"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 31 Oktober 2009

jagalah maruah kebijaksanaan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kesembuhan itu nikmat. Kesakitan itu tarbiyah dariNya yang menyayangi kita. Maka bersyukurlah. Selawat dan salam buat yang dirindui, Muhammad Ya Rasulullah. Tokoh keamanan sepanjang zaman.

Bertemankan kesejukkan hujan malam ini, ada 1 rasa untuk bangkit dari segala yang membuatkan suasana jadi suram. Ada 1 rasa ingin teruskan perjuangan dengan penuh semangat dan keazaman. Ayuh bangun, dan mulakan semula dengan semangat baru yang lebih meyakinkan. Matlamat utama adalah menuju Allah. Moga sentiasa berada dilandasanNya. Amin.

Syukurilah, akan jalan petunjuk yang diberi oleh Nya. Dengan izinNya semua boleh terjadi, tiada yang mustahil. Yakinlah! Yakinlah wahai hati. Wahai hati yang memiliki jiwa yang mencari Ilahi. Walau zahirnya nampak seperti yang indah itu emas. Tapi, percayalah pada pemilik segala keindahan, andai yang ditakdirkan permata itu lebih indah. Terimalah dengan hati yang lapang. Kerana pemilik segala keindahan samaada yang ada di dunia mahupun keindahan syurga yang menjadi idaman setiap jiwa lebih mengetahui apa yang ada di hadapan sana. Percayalah, yakinlah wahai hati. Allah sentiasa bersamamu.




Wahai diri yang Allah jadikan sebagai sebaik-baik kejadian. Ingatlah bahawa kaya seseorang itu bukan terletak pada harta yang bertimbun-timbun, bukanlah keaiban dan kehinaan seseorang itu dengan kemiskinannya. Tetapi sebenar-benar kehinaan dan keaiban adalah ketiadaan maruah dan sopan santun. Oleh itu jagalah maruah diri dan jangan perdayakan insan lain hanya untuk memenuhi kehendak hatimu. Jagalah kehormatan diri, hulurkanlah pertolongan kepada insan yang memerlukan, muliakanlah insan di sekelilingmu dan jagalah hati mereka juga belanja dan berikanlah hartamu untuk kebaikkan umum.

Yang dikatakan kebijaksanaan itu adalah memaafkan orang yang menzalimimu, sabar dikala menhadapi kesusahan dan ujian dariNya, dan menanamkan sikap tekun serta dedikasi dalam setiap sesuatu dalam hidup.

Yang dikatakan mulia itu adalah dengan menjaga diri dengan kelakuan yang baik di kala sendiri mahupun di khalayak ramai.

Akhlak itu cermin dirimu di akhirat kelak. Yang menjadi peneman di sana nanti. Insyallah, moga peringatan ini menjadi suntikkan rohani buat diri ini dan kalian. Untuk menjadikan setiap hari lebih baik. Tangani ujian yang mendatang dengan kasih sayangNya. Senyumlah dari hati, yang Allah pinjamkan buat kita (^_^) Insyallah.

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Powered By Blogger