"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 14 April 2010

hasrat terhalang

Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah, yang memiliki setiap sesuatu. CintaMu di mana-mana, begitu agung cintaMu hingga tiada makhluk merasa tersisih dari menerima cinta dari Mu. Subhanallah, hanya padaMu layak di sembah dan hanya padaMu kami memohon pertolongan.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad. Moga kami semua berada teguh pada ajaranmu, moga kami semua umat yang akan bersama-samamu di akhirat kelak. Amin Ya Rabbal'lamin.

Alhamdulilah, dua kertas peperiksaan telah selamat berlalu. Masih ada empat kertas yang perlu di juangkan. Ketika entri ini di tulis, sakit kepala yang tiba sejak malam semalam sudah mula surut. Mualnya masih terasa, tak tahu mana silapnya. Kecewa kerana tak dapat menjawab dengan baik siang tadi. Apakan daya, menjawab sambil memaksa kesakitan bersabar sehingga waktu peperiksaan dua jam tamat. Redhalah wahai diri, tempuh apa yang ada sedaya yang ada. Terus dan teruskan melangkah, jangan pernah menyesal. Pasti Allah mengirimkan hikmah buatmu di sebalik semua ini.

Dan lagi, ragam laptop menjadi-jadi. Sedang sibuk bersiap sedia merempuh minggu-minggu peperiksaan ia menuntut untuk di baiki. Jadi, ku ambil masa untuk melayan kerenah yang tersayang ini. Dan tak di sangka-sangka, atas sebab-sebab misunderstanding......segala data peribadi dan assigment dah tak dapat aku tatap lagi (T____________T)....tergamam beberapa jam. Akhirnya aku pujuk hati untuk redha. Bina kenangan baru. Mungkin kerana terlalu sayang semua yang hilang itu, maka Allah mendidik hatiku untuk belajar bagaimana sebenarnya sayang yang perlu. Ya, sayang berpada-pada. Ia cuma pinjaman sementara, peringatan jua agar terus di manfaatkan di jalan yang benar.



Wahai hati, andai hasrat terhalang. Jangan berburuk sangka padaNya. Sedangkan kamu tak tahu apa-apa, dan Dia pula adalah Maha Mengetahui. Jadi, redhai lah apa yang terjadi. Supaya kamu lebih bersedia menghadapi pelbagai lagi liku hidup yang lebih mengegarkan imanmu. Baja lah imanmu dengan sabar, siramlah imanmu dengan redha, agar bunga-bunga ketaqwaan mewangi di seluruh taman hati. Dan ia akan terzahir terus pada senyuman mu yang di layangkan kepada sesama makhlukNya supaya ukhwah dan kasih sayang tersebar luas. Dan ingatlah wahai hati, seri senyummu itu hanya milik Allah selamanya. (^________^)

p/s: berjuang untuk exam seterusnya.(^_^) moga di permudahkan urusan olehNya.

Tiada ulasan:

Powered By Blogger