"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 26 April 2010

kebergantungan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, syukur atas segalanya Ya Rabb. Yang suka mahupun duka, walau apa pun jua keadaan dan situasinya...hati dhaif ini memohon agar ia terus kuat memegang janjiMu. InsyaAllah. Subhanallah.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad kecintaan kita semua.




Alhamdulillah, seluas-luas rahmatMu Ya Rabb...akhirnya, tiba jua saat yang di nanti-nanti...dengan rahmat dan kasih sayangMu diri ini dan sahabat-sahabat seperjuangan selamat mengharungi semester 2 tahun 3 hingga ke penghujung hari ini. (^_^).

Tapi hati merasakan sayu yang luar dari biasa untuk berpisah dengan semua kawan-kawan. Semua ! (^_^)....Moga Allah pelihara rindu kita dalam kasih sayangNya. InsyaAllah. Ada umur kita jumpa lagi semester depan.

"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir" (surah Yusuf :87)


Fitrah kehidupan ada pasang dan surut serta jatuh bangun dalam mengharunginya. Cuma apa yang perlu di beri perhatian adalah ke manakah sandaran hati kita dalam menjadikan semangat bangun semula selepas jatuh?

Betapa indahnya cinta dariNya, kerana Dia sentiasa ada buat hamba-hambaNya. Walau saat jatuh mahupun di saat bangun. Cumanya, manusia itu yang mudah lupa! Lupakan cintaNya. (T___T)

Sejauhmana kebergantungan kita padaNya? Kadangkala, tanpa kita sedari bila mendepani situasi-situasi yang menghimpit .... kita lebih meletakkan kebergantungan kita pada manusia pada tahap yang melebihi kebergantungan kita padaNya. Manusia mudah di kaburi dengan pangkat dan kedudukan yang ada pada manusia yang lain, sedangkan Allah adalah Yang Maha Bijaksana, Allah adalah Yang Maha Mengetahui, Allah adalah Yang Maha Mendengar segala rintihan dan kebimbangan hamba-hambanNya. Usaha itu perlu, kemudian tawakkallah dengan sebenar-benar tawakkal. InsyaAllah, moga diri ini meneruskan perjalanan yang berbaki dengan melaksanakan apa yang ku kata. Akan ku kotakannya dengan izinMu Ya Rabb. Amin~

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi" (surah ali-Imran : 8)


Diri ini jua masih ada kekurangannya, masih mencari dan akan terus mencari. Diri ini masih perlukan kalian untuk memimpin hati ini pada jalanNya. Oleh itu, tegurlah andai diri ini mula tersasar dari jalanNya.

"Dia memberikan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal yang sihat" (surah al-Baqarah : 269)


InsyaAllah, moga kita sama terus memperbaiki diri kita. (^_^) dengan kasih sayang dan limpahan rahmat dariNya jua. Allahuakbar!


p/s: kejap lagi nak balik ke umah nak jumpa bonda n ayahanda tersayang. rindunyaaa....isnin ni dah start praktikal...doakan sy dan sahabat2 ye.(^_^) Good luck! Jangan nakal2 ye! hihi

Tiada ulasan:

Powered By Blogger