"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Disember 2011

Setia

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji hanya untuk Allah. Subhanallah.

Selawat dan salam buat Baginda Nabi Muhammad s.a.w

Salam kasih dan salam sayang buat semua yang menyayangi saya kerana Allah. Saya selalu mohon dalam butir doa saya pada-Nya agar Allah menyayangi mereka yang menyayangi saya kerana-Nya dan saya juga mohon agar saya juga menyayangi mereka hanya kerana Allah.

Sejak kebelakangan ini saya kerap sakit. Barangkali kerana cuai menjaga kesihatan, atau kerana terlalu memikirkan perkara-perkara yang masih belum mampu saya selesaikan. Astaghfirullah, lalainya saya. Walhal, sebaik-baik perancang hanyalah Allah Taala. T__T

Dan, dalam lingkungan beberapa hari kebelakangan ini saya juga asyik teringatkan peristiwa-peristiwa lama. Beberapa minggu lepas, saya menyelongkar kotak-kotak buku. Dan secara tidak sengaja, terbaca diari-diari lama saya. Bila saya baca helaian demi helaian barulah saya sedar yang saya ini seorang yang pelupa. Kadang-kadang, ada banyak peristiwa yang langsung saya tidak ingat. Begitu juga dengan mengingati seseorang. Kerap kali saya seakan tidak pernah jumpa seseorang, padahal bila diselidiki rupa-rupanya orang itu pernah belajar sekelas dengan saya.

Tak dapat dinafikan, salah satu sebab mengapa saya masih lagi aktif menulis di Wardah Faqihah ini adalah kerana saya tidak mahu melupakan peristiwa-peristiwa atau insiden-insiden penting dalam hidup saya begitu sahaja. Saya terbayang, bagaimana nanti jika saya lupa pada mereka yang sangat saya cinta dan sayang kerana Allah. Na'uzubillah. Moga Allah jauhkan ia berlaku.

Dan antara sebab lain saya masih lagi SETIA di Wardah Faqihah adalah kerana ingin menghargai insan-insan yang saya cinta kerana Allah melalui penulisan.

Tiba-tiba teringat pertanyaan mak beberapa waktu yang lalu. "Kenapa kakak banyak sangat buku?" Jawab saya, kerana saya suka membaca. Hari ini, baru saya sedar mengapa saya suka membaca. Kerana saya selalu lupa. *Sebak.

Subhanallah, Allah itu Maha Penyayang dan Maha Bijaksana. Al-Quran juga terzahir dalam bentuk kitab yang boleh dibaca. Untuk mereka yang diizinkan-Nya untuk menghafal, ayat al-Quran sudah sebati dalam hafalan mereka. Tapi, buat saya yang punyai keistimewaan yang berbeza, Allah masih izinkan saya membaca kalam-kalam-Nya. Terima kasih Allah. *Sebak.

Saya juga manusia. Jadi, saya juga ada salah dan silap sama ada sengaja mahupun tidak sengaja. Jadi, untuk sesiapa yang mengenali saya sama ada dengan nama sebenar mahupun yang hanya mengenali saya dengan nama Wardah Faqihah ada satu perkara ingin saya nyatakan dari hati untuk kalian. Saya ingin memohon maaf andai saya pernah mengguris hati anda. Jika anda masih sayang saya kerana Allah, saya minta kata nasihat dari anda.

Andai satu masa nanti saya sudah tidak lagi mengenali anda (terutamanya yang mengenali saya dengan nama sebenar), saya pinta janganlah membenci atau menjauhi saya. Dekatilah saya dan katakan anda pernah hadir dalam hidup saya.



Untuk seseorang yang saya masih ingat namanya. Saya ingin menyatakan sesuatu. Melihat kamu, mengingatkan saya pada Allah. Mengenali kamu, seakan saya menyayangi diri sendiri. Bukan matlamat saya untuk memiliki, kerana saya sedar kekurangan diri. Tetapi saya mohon agar Allah menyayangi kamu. kerana itu lebih membahagiakanmu.

Isnin, 14 November 2011

Jalan bahagia atau derita?

Assalamualaikum w.b.t

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah Allahuakbar!

Selawat dan salam buat kecintaan kita Nabi Muhammad s.a.w

Alhamdulillah, Allah masih beri peluang dan ruang buat diri dan anda untuk meneruskan mujahadah kita menuju redha Allah. Sungguh Maha Penyayang, terima kasih Allah.

Menyelam kembali

Perasaan digigit rasa bersalah kerana tidak lagi istiqamah mengajak diri dan anda dengan coretan-coretan berguna di blog ini. Entah kemana ia menghilang. Mungkin ia sempat tenggelam. Namun, ku cuba gagahi menyelam kembali demi menyelamatkan ia dari terus-terusan tenggelam lantas terkubur tanpa nisan.



Hakikatnya, diri mengakui aku bukanlah yang paling baik untuk menyatakan kebaikan atau mengajak ke arah kebaikan. Namun, jika ditunggu saat diri benar-benar (100%) baik kemudian baru hendak mengajak kepada kebaikan kebarangkalian itu hampir mustahil! Benar, bahawa manusia seperti aku masih juga menampal kelompangan wadah diri dengan ilmu. Menampal yang ini, ternampak pula yang itu. Masih sedang menampal yang itu, baru tersedar di sana juga masih ketara lompangan yang besar. Bergegas menampal yang di sana terkesima diri. Rupa-rupanya mata hati baru tercelik dari lamunan, tatkala dibuka luas-luas 'mata' itu YANG INI JUGA MASIH BELUM MAMPU DI TAMPAL! Mujahadah itu perlu sentiasa! Berterusan tanpa henti!

"Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah beserta orang yang berusaha membaiki amalannya" [Surah al-Ankabut : 69]

Jalan bahagia atau derita? Pilihlah!

Allah telah menegaskan kepada makhluk-Nya menerusi kalam cinta agung milik-Nya. al-Quran.

"....kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara" [Surah Taha : 123]


"Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: 'Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?' Allah berfirman: 'Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan." [Surah Taha : 124-126]


Resah dan risau?

Maka, berhentilah menjadi manusia yang resah dan risau tentang kesibukkan urusan duniawi. Tapi berubahlah kepada satu tahap yang mampu menjadikan diri seorang insan yang resah dan risau kerana tewas dengan kesibukkan urusan duniawi lalu gagal membina diri untuk sibuk dengan urusan ukhrawi! Berubahlah! Berhijrahlah!

Oleh itu, tinggi hasratku untuk mengajak jiwa dan jasad ini bersama-sama anda untuk bersegera mengambil tindakan! Jangan sekali-kali menjauhi Allah. Jangan takut untuk melangkah ke syurga-Nya. Andai sedang berhadapan dengan dugaan dan merasakan tiada lagi jalan keluar, ingatlah pada rakaman peristiwa ini.---Peristiwa Nabi Musa a.s dan Firaun----

"dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya" [al-Baqarah : 50]



Buat para pencinta Allah. Sesungguhnya, Allah sentiasa ada buat setiap pencinta-Nya. Allahuakbar!



Sabtu, 23 April 2011

Persoalan, sila jawab

Assalamualaikum w.b.t

Tetiba ada persoalan yang berlegar-legar kat fikiran ni...
Mmmm...kenapa kamu...kamu...dan kamu....
Suka jengah baca entri kat blog ini...
Tapi...
Tak pernah nak meninggalkan komen atau jejak?
Meh, mari berkenalan.....
Sila perkenalkan diri....
Jangan sembunyi-sembunyi eh (^_^)
Nak jugak kenal....
Hihihi

Sabtu, 8 Januari 2011

merindui

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, pagi ini adalah pagi pertama di bilik baru. Suasana yang tenang dan mood yang "baru" bagai memujuk-mujuk diri menulis kembali di ruang yg telah ku tinggalkan sepi hampir 3 bulan. Dilema sebenarnya, samada ingin meneruskan perjalanan blog ini atau tutup sahaja ruang ini.

Masih dalam pertimbangan

Sepanjang tempoh 3 bulan lalu, bukan bermakna diri ini menjauh. Tapi kerana keutamaan diberi khas buat semester lalu yang amat sibuk. Alhamdulilah, berbaloi berhempas pulas (^_^)

Untuk sebuah permulaan baru, cukup lah hanya di sini entri kali ini. Insyallah, andai ada izin dari-Nya ruangan ini akan terusku kendali.

Salam rindu buat semua (^_^)

Selasa, 27 Julai 2010

sebarkan cinta Nya

Assalamualaikum w.b.t

Melihat langit, merasai cerahnya kasih sayangNya. Melihat kegembiraan haiwan bersenda gurau, jiwa merasai manisnya ukhwah yang di beri Ilahi. Melihat senyuman di wajah teman, hati merasai damai yang tak bertepi. Sungguh hanya Dia Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Subhanallah.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad yang di kasihi.



Rasanya sudah lama tidak menulis blog dalam mood dan suasana yang sebegini. Barangkali keadaan sudah kembali tenang dan stabil. Alhamdulilah (^_^). Blog pun sudah berwajah baru. (^_^) Syukur, tadi proposal tesis telah berjaya di hantar untuk disemak oleh penyelia. Moga diterima, dan moga Allah permudahkan urusan yang seterusnya. InsyaAllah.

Sebarkan cintaNya?
Itulah dakwah. Hakikatnya dakwah itu menyebarkan kepada yang lain bahawa cinta Allah itu tak pernah bertepi. MenyintaiNya, menjadikan dirimu bahagia, hidupmu penuh warna, senyummu penuh makna, rezki untukmu dilimpahi syukur. MenyintaiNya menjadikan kamu seorang yang setia padaNya. Yang berusia, yang muda bahkan kanak-kanak akan merasa indah bila jiwa benar-benar menyintai Ilahi. Siapa kata kanak-kanak tak boleh bercinta? Ayuh anak-anak mari kita cintakan Allah sepenuh hati. Sungguh indah! (^_^).

Cintailah al-Quran dan isinya. Kerana al-Quran itu mukjizat yang mengandungi penawar kepada segenap rasa yang menghuni hatimu. Sungguh! Bila hatimu ceria, dekatilah makna dari al-Quran agar ceriamu disulami rasa syukur padaNya.

"Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya (iman)" (surah al-Baqaarah ; 257)

Bila jiwamu rindu, dekatilah al-Quran agar terubat rindumu pada syurgaNya.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga-syurga yang penuh kenikmatan" (Surah Luqman : 8)


Bila jiwamu merasa sesak dengan keriuhan dunia, dekatilah al-Quran agar kamu bersegera mengingati saat kematian.

"Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal. Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (Surah an-Nahl : 96)

Bila jiwamu merasa sunyi, dekatilah al-Quran agar kamu sedar bahawa Allah sentiasa ada bersama-samamu.

" Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"(Surah ar-Ra'd : 28)


Bila kekuatan hati seakan tidak lagi teguh berdiri, dekatilah al-Quran agar hatimu bangkit kembali mengapai cinta Ilahi.

" Maka bersabarlah untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka". (Surah al-Insan : 24)

Ayuh, sebarkan cintaNya. Andai kadangkala apa yang kamu terlalu inginkan dalam hidupmu tidak menjadi kenyataan. Percayalah bahawa Allah telah menyediakn sesuatu yang lebih baik dari yang kamu mahu dan percayalah bahawa Allah mahukan yang terbaik untuk dirimu. Kerana Allah itu Maha Sempurna. Keyakinan itu akan membina redha. Moga kita sentiasa berada dalam lembayung kasih sayang dan rahmatNya. InsyaAllah. (^_^)

p/s : banyak tugasan yang perlu disudahkan sepanjang semester ini. Semoga Allah permudahkan urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik juga. Ramadhan makin hampir~ sungguh rindu.

Rabu, 1 April 2009

Adaptasi Kisah Muhajirin dan Ansar

Assalamualaikum...

Saya harap kalian dikurniakan kesihatan diri yang baik, ketenangan jiwa yang hanyut bersama cinta Yang Esa dan menikmati nikmat senyum dan tawa bersama yang tersayang.

Kali ini saya nak bawa satu bingkisan yang datang dari hati. Sebenarnya dah berhari-hari nak update blog...tapi atas faktor tugasan dan peperiksaan kecil yang bersusun, juga atas faktor kesihatan yang tak berapa mengizinkan..maka saya terpaksa matikan hasrat.MyEm0.Com

Hari Isnin lepas saya dah selamat melepasi kelas micro. Saya orang ketiga mengajar pada pagi tu. Mula-mula ada masalah teknikal...tapi secara keseluruhannya Alhamdulilah....sebab lecturer yang memantau kelas micro kami nampaknya berpuas hati...tapi hati kecil saya berbisik...masih banyak yang perlu diperbaiki...terutamanya pemantapan ilmu, dan perlu banyak usaha lagi dalam mengenal Allah serta segala milikNya...agar tidak sesat lagi menyesatkan.

Saya bawa video untuk mengajar bab sirah pada hari itu. Ada 12 siri semuanya..tapi saya pilih dua siri sahaja..Muhajirin dan Ansar...itulah topiknya...walaupun sejak dari kecil pernah mendengar kisah Muhajirin dan Ansar. Tapi lepas menghayati video tersebut saya rasa diri saya amat-amat kecil...kecil di mata Allah....Betapa tingginya nilai kasih sayang antara mereka. Semangat jihad, semangat mencari cinta Ilahi, dengan yakin menjadikan Islam sebagai kecintaan mereka mengatasi kecintaan terhadap yang lain.

Bila ku lihat apa yang ada hari ini....di sana sini pertumpahan darah, di sana sini perebutan kuasa, di sana sini cemuh mencemuh, di sana sini kemiskinan....miskin hati...miskin budi....miskin pekerti....

Tambahan lagi....semester ini saya berpeluang menemubual dan mendekati remaja-remaja Islam yang sememangnya telah hanyut...hanyut dengan dunia meraka..saya temui...yang telah terlanjur...maka buntu meneruskan hidup...kerana bakal menggendong bayi...tanpa bapa..dan ku akui hampir ribuan remaja lain di luar sana yang menghadapi rencah hidup yang serupa..meskipun tidak sama...tapi apa yang pasti...di mana NUR.???..di mana cahaya keindahan Islam dalam hatimu wahai diri???

Semangat Muhajirin dan Ansar...amat kental....tidak gentar mempertahankan Islam...berkorban harta meskipun nyawa...demi agama yang mereka cintai...hanya syahid fi sabililah yang mereka dambakan. Ansar juga dalam kalangan yang amat tinggi nilai kasih dan sayang sesama manusia...kerana.....menerima kedatangan Muhajirin dengan hati terbuka...jiwa yang mahabbah..menyayangi tanpa memandang harta, pangkat, nama, gelaran dan sebagainya...

Kita???
Ku lihat rata-rata kita sentiasa berperasangka....walaupun dengan ibu bapa, rakan karib...keruntuhan institusi kekeluargaan saban hari mewarnai, gejala itu...gejala ini menular....malah nama jiran sebelah rumah pun tak ambil kisah. Apalagi untuk bertanya hal ehwal kebajikan tetangga...ke manakah hilangnya kasih dan sayang yang diadaptasi Muhajirin Ansar dari hati kita wahai sahabat???

Marilah kita pupuk rasa kasih dan sayang itu semula ....antara sesama kita atas jalan akidah yang semakin memudar dan kelam di hati kita. Atas nama Allah...marilah....tak perlu pergi jauh-jauh...cari rakan baikmu....kikis sifat hasad!!!, sifat dengki!!!...leburkan dendam yang membusuk di hatimu..amalan mengumpat dan mengata minta dilontar jauh-jauh. Ayuh adaptasi Kisah Muhajirin dan Ansar....agar keindahan Islam itu mampu kita bajai bersama..rasai bersama..dan nikmati bersama...kerana Islam itu cara hidup yang sempurna...yang telah dibawa oleh junjungan Nabi kesayangan kita....Nabi Muhammad S.A.W...Insyaallah..jom.."jom sayang saudara seIslam kita"...








Khamis, 26 Mac 2009

Hati Meronta-ronta

Assalamualaikum...

Harap kalian ceria-ceria selalu..
Tapi mood saya sejak kebelakangan ini agak hambar...mungkin atas sebab ini lah juga saya buat keputusan untuk menulis blog....maaflah kepada yang salah anggap...blog ini semata-mata untuk menghiburkan hati...kerana kadang-kadang banyak benda yang menyesakkan minda..tapi kuterjemahkan menjadi satu perkongsian, satu kisah, atau luahan buat kalian.

Wahai orang yang lembut hatinya...dengarkanlah...
Sesungguhnya..kamu telah membuatkan hati ini amat meronta-ronta..
Mengapa kamu amat megah mendabik dada?
Jangan terlalu megah dengan dirimu wahai kawan..
Aku sering terkedu mendengar kata-kata sindiranmu..
Setiap kali kau bernada megah..
Aku menjadi mangsa..

Hatiku meronta-ronta...
Aku tahu kau disegani siswa dan siswi disana
Mengapa perlu sering bernada memaksa terhadapku?
Yang hanya sekadar seorang kenalan yang kau pun tidak tahu asal usulku..

Hatiku meronta-ronta..
Apakah setiap keperibadianku jelik dimatamu?
Sesungguhnya ku akui kelemahan diri
Tetapi aku tidak lihat kau memandang kekhilafan diri sebelum kau menuding jari

Jika kau tahu apa yang menyesakkan benak fikiranku..
Mungkin kau turut bersimpati..
Tapi bukan simpati yang aku pinta..
Cuma kata-kata semangat, dan yang mampu membina dari seorang kawan
Bukan sindiran dan kata hukum melulu..

Wahai orang yang lembut hatinya..
Sedarlah..
Membuatkan seseorang berhati senang dan tersenyum itu juga sedekah...
Tapi aku harap kau juga sedar..
Bahawa aku sedang tidak bersenang hati...
Dengan sikapmu yang meninggi diri...

Aku bukan insan sempurna..
Banyak khilaf di dalam jiwa..
Sering aku ukir senyuman hanya untuk meredakan sesak di minda
Andai kau tahu...
Wahai orang yang lembut hatinya..

Sabtu, 24 Januari 2009

mulakan yg baru

asaalamualaikum..

nak cite cket ni....huhu....blog ni sbnrnye da terdelete di atas sbb yg memang boleh dielakkan..hehe
tp takpe la kita mulakan yg baru...mulakan hidup anda dgn senyuman..:D

apa-apa pon..welcome to my blog yg tak seberapa ni....mekaseh.ahlan wasahlan!!!
Powered By Blogger