"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 22 April 2011

Bertahanlah

Saat emosi membungkus rasa
Segalanya tak keruan dan serba tak kena
Ingin saja dirombak segala kata
Ingin saja dilontar segala hampa

Yang benci bertukar sayang
Yang sayang bertukar benci
Yang bahagia dianggap derita
Yang tenang dianggap gelombang

Akhirnya?
Tercedera sendiri!
Zalim!

Oh mata hati!!!
Celiklah meski gelap pekat menyirami
Oh hati!!!
Gagahlah meski menggeletar menatap sebuah jalan suram yang serba tidak pasti

Wahai cinta!
Bertahanlah memberi tanpa meminta-minta
Wahai ikhlas!
Kukuhlah berdiri tanpa rebah menyembah kepalsuan yang keji
Wahai Kasih dan sayang!
Tersenyumlah kasih, dakaplah sayang seerat nafas

Kerana-Nya
Bertahanlah
Hanya kerana-Nya
Maka, teruslah bertahan
Jangan hampa wahai cinta, ikhlas, kasih dan sayang
Dia Yang Maha Esa sentiasa ada
Demi mencari redha-Nya, maka kalian berempat perlu terus bertahan

Ya Allah,
Yang Maha Memelihara
Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Ampunkan hamba dhaif ini
Bantulah hamba memelihara sabar dan syukur
Di setiap mehnah ujian dari-Mu Ya Ilahi



Tiada ulasan:

Powered By Blogger