"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label bingkisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bingkisan. Papar semua catatan

Rabu, 14 Disember 2011

Serulah dirimu juga

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji dan puja hanya pada Allah. Subhanallah.

Selawat dan salam buat pemimpin ummat yang dirindui, Nabi Muhammad s.a.w

Alhamdulillah, jantung masih berdegup. Nadi masih lagi berdenyut. Apa khabar iman? Subur? Apa khabar sabar? Masih bertahan? Bagaimana dengan ibadah? Masih istiqamah? Ya Rahman, Ya Rahim. Tetapkanlah iman kami pada jalan-Mu. Himpunkanlah kami dalam kebaikan duniawi dan ukhrawi. Berikanlah petunjuk-Mu, cinta-Mu. Amin.

Alhamdulillah, ketenangan kembali mengisi. Moga musimnya berpanjangan. Amin.

Sangat gerun membaca Riyadhus Salihin pada halaman 125. Terdapat sepotong hadith dan beberapa petikan dari ayat al-Quran.

"Mengapa kamu menyuruh orang lain (untuk mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab, apakah kamu tidak berfikir?". [al-Baqarah:44]

Dan dalam ayat lain, dari surah ash-Shaff Allah menyatakan kebencian-Nya terhadap golongan ini.

"Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".[ash-Shaff:2-3]


Golongan ini merupakan golongan manusia yang mengajak manusia lain mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar, tetapi tidak melaksanakan seperti apa yang diserukan kepada orang lain. Berkata-kata tetapi tidak dikota T__T

Manakala hadith yang menerangkan keadaan golongan ini adalah,

Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Haritsah ra. berkata: "Saya mendengar Rasullullah s.aw bersabda: " Nanti pada hari kiamat ada seseorang yang didatangkan kemudiaan dilemparkan ke dalam neraka maka keluarlah usus perutnya dan berputar-putar di dalam neraka sebagaimana berputarnya keldai yang sedang berada dalam penggilingan, lantas para penghuni neraka berkumpul seraya berkata: "Wahai Fulan, kenapa kamu seperti itu? Bukankah kamu dulu menyuruh untuk berbuat baik dan melarang dari berbuat mungkar? Ia menjawab: "Benar, saya dulu menyuruh untuk berbuat baik tetapi saya sendiri tidak mengerjakannya; dan saya melarang dari perbuatan mungkar tetapi saya sendiri malah melakukannya". [Riwayat Bukhari dan Muslim].


Sesungguhnya, Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Tetapi hamba-hamba-Nya lah yang menzalimi diri sendiri T___T

Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, wahai Tuhan Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang hak kecuali Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, syaitan dan balatenteranya, dan aku (berlindung kepada-Mu) dari berbuat kejelekan terhadap diriku atau menyeretnya kepada seorang Muslim". [Riwayat al-Tirmizi dan Abu Dawud]


Amin.

Isnin, 14 November 2011

Jalan bahagia atau derita?

Assalamualaikum w.b.t

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah Allahuakbar!

Selawat dan salam buat kecintaan kita Nabi Muhammad s.a.w

Alhamdulillah, Allah masih beri peluang dan ruang buat diri dan anda untuk meneruskan mujahadah kita menuju redha Allah. Sungguh Maha Penyayang, terima kasih Allah.

Menyelam kembali

Perasaan digigit rasa bersalah kerana tidak lagi istiqamah mengajak diri dan anda dengan coretan-coretan berguna di blog ini. Entah kemana ia menghilang. Mungkin ia sempat tenggelam. Namun, ku cuba gagahi menyelam kembali demi menyelamatkan ia dari terus-terusan tenggelam lantas terkubur tanpa nisan.



Hakikatnya, diri mengakui aku bukanlah yang paling baik untuk menyatakan kebaikan atau mengajak ke arah kebaikan. Namun, jika ditunggu saat diri benar-benar (100%) baik kemudian baru hendak mengajak kepada kebaikan kebarangkalian itu hampir mustahil! Benar, bahawa manusia seperti aku masih juga menampal kelompangan wadah diri dengan ilmu. Menampal yang ini, ternampak pula yang itu. Masih sedang menampal yang itu, baru tersedar di sana juga masih ketara lompangan yang besar. Bergegas menampal yang di sana terkesima diri. Rupa-rupanya mata hati baru tercelik dari lamunan, tatkala dibuka luas-luas 'mata' itu YANG INI JUGA MASIH BELUM MAMPU DI TAMPAL! Mujahadah itu perlu sentiasa! Berterusan tanpa henti!

"Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah beserta orang yang berusaha membaiki amalannya" [Surah al-Ankabut : 69]

Jalan bahagia atau derita? Pilihlah!

Allah telah menegaskan kepada makhluk-Nya menerusi kalam cinta agung milik-Nya. al-Quran.

"....kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara" [Surah Taha : 123]


"Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: 'Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?' Allah berfirman: 'Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan." [Surah Taha : 124-126]


Resah dan risau?

Maka, berhentilah menjadi manusia yang resah dan risau tentang kesibukkan urusan duniawi. Tapi berubahlah kepada satu tahap yang mampu menjadikan diri seorang insan yang resah dan risau kerana tewas dengan kesibukkan urusan duniawi lalu gagal membina diri untuk sibuk dengan urusan ukhrawi! Berubahlah! Berhijrahlah!

Oleh itu, tinggi hasratku untuk mengajak jiwa dan jasad ini bersama-sama anda untuk bersegera mengambil tindakan! Jangan sekali-kali menjauhi Allah. Jangan takut untuk melangkah ke syurga-Nya. Andai sedang berhadapan dengan dugaan dan merasakan tiada lagi jalan keluar, ingatlah pada rakaman peristiwa ini.---Peristiwa Nabi Musa a.s dan Firaun----

"dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya" [al-Baqarah : 50]



Buat para pencinta Allah. Sesungguhnya, Allah sentiasa ada buat setiap pencinta-Nya. Allahuakbar!



Ahad, 15 Mei 2011

Pabila manusia tiada kemanusiaan


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, dengan keagungan-Nya ku masih di sini. Sedang masih mengisi kekurangan diri dengan usaha dan tawakkal pada-Nya.

Selawat dan salam buat kerinduan ummat, Nabi Muhammad s.a.w

Ketika ini, saat ini....sedang menemani bonda menyudahkan jahitannya. Juga? Sedang mengawal emosi yang di curi oleh keriuhan hiruk pikuk jeritan mendayu-dayu suara sekelompok manusia yang sedang bergembira. Namun, setelah puas mencari sebuah sinonim...aku seakan buntu. Buntu untuk mengatakan ianya 'perlu' dikatakan sinonim. Perlukah kita sinonimkan 'paduan suara memekik di tegah malam' dengan 'sebuah lafaz sakinah' yg baru di lafazkan oleh pengantin?.....Itu zalim namanya!

Oh, sungguh, aku merasa amat sedih. Sedih pada diri sendiri kerana masih juga belum mampu sama-sama memimpin hati mereka terus kembali pada jalan yang diredhai-Nya. Sudah tiadakah perikemanusiaan di hati kecil mereka? Mereka sedia maklum...wujudnya tetangga yang memerlukan rehat, yang kurang sihat, anak-anak kecil yang sepatutnya tenang beradu. Sedih. Menjerit batin ini....T____T

" Telah timbul pelbagai kerosakkan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia ..."[ar-Rum :41]

Dari kejauhan, ku cuma mampu merenung diri dhaif ini. Dan tiada kata seindah doa pada-Nya ku kirimkan buat kalian. Moga Allah memberikan ruang dan peluang agar kalian memiliki hati yang sedar...amin Ya Rabb...

Pabila manusia tidak lagi berperikemanusiaan. Musnah dan memusnahkan. T_____T.....Ayuh, insaflah wahai diri dan manusia sekalian. Ayuh kembali menjadi insan beriman! Jangan terus leka...nasib saudara-saudara kita yang sedang bergelumang dengan perjuangan antara hidup dan mati menegakkan agama-Nya adalah tanggungjawab kita bersama. Mereka mendamba syurga-Nya, kita juga turut mendamba yang sama. Tapi apa yang telah kamu juangkan untuk menempah dan meraih syurga-Nya itu???

"Kamu lihat orang-orang yang zalim sangat ketakutan kerana kejahatan-kejahatan yang telah mereka kerjakan sedang seksaan menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh (berada) di dalam taman-taman syurga, mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah kurnia yang besar" [asy-Syura: 22]

Jumaat, 22 April 2011

Senarai semak

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, masih diberi kesempatan dari-Nya, meniti hari untuk terus-terusan memperbaiki diri. Mencorak lakaran kehidupan....andai yang semalam masih belum mampu menjadi yang terbaik di sisi-Nya....maka akan ku terus-terusan memperbaiki. Diri dhaif ini selalu saja masih mengutip sisa-sisa yang semalam...menjadi pedoman di hari-hari yang mendatang.

Selawat dan salam buat Baginda dan ahlinya.

Di petang Jumaat yang agak sayu ini. Bagai masih terkesan dengan 'perang' semalam. Ya, peperangan memerangi mazmumah dan bermati-matian meletakkan mahmudah di puncak hati. Rupa-rupanya begini....(^_^) Syukur pada-Nya Yang Maha Memberi.

Alhamdulilah, telah berkesempatan mengemas dan menyusun atur perabot bilik yang bakal di tinggalkan dalam 3 atau 4 hari lagi. Cuma yang mendesak kini adalah mempersiapkan diri untuk berjuang di medan imtihan. Isnin ini, masih ada 1 kertas yang perlu di juangkan. Namun, kondisi diri agak terganggu, persis tanda-tanda demam. Moga-moga sentiasa dalam perlindungan-Nya.Insyaallah......

Tiba-tiba teringin benar membuat sedikit senarai semak di sini. Al-maklumlah, bila sudah tidak lagi di alam kampus....maka blog ini berisiko untuk bersawang lebih lama dari kebiasaan (^_^). Baik, agak teruja juga bila menatap senarai semak ini. Jom....(^_^)

[Kerja] ---- Sekurang-kurangnya untuk 8 bulan....ohoho..lama tuuu....baru risik-risik..moga dapat mula kerja menjelang bulan Mei...Insyallah (^_^) Dan. moga-moga tercapai beberapa hasrat darinya...Insyallah.

[Ambil Lesen] ---- Yang ini sudah lama dalam senarai...kira macam senarai menunggu jugaklah hihi (^_^) Moga-moga kali ni tidak berhalangan dan dipermudahkan oleh-Nya. Insyaallah...

[Mempertajamkan Kemahiran] ---- Memasak, menjahit, mengecat, menukang, dan lain-lain..Yang dah ada 'mata', nak bagi 'tajam'....Yang dah 'tajam', nak asah sampai 'berkilat' hehe....Nak bagi tajam setajam-tajam nya...Lepas ni, bila dapat posting...belum tentu dapat duduk serumah dengan bonda ayahanda. Jadi, semua-semua ni kena pastikan 'tajam'...Biar senang hidup berdikari nanti hihi (^_^) Insyallah.

[Memperkemaskan ilmu] ---- Akan ku cuba pastikan yang segala buku dan kitab dalam kotak tidak akan hanya dalam kotak. Akan ku terus-terusan 'bercinta' dengan buku dan kitab-kitab itu. Jika perlu, akan ku tambah lagi....Yang paling penting, berkali-kali ku cuba goncang diri agar sedar...bahawa "Apa yang dikata jangan tidak dikota!" (Ilmu + Iman = Amal)....Moga-moga dipandu oleh-Nya. Insyallah.(^_^)

[Memperbanyakkan aktiviti bersama tetangga] ---- Sesekali jika pulang, bila ada kesempatan waktu dan keadaan yang mengizinkan.....ada juga melibatkan diri. Namun, kali ini...akan ku cuba untuk lebih aktif! (^_^) Ayuh, begitulah anak abah dan emak hihi (^_^) Insyallah...

[Melibatkan diri secara konsisten] ---- Ya, akan ku cuba lebih konsisten untuk jadi 'kru masak' abah di setiap tempahan yang bertandang...Insyaallah (^_^)....dari rewang, angkat hidang dan sewaktu dengannya....Insyallah....

Moga dikurniakan kesihatan dan umur untuk melaksanakan....Insyallah
Dan beberapa perkara yang menjadikan senarai semak ini lebih mengujakan.....(^_^)

Walimah Afani, Linda dan Nora (adik sepupu) (^_^)
Result Semester Akhir (^_^)
Isi Borang Posting (^_^)
Ramadhan (^_^)
Syawal (^_^)
Konvo (^_^)
Posting (^_^)

Lepas Posting? (^_^)
Kahwin?


''Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, ''Aku pasti melakukan itu esok,'' kecuali (dengan mengatakan) ''Insyaallah''. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, " Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini'' [al-Kahf : 23-24]

Maka? Insyaallah (^_^)

Dalam merencana, jangan dilupa pada hakikat sebuah kematian. Maka, SENTIASA lah bersiap sedia menemuinya. Istiqamahlah dalam beribadat. Peliharalah imanmu....dan jadikan wahyu-Nya sebagai penyuluh kehidupan. Insyaallah....jangan gusar wahai hati....Allah SENTIASA ada.....(^_^) Kita ini cuma hamba...kita merancang, Dia Maha Merancang....dan sebaik-baik perancangan adalah milik-Nya....Maka, hanya pada-Nya kita berserah....(^_^)

"Katakanlah, "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa (dengan) al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun mereka saling membantu satu sama lain." Dan sungguh, Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam al-Quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan, tetapi kebanyakkan manusia tidak menyukainya bahkan mengingkari(nya).'' [al-Isra' : 88-89]


Dan senarai semak yang perlu dikemaskini SETIAP MASA adalah [memperbaiki jentera iman]
APA KHABAR IMAN? (^_^)




Jumaat, 11 Mac 2011

Sedang Bahagia?

Assalamualaikum w.b.t

Sujud dan segala puji buat Pemilik Segenap Kebahagiaan. Hanya Dia Yang Esa. Yang Memiliki langit dan bumi, juga setiap yang berada antara keduanya. Selawat dan salam buat tauladan ummat, Nabi Muhammad s.a.w.

Jam menunjukkan pukul 1.45 pagi..Maka selamat pagi (^_^)..Moga yang sudah lena, lenanya penuh ketenangan. Dan yang masih berjaga, manfaatkan ia dengan dedikasi cinta buat-Nya (^_^)..

Tersenyum-senyum sendirian. Sedang berbahagia? Bahagia yang bagaimanakah yang dikatakan bahagia? Adakah kerana telah dipertemukan jodoh dengan kekasih halal itu sudah dikatakan bahagia? Rata-rata jika diajukan perihal bahagia, ini lah skop yang gemar dipanjang dan dilebarkan cerita. Andai sudah termetrai janji, setia bersaksi antara dua hati. Itukah bahagia yang diimpi, walau bukan milik hakiki. Cukup? Itukah bahagiamu? Sekadar itu?

Jangan disalah tanggap pada hakikat sebuah bahagia. Terkadang, kerana terlalu pesona pada indahnya cinta makhluk....cinta pada Pencipta nyaris di sorok..........jauh..............dari sudut hati....Cita-cita yang ingin digapai bukanlah hanya sekadar ingin menjadi seorang suami soleh mahupun isteri yang solehah. Bahkan, letakkanlah cita-cita untuk menjadi hamba yang tetap taat pada Dia Yang Maha Kuasa dan Bijaksana sebagai yang pertama, bercita-cita pula menjadi ahli dari ummat Nabi Muhammad s.a.w yang paling setia, juga bercita-cita menjadi seorang anak yang teguh taat pada kedua ibu bapa yang taat pada-Nya. Namun awas! Jangan pula kemudiannya dibiar cita-cita tinggal sepi tak dilaksana.

Bahagia bukan sekadar pada cinta makhluk semata-mata. Skop bahagia itu terlalu luas. Seluas Rahmat dan kasih sayang-Nya (^_^) Masih dikurnia nikmat iman dan Islam itu juga suatu bahagia. Masih mampu tersenyum bersulam sabar meski di himpit mehnah duniawi itu juga sebuah bahagia. Masih terus gigih mencurahkan tenaga mengutip setiap ilmu-ilmu dari-Nya tanpa merasa lelah dan goyah itu juga suatu bahagia. Masih bersemangat menjalani hidup, meski kudrat diri tidak segagah insan lain itu juga suatu bahagia. Masih dikurniakan hela nafas tanpa pernah berhenti ini juga suatu bahagia! (^_^) Lihat? Terlalu banyak bahagia yang melingkari diri kita...setiap masa! sentiasa! (^_^)



Mari! Kita lihat pula bahagia yang lebih hakiki dari yang ada kini.

"Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang agung" [al-Buruj : 11]


Sabda Rasulullah s.a.w :

"Keaadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu, apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya." [Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a]




Oleh itu, sudahkah anda merasa bahagia walau belum dipertemukan dengan kekasih halal yang dinanti? Jawapannya: "Daku sedang bahagia, dan sentiasa bahagia!" (^_^) yakin itu! Terima kasih Allah..Allahuakbar!

Andai ini tidurku yang terakhir, ketahuilah bahawa ku bahagia kamu sama-sama saling memimpin hati kita untuk sentiasa merasa bahagia atas setiap cinta-Nya buat kita semua (^_^)

Khamis, 10 Mac 2011

H.A.T.I

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah. Yang Memberikan nikmat iman dan Islam buat kita. Alhamdulilah. Selawat dan salam buat pemimpin terulung, Nabi Muhammad s.a.w.

Mari, saya ingin kongsikan satu bingkisan indah dari ayat-ayat cinta Ilahi. Yang saya pinjam dari solusi isu ke 4 (^_^)





HATI YANG SEDAR

"Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya" [surah Qaf : 37]

Ya Allah, kurniakan kepadaku HATI seperti ini....


HATI YANG BERSIH

"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." [surah al-Syams :9]

HATI YANG LURUS

"(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya." [surah 'Ali-Imran : 8]



namun, peliharalah daku dari HATI yang ini ....



HATI YANG TERHIJAB

"Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak)." [surah al-An'am : 25]

p/s : Jom kita kumpul solusi dari isu 1 sehingga yang terkini (^_^)



Rabu, 23 Februari 2011

Pedih

Assalamualaikum w.b.t

Syukur pada-Nya, memberi peluang pada kita semua meneruskan tanggungjawab yang masih berbaki di bumi-Nya. Selawat dan salam buat kekasih-Nya. Selamat pagi semua, moga ceria-ceria sentiasa (^_^)

Satu pertanyaan saya ingin bawakan pagi ini. Isunya biasa, berkisar tentang sahabat/teman/rakan/kawan dan seumpama dengannya. Pernah anda di sakiti? atau secara tidak sengaja telah di sakiti? Jika pernah, mungkin boleh di katakan anda adalah seseorang yang amat mementingkan nilai persahabatan dan setia kawan. Atau sebenarnya, tidak suka berkawan? Emmm...ini muhasabah juga buat diri ini.

Moga-moga kita tergolong dalam ketegori yang amat mementingkan persahabatan dan setia kawan. Jadi, bila disakiti atau secara tidak sengaja telah disakiti suatu perasaan yang pedih akan bersarang dalam hati. Setuju? Apatah lagi yang menyakiti itu benar-benar sahabat/teman/kawan/rakan yang amat kita sayangi. Umpama menyayangi diri sendiri. Pedih, sedih.


Tapi, hati tidak akan sekali-kali tergamak untuk bermasam muka, meninggikan suara, atau bertikam lidah dengannya. Kerana menyayangi dia adalah suatu yang bahagia. Manakan tegar memarahi atau berjauh hati dengan orang yang kita sayang. Maka, tahanlah kemarahan dan kesakitan di hati. Kerana terbakarnya hanya sekejap cuma, maraknya bukan semua. Jika disemarakkan api kemarahan itu, terbakar hanguslah persahabatan yang sedia terbina.

Pujuk-pujuklah hati, sandarkan pada hadith ini.

"Akhlak yang paling mulia adalah menyapa mereka yang memutuskan sillaturrahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu, dan memaafkan mereka yang menyalahimu" [Ibnu Majah]

Firman Allah jua ada mengingatkan kita agar membalas dengan kebaikan.

"Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu" ['Ali-Imran : 159]

Dan hadith ini pula menegaskan,

"Janganlah sekali-kali kamu meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya menyambut saudaramu dengan muka yang manis" [riwayat Muslim]


Sebenarnya, bila kita menyayangi hanya kerana-Nya. Kita akan lakukan atau laksanakan yang terbaik untuk mempertahankan ukhwah persahabatan yang sedia terjalin.

Kerana,

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi s.a.w, beliau bersabda :"Ada 7 kelompok yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya iaitu : " Pemimpin yang adil, remaja yang sentiasa beribadah kepada Allah Taala, seseorang yang hatinya diipertautkan dengan masjid, 2 orang yang saling cinta menyintai kerana Allah dimana kedua-duanya berkumpul dan berpisah kerana-Nya, seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan lalu menjawab:" Sesungguhnya saya takut kepada Allah", seseorang yang mengeluarkan sedekah kemudian ia merahsiakan sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang berdzikir kepada Allah di tempat sunyi kemudian kedua matanya menitiskkan air mata" [riwayat Bukhari dan Muslim]



Sahabatku sayang,
Maaf andai diri ini membebankan emosimu
Maaf andai kemampuanku tidak mencapai sangkaanmu
Maaf andai ku tidak mampu menyampaikan aura sayangku terhadap persahabatan ini
Yang ku tahu, daku sayang kamu
Kerna Ilahi

Selasa, 15 Februari 2011

Baki perjalanan ini?

Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan kecintaan buat kekasih-Nya di setiap harimu. Bukan hanya pada hari-hari tertentu. Hidupkan sunnah Baginda dalam jiwa, pancarkannya pada setiap perilaku dan tutur kata.

Hidup ini sebuah perjalanan. Bukankah begitu?

Merenung perjalanan hidup, yang kadangkala dibentangkan dengan banyak pilihan. Cuma, sebagai hamba, yang kurang pasti pilihan mana yang paling baik buat perjalanan kita yang seterusnya. Maka, kembalilah pada Dia Yang Maha Mengetahui. (^_^)

Andai terkadang merasakan pilihan yang di ambil seakan tidak didokong oleh orang sekeliling, jangan gundah dan berputus harap. Dia Maha Mendengar dan Maha Memberi, pasti ada kebaikan buatmu di perjalananmu yang masih berbaki (^_^). Ketentuan-Nya itu adalah yang terindah buat hamba. Yakinlah pada-Nya.


Pernah merasa sedih atas kehilangan?
Boleh jadi kehilangan wang, kehilangan orang tersayang, kehilangan semangat, kehilangan cinta dan sebagainya. Berserahlah pada-Nya setelah berusaha sedaya yang ada. Kehilangan boleh bertukar menjadi indah bila kita redha atas ketetapan-Nya. Allah akan menggantikan sesuatu atau seseorang yang lebih baik untuk bersama-samamu di perjalananmu yang mendatang. Fikir sejenak, dan cuba selusuri kisah yang semalam-semalam. Bagaimana pula dengan dirimu hari ini setelah Allah memberi ganti rasa kehilangan dengan kasih dan sayang-Nya yang tidak pernah bertepi? Indah bukan?(^_^)

"Maha suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun. " [Surah al-Mulk :1-2]


Mungkin jalan yang ini lebih baik di lalui oleh si A, tetapi tidak sesuai pula dilalui oleh si B. Dan mungkin pula, jalan yang itu lebih mendatangkan kebaikan buat si B, tetapi tidak pula buat si A. Rahmat-Nya terlalu luas, maka berlapang hatilah. Memetik kata-kata seorang teman, "Kita bebas melakukan apa sahaja asalkan ia masih dalam lingkungan jalan-Nya". Mohon petunjuk dari Dia yang Memberi Petunjuk. (^_^) Tidak menyesal orang yang beristikharah kepada al-Khaliq dan bermesyuarat dengan orang-orang mukmin dan berhati-hati dalam menangani persoalannya.

Apa yang pasti, semakin usia menjengah waktu. Semakin pendeklah perjalanan kita di sini. Oleh itu, jangan di sia-siakan setiap masa dan detik yang di beri pinjam oleh-Nya buat kamu dan saya. Kuatkan tekad, bulatkan hasrat. Percayakan Dia, dengan seluruh jiwa dan raga. Allah always by our side.(^_^) Kita tidak sendirian.

Selasa, 25 Januari 2011

Nota Dakwah

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada mereka maka mintalah kepada mereka dengan perantaraan hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]


Sabtu, 28 Ogos 2010

Universiti Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Udara pagi yang sejuk dan tenang menyegarkan minda dari jendala bilik ini masuk dengan di undang (^_^) sungguh indah dapat merenung diri dalam suasana begini. Subhanallah!

Selawat dan selawat penuh kecintaan buat Rasulullah. Nabi Muhammad S.A.W.



Ramadhan sudah 18 hari menjengah waktu. Pantas masa berlalu. Tapi bagaimana pula dengan diri? Apa khabar hati? Apa khabar jasad dan rohani? Adakah masih istiqamah seperti pada awalnya Ramadhan?



Ia bukan sekadar tidak makan



Salam Ramadhan karem, muhasabah buat diri ini juga. Moga kita mampu manfaatkan sebaiknya Ramadhan yang masih berbaki. Kerana kita tidak akan tahu adakah diri masih diizinkanNya untuk bersua Ramadhan yang akan datang malah hakikatnya Ramadhan ini pun belum pasti diri mampu bersua hingga ke hujungnya~ Sesungguhnya kematian itu pasti. Allahuakbar!

Selasa, 27 Julai 2010

sebarkan cinta Nya

Assalamualaikum w.b.t

Melihat langit, merasai cerahnya kasih sayangNya. Melihat kegembiraan haiwan bersenda gurau, jiwa merasai manisnya ukhwah yang di beri Ilahi. Melihat senyuman di wajah teman, hati merasai damai yang tak bertepi. Sungguh hanya Dia Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Subhanallah.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad yang di kasihi.



Rasanya sudah lama tidak menulis blog dalam mood dan suasana yang sebegini. Barangkali keadaan sudah kembali tenang dan stabil. Alhamdulilah (^_^). Blog pun sudah berwajah baru. (^_^) Syukur, tadi proposal tesis telah berjaya di hantar untuk disemak oleh penyelia. Moga diterima, dan moga Allah permudahkan urusan yang seterusnya. InsyaAllah.

Sebarkan cintaNya?
Itulah dakwah. Hakikatnya dakwah itu menyebarkan kepada yang lain bahawa cinta Allah itu tak pernah bertepi. MenyintaiNya, menjadikan dirimu bahagia, hidupmu penuh warna, senyummu penuh makna, rezki untukmu dilimpahi syukur. MenyintaiNya menjadikan kamu seorang yang setia padaNya. Yang berusia, yang muda bahkan kanak-kanak akan merasa indah bila jiwa benar-benar menyintai Ilahi. Siapa kata kanak-kanak tak boleh bercinta? Ayuh anak-anak mari kita cintakan Allah sepenuh hati. Sungguh indah! (^_^).

Cintailah al-Quran dan isinya. Kerana al-Quran itu mukjizat yang mengandungi penawar kepada segenap rasa yang menghuni hatimu. Sungguh! Bila hatimu ceria, dekatilah makna dari al-Quran agar ceriamu disulami rasa syukur padaNya.

"Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya (iman)" (surah al-Baqaarah ; 257)

Bila jiwamu rindu, dekatilah al-Quran agar terubat rindumu pada syurgaNya.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga-syurga yang penuh kenikmatan" (Surah Luqman : 8)


Bila jiwamu merasa sesak dengan keriuhan dunia, dekatilah al-Quran agar kamu bersegera mengingati saat kematian.

"Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal. Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (Surah an-Nahl : 96)

Bila jiwamu merasa sunyi, dekatilah al-Quran agar kamu sedar bahawa Allah sentiasa ada bersama-samamu.

" Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"(Surah ar-Ra'd : 28)


Bila kekuatan hati seakan tidak lagi teguh berdiri, dekatilah al-Quran agar hatimu bangkit kembali mengapai cinta Ilahi.

" Maka bersabarlah untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka". (Surah al-Insan : 24)

Ayuh, sebarkan cintaNya. Andai kadangkala apa yang kamu terlalu inginkan dalam hidupmu tidak menjadi kenyataan. Percayalah bahawa Allah telah menyediakn sesuatu yang lebih baik dari yang kamu mahu dan percayalah bahawa Allah mahukan yang terbaik untuk dirimu. Kerana Allah itu Maha Sempurna. Keyakinan itu akan membina redha. Moga kita sentiasa berada dalam lembayung kasih sayang dan rahmatNya. InsyaAllah. (^_^)

p/s : banyak tugasan yang perlu disudahkan sepanjang semester ini. Semoga Allah permudahkan urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik juga. Ramadhan makin hampir~ sungguh rindu.

Sabtu, 27 Februari 2010

papa pada hari kiamat


Maksud hadith : " Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda : " Adakah kamu tahu siapakah orang papa pada hari Qiamat?''. Jawab Sahabat "orang yang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya". Baginda bersabda lagi : "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa, dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam, dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka bagi kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka". -riwayat muslim-



Assalamualaikum w.b.t

Segala puji buat Allah, Yang Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat Nabi yang dikasihi Muhammad Ya Rasulullah.

Mari kita sama-sama merenung intisari hadith ini. Peringatan buat diri ini dan buat yang membaca. Akhlak merupakan cermin peribadi mukmin. Ia perlu cemerlang seiring dengan pelaksanaan ibadah fardu. Kerana Islam itu syumul, merangkumi segenap aspek. Seorang muslim yang kaya di dunia dan di akhirat adalah yang menjadikan Islam sebagai panduan dalam membangunkan rohani dan fizikalnya.

Islam itu penuh dengan kasih sayang, mengajak seluruh manusia menjaga akhlak. Saling menjaga sillaturrahim berkata yang sopan dan beradab. Hatta kepada haiwan. Membuat kebaikan ibarat membuat tabungan akhirat. Jika kita bijak dan teliti menguruskan tabungan duniawi agar dapat menjamin keselesaan hidup, tidakkah kita juga perlu bijak dan teliti menguruskan amalan kebaikan sebagai tabungan akhirat yang kekal abadi?




Ayuh, kita saling menjaga. Jika diri ini lupa, kamu ingatkan. Dan begitu juga sebaliknya. Dengan izinNya, moga kita semua mengambil peringatan dan bertindak mulai sekarang. Agar kita tidak tergolong dalam kalangan manusia yang papa pada hari kiamat seperti yang diperingatkan oleh Nabi yang kita semua rindui. Nabi Muhammad S.A.W.

Ingat! bijak dan teliti!(^_^) Selamat menjalani hari yang mendatang dengan motivasi dari al-Quran dan Sunnah baginda. (^_^)


Jumaat, 29 Januari 2010

Apa yang kamu kejar???!!!

Assalamualaikum w.b.t

Hanya kepada Allah sahaja kita berserah. Allah Maha Adil! Allah Maha Mengetahui! Allah pemilik mutlak segala apa yang ada di bumi dan di langit! Apa sahaja yang kamu miliki hari ini juga milikNya. Ya Rabbana, jauhkan kami dari perasaan hasad dengki. Ya Rabbana, kami rindu syurgaMu. Ya Rabbana, pandulah kami agar kami tidak berada di dalam kesesatan yang nyata. Allahuakbar!

Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad S.A.W. Ya Nabina, kami ingin menjadi umatmu yang sentiasa dekat dengan ajaran Islam yang di bawa olehmu. Agama yang Allah redhai. Menyintai dan mengamalkan sunnahmu.



Dalam mendepani realiti kehidupan kita, ada yang dipimpin dan ada yang menjadi pemimpin. Ada juga yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan ada pula yang ditadbir. Walaupun diberi nikmat dan kurniaan sifat kepimpinan dan mentadbir, namun ramai yang lupa! Itu semua amanah yang Allah beri. Akan ada perhitungan di hadapan Allah akhirat kelak antara yang dipimpin dan yang memimpin, begitu juga antara yang ditadbir dan yang mentadbir. Apa yang kamu kejar???!!!! Kemasyhuran? Dunia dan segala isinya? Keredhaan Allah dan syurgaNya?



>>>Jadilah Penguasa Yang Adil<<<

قال الله تعالى : ان الله يأمر بالعدل والاحسان
Allah Ta'ala berfirman : "Sesungguhnya Allah menyuruh untuk berlaku adil dan berbuat baik" (An-Nahl :90)
قال تعالى : واقسطوا ان الله يحب المقسطين

Allah Ta'ala berfirman : "Dan berlaku adillah kamu sekalian sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil". (Al-Hujurat: 9)

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi S.A.W, beliau bersabda : "Ada 7 kelompok yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya iaitu : Pemimpin yang adil, remaja yang sentiasa beribadah kepada Allah Ta'ala, seseorang yang hatinya sentiasa dipertautkan dengan masjid, 2 orang yang saling cinta-menyintai kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah keranaNya, seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan lalu menjawab : "Sesungguhnya saya takut kepada Allah", seseorang yang mengeluarkan sedekah kemudian ia merahsiakan sampai-sampai tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya, dan sesorang yang berdzikir kepada Allah di tempat sunyi kemudian kedua matanya menitiskan air mata". (Riwayat Bukhari dan Muslim)



>>>Larangan Menipu
<<<

قال الله تعالى : والذين يؤذون المؤمنين والمؤمنات بغير مااكتسبو فقد احتملوا بهتانا واثما مبينا

Allah Ta'ala berfirman : "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang beriman baik lelaki mahupun perempuan tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata". (Al-Ahzab :58)



Manusia selalu lupa, bila nikmat melimpah ruah. Kesenangan, pangkat dan kedudukan, kebijaksanaan yang dimiliki yang ada pada diri dirasakan akan tetap dimiliki sampai bila-bila. Oh tidak!!! Kita silap!!! Ia kekal milik Allah Ta'ala, dan sebaik-baik kemenangan adalah beroleh syurga Allah di negeri Akhirat nanti yang kekal abadi.

Ketawa melihat orang lain tumpas di atas percaturan dan pembohongan yang kamu bina memang memuaskan hatimu yang tamak dan amat cintakan dunia itu! Tapi adakah pasti kamu juga mampu gembira seperti hari kamu mentertawakan orang yang kamu tindas di akhirat kelak???!!! Apa yang kamu kejar???!!! Kemasyhuran? Dunia dan segala isinya? Keredhaan Allah dan SyurgaNya?



Marilah kita sama-sama nilai apa yang ada di dalam hati kita masing-masing. Kerana manusia selalu lupa. Jadi jangan terus biarkan diri berada dalam kelupaan yang nyata. Berpijak di bumi nyata. Allah Maha Melihat setiap apa yang dilakukan hambaNya, walaupun di tempat yang sunyi. Hatta apa yang terdetik di hatimu juga Allah Maha Tahu.

Ayuh sahut seruan Allah yang menjanjikan syurga kepada orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Betulkan yang salah dan amalkan yang betul. Kembali kepada Allah Yang Maha Esa. Kematian itu menghampiri setiap kita. Dan ingat juga, kita umat akhir zaman. Yang menjadi tanda bahawa kiamat juga menghampiri.

>>>Janji Allah Ta'ala Bagi Orang-orang Yang Beriman Di Dalam Syurga<<<

وقال الله تعالى : ان المتقين في جنات وعيون . ادخلوها بسلام امنين . ونزعنا ما في صدورهم من غل اخوانا على سرر متقابلين لايمسهم فيها نصب وماهم منها بمخرجين
Allah Ta'ala berfirman : "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam syurga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir). (Dikatakan kepada mereka) : " Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman". Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan. Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya". ( Al-Hijr : 45-48)



Wallahualam...

p/s : Moga kita sama-sama ingat dan mengambil pengajaran!


Khamis, 14 Januari 2010

bersabar terhadap mad'u



Assalamualaikum w.b.t

Ya Rabbana, syukur kami ke atas segala kurniaanMu. Ketahuilah wahai semua hati yang rindukan syurgaNya. Bahawa Islam itu membuatkan damai sentiasa bertamu di segenap relung hati. Tiada yang lain yang menjanjikan kebahagian hakiki, hanya Islam. Allahuakbar!

Ya Rasulullah, kami rindu pada akhlakmu pada semangat juangmu, kami rindu pada kesabaranmu. Kami semua ingin sama-sama dibangkitkan bersamamu. Itu cita-cita kami! Semoga kami semua dari kalangan yang sentiasa mencintai Allah dan RasulNya lebih dari yang lainnya. Jauhkanlah kami dari fitnah dunia dan segala isinya. Amin Ya Rabbal a'lamin.

Bila disebut mad'u, pasti tidak lari dari menyebut tentang dakwah. Ada ramai dari kita yang mendakwa dirinya bukan ahli dakwah, maka dia terlepas dan tidak perlu untuk mengajak orang lain melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar.

Bukankah kita semua khalifah yang dipertanggungjawab memakmurkan bumi dan isinya ini?

Bukan yang bergelar ustaz dan ustazah sahaja yang perlu menyampaikan dakwah. Cuma apa yang perlu diutamakan adalah apa yang kita sampaikan itu adalah sebenar-benarnya yang di ajar oleh Islam atau tidak? Iaitu ajaran yang berpandukan nas Al-Quran dan sunnah RasulNya serta segala jalan lain yang juga masih berpaksikan pada kedua-duanya. Ini bermaksud, matlamat kita adalah dalam membentuk generasi insan muslim yang bukan sahaja hebat ilmu keduniaan, malah hebat juga ilmu yang membimbing ke arah kecemerlangan kehidupan akhirat.




Dakwah bukan sahaja di masjid atau majlis-majlis ilmu malah dalam apa jua keadaan! Tingkahlaku dan tutur kata yang baik dari seseorang muslim itu juga merupakan salah 1 cara dakwah kerana ia cermin kepada keperibadian Islam. Jadi, pastikan setiap langkah dan tuturmu itu terbias dari hatimu yang benar-benar cintakan Allah dan Islam! Jangan biarkan masa 24 jam/7 hari yang dipinjamkan kepada kita ini berlalu dengan sia-sia!

"Demi masa. (1) Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran. (3) " surah al-asr : ayat 1-3



Walaupun perjuangan dakwah itu dikatakan perit dan pedih untuk dilaksanakan, tapi percayalah bahawa apa sahaja yang kita lakukan demi kebaikan agama Allah ini akan membuatkan hatimu merasa amat dekat denganNya. Kedamaian akan sentiasa menyelubungi jiwamu walau apa pun tohmahan, perit dan pedih yang dilemparkan oleh manusia-manusia yang masih belum mampu merasai limpahan kasih sayang Allah buat dirinya. Kerana apa? Ya, kerana syurga itu manis!

Setiap manusia sememangnya berbeza, samaada dari sudut fizikal, emosi dan tahap keintelektualan. Oleh itu, sebagai orang yang ingin menyampaikan mesej-mesej dakwah, kita perlu sentiasa bersedia menghadapi sikap mad'u yang pelbagai. Sabar itu kuncinya, dan ingat! Hidayah itu milik Allah. Hatimu juga perlu benar-benar yakin bahawa kebenaran tetap akan menang! Jangan putus asa dalam menyampaikan dakwah! Jangan cepat mengalah pada sorakan syaitan yang sentiasa ternanti-nanti kamu berundur dari jalan Allah!

Buat para murabbi dan bakal murabbi, kita sedang makin menjauh dari zaman Rasulullah. Tapi jangan di malapkan cahaya gemilang Islam itu. Ayuh bangkit! Dan semarakkan semangat juangmu menyampaikan ilmu-ilmu kepada generasi akhir zaman ini! Dunia murabbi tak pernah sunyi dari melihat para mad'u yang dambakan sinar ilmu buat penyuluh hati mereka mengenal Allah. Jadi, teruskan perjuanganmu ya murabbi!

Buat mana-mana hati yang amat cintakan Allah dan RasulNya. Ayuh kemaskan mindamu! Menyampaikan dakwah itu tanggungjawab kita bersama, buangkan tanggapan-tanggapan jahat yang suka memandang rendah pada niatmu yang ingin mengajak kepada amar ma'ruf nahi munkar. Biar terbuang, jangan kau gentar. Rela terhina demi kebenaran! Selamat Berjuang!

Sabtu, 31 Oktober 2009

jagalah maruah kebijaksanaan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kesembuhan itu nikmat. Kesakitan itu tarbiyah dariNya yang menyayangi kita. Maka bersyukurlah. Selawat dan salam buat yang dirindui, Muhammad Ya Rasulullah. Tokoh keamanan sepanjang zaman.

Bertemankan kesejukkan hujan malam ini, ada 1 rasa untuk bangkit dari segala yang membuatkan suasana jadi suram. Ada 1 rasa ingin teruskan perjuangan dengan penuh semangat dan keazaman. Ayuh bangun, dan mulakan semula dengan semangat baru yang lebih meyakinkan. Matlamat utama adalah menuju Allah. Moga sentiasa berada dilandasanNya. Amin.

Syukurilah, akan jalan petunjuk yang diberi oleh Nya. Dengan izinNya semua boleh terjadi, tiada yang mustahil. Yakinlah! Yakinlah wahai hati. Wahai hati yang memiliki jiwa yang mencari Ilahi. Walau zahirnya nampak seperti yang indah itu emas. Tapi, percayalah pada pemilik segala keindahan, andai yang ditakdirkan permata itu lebih indah. Terimalah dengan hati yang lapang. Kerana pemilik segala keindahan samaada yang ada di dunia mahupun keindahan syurga yang menjadi idaman setiap jiwa lebih mengetahui apa yang ada di hadapan sana. Percayalah, yakinlah wahai hati. Allah sentiasa bersamamu.




Wahai diri yang Allah jadikan sebagai sebaik-baik kejadian. Ingatlah bahawa kaya seseorang itu bukan terletak pada harta yang bertimbun-timbun, bukanlah keaiban dan kehinaan seseorang itu dengan kemiskinannya. Tetapi sebenar-benar kehinaan dan keaiban adalah ketiadaan maruah dan sopan santun. Oleh itu jagalah maruah diri dan jangan perdayakan insan lain hanya untuk memenuhi kehendak hatimu. Jagalah kehormatan diri, hulurkanlah pertolongan kepada insan yang memerlukan, muliakanlah insan di sekelilingmu dan jagalah hati mereka juga belanja dan berikanlah hartamu untuk kebaikkan umum.

Yang dikatakan kebijaksanaan itu adalah memaafkan orang yang menzalimimu, sabar dikala menhadapi kesusahan dan ujian dariNya, dan menanamkan sikap tekun serta dedikasi dalam setiap sesuatu dalam hidup.

Yang dikatakan mulia itu adalah dengan menjaga diri dengan kelakuan yang baik di kala sendiri mahupun di khalayak ramai.

Akhlak itu cermin dirimu di akhirat kelak. Yang menjadi peneman di sana nanti. Insyallah, moga peringatan ini menjadi suntikkan rohani buat diri ini dan kalian. Untuk menjadikan setiap hari lebih baik. Tangani ujian yang mendatang dengan kasih sayangNya. Senyumlah dari hati, yang Allah pinjamkan buat kita (^_^) Insyallah.

Wallahualam.

Sabtu, 12 September 2009

keinginan manusia dan sahabat berhati cantik

Assalamualaikum

Limpahan syukur buat ilahi kerana kita masih berkesempatan menikmati ramadhan yang terbuka luas segala keberkatan. Selawat dan salam buat pemimpin terunggul sepanjang zaman.

Hari ini memang penat, dan hampir-hampir kecundang puasaku.huhu...tapi silap ku sendiri. Teman-teman teruja nak mencari beberapa keperluan raya yg mereka ingin bebeno nak beli...hehe. Masa plan2 semalam, aku dah tahu dah...aku takkn beli apa2 pun nnt. Ye, ternyata benar!!! Tadi aku tak beli apa2 pun....sejauh itu kami berjalan....tapi 1 barang pun aku tak bawa pulang....takpe2 hajat kat hati ni cuma nak realisasikan keinginan teman-teman dan hanya untuk melihat2 tempat org....lagi pula sifat berjimat aku semester ini berhasil....berkat suara amaran mak, yang sering terngiang2 di kala aku sedang cuba2 membeli belah hehe :P

Masyaallah.....di sebabkan keinginan.....ramai juga yang sanggup tolak-menolak antara 1 sama lain....ish3...beristighfar aku di buatnya....terkedu bila ditolak dan di himpit dalam lautan manusia siang tadi....itulah keinginan manusia...kan??? sanggup berbuat apa cara pun utk mendapatkan apa yg diingini....kadang-kadang usaha untuk mencapai keinginan tu dengan menindas manusia-manusia lain yang tak berdosa..

Semasa menunggu komuter yang amat-amat lambat....aku terpandang pada dua lelaki di seberang ruang sana. Khusyuk aku memerhati.....kerana cuba memahami....teman di sebelah pelik benar tengok aku senyap je masa tu (penat le kene bersesak-sesak tadi hehe)...

Apa yang sy perhatikan pada dua lelaki tadi ye? hihi

Aku lihat, yang seorang sedang khusyuk mendengar.....mendengar bait-bait curahan rasa dari temannya yang seorang lagi....gembira dan rancak benar perbualan mereka tu. Walaupun tanpa sedikit suara pun. Kerana teman yang sedang rancak berbicara itu, hanya mampu berbicara dengan bahasa isyarat. Kagum aku melihat mereka berdua...seronoknya jika kita memiliki sahabat yang setia mendengar bual bicara kita walau tanpa suara. kan?


Kerana persahabatan itu berteraskan kasih sayang, ukhwah, berinteraksi, mengerti, mendengar, senyum, tawa, gembira, menangis, duka, ketawa, sedih, jujur, ikhlas-----sabar-----


Kadang-kadang aku lihat manusia yang memiliki hampir segalanya....amat payah menghargai persahabatan....melihat teman baik(secara zahir) longlai melangkah...hanya di pandang sepi tanpa pertanyaan "ambil berat"...ish3 apa lah nasib badan huhu

Takpe2, persahabatan juga bukan hanya utk menerima, tetapi memberi....dengan hati yang ikhlas...biarlah temanmu itu tidak punya rasa membalas persahabatan yg kau hulur....kerana Allah sentiasa tahu menilai keikhlasan hatimu yang cantik itu (^_^)

Ramadhan masih ada bakinya....perlu bertungkus lumus dan lipat gandakan peluang yang masih berbaki ini....

p/s: tadi nmpk ramai yg dah angkat beg balik raya, aku n kwn2 seangkatan masih bertungkus lumus dgn kelas dan pembentangan2 + assignment2 penting..takpe2....berusaha!!!! (^_^)

Wallahualam

Jumaat, 21 Ogos 2009

WRONG!!!

Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat illahi atas limpah kurnia yang dihamparkan buat kita semua, alhamdulilah masih berkesempatan merasai ramadhan, moga ramadhan ini mampu mentarbiah hatiku nan 1 ini.

Hari rabu lepas, bengkel softskill telah diadakan untuk segenap warga pipaq. Siswa dan siswi tahun 1, 2, 3 & 4 dikehendaki turut serta.

Dalam banyak2 info yang didedahkan, saya terpanggil untuk kongsi tentang tingkahlaku yang akan cenderung membawa kita ke dalam masalah.

Worring about things that you can't control
Rushing to judgment
Overreacting
Neglecting areas of control
Giving up to soon

Bila direnung-renung kata-kata di atas, aku sendiri sedang mengalaminya. Entah kenapa terasa sebegini. Entah mana hilangnya kata-kata pembakar semangat buat diri. Mesti ada silapku dimana-mana, mungkin wujud salah silapku pada seseorang? Atau pada mereka? Atau padaNya?

Ruginya diri ini
MyEm0.Com
Kena muhasabah diri ni. MyEm0.Com

Rabu, 5 Ogos 2009

menghitung kerinduan

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji buat pemilik alam dan selawat buat kekasihNya, Muhammad Rasullullah.

15 Syaaban sudah memberi salam. Buku catatan sudah berganti lagi. Semoga kelak kita dari kalangan yang menerima buku catatan itu dengan tangan kanan.

Bermakna!!!

Semakin hampir hari untukku hitung kerinduan terhadap ramadhan. Di sana sini sedang menyebut kehadiran ramadhan. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.




Semoga akan tercapai segala yang direncanakan buat ramadhan kali ini. Insyaallah, semoga Allah memberi izinNya.

Wallahualam






Selasa, 14 Julai 2009

ini bukan rekaan, tapi kenyataan

Assalamualaikum...

Selawat dan salam buat kekasih hati yang dirindui Muhammad Bin Abdullah.

Alhamdulillah...masalah yang aku utarakan dlm entri malam tadi sudah aku rungkai kekusutannya. Lepas dapat penjelasan dari mak. Baru aku yakin dan dapat menarik nafas lega yang adik aku akan baik-baik saja di tempat barunya. Aku percaya dgn kata hati seorang ibu.

Mungkin kerana aku ni tak setabah adik. Lekas benar buat konklusi..wahai diri!!!! think positif!!!

Tapi aku kekal TAK BERKENAN DGN SI PENINDAS ITU!!! Semoga akan ketemu jalan yang benar buatnya 1 hari nanti..belajar sikit cara beradab sesama insan.

Takpelah...mohon yang baik-baik saje lepas ni..dan semoga dipermudahkan urusan oleh ALLAH.Insyaallah.

Entri kali ni aku nak highline kan tentang couple.

Benar, ini bukan rekaan tetapi kenyataan. Bercouple bukan membawa bahagia hakiki. Tapi mengundang kepada tergadai body!

Marilah kita pulang ke pangkal jalan. Namun aku tak menyangkal bahawa setiap kita ada kisah-kisah tersendiri. Tak terlepas dari lalai, lupa dan lain-lain.

Akan tetapi, jika hari ini, bila kita lihat semula nilai yang ada pada diri...dan kemudian kita dapati ada yang perlu diperbetulkan...segeralah perbetulkan. Ayuh kita tinggalkan kehidupan bercouple.

Tapi mesti ada yang memprotes. kan?

Awas!!!

Ini juga merupakan amaran keras buat diri aku sendiri!.

Sesungguhnya, marilah kita buka mata hati kita dan mengakui bahawa bercouple ini menggelapkan hati, MENDEKATI ZINA!!! hati selalu gelisah...

Dalam kamu tidak sedar, Allah sedang menghukum hati kamu. Dengan mencintai kekasih melebihi mencintaiNya..Nilai malu akan semakin menghakis dari diri. dari hari ke hari.

Dalam tidak kau sedari, kau riak dengan apa yang kau ada. Dan sering rasa diri keseorangan terutamanya bila ada pergaduhan dengan sang kekasih.

Dalam kita tak sedari, kita lebih mengingati nama dan segala apa yang berkaitan dengan si dia berbanding nama-nama dan sifat-sifat Allah S.W.T

Sebaliknya, fitrah hati itu sendiri cenderung akan ketenangan....kedamaian....keredhaan dari Ilahi.





Jadi marilah kita kembali kepada fitrah, mengaku sahajalah bahawa cinta Allah sahaja yang benar-benar memberi kebahagiaan hakiki...carilah cinta dari insan-insan yang benar-benar mencintaiNYA....kerana redha Allah akan mengikat hubungan cinta sesama insan yang sebegitu..



Wallahualam..


Isnin, 6 Julai 2009

janganlah berputus asa dengan hidup



Assalamualaikum....
Di ketika ini, kelihatan cuaca di luar begitu tenang, tidak panas dan tidak pula ada tanda-tanda hujan...redup sahaja...petang yang redup....membawa fikiran aku terbang melayang ke suatu ruang yang sekejap samar sekejap terang. Pitam? tak lah...hehe...

Tiba2 teringat satu ruangan di asrama puteri sekolah kesayanganku. Ruangan tu dulu tak pernah sunyi, tak tau lah sekarang. Ruangan yang aku maksudkan adalah bilik rawatan...tercatat di dindingnya peringatan buat tatapan penghuni2 sementara disitu. Kalau tak silap aku ada 4 buah katil. Sangat sunyi tatkala sahabat-sahabat lain menghadirkan diri ke bangunan sekolah. Kesuyian itulah yang membuatkan aku berulang-ulang kali membaca nukilan yang tertulis kemas hasil kreativiti penghuni asrama yang terdahulu.


Sihat sebelum sakit

Kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit

Muda sebelum tua

Hidup Sebelum mati


Begitulah keadaan orang2 yang rugi, menyesali kesempatan yang pernah bertandang di ruang mata tapi hanya membiarkan ia berlalu pergi begitu sahaja...

Ketika diuji dengan sakit, ketika itulah terbayang2 diruang mata alangkah nikmatnya diberi kesihatan yang baik...Tapi bila sihat, makan semahunya...mentang-mentang perut jarang protes...Di jalanraya pula memandu tak ingat tentang kepentingan dan keselamatan nyawa pemandu lain....Tapi kita selalu lupa.

Jika permulaannya adalah seorang yang bukan dikatakan kaya....alangkah teringinnya hati memiliki barang2 dan kelengkapan hidup yang diidam2kan....Namun, bila kaya....adakah sentiasa mengingati atau mengenangkan kesusahan dan kepayahan manusia lain berjuang hanya demi mencari sesuap nasi? Tapi kita selalu lupa

Sedang waktu di rasakan sangat lambat berlalu...kita sering hanya menikmati masa yang dirasakan seperti merangkak-rangkak minta di papah dengan hanya memandang dengan pandangan yang kosong...Walhal ketika dirasakan waktu itu amat terhad dan tercari2 waktu tambahan, jam di tangan kekal jua yang sama...24jam sehari...setiap hari memang begitulah peruntukan waktu yang dipinjamkan ALLAH pada setiap hambaNYA. Tapi kita selalu lupa.

Tatkala membelek wajah uzur di cermin sunyi...sentiasa terkenang-kenangkan masa-masa lalu yang sememangnya tidak akan kembali. Menyesali waktu muda yang terkurang itu dan ini. Terlupa mendidik di jiwa anak-anak agar saling menyayangi walau sedang mengecapi bahagia dengan keluarga masing-masing. Apa yang terpamer kini hanya isu ungkit mengungkit anak-anak kerana mahu mengelak menjaga ibu bapa yang telah uzur. Di wajah uzur itu sudah tidak mampu senyum mahupun menunjukkan riak marah. Hanya pasrah, melayan jiwa yang sedih. Tapi kita selalu lupa.

Mendengar orang2 disekeliling pergi buat selamanya tidak lagi mampu menggugat hati untuk turut merasai kematian.
Hanya sekadar dengar2, tapi tak berziarah ke laman rumah yang ditinggal pergi. Untuk dijadikan peringatan bahawa kematian itu pasti. Bila pintu kematian sudah diketuk kencang. Sudah tiada apa yang mampu menghalang...jemputlah kematian dengan jiwa yang tenang. Tapi kita selalu lupa.

Hakikatnya semua ini hanya pinjaman dari ALLAH buat kita. Kerana sehari yang ada di akhirat bersamaan 1000 tahun dunia. Berbekalkan kesempatan yang sememangnya cuma sebentar, marilah kita sama-sama ingat mengingatkan, berdamai dan berlumba-lumba mencari kebaikan.
Kerana hidup yang kekal hanya di alam sana. Janganlah berputus asa dengan hidup, sedangkan dunia adalah tempat utk kita mencari bekalan. Jangan kita lupa lagi.
Wallahualam.

Powered By Blogger