Syukur ke hadrat illahi atas semua nikmat yang kita kecapi, dan mari bermuhasabah di atas segala dugaan dan atas kenikmatan itu juga kerana setiap satunya adalah tarbiyah dari Allah buat kita selaku hambaNya. Selawat dan salam pula buat kekasih Allah, Muhammad Bin Abdullah.
Alhamdulillah...Di bawah kursus Pengurusan Ko-k, selesai sudah 3 acara penting dalam salah 1 tugasan saya dan sahabat-sahabat untuk memenuhi syarat-syarat yang telah di gariskan oleh pensyarah kami. Di awal semester, kami telah dibahagi-bahagikan kepada 5 kumpulan besar. Ia mewakili kumpulan badminton, bola sepak, bola jaring, seni persembahan Islam serta sukaneka & jamuan raya. Setiap kumpulan dikehendaki menganjurkan setiap acara yang telah dipertanggungjawabkan.
Pada semester ini, kebetulan para siswa dan siswi yang mengambil kursus ini adalah gabungan dari pelajar tahun 3 pend Islam dan tahun 4 pend al-Quran.
Meriah, meriah, dan sangat meriah...itulah yang cuba digambarkan oleh pensyarah kami ketika memberi ucapan dimajlis penutup siang tadi.
Semalam, seharian kami bermain badminton, dari seawal 7.30pg sudah berkumpul sehinggalah 6ptg baru majlis bersurai. Tapi sayang, saya kurang sihat utk konsisten semalam. Saya lakukan sedaya saya. Namun sahabat-sahabat yang memerhati minta pertukaran pemain dilakukan kerana sudah nampak kepucatan yang tak dapat diselindung lagi di wajah saya.:P Semangat memang semangat, insyallah...saya akan perbaiki kondisi kesihatan dan stamina diri di masa-masa akan datang.
Hari ini, perlawanan bola jaring dan bola sepak pula diadakan serentak. Oleh kerana agak kecewa dengan keadaan saya semalam, hari ini saya membalas dendam :P Dengan memberi sokongan yang padu kepada pasukan yang mewakili kumpulan kami. Alhamdulilah, kumpulan saya memenangi tempat perak dalam kedua-dua acara. Terubat juga lah kecewa saya semalam :P
Namun, bukan hadiah yang menjadi kayu pengukur dalam penganjuran-penganjuran yang diadakan ini. Pensyarah hanya menilai kumpulan yang mengendalikan acara tersebut dari sudut kecekapan pengurusannya. Dan sudah pasti ketepatan masa setiap siswa dan siswi menjadi salah 1 keutamaan beliau.
3 sudah selesai...walau agak keletihan namun diselimuti 1001 kenangan, 1 jangkaan pengharapan yang besar disandarkan pula pada 2 lagi kumpulan. Berdebar pula rasa, moga segalanya dipermudahkan oleh Nya. Insyallah...
Terima kasih Ya Rahman. Kerana mengizinkan kemanisan ukhwah yang sebegini hadir disekelilingku. Ku mohon dengan izinMu agar memelihara ukhwah yang sedia terjalin ini. Amin Ya Rabb.
p/s : semoga cepat sembuh buat yang berkenaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan