"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 26 Februari 2010

aku kembali (^_^)

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji buat pemilik alam Subhanallah. Allahuakbar!
Yang sentiasa melimpahkan kasih sayangNya. Walaupun hambaNya selalu lupa dan jauh dariNya. Namun bila hamba kembali merayu, menghitung dosa dan bertaubat, Kau tidak pernah mengecewakan hamba dhaif ini. Kau terus menerus membalas cinta hamba, tidak pernah Kau mendustakan cintaMu. Sesungguhnya Kau Maha Agung Ya Allah (T_____T).



Selawat dan salam buat pemberi syafaat buat kaumnya. Nabi Muhammad S.A.W. Dirimu kekasihNya, kau tidak pernah mementingkan diri. Hanya demi Allah dan Islam kau berbakti. Umat ini di akhir zaman ya Rasullullah. (T_______T) Moga kami tergolong di kalangan yang melestarikan sunnahmu. Menegakkan syariat yang di bawa olehmu. Dan menyayangimu sebagaimana kau menyayangi kami sebagai umatmu. Ya Habiballah.

Alhamdulilah, sudah sekian lama kondisi diri dan jiwa di bawah takat rebah! Semalam menangis teresak. Bagai pengakhir segalanya. Allah itu sememangnya Maha Pengasih. Tidak akan membiarkan hamba tersedu sendirian. Lantas Dia menghulurkan bicara cintaNya buat hamba dhaif ini.


"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman, kepada (hakikat) benda itu "Jadilah engkau!". maka ia terus menjadi". (Surah Yassin :82)


Nikmat JATUH pagi tadi aku dapat rasainya sebagai hikmah!(^_^) ermm, ye...jatuh di bilik air. sabun asbabnya. Tipu jika aku kata tak sakit. Memang sakit. Tapi beberapa jam selepas tu. Aku merasakan ada satu impak baru dalam jiwa. Alhamdulilah, dalam derita ada bahagia. (^_^) Aku sudah kembali pada 1 keyakinan, tekad! Semoga Allah permudahkan. InsyaAllah.

"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan) : "bahawa aku akan melakukan demikian itu nanti. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata) : " InsyaAllah". dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa, dan katakanlah : "mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".(Surah Kahfi : 23-24)


Aku kembali....tapi kembaliku kali ini bagai seorang musafir yang baru tiba di sebuah hentian asing. Hajatnya ingin singgah lama di hentian ini. Namun, perlu sedar diri bahawa hidup tidak bermakna jika tak memperbanyakkan ilmu dan amal. Justeru, musafir ini harus meneruskan rehlah hidupnya sambil tidak lupa mengutip segala hikmah di kiri dan kanannya. Jika merasa ini adalah bahagia, jangan leka. Terus berjalan lagi, siapa tahu ada yang lebih membahagiakan berkat usaha dan kesabaranmu di hadapan sana.(^_^)

"Dialah yang awal dan yang akhir dan yang zahir serta yang batin, Dialah Yang Amat Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (Surah al-Hadid : 3)

Hakikatnya Allah lebih tahu (^_^) Allahuakbar! Maha Suci Allah Yang Memiliki Setiap Sesuatu.

p/s : harap-harap tiada kecederaan dalaman.


Tiada ulasan:

Powered By Blogger