"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 29 April 2009

Jangan pandang rendah kpd sesama makhluk

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.

Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Sumber : kisah tauladan


wallahualam


Isnin, 27 April 2009

Jom Celik

Assalamualaikum


Harap semua sihat...ceria bersemangat. Terutamanya kepada sahabat-sahabat seangkatan untuk menyelesaikan perjuangan di medan final..hehe. Saya masih ada baki satu kertas...6hb..huhu..lama tu..penantian 1 penyiksaan..tapi takpe...ada hikmahnya..kan2? hehe



Hurmm...saya terpanggil dengan keluhan hati seorang sahabat lama...dia kata...sedih..lihat rakan-rakan muslimat yang dah tukar imej sejak tinggalkan sekolah...benar, saya akui....dan apa yang saya boleh katakan ialah ia terjadi dari galakkan keluarga sendiri!!! Kenapa saya cakap macam tu?


Cuba anda nilai ayat-ayat ini

"ayah tak kira, suka ke tak suka...kamu mesti masuk sekolah agama"

(ambil membakar hujung rokok)

"ibu rasa tudung kamu ni macam panas je, takpa lah..sepupu-sepupu je..kamu pakai nanti je, bila kat asrama.ye?"

(sambil membetul-betulkan rambut di hadapan cermin kereta)

"dik, kakak taknak lah jalan sebelah kamu. malu la...nanti orang kata akak jalan dengan ustazh"

(sambil berusaha membetulkan baby t-shirt yg sendat )


Ha, macam mana ni? mana taknye...dapat sahaja peluang. Dia akan ikut rentak orang disekeliling. Lebih-lebih lagi ada yang rasa sangat-sangat terpaksa masuk sekolah agama, tambahan pula berasrama. Walaupun macam-macam usaha murni ustaz dan ustazah kat sekolah dalam membentuk sahsiah para pelajar. Namun bila hati dah keras, rasa sangat-sangat ingin memberontak, remaja pulak tu...macam curah air kat daun keladi jela..


Tapi memang tak adil kalau saya kata hanya itu sahaja yg mendorong sesetengah dari kita tukar imej. Faktor utama sebenarnya adalah diri sendiri!!! seseorang yang bijak seharusnya CELIK dalam menilai yang mana yang baik, dan yang mana yang buruk. Jelas dan nyata Allah meminta para muslimin dan muslimat jaga pemakaian agar terpelihara peribadi. Ramai juga yang sangat tahu hakikat penjagaan adab berpakaian, buktinya? rasa malu bila terserempak dengan bekas-bekas ustaz dan ustazah yang pernah mengajar mereka di luar sekolah. Buat-buat tak kenal.


Sebelum ini saya ade berkongsi 1 entri di bawah tajuk AURAT : persepsi dari pelbagai perspektif klik disini


Hmm...namun jangan jadi bias ya..wahai sahabat lama...bukan rakan muslimat sahaja yang bertukar imej. Rata-rata rakan muslimin juga begitu..Aku juga bukan manusia kebal....sambil mengingatkan diri...tiba-tiba teringat pada kata-kata Dr. Halim masa kuliah hari tu...benar-benar terkandung 1001 yang tersurat dan tersirat.aku terjemahkan dalam minda seperti ini "wahai para daie, jangan anda mendabik dada....anda bukan manusia kebal...sama taraf di mata Allah...ujian boleh diberikan kepada siapa pun yang dikehendakiNya...terutamanya dalam soal cinta insani...jangan anda rebah mengalah pada nafsu, cinta itu fitrah mengasyikkan sehingga ramai yang benar-benar hanyut"...


Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) Yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan Anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan Yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (Luqman : 33)


Akhir kalam letakkan ini sebagai matlamat "Aku tiada siapapun kecuali Allah di hatiku, dengan kasih sayangnNYA aku di sini, dengan kasih sayangNYA ibu dan ayah menyayangiku, dengan kasih sayangNYA aku dapat merasa nikmat Islam dan Iman, menikmati keindahan malam dan siangMU....Ya Rabbi...hanya cintaMU yang selayaknya memenuhi ruang hatiku"


Wallahualam

Sabtu, 25 April 2009

perWATAKkan

Assalamualaikum...

Tadi masa balik dari cafe...ada sesuatu yang bermain di minda...di harap ada baiknya saya terjemahkan menjadi perkongsian di sini. Hari demi hari..meniti kehidupan di bumi pinjaman Allah Taala....pelbagai ragam kita saksikan....macam-macam watak yang ada di atas pentas dunia ni..watak hipokrit, watak riak, watak baik, watak keliru (kekeliruan identiti la tu hehe)...

Tapi sayang 1000 kali sayang...watak-watak baik sering di pandang sinis oleh masyarakat...sangsi..curiga dan lantas menjadi bahan umpatan...walhal mulut yang sedang mengumpat itu sedang mengikis perwatakkan baik dalam diri kerana sedang diganti dengan watak jahat! mengumpat!

Ada juga sesetengah dari kita menerima segala macam tomahan dan kritikan dengan hati yang terbuka....tak mudah melatah...cool je...malah membalas dengan senyuman...bukan senyuman sinis tau..tapi senyuman yang menyejukkan hati mereka-mereka yang panas..Individu macam ini saya tafsirkan sebagai orang yang bijak membuat keputusan...tak menyakitkan hati...bila dilihat air mukanya..tenang dan damai rasa dalam hati...



Dan tak kurang juga yang mudah melatah..berfikiran kurang matang. Sedangkan ilmu penuh dan sesak di dada...tapi kurang praktikal...marah bila dikritik...mula menunjukkan yang ilmu yang dia ada adalah lebih hebat dari orang lain...

Aku bukan insan sempurna..cuma meluahkan rasa hati..sambil mengingatkan diri sendiri...ilmu yang kita peroleh bukan tujuannya untuk di megah-megahkan...tapi utk diamal..dan di sebar-sebarkan agar sama-sama beroleh manfaat...

Disaat kau melatah kemarahan...ada api hasutan di kiri dan kananmu..depan dan belakang...syaitan sedang bersorak...melihat kau terbakar dek kerana amarah...

Zahir dan lahiriah yang dipamerkan oleh setiap individu belum mampu menutup segala rahsia hati...hasad, cemburu, takbur....apa yang dizahirkan, mungkin sekali pandang menggambarkan kita seorang yang bijaksana, berpendidikan, terhormat dan di segani...Tapi ingatlah...rahsia hati manusia jelas terpancar dari tingkahlakumu..cuma tergantung samaada manusia lain melihat atau tidak...apa yang jelas...Allah sentiasa melihat!

Namun, apa yang lebih murni apabila kita zahirkan keindahan Islam dalam setiap tingkahlaku...TIDAK MELATAH DENGAN KEJIAN, DAN TIDAK BANGGA DENGAN PUJIAN. Setinggi mana kau menjulang langit dunia, akhirnya bercampur tanah bertemu YANG MAHA BERKUASA..mati bakal menjemput pada bila-bila masa..jangan kau bazirkan masa yang semakin suntuk dengan kata-kata nista...kau bakar hati manusia dengan kata-kata, kelak kau sendiri terbakar dengan kata-katamu sendiri.

Wallahualam..

Jumaat, 24 April 2009

Macam tunggu bas???

Assalamualaikum..
Sebenarnya bahan ni familiar dah...MyEm0.comtapi melayan rumate kesayangan sy ni...sy masukkan jua sebagai entri di blog. hehe...Sem dpn entah dpt jd rumate lg entah tak..kan ila???MyEm0.comsebab aku suke la gaduh-gaduh, share story ngn ko...MyEm0.comgelak sama-sama..sedey sama-sama...tgk "matahari" sama-sama kat hp ko hehehe.ko seorg rumate yg sweet sgt. mgkn sbb kita slalu share makan sama-sama gak kot..hehe..and thanks a lot 4 everything..xpesially utk buat laptop aku ni bernyawa..

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, anda tengok bas itu dan anda berkata pada diri anda,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, anda akan katakan pada diri anda, “Saya akan tunggu bas yang lain.”
Anda pun biarkan bas tu berlalu dan anda tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua.

Anda tengok bas itu dan anda akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, anda pun biarkan bas buruk itu berlalu dan anda bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini anda kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”
Dan sekali lagi anda biarkan bas itu berlalu dan anda bercadang untuk menanti bas yang seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang anda sudah terlambat rupanya.

Anda mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah anda sedar bahawa… anda dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini anda dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang anda hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah anda dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk anda? Jadi, mengingini apa yang anda idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya anda dapati “bas” itu tidak sesuai dengan anda, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… saya pasti anda semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Anda nampak sebuah bas datang ((tentulah bas yang anda nanti- nantikan)), anda tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak anda dan terus berlalu tinggalkan anda!
Hahahaha…Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Kurang bijak sebenarnya untuk mengejar bas itu MyEm0.comsebab setiap kali, anda akan terjatuh dan menyakiti diri anda sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada anda nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri anda. Dan bila anda berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta

Namun saya ada pendapat peribadi :





no love until akad
MyEm0.com
MyEm0.com




Ahad, 19 April 2009

sesi senyum

Assalamualaikum....

Alhamdulilah....setelah tamat je seminar sekitar pukul 6 ptg tadi...rasa lega sangat...baru la tenteram nak mengharungi final....
MyEm0.Com

Semalam hantar buku KPPI yg siap dijilid pd ustz...dalam lebih kurang 256 muka surat..berat...hehe...tapi harap2 markah nya pun berat jua..hehe...seronok masa ambil buku yg siap dijilid tu semalam...yela.."first baby" la katakan..MyEm0.Com.dan kebetulan sy yg jd editornye...heee~~~~.Tapi memang mencabar mental betul....apa-apa pun semua nya telah selamat....terima kasih kepada sahabat-sahabat seangkatan yg memberi kerjasama..dan happening sokmo.....kepada yg sambil lewa....harap-harap perbaiki di masa akan datang. MyEm0.ComKenangan memerah otak buat soalan masa 2 hari kita berkampung tu memang sy tak akan lupa.....hehe....Terima kasih di atas jalinan ukhwah antara kita....SELAMA INI KITA HANYA BERKAWAN....TP KINI KITA JADI SAHABAT..

Dan untuk team tasawwur yang di sayangi dan dekat di hati.....saya rasa seronok dan bertuah dipertemukan dengan kalian...bersama kalian banyak perkara baru, pengalaman menyeronokkan, suka dan duka. MyEm0.ComSerius, saya tak pernah sedalam ini terkesan di hati jika nak dibandingkan dengan program-program atau gerak kerja-gerak kerja yang pernah saya sertai sebelum ini....SELAMA INI KITA HANYA BERSAHABAT...TP KINI KITA ADALAH 1 KELUARGA..

Dan dedikasi teristimewa buat kak yana dan kak ida...saya betul-betul merasakan yang saya dapat dua org kakak yang dekat kat hati sy....sy sayang akak berdua....sejujurnya...tak sangka....
benarlah bahawa tak kenal maka tak cinta.....MyEm0.Com

BUAT SAHABAT2 KPPI
yana, oshien, ijan, siah, linda,
fahmi, mahzuz, syukri, azahari, aminul, fendi

BUAT "KELUARGA BARU" TASAWWUR
kak yana, kak ida, kak ikin, kak fauzan, ijan, kak sue, wan, angah, ana, ateh
faiz, awiff, wadi, nuar, pajan, kudin, afnan


TERIMA KASIH BUAT SEGALANYA...UKHWAH ABADAN ABADA FILLAH..
kalian buat saya tersenyumMyEm0.Com

Khamis, 16 April 2009

ingat mengingatkan

Antara wasiat Imam Hassan al-Banna:

• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.

• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

Rabu, 15 April 2009

Windu

Assalamualaikum....

Camat pagi....

Ketika ini jam menunjukkan 4.38 pg...

Rindu kat mak..

Rindu kat abah...

Rindu kat mira...

Rindu kat segamat...

Nak balik...tapi .....
MyEm0.com
Hurmm...Exam habis 6hb...

Tapi dpt balik 8hb...

Rindunyeee...

Macam jauh sgt je ek bangi ngan segamat

MyEm0.Comhihi...


Camne la rasa kat aty kwn2 kat Mesir tu

yg da dekat 4 thn tak balik M'sia..

MyEm0.Com




Isnin, 13 April 2009

ku jejak mimpi semalam

Assalamualaikum...

Hmmm...mlm ni terasa susah pula nak lelap mata....MyEm0.Comada sesuatu yg berlegar-legar dlm fikiran ni..huhu...ku jejak mimpi semalam??? apa yg di mimpikan tu ye??? bukan itu yang saya maksudkan...cuma...sejak 3-4 hari ni...asyik teringatkan masa lalu....lalu ku jejaki semula mimpi-mimpi dan impian masa laluku...

Ini semua gara-gara terserempak dengan seorang "teman" lama...dah hampir 5 tahun dia menyepi...sejak tahun 2004 lagi....lepas kami tamat spm....saya yakin dia menyepi tu ada kaitannya dengan saya....tapi saya memang tak ada niat nak buat dia menjauh sampai macam ituMyEm0.Com....semua jawapan dan reaksi yang saya zahirkan pada dia....adalah datang dari kesesuaian masa dan ketika....."mangsa keadaan"...tambah lagi dengan pelbagai "berita salah faham".....entah la...da macam telenovela lah pulak...hehe....

Gara-gara itu jugalah saya teringat semula...macam mana impian masa lalu iaitu.....tentang hidup yang kulalui masa ini...adakah semua impian masa lalu telah ku gapai??? atau masih terkapai-kapai bertanya arah haluan dimanakah impian itu berada...Tapi aku rasa duduk letak diriku kini di tempat yang benar....cuma perlu diperbaiki dan istiqamahkan jentera hati yang kadang kala terlupa diri..lupa yang diri ini hanya pinjaman dari Yang Maha Esa...

Bila ku jejaki mimpi semalam...rupanya aku banyak meninggalkan jejak dosa....yang entah bila bakal pudar warna hitam itu di hati....yang entah sempat ku jejak kembali masa lalu yang telah ku bazirkan untuk ku ganti dengan sesuatu yang lebih bermanfaat...

Wahai "teman" aku benar-benar minta maaf...dari lubuk hatiku yang dalam....kerana mengertilah bahawa kau jua pernah menjadi semangatku di masa lalu..dalam mengutip mutiara-mutiara ilmu di lautan penuh badai....andai kau tahu....kini aku cuba menjadi diriku yang dahulu itu...kerana diriku yang dahulu lebih ikhlas dan tidak mudah putus asa....mungkin kerana kau masih "teman" ku ketika itu....terima kasih "teman"...


Dan ku harap benar agar kau jua mampu bahagia..dan berjaya...maafkan ku "teman" andai kau amat derita....tersenyumlah agar hari-harimu terlukis indah seperti dulu....andai kau membaca luah bicara ini....ingatlah bahawa sebuah PERTEMUAN pasti ada PERPISAHAN ..moga mimpiku hari ini mampuku tinggalkan jejaknya sebagai satu kenangan bermakna buatmu...amin..

Sabtu, 11 April 2009

Bantulah Aku Melawan Nafsu





Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com
Album : Sembahyang Membina Peribadi Agung


Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan,
Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku

Tuhan, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Oh ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Ku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku ketika ku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nanti

Tuhan, ku akan mencuba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Tuhan

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku


p/s : lagu dalam video klip tu berbahasa arab
takpe..kali ni kita belajar bahasa arab k.


semoga kita S.M.K.A.S
Sentiasa
Mencari
Keredhaan
Allah
Subhanahuwataala

Isnin, 6 April 2009

FIGHTING!!!




KURIKULUM DAN PENILAIAN PENDIDIKAN ISLAM 20 APRIL
SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM 22 APRIL
HAK ASASI MANUSIA 24 APRIL
KURIKULUM DAN PADAGOGI 27 APRIL
TASAWWUR ISLAM DALAM PENDIDIKAN 06 MEI



Assalamualaikum......
Kat atas ni jadual exam sem ni....nampak mmg sikit je...dan nama-nama subjek tu pun mesti ramai yg kata simple....tapi mana ada yang senang kat dunia ni kalau tak ada usaha dari diri sendiri kan? apa-apa pun...dalam menanti menjelangnya final ni...aku dan kawan-kawan yang lain masih bertungkus lumus, berhempas pulas dan berkampung untuk siapkan penulisan, instrumen, transkripsi dan sebagainya...
MyEm0.com

Pelik jugak kadang-kadang....sebab kebanyakkan orang akan pelik bila nampak kami di mana-mana kedai photostat atau print...mereka akan tanya..."kamu student tahun akhir ke?" MyEm0.comsebab.....mereka nampak kami photostat soal selidik dan bukukan penulisan tebal kami yang sekali pandang memang sebijik cam tesis student tahun akhir...huhuhu...tapi nak wat camne kan....takpe...walaupun lain dari orang lain...kami redha je wat semua apa yang diminta oleh lecturer-lecturer kami...
MyEm0.com

Walaupun nampak macam complicated...tapi aku rasa perkara yang complicated la yang akan buat kita selalu berfikir jauh dan matang...apa yang penting jangan takut untuk berhadapan dengan cabaran...
MyEm0.Com

Ok la....masih banyak yang masih terbengkalai ni.....
sambung di lain episod ye..hehe...MyEm0.Com







CHAIYOK!!!!!! CHAIYOK!!!!!!

MyEm0.com

Sabtu, 4 April 2009

AURAT : persepsi dari pelbagai perspektif


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum...

Ada satu bingkisan yang saya mahu
kongsi bersama kalian kali ini....
saya "terserempak" dgn bingkisan ini dari
seorang adik junior masa skola menengah....
ia membuatkan kita merenung tentang hakikat apa yang melanda kebanyakkan muslimat hari ini..







Namun apa yang pasti....menutup aurat yang sempurna seharusnya mampu mendatangkan satu ketenangan pada si pemakai...mampu menikmati apa yang dikatakan sebagai satu kemanisan iman...melahirkan rasa taqarrub ilallah..insyaallah...

Rabu, 1 April 2009

Adaptasi Kisah Muhajirin dan Ansar

Assalamualaikum...

Saya harap kalian dikurniakan kesihatan diri yang baik, ketenangan jiwa yang hanyut bersama cinta Yang Esa dan menikmati nikmat senyum dan tawa bersama yang tersayang.

Kali ini saya nak bawa satu bingkisan yang datang dari hati. Sebenarnya dah berhari-hari nak update blog...tapi atas faktor tugasan dan peperiksaan kecil yang bersusun, juga atas faktor kesihatan yang tak berapa mengizinkan..maka saya terpaksa matikan hasrat.MyEm0.Com

Hari Isnin lepas saya dah selamat melepasi kelas micro. Saya orang ketiga mengajar pada pagi tu. Mula-mula ada masalah teknikal...tapi secara keseluruhannya Alhamdulilah....sebab lecturer yang memantau kelas micro kami nampaknya berpuas hati...tapi hati kecil saya berbisik...masih banyak yang perlu diperbaiki...terutamanya pemantapan ilmu, dan perlu banyak usaha lagi dalam mengenal Allah serta segala milikNya...agar tidak sesat lagi menyesatkan.

Saya bawa video untuk mengajar bab sirah pada hari itu. Ada 12 siri semuanya..tapi saya pilih dua siri sahaja..Muhajirin dan Ansar...itulah topiknya...walaupun sejak dari kecil pernah mendengar kisah Muhajirin dan Ansar. Tapi lepas menghayati video tersebut saya rasa diri saya amat-amat kecil...kecil di mata Allah....Betapa tingginya nilai kasih sayang antara mereka. Semangat jihad, semangat mencari cinta Ilahi, dengan yakin menjadikan Islam sebagai kecintaan mereka mengatasi kecintaan terhadap yang lain.

Bila ku lihat apa yang ada hari ini....di sana sini pertumpahan darah, di sana sini perebutan kuasa, di sana sini cemuh mencemuh, di sana sini kemiskinan....miskin hati...miskin budi....miskin pekerti....

Tambahan lagi....semester ini saya berpeluang menemubual dan mendekati remaja-remaja Islam yang sememangnya telah hanyut...hanyut dengan dunia meraka..saya temui...yang telah terlanjur...maka buntu meneruskan hidup...kerana bakal menggendong bayi...tanpa bapa..dan ku akui hampir ribuan remaja lain di luar sana yang menghadapi rencah hidup yang serupa..meskipun tidak sama...tapi apa yang pasti...di mana NUR.???..di mana cahaya keindahan Islam dalam hatimu wahai diri???

Semangat Muhajirin dan Ansar...amat kental....tidak gentar mempertahankan Islam...berkorban harta meskipun nyawa...demi agama yang mereka cintai...hanya syahid fi sabililah yang mereka dambakan. Ansar juga dalam kalangan yang amat tinggi nilai kasih dan sayang sesama manusia...kerana.....menerima kedatangan Muhajirin dengan hati terbuka...jiwa yang mahabbah..menyayangi tanpa memandang harta, pangkat, nama, gelaran dan sebagainya...

Kita???
Ku lihat rata-rata kita sentiasa berperasangka....walaupun dengan ibu bapa, rakan karib...keruntuhan institusi kekeluargaan saban hari mewarnai, gejala itu...gejala ini menular....malah nama jiran sebelah rumah pun tak ambil kisah. Apalagi untuk bertanya hal ehwal kebajikan tetangga...ke manakah hilangnya kasih dan sayang yang diadaptasi Muhajirin Ansar dari hati kita wahai sahabat???

Marilah kita pupuk rasa kasih dan sayang itu semula ....antara sesama kita atas jalan akidah yang semakin memudar dan kelam di hati kita. Atas nama Allah...marilah....tak perlu pergi jauh-jauh...cari rakan baikmu....kikis sifat hasad!!!, sifat dengki!!!...leburkan dendam yang membusuk di hatimu..amalan mengumpat dan mengata minta dilontar jauh-jauh. Ayuh adaptasi Kisah Muhajirin dan Ansar....agar keindahan Islam itu mampu kita bajai bersama..rasai bersama..dan nikmati bersama...kerana Islam itu cara hidup yang sempurna...yang telah dibawa oleh junjungan Nabi kesayangan kita....Nabi Muhammad S.A.W...Insyaallah..jom.."jom sayang saudara seIslam kita"...








Powered By Blogger