"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 7 Februari 2011

kisah 10 hari cuti

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi semua (^_^). Alhamdulilah, masih di beri izin dari-Nya untuk menyambung tanggungjawab di perbukitan ilmu ni. Kira-kira masih berbaki kurang dari 90 hari. Moga-moga dipermudahkan oleh-Nya.

Kisah 10 hari cuti, ada macam-macam kisah. Saya, kak ida dan kakaknya [kak sue] memulakan cuti kami pada Jumaat, 28hb Januari. Bas pukul 6.30 ptg...Dalam hati tertanya-tanya bagaimana keadaan segamat. Khabar dari bonda, segamat dijangka berterusan hujan sampai selasa depan. Risau juga, andai banjir melanda adakah sempat kami menyeberang ke rumah bonda masing-masing. Alhamdulillah...akhirnya kami sampai juga ke pangkuan keluarga masing-masing. Walau bas kami lewat 1 jam, dan di tambah pula dengan kedudukan seat kami yang paling belakang. Maka kami bertiga seakan-akan mabuk, mual. Fon kak sue tercicir dalam bas gara-gara kepala kami yg dah pening-pening lalat. Syukur, selamat sampai. (^_^)

Hujan berterusan. Lebat..Kadang-kadang berhenti, kemudian lebat semula. Dalam hujan yg berterusan tu, abah masih ada 2 tempahan masak. Sesekali abah keluar, cari berita terkini keadaan setempat. Bila bunyi motor abah masuk ke perkarangan rumah, masing-masing sibuk bertanya. "Abah, air sungai segamat dah naik lagi ke bah?" , "Dah banjir ke bah?". Abah sentiasa update pada kami sekeluarga keadaan kat luar sana. Al-maklum lah, risau mengenangkan banjir 2006 yg lalu.

[30hb Januari]-Dalam hujan lebat seperti semalam-semalamnya, tiba-tiba nampak kelibat kereta kancil hitam yg memang ku kenal pemiliknya. "Kakak, kitorang terkandas ni...semua jalan masuk kampung dah tenggelam.. nampaknya kitorang kena tumpang tidur sini malam ni. Syukur sangat ada sedara kat sini nak tumpang berteduh"[dia tersenyum]. Kesian tgk 2 org sepupu dan mak sedara yg gelisah sebab tak sempat nak masuk kampung sebelum air naik mendadak. Waktu menginjak petang, tiba-tiba terdengar pengumuman dr masjid. Kecut perut tiba-tiba, kawasan kejiranan ini banjirkah? [cemas]. Abah bagitahu kami yg kawasan kejiranan yg rendah mmg sudah dinaiki air [banjir kilat]. Alhamdulilah, rumah kami di kawasan yg agak tinggi. Maka, abah dan kawan-kawannya bergading bahu memindahkan mangsa-mangsa yg terlibat dan bergotong-royong menyediakan makanaan untuk mereka. Sepupu dan makcik saya bertambah resah lagi sebab kat kampung bekalan elektrik terputus, syukur ada keluarga pakcik yang teman nenek. Di ringkaskan cerita, akibat terlalu risaukan nenek, sepupu-sepupu dan makcik saya redah juga air banjir malam tu. Alhamdulilah, mereka selamat sampai.

Di sesetengah kawasan banjir sudah mula surut. Kebetulan walimah teman baik saya pula hanya berbaki beberapa hari lagi [3hb Februari]. Alhamdulilah, dengan izin-Nya dapat juga saya dan keluarga menghadirkan diri ke majlisnya di Kemelah. Rasanya sudah hmpir 2 tahun tidak bersua, tapi dia masih tetap comel macam dulu yg berbeza cuma sekarang sudah bergelar Puan Nurul Afiqah(^_^). Selamat Pengantin Baru sayang, moga bait muslimmu di limpahi kasih sayang-Nya. Sempat juga bersua dengan Cik Ella dan saya berpesan padanya, "Next your turn kan? Make sure jemput ok?" (^_^). Sebelum pulang ke rumah, kami meronda sekitar bandar segamat. Bandar segamat di penuhi dengan kesan rempuhan air banjir. Mari muhasabah diri walau dalam musibah mahupun muhibbah.

[3hb Februari]-Menerima jawapan neutral dengan berlapang hati. Dia Maha Memberi, dan hanya pada-Nya kita berserah.




[4hb Februari]- Ulang tahun kelahiran bonda tercinta (^_^). Dia sangat comel dan bertambah comel kerana sudah berkaca mata (^_^). Masa meronda bandar segamat, ada pekedai fikir bonda kami itu kakak kami hihi. (^_^) Selamat ulang tahun mak, kakak sayang mak. (^_^) Moga usiamu diberkati-Nya.

[5hb Februari]-Alhamdulilah, tarikh walimah adik sepupu saya telah ditetapkan 27hb Mei. Moga-moga semuanya dipermudahkan oleh-Nya.

[6hb Februari]-Macam tak percaya je, rupanya tempoh bercuti sudah tamat. Maka, mari mengemas barang dan berangkat pulang(^_^). Adinda pun balik KL pada hari dan waktu yg sama. Dan semasa menanti ketibaan bas, terserempak dengan beberapa org kenalan lama dan baru. Al-maklum lah semuanya nak balik ke perbukitan ilmu masing-masing. Yang bestnya, saya terserempak dengan Cik Hidayah. Kenapa best? Sebab selama ni saya cuma kenal dia di alam maya ni sahaja. Alhamdulilah, akhirnya Allah jodohkan kami untuk bertemu hari ini. (^_^) Ukhwahfillah ukhti.

Ok lah, tamat sudah kisah 10 hari cuti. Now, saya nak bersiap-siap ke kuliah. Rindu berkuliah (^_^)


Tiada ulasan:

Powered By Blogger