Maksud hadith : " Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda : " Adakah kamu tahu siapakah orang papa pada hari Qiamat?''. Jawab Sahabat "orang yang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya". Baginda bersabda lagi : "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa, dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam, dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka bagi kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka". -riwayat muslim-
Assalamualaikum w.b.t
Segala puji buat Allah, Yang Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat Nabi yang dikasihi Muhammad Ya Rasulullah.
Mari kita sama-sama merenung intisari hadith ini. Peringatan buat diri ini dan buat yang membaca. Akhlak merupakan cermin peribadi mukmin. Ia perlu cemerlang seiring dengan pelaksanaan ibadah fardu. Kerana Islam itu syumul, merangkumi segenap aspek. Seorang muslim yang kaya di dunia dan di akhirat adalah yang menjadikan Islam sebagai panduan dalam membangunkan rohani dan fizikalnya.
Islam itu penuh dengan kasih sayang, mengajak seluruh manusia menjaga akhlak. Saling menjaga sillaturrahim berkata yang sopan dan beradab. Hatta kepada haiwan. Membuat kebaikan ibarat membuat tabungan akhirat. Jika kita bijak dan teliti menguruskan tabungan duniawi agar dapat menjamin keselesaan hidup, tidakkah kita juga perlu bijak dan teliti menguruskan amalan kebaikan sebagai tabungan akhirat yang kekal abadi?
Ayuh, kita saling menjaga. Jika diri ini lupa, kamu ingatkan. Dan begitu juga sebaliknya. Dengan izinNya, moga kita semua mengambil peringatan dan bertindak mulai sekarang. Agar kita tidak tergolong dalam kalangan manusia yang papa pada hari kiamat seperti yang diperingatkan oleh Nabi yang kita semua rindui. Nabi Muhammad S.A.W.
Ingat! bijak dan teliti!(^_^) Selamat menjalani hari yang mendatang dengan motivasi dari al-Quran dan Sunnah baginda. (^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan