain.
Limpahan syukur buat ilahi kerana kita masih berkesempatan menikmati ramadhan yang terbuka luas segala keberkatan. Selawat dan salam buat pemimpin terunggul sepanjang zaman.
Hari ini memang penat, dan hampir-hampir kecundang puasaku.huhu...tapi silap ku sendiri. Teman-teman teruja nak mencari beberapa keperluan raya yg mereka ingin bebeno nak beli...hehe. Masa plan2 semalam, aku dah tahu dah...aku takkn beli apa2 pun nnt. Ye, ternyata benar!!! Tadi aku tak beli apa2 pun....sejauh itu kami berjalan....tapi 1 barang pun aku tak bawa pulang....takpe2 hajat kat hati ni cuma nak realisasikan keinginan teman-teman dan hanya untuk melihat2 tempat org....lagi pula sifat berjimat aku semester ini berhasil....berkat suara amaran mak, yang sering terngiang2 di kala aku sedang cuba2 membeli belah hehe :P
Masyaallah.....di sebabkan keinginan.....ramai juga yang sanggup tolak-menolak antara 1 sama lain....ish3...beristighfar aku di buatnya....terkedu bila ditolak dan di himpit dalam lautan manusia siang tadi....itulah keinginan manusia...kan??? sanggup berbuat apa cara pun utk mendapatkan apa yg diingini....kadang-kadang usaha untuk mencapai keinginan tu dengan menindas manusia-manusia lain yang tak berdosa..
Semasa menunggu komuter yang amat-amat lambat....aku terpandang pada dua lelaki di seberang ruang sana. Khusyuk aku memerhati.....kerana cuba memahami....teman di sebelah pelik benar tengok aku senyap je masa tu (penat le kene bersesak-sesak tadi hehe)...
Apa yang sy perhatikan pada dua lelaki tadi ye? hihi
Aku lihat, yang seorang sedang khusyuk mendengar.....mendengar bait-bait curahan rasa dari temannya yang seorang lagi....gembira dan rancak benar perbualan mereka tu. Walaupun tanpa sedikit suara pun. Kerana teman yang sedang rancak berbicara itu, hanya mampu berbicara dengan bahasa isyarat. Kagum aku melihat mereka berdua...seronoknya jika kita memiliki sahabat yang setia mendengar bual bicara kita walau tanpa suara. kan?
Kerana persahabatan itu berteraskan kasih sayang, ukhwah, berinteraksi, mengerti, mendengar, senyum, tawa, gembira, menangis, duka, ketawa, sedih, jujur, ikhlas-----sabar-----
Kadang-kadang aku lihat manusia yang memiliki hampir segalanya....amat payah menghargai persahabatan....melihat teman baik(secara zahir) longlai melangkah...hanya di pandang sepi tanpa pertanyaan "ambil berat"...ish3 apa lah nasib badan huhu
Takpe2, persahabatan juga bukan hanya utk menerima, tetapi memberi....dengan hati yang ikhlas...biarlah temanmu itu tidak punya rasa membalas persahabatan yg kau hulur....kerana Allah sentiasa tahu menilai keikhlasan hatimu yang cantik itu (^_^)
Ramadhan masih ada bakinya....perlu bertungkus lumus dan lipat gandakan peluang yang masih berbaki ini....
p/s: tadi nmpk ramai yg dah angkat beg balik raya, aku n kwn2 seangkatan masih bertungkus lumus dgn kelas dan pembentangan2 + assignment2 penting..takpe2....berusaha!!!! (^_^)
Syukur kehadrat illahi aku masih disini..masih lagi bernafas...atau barangkali mendapat nafas dan aura baru....selawat dan salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W
Macam-macam yang berlaku dan melanda diri ini. Terutamanya pada sepanjang minggu lepas..iaitu sabtu (5/9/09), ahad (6/9/09) dan hari ini (7/9/09) walaupun hakikatnya hari ini masih belum tahu apa kesudahannya.
----Satu----
Sepanjang minggu lepas, aku dan rakan-rakan seperjuangan berhempas pulas membuat latihan dan persiapan menjelang pertandingan di festival kesenian islam (FEKIS 09) di bawah kursus pengurusan ko-k yg merupakan acara ke empat.klik di sini
Boleh dikatakan hampir sepanjang minggu lepas semua org tak cukup tidur dan letih.
Namun semasa malam sesi raptai pertama diadakan (3/9/09), ada insiden yg aku tak jangka. Atau mungkin aku yg terover sensitif dan kurang profesional????? Buat pertama kalinya aku terpaksa tumpahkan air mata. Walaupun hanya fani yg nmpk aku nangis masa tu. Tapi ada jugak insan-insan perihatin yg touching.hehe....maaflah...lepas je insiden tu, hati aku jd confius....bukan tak tenteram tapi seakan amat berserah pada Allah. Mujur ada teman-teman (fani, jamilah, hajar,aizat) aku bangkit untuk tidak terus mengalah!!! berusaha!!!
Malam raptai penuh pula diadakan, masing-masing teruja dan all out..hehe...group kami sayang nak tinggalkan pentas.Ish3...pukul 3.30 pagi baru beransur balik ke kolej. Letih tak payah kata la, tengok muka je dah tahu ngeee~~~
Tiba lah hari pertandingan (5/9/09). Walaupun tak dapat johan, tapi seronok sebab team work yg berkesan. (^_^)
Namun sebelum majlis bermula, air mata kedua tumpah lagi...ish3 apa kena ntah mata aku ni kene servis ni...huhu
--------------------------------Selesai sudah 1 babak--------------------------------------
----dua----
Berusaha dan terus berusaha!!! walaupun baru balik program dari siang sampai menjelang waktu berbuka puasa. Namun ada pula misi kedua yang perlu di selesaikan. (6/9/09 )ada majlis iftar....malam menjelang iftar, masih ada 1 dua perkara penting yang belum selesai...hati mula berdebar kencang.
(6/9/09) telah menjelang tiba, sedaya upaya aku cuba menenangkan diri....berhasil!!!
------4.30ptg-----,
sedang asyik membuat persiapan terakhir sebelum majlis iftar ptg itu....tiba-tiba hp berbunyi....kelam kabut benar suara di hujung talian....(aku tak faham kenapa). Lepas panggilan hp diputuskan, baru aku perasan ada masej masuk dlm inbox. haaa???? ada org sabotaj???? ish3 bulan2 puasa ni pun ada lagi org yang tak sayang pahala.
Aku terduduk, rakan-rakan lain dah bimbang. Takut benar aku tension.... hehe..tq kawan-kawan. Mujur ada tindakkan cepat mencantas sebaran fitnah tu....
Dan akhirnya majlis kami on macam yang di rencanakan. Alhamdulillah....syukur ke hadrat illahi. Air mata yg tertumpah dua kali sebelum ni dah dilap dengan deretan senyuman dan ucapan tahniah.(^_^)
--------------------------------Selesai sudah 2 babak--------------------------------------
----tiga----
7/9/09 sepatutnya aku ade kelas micro teaching pagi ni. Ye, memang hari ini hari cuti...tapi kami dah janji nak ganti kelas.....sedang aku khusyuk menyelesaikan sentuhan persediaan untuk mengajar pagi ni.... tiba-tiba aku rasa macam lain macam....
0h...tidakkkk!!!!
Tu la sapa suruh minum air gas malam tadi??? suara perut menjawab....ala...."ter" minum la masa bungkus2 lauk mlm td..huhu padahnya, aku tak dapat nak pergi kelas pagi ni....patutnya 3 perkara penting akan selesai menjelang esok...tapi 2 je yang Allah izinkan...maksudnya aku kene lipat gandakan persediaan utk next micro teaching.
Dan!!!!
Jangan nak "ter"minum atau termakan mende2 yg leh buatkan gastrik kat perut ni tak reti duk diam2...huhu Semoga Allah permudahkan urusan, kurniakanlah kesihatan yg baik. Dan moga2 ramadhan yg berbaki ini mampu mentarbiyah lagi hati ini. Amin..Insyallah..
p/s : 1-Byk lagi assignment yg setia menanti, jumaat ni ade mid exam (doakan ye). 2-Untuk sahabat yg baru kembali ke bumi ukm ni.....selamat kembali dan selamat berjuang juga.(^_^)