"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 22 September 2010

mencari "formula kekuatan"

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kala ini mata sedang terarah menikmati hamparan langit Ilahi. Dari sisi katil, mata ini melihat ke jendala yang darinya ku lihat pepohon hijau berlatarkan langit tenang, cerah. (^_^) Subhanallah. Sungguh, indahnya kehebatan Pencipta seluruh alam ini. Allahuakbar!

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad.



Kehidupan, suatu amanah dariNya?
Meski bukan mudah menyediakan diri untuk kekal jujur menggalas amanah ini, namun bagi manusia yang beriman kehidupan ini dipandang sebagai tempat persinggahan untuk ke destinasi yang lebih menenangkan. Kerana itu, mereka berusaha bersungguh-sungguh menjadikan kehidupan yang sementara ini sarat dengan amal kebaikan dan tidak sekali-kali menyerah (putus asa).

Formula kekuatan?
C I N T A ALLAH

Kekuatan hati mahupun jasad adalah terletak kepada sejauhmana diri kuat menepis yang mungkar, sejauhmana diri kuat berpegang pada janjiNya, sejauhmana diri kuat berpegang pada ajaran al-Quran, dan sejauhmana diri kuat berusaha mempertinggkatkan iman.

Seorang murabbi ada bertanya kepada saya dan rakan-rakan sekelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran beberapa minggu lepas. Murabbi : Adakah kamu berasa selasa dan tenang ketika mendengar nyayian-nyayian yang tidak mengajak kamu kepada cinta Ilahi? Kami : Tidak tenang dan tidak selesa, ustaz. Murabbi : Alhamdulilah jika begitu keadaannya, namun berjaga-jagalah jika kamu merasa selesa, gembira ketika mendengar alunan-alunan yang sebegitu. Ketika hati kamu merasa begitu, segeralah bertanya kepada hati, "Apa khabar iman?''.

Sejujurnya, beliau menggesa kami untuk segera mengajak hati bersegera untuk belajar sentiasa terbiasa dan selesa mendengar alunan-alunan bacaan al-Quran. Kalam Allah menjanjikan ketenangan yang tiada bertepi buat hati.


Setelah memperhalusi kebimbangan beliau, langkah dan tekad untuk mempraktikkan gesaan tersebut telah dilakukan secara konsisten. Alhamdulilah, formula kekuatan sememangnya ada pada kalam Allah, pada C I N T A ALLAH.

"Apa khabar iman?''



Tiada ulasan:

Powered By Blogger