"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 26 Disember 2009

berani mencuba, tapi jangan berani mengata

Assalamualaikum w.b.t

Setinggi-tinggi kesyukuran buat Yang Maha Berkuasa. Yang Menghidupkan dan Mematikan kita semua. Selawat dan salam buat pemimpin terulung sepanjang zaman..Nabi Muhammad S.A.W.

Cadangnya, memang tak mahu tulis apa-apa tentang hari ini. Tapi tiba-tiba rasa ada yang perlu dicoretkan disini sebagai peringatan buat diri ini. Dan mungkin juga kalian.

Align Center

Ia bukan sepenuhnya tentang mesej bergambar di atas. Malu sebenarnya hendak di ceritakan, sebab ia bukan tarikh hijri. Tapi tak mengapa, cuma hendak mengucapkan terima kasih pada beberapa insan yang mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan buat diri ini pada hari ini. Terima kasih banyak2 atas doa kalian. Moga kalian juga sentiasa bahagia dan sejahtera sehingga ke darul jannah.

Apa yang terjadi hari ini amat membuatkan aku nampak akan sesuatu. Bahawa keikhlasan benar-benar utama dalam setiap apa yang kita lakukan. Jika melakukan sesuatu perkara hanya atas dasar ingin menunjuk-nunjuk, akhirnya perkara yang diusahakan akan sia-sia. Kerana hasil dari tiada keikhlasan itu akan hanya menzahirkan kepincangan.

Biarlah jika seseorang itu tidak berapa tahu akan sesuatu, tetapi dia berani mencuba dengan ikhlas. Dan yang paling penting, tidak takut untuk gagal. Kerana kegagalan itu mencetuskan satu nilai ketabahan, menyuntik nilai kesabaran dan dia akan gigih berusaha. Dan terus berusaha!

Namun jangan jadikan diri di kelompok yang lagi satu. Iaitu orang yang sememangnya jaguh dalam perkara yang sama. Tetapi merendah-rendahkan keupayaan orang yang kurang arif tentang perkara itu. Apa yang kita akan lihat diakhirnya? Ya, yang terzahir adalah kepincangan!

Jika diperkemaskan lagi dari kaca mata seorang murabbi, bila ingin menyampaikan ilmu biarlah dengan hati yang ikhlas. Seorang murabbi juga perlu berperanan sebagai muadib. Maka tunjukkanlah nilai, perilaku dan tutur kata yang baik. Sayangilah mereka, sebagaimana anda menyayangi ilmu. Walaupun ia ilmu tentang makanan.

Wallahualam.

p/s : 1st time menghadapi 26hb ini tanpa keluarga (T_T)

2 ulasan:

~UmmU SoLehah~ berkata...

^_^ btol3..hihi..

ska la bca Fatin tulis..penuh dgn kata2 indah dan madah..hihi

Wardah Faqihah berkata...

yeke? mane ade...
ayat tonggang langgang la....
siah sorg je yg suka bca kat blog ftn ni..hihi (^_^)

Powered By Blogger