"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Rabu, 20 Mei 2009

syukurlah

Assalamualaikum
Rindu nak mencoretkan sesuatu disini. Walaupun hakikatnya amat sukar sebab perlu ke CC. Sebab uncle, iaitu owner CC ni selalu akan keliru samaada aku atau adik aku yg dtg bertandang. Dan setiapkali aku nak membayar di kaunternya, dia akan ajukan soalan yg sama. "Kamu belum dapat tawaran mana2 ye?" kadang-kadang aku hanya mampu senyum,tapi perlu juga di jelaskan dgn terang bahawa aku sedang bercuti, cuti semester. Yang baru dapat tawaran tu adik kesayangan saya wahai uncle yang amat baik hati. (^_^).

Hehe kecian uncle ni, agaknye dia boring sebab perlu uruskan CC ni sendirian. 16 MEI dah berlalu. bermakna dah setahun juga kenangan prapraktikum terlipat kemas dalam minda dan hati. Sempat aku berbual dengan mak tentang hal setahun lalu tu. Ye la, buat prapraktikal kat sekolah sendiri, adik-adik kat situ pun masih kenalan-kenalan rapat aku. Dan aku senang mendengar mereka memangil aku dengan gelaran "kakak".

Apa-apa pun semua itu dah jadi sebahagian sejarah dalam hidup aku. apa yang penting aku perlu sulam dengan kemas ilmu-ilmu yang aku dapat dan aku cantumkan dengan ilmu-ilmu yang mendatang. Naik je sem baru ni, aku adalah siswi tahun 3. Semua yang tersulam perlu mampu membuatkan aku yakin pada diri dan bersedia dengan segala kemungkinan mendatang. Terutamanya untuk menjalani sesi praktikal pula di hujung tahun 3 nanti. Insyaallah..

Sepanjang 2 minggu bercuti ni, banyak yg aku rangkakan. Tapi perlu tenang dan bijak merealisasikannya. Berdebar juga bila meniti rentetan hari yang misteri. Cuma aku perlu yakin pada Yang Maha Mengetahui, agar apa pun yang di rencanakan buatku adalah yang terbaik buatku. Meskipun susah mahupun senang,semuanya datang dariNya. Dan kita perlu sabar dan berusaha seterusnya tawakal hanya padaNya.

Maaf pada yang menanti balasan kunjungan, mungkin naik sem nanti baru dapat berkunjung-kunjungan ke laman blog teman-teman. Maaf ya...masih ada urusan lain yang perlu dilunaskan. Semoga bersua dilain waktu....
Wallahualam.

Ahad, 3 Mei 2009

Putar Jarum Jam Ke belakang???

Assalamualaikum...

Semoga kalian sentiasa dikurniakan kedamaian yang selalu bertamu dihati, keasyikkan cinta Ilahi yang tak pernah kunjung malap...insyaallah....

Di saat masing-masing menghitung hari untuk mengubat kerinduan pada ibu ayah dan halaman indah jauh nun disana (hehe, macam la jauh sgt)...

Suka saya nak mengimbas kembali dan menjengah kepada realiti yang amat sakit untuk ditatap mata dan mata hati. Apa yang saya ingin bawa kalian kali ini adalah untuk mengimbas kembali peringatan yang Allah telah sampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk disebarkan kepada umat baginda iaitu termasuklah kita hari ini (umat akhir zaman).

Iaitu :

" Banyak di antara ahli kitab menginginkan sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu setelah kamu beriman, menjadi kufur kembali, kerana rasa dengki dalam diri mereka, setelah kebenaran jelas bagi mereka.................................." (al-Baqarah : 109)


Pertembungan atau usaha-usaha untuk menjatuhkan Islam dan umatnya bukan baru sahaja bermula, bahkan telah wujud sejak awal Islam lagi dan berterusan sehingga kini. Terlalu banyak yang diusahakan pihak-pihak musuh, jika sesiapa yang mentelaah dan menyelusuri kronologi sejarah pasti dapat membongkar satu persatu daripadanya.

Antara usaha untuk merealisasikan matlamat mereka ialah dengan memalsukan aqidah umat Islam. Sebagaimana yang dikembanggiatkan oleh para orientalis dengan menjadikan hadith disangsikan, hukum hakam Islam dimomokkan sebagai tidak pernah praktikal dan macam-macam lagi.

Mereka juga melemahkan semangat jihad yang seharusnya menebal di hati setiap muslim. Dikikis hari demi hari dengan hiburan, lantas cinta akan dunia dan takut untuk syahid fi sabilillah. Disogok juga dengan makanan shubhah yang pelbagai. Sedangkan apa yang kita makan juga mempengaruhi hati dan tingkahlaku.

Membaratkan umat Islam dengan pelbagai cara. Yang amat pedih untuk ditatap oleh mata hati mereka-meraka yang masih mampu celik. Yang jelas, sememangnya dapat kita lihat golongan remaja adalah yang paling terzahir dengan budaya berpakaian, percakapan, pemikiran, pergaulan dan sebagainya yang dicedok dari icon-icon terkini mereka.

Namun, hakikatnya.....bukan golongan remaja sahaja.....malah golongan yang lebih matang juga tanpa segan silu mengagung-agungkan apa sahaja yang dibawa oleh barat. Tanpa mengkaji kemaslahatan ummah, samaada ummah yang telah sedia ada pada hari ini mahupun untuk menjamin kemaslahatan generasi ummah di masa akan datang.



Sekiranya golongan yang lebih matang ini juga tidak mampu membezakan mana yang terbaik untuk ummah....bagaimana bisa mampu menggoncang minda para remaja untuk membuka mata hati mereka tentang bahaya yang sentiasa menanti dari para musuh Islam???? Sedangkan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada fitrahnya di ibaratkan seperti memutar jarum jam kebelakang dan memerlukan kesepaduan kekuatan dakwah dan ketajaman strategi agar Islam benar-benar dapat dizahirkan oleh mereka yang mengakui sebagai pencintaNYA...Maka mari kita renung-renungkan


Sesungguhnya aku jua hanya insan kerdil, Ya Allah aku mohon agar kekhilafanku dapat kau gantikan dengan ilmu supaya aku tidak tega mengulangnya kembali....tunjukkanlah jalan lurus yang Kau redhai.....

Wallahualam....


Sabtu, 2 Mei 2009

tag dari bee

Assalamualaikum...
ini 2nd time kene tag..
yg 1st time aritu makcik sy yg tag "irtiyah"
tp tak dpt nk jwb sbb kene tggu masa yg sesuai br ade jwpn hehe
kali ni bee atau miss nabila saat tag sy
kami knl masa dlm kursus hubungan insan sem lps

-------------------------------------------------------------------------------
ARAHAN:

1>>printscreen current wallpaper. jz press of ctrl+prtsc
2>>rezen why do u like/adore da kertas dinding
3>>tag 5 people
4>>dats all
----------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------
ni latest wallpaper sy
sy suke sbb
1) warna dia
2) sbb suasana dia yg ala2 misteri tu
tapi
setelah beberapa ketika
jika di perhatikan betul2
gmbr ni smcm je
hehe
cube tgk kat hjg lorong ni huhu
so, last2 sy tak letak apa2 wallpaper buat masa ni hehe


-----------------------------------------------------------------





demi masa

Assalamualaikum....

Semoga sihat sejahtera dan sentiasa dipayungi lembayung rahmatNya buat kalian...Err...walaupun takde sape yang lalu kat blog ni hehe...yela...blog ni tak ada apa-apa pun...cuma kalau ada pun cuma cebisan-cebisan bingkisan, perkongsian dari insan kerdil ini...siapalah aku...(maklumlah kat rumah yg utk 4 org ni dah tinggal sorang2 huhu sedey,).

Ish, mana boleh sedih2 kan? LA TAHZAN!!! berani benar kata sorang2??? ALLAH SENTIASA BERSAMAMU...MASYAALLAH!!!

Hakikatnya dan seharusnya tiada istilah bosan atas alasan tak ada apa2 nak buat. Sebab baaaaaaannnnnnnnyyyyyyyyyyyyaaaaaaaaaakkkkkkk......ilmu yang masih perlu di cari, banyak perkara yang perlu dibereskan, banyak lagi tirai makhfi yang perlu disingkap, banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dikerjakan, banyak lagi kekhilafan diri yang perlu diperbetulkan, dan amalan, sedarlah wahai diri!!! amalan baik masih kekontangan!!! untuk dijadikan bekalan ketika di alam kuburan yg benar2 tiada teman2!!!

Demi Masa, jom sama-sama manfaatkan nikmat masa yang ALLAH hadiahkan buat kita dengan sebaik-baiknya! Insyaallah...

Wallahualam..