"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 13 Januari 2011

Hendak 1000 daya

Assalamualaikum. w.b.t

Selawat dan salam buat junjungan tercinta. Selamat malam buat semua.



Alhamdulilah, mood malam ni agak baik dan segar untuk menulis, membaca dan sewaktu dengannya. (^_^) Walaupun saya rasa seolah-olah pena saya sudah mulai tumpul dari hari ke hari. Sebenarnya ujian sakit itu merupakan tarbiyah yang penuh dengan keinsafan buat mereka yang berfikir.

Saya akui, rentetan dari peristiwa hampir setahun yg lalu tahap kecergasan saya sudah tidak segagah dahulu. Ketika ada apa-apa diskusi ilmiah mahupun santai, saya seakan sedang merangkak-rangkak untuk cuba memahami isi diskusi walhal rakan-rakan yang lain sudah berlari.

Namun, menyedari yang saya ada Dia Yang Maha Mendengar, Yang Maha Penyayang di setiap episod jatuh bangun kehidupan ini maka saya perlu teruskan usaha tanpa jemu walau perlu merangkak sekalipun.

Suntikan semangat turut saya ambil dari seorang teman. Dia dulu yang pernah jauh lebih kritikal kondisinya berbanding saya kini kelihatan sangat cergas, ceria, terus kritis dan yang paling penting dia tidak pernah berputus asa dengan Rahmat-Nya.

Jadi, saya perlu berusaha sepertinya. Bersungguh-sungguh!

Perlu gandakan peruntukkan masa untuk ulangkaji semua yang pernah di pelajari dari 'ABC'
Perlu wujudkan peruntukkan masa untuk riadah dengan lebih efektif.

Ya Rabbana, Yang Maha Mengetahui. Pimpinlah hati hamba.Untuk terus setia pada cinta-Mu. Untuk kembali berada di jalan juang-Mu. Hindarkanlah hati kami dari berputus asa dari Rahmat-Mu.

Dengan izin-Nya, ku harap dapat menjejaki semangat dia yang sangat menyintai Dia Yang Maha Esa. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui isi hati setiap makhluk-Nya.

Tiada ulasan:

Powered By Blogger