Assalamualaikum w.b.t
Segala puji pada Allah yang memiliki setiap sesuatu dan diri ini milikNya jua. Hamba dhaif ini kembali menagih cintaMu, terus menagih cintaMu tanpa jemu.
Selawat dan salam buat kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh keluarga baginda. Selamat dunia akhirat buat seluruh mukminin dan mukminat, yang tak pernah menyerah pada dunia serba sementara ini. Sebaik-baik kemenangan adalah beroleh syurga Allah. Subhanallah.
Kehidupan dunia ibarat ombak dan pantai. Biar bagaimanapun ombak dugaan yang mendatang menghempas pantai, pantai hati mukmin yang sabar tetap setia menerima hempasan tarbiyah dari Ilahi. Biar sakit, jatuh dan pedih. Tetap tabah menerimanya. Namun bukan menerima ia hanya sekadar hempasan ombak, malah menerimanya sebagai satu usaha untuk memperbaiki diri luar dan dalam. Apa tidaknya, setiap kali ombak menghempas pantai, pasti pasir berubah. Pasir itu umpama kematangan pantai menilai dunia. Dunia begitu penuh dengan bermacam-macam pilihan. Mengapa begitu setia pantai menerima tarbiyah ombak? Kerna bimbang akan hanyut ke lautan murka Ilahi. Tarbiyah ombak bagai kiriman bicara cinta dari Ilahi yang sentiasa memberi peluang buat hamba memperbaiki diri mencontohi akhlak kekasihNya.
Bersabarlah, ambil dugaan dan ujian yang Allah kirimkan buat kita sebagai medium untuk kita mematangkan diri dalam mengenal hakikat dunia yang sebenar. Jangan pernah menyerah diri pada dunia. Bertawakallah kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal. Berusaha mencari cintaNya, kerna hakikat sebenar-benar bahagia itu hanya ada pada cintaNya. Dirimu tidak akan pernah kecewa. Pasti Allah membalas cintamu (^_^)
Hamba ini serba dhaif, kerna sering buta menilai cintaMu. Semakin ku mendekatiMu, lebih dari itu Kau mendekati hatiku. Semakin ku mencuba mengenalMu, lebih dari itu Kau bentangkan bukti cintaMu pada hamba dhaif ini. Semakin ku cuba menghindar kemurkaanMu, lebih dari itu Kau pelihara hati ini dari memandang dan memikirkan dunia. Semakin ku cuba menangisi dosa dan noda lalu, lebih dari itu Kau bukakan jalan-jalan petunjuk dan cahaya menuju syurgaMu. Semakin ku cuba menginsafi kematian, lebih dari itu Kau terbitkan rasa rindu ku pada kedamaian syurgaMu. Semakin ku cuba redha menerima setiap rencanaMu, semakin Kau kirimkan insan-insan yang prihatin membina ukhwah atas jalanMu bersamaku. Walau menggunung dosa dan kehinaan yang diperbuat hamba dhaif ini, RahmatMu tetap melangit luas. Sungguh, Ya Allah hanya Kau yang layak hamba sembah dan taat. Sungguh, Kau Maha Penyayang dan Pengampun. Sungguh, hanya Allah Tuhan sekalian alam.
Ya Rahman, sungguh aku bimbang tenggelam dengan keriuhan dunia. Hanya padaMu tempat aku berlindung. Lindungilah hati ini dan hati mereka yang membaca dari syirik dan riyak. Andai satu masa Kau hadiahkan cinta insan pada hati ini, hadirkanlah insan itu sebagai seorang hambaMu yang amat cinta padaMu. Janganlah cintaku pada dia melebihi cintaku padaMu Ya Rahman. Tiada kemanisan seindah bercinta denganMu. Hadirkanlah dia sebagai pemandu untuku lebih mengenalMu. Kerana hidupku, matiku hanya untukMu Ya Rabbi. Bukan untuknya sedangkan dia juga makhluk sepertiku.
Begitu Kau Maha Bijaksana. Menciptakan dan menghadiahkan kami hati yang istimewa kejadiannya. Aku melihat hati itu begitu istimewa kerana hanya Dia yang mampu membaca bicara hati. Yang bahasa tuturnya amat sepi dari pendengaran manusia. Dari hati terbitnya iman, terbitnya cinta, terbitnya kasih sayang, terbitnya tawaduk, terbitnya ukhwah. Istimewanya hati, yang di ciptakanMu Ya Rabbi. Wahai diri, tuturkanlah bahasa hati paling indah buat Allah, yang Maha Mendengar. Setiap masa, dalam lena mahupun jaga. Tetap dan kekal hanya buat Yang Maha Esa.
Semoga kita saling sentiasa ingat mengingati, menjauhi segala penyakit hati, berusaha menjadi mukmin/mukminat yang soleh/solehah. Tiada yang terlambat selagi kiamat belum tiba. Taubatlah dengan sebenar-benar taubat. Sesungguhnya Allah suka pada hamba yang bertaubat padaNya. (^_^) Ayuh memperkemaskan jentera hati! Wallahualam.
p/s: sedang berusaha memperkemaskan tugasan agar tiada yang tertinggal.moga di beri kesihatan dan di permudahkan urusan untuk 2 hari kursus dan hari2 yang mendatang (^_^)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan