"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 13 April 2009

ku jejak mimpi semalam

Assalamualaikum...

Hmmm...mlm ni terasa susah pula nak lelap mata....MyEm0.Comada sesuatu yg berlegar-legar dlm fikiran ni..huhu...ku jejak mimpi semalam??? apa yg di mimpikan tu ye??? bukan itu yang saya maksudkan...cuma...sejak 3-4 hari ni...asyik teringatkan masa lalu....lalu ku jejaki semula mimpi-mimpi dan impian masa laluku...

Ini semua gara-gara terserempak dengan seorang "teman" lama...dah hampir 5 tahun dia menyepi...sejak tahun 2004 lagi....lepas kami tamat spm....saya yakin dia menyepi tu ada kaitannya dengan saya....tapi saya memang tak ada niat nak buat dia menjauh sampai macam ituMyEm0.Com....semua jawapan dan reaksi yang saya zahirkan pada dia....adalah datang dari kesesuaian masa dan ketika....."mangsa keadaan"...tambah lagi dengan pelbagai "berita salah faham".....entah la...da macam telenovela lah pulak...hehe....

Gara-gara itu jugalah saya teringat semula...macam mana impian masa lalu iaitu.....tentang hidup yang kulalui masa ini...adakah semua impian masa lalu telah ku gapai??? atau masih terkapai-kapai bertanya arah haluan dimanakah impian itu berada...Tapi aku rasa duduk letak diriku kini di tempat yang benar....cuma perlu diperbaiki dan istiqamahkan jentera hati yang kadang kala terlupa diri..lupa yang diri ini hanya pinjaman dari Yang Maha Esa...

Bila ku jejaki mimpi semalam...rupanya aku banyak meninggalkan jejak dosa....yang entah bila bakal pudar warna hitam itu di hati....yang entah sempat ku jejak kembali masa lalu yang telah ku bazirkan untuk ku ganti dengan sesuatu yang lebih bermanfaat...

Wahai "teman" aku benar-benar minta maaf...dari lubuk hatiku yang dalam....kerana mengertilah bahawa kau jua pernah menjadi semangatku di masa lalu..dalam mengutip mutiara-mutiara ilmu di lautan penuh badai....andai kau tahu....kini aku cuba menjadi diriku yang dahulu itu...kerana diriku yang dahulu lebih ikhlas dan tidak mudah putus asa....mungkin kerana kau masih "teman" ku ketika itu....terima kasih "teman"...


Dan ku harap benar agar kau jua mampu bahagia..dan berjaya...maafkan ku "teman" andai kau amat derita....tersenyumlah agar hari-harimu terlukis indah seperti dulu....andai kau membaca luah bicara ini....ingatlah bahawa sebuah PERTEMUAN pasti ada PERPISAHAN ..moga mimpiku hari ini mampuku tinggalkan jejaknya sebagai satu kenangan bermakna buatmu...amin..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam....
Berusahalah untuk tidak menjadi orang yang berjaya, tetapi berusahalah untuk menjadi orang yang berguna.

-nikmat

Powered By Blogger