"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 16 Februari 2011

Part Time

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, segala puji buat-Nya, yang menjadikan manusia dan seluruhnya.

Setelah hampir 4 tahun saya telah meninggalkan kenangan bekerja di kedai kek, akhirnya malam ini kenangan itu di suburkan kembali..cewah, macam kerje berat-berat je kan? (^_^)

Dulu, 4 tahun lepas....sementara saya menunggu tawaran ijazah dari pihak universiti, saya sempat meluangkan hampir 5 bulan bekerja di bakery..Masa tu tak banyak bercakap macam sekarang ni. Jadi saya kerja diam-diam je la hihi..

Allah yang mengaturkan segalanya, oleh kerana semester ini subjek agak sedikit...maka saya dan teman memutuskan untuk bekerja sambilan demi mengisi masa-masa yang terluang.(^_^)

apron saya yg comel hihi

Pengalaman hari pertama bekerja? Agak seronok, sebab ada sediakan tempat solat. Tapi, agak kekok juga...sebab saya gelabah nampak costumer hehe...InsyaAllah, saya akan cuba untuk lebih bertenang selepas ini (^_^). Boss kami semuanya baik-baik belaka, Alhamdulilah...

Moga Allah membantu dan melindungi kami dari sebarang kesulitan.Amin....

Tiba-tiba sedih, sebab cuma berbaki lebih kurang 60 hari lebih je saya akan bersama dengan teman-teman seperjuangan di perbukitan ilmu ini. Lepas ni, masing-masing akan meneruskan kehidupan sebagai graduan. Posting di serata negara, menyemai kasih sayang pada anak didik masing-masing. Moga kami semua mampu menjadi murabbi yang dapat menyampaikan dakwah secara berkesan. Kemudian, jika ada rezki...masing-masing akan bina baitul muslim masing-masing. Moga Allah pelihara ukhwah antara kita hingga ke hujung nyawa ini. Saya sayangkan persahabatan ini kerana-Nya (T___T)

Tiada ulasan:

Powered By Blogger