"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 15 Julai 2010

destinasi yang sebenar

Assalamualaikum w.b.t

Syukur kepadaNya, mengizinkan diri ini hadir untuk meneruskan perjalanan yang hakikatnya hanya sementara. Selawat dan salam buat yang kita semua rindui Nabi Muhammad S.A.W.




Alhamdulilah, praktikal sudah selesai. Hanya menanti keputusannya sahaja. Namun jauh di sudut hati, masih ada yang belum selesai. Sukar hendak di gambarkan dengan kata. Kerana perasaan yang ada kini amat bercampur aduk. Namun, untuk sebuah perkongsian di sini, ku cuba untuk leraikan agar mampu memberi pengertian pada kalian. Moga ada manfaat kebaikan di sisiNya. InsyaAllah.

Hakikatnya sedih meninggalkan anak-anak didik yang hanya Allah pinjamkan untuk 2 bulan. Namun sekadar meninggalkan untuk satu tanggungjawab adalah suatu sandaran kukuh melangkah penuh semangat di perbukitan ilmu ini. Sudah ku ikhlaskan segalanya yang pernah berlaku di sana. Terima kasih buat anak-anak didik 2 arif dan 4 arif ,khususnya buat semua keletah kalian (^_^)

Ya, apa yang sukar untuk di gambarkan?
Suara hati bagai hiba melihat wajah-wajah yang masih belum jelas apakah makna pada kehidupan yang Allah anugerahkan pada kita ini. Destinasi sebenar yang kita tuju adalah menuju Rabb. Namun mereka masih bergelumang dalam riuh rendah kelalaian dunia. Ku lihat terus ke mata setiap mereka. Mereka mencari tapi mereka sendiri tak pasti apa yang di cari.


Wahai diri yang diciptakan Allah, ayuh sedar!
Cinta padaNya adalah jalan untuk terus damai dalam syurgaNya nanti.
Ayuh pemuda-pemuda harapan agama..
Bangkitlah sebagai nakhoda
Memimpin yang ada di sekelilingmu menuju Allah
Ayuh pemudi-pemudi, bertindak umpama serikandi syurgawi..
Berilah ruang untuk hatimu telus mengenal Allah
Sayangilah dirimu, peliharalah akhlakmu
Kata-katamu
Tingkahlakumu
Auratmu
Hatimu
Biar hanya nama Allah sahaja yang menjadi penyeri hatimu
Sayangilah dan hargailah dirimu wahai pemuda pemudi



Kerana dunia ini hanya sementara
Yang kekal adalah di sana
Destinasi yang sebenar
Ku mohon agar kita semua sama-sama memperkemaskan langkah
Menyayangi sesama kita hanya keranaNya
Sampai syurgaNya
InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Powered By Blogger