Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi. Allah masih memberi izin kesempatan dan kesihatan kpd diri ini utk ditarbiyah di bulan ramadhan kali ini.
Hari ini sudah masuk ramadhan yg ke-2, alhamdulillah. Walaupun 1 ramadhan semalam agak kelam kabut.hehe..Itu rahsia saya dgn kak ain :P Disebalik kelam kabut tu alhamdulillah, sempat juga kami berdua berbuka di masjid ukm. Merasai biah ramadhan di kampusku yg tercinta ini. Syukran kak ain, atas jasa baik kak ain pd sy. Dan kenangan ramadhan kali ini memang bermakna dgn kehadiran kak ain. (^_^)
Tirai ramadhan sudah berlabuh luas, sy juga sedang usahakan jalan terbaik agar wayar-wayar yg berselirat kat kepala ni dapat dileraikan dengan sebaik mungkin. Berbekalkan ayat-ayat cinta Allah dari surah ali-imran :173 ini, moga2 dipermudahkan proses melerai itu.
" Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dialah sebaik-baik pengurus (dan terserah padaNya segala urusan kami") Surah Ali-Imran :173
Kalau2 ada wayar yg sebaiknya dipotong, dan dibuang jauh2 agar tak memudaratkan sesiapa...akan ku cari pemotong yg paling tajam matanya!!!. Moga Allah beri permudahkan jalannya. Amin.
Kelmarin, ketika masing-masing tertunggu-tunggu malam menjelangnya ramadhan, adik telah selamat tiba ke rumah. Seronok betul dgr suara mak di hujung talian. Takpe, sekurang-kurangnya salah seorang dari kami dapat menyambut ramadhan bersama-sama ayahanda dan bondaku tercinta. Maafkan anakanda, tak dpt meraikan 1 ramadhan bersama-sama kerana tersepit dengan pelbagai situasi. Insyaallah, jika ada umur dan diberi izin waktu dari Allah anakanda balik ye. (^_^)
Semoga ramadhan kali ini memberi kebahagiaan, ketenangan buat kita semua. Ya Rahman, Ya Rahim, hanya Engkau sahaja yg mengetahui tiap2 sesuatu. Pimpinlah hati ini ke jalan yg Engkau redhai. Amin.
Wallahualam.
1 ulasan:
jom g buka posa kat masjid..hihi
Catat Ulasan