"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label cinta agung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta agung. Papar semua catatan

Rabu, 14 Disember 2011

Serulah dirimu juga

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji dan puja hanya pada Allah. Subhanallah.

Selawat dan salam buat pemimpin ummat yang dirindui, Nabi Muhammad s.a.w

Alhamdulillah, jantung masih berdegup. Nadi masih lagi berdenyut. Apa khabar iman? Subur? Apa khabar sabar? Masih bertahan? Bagaimana dengan ibadah? Masih istiqamah? Ya Rahman, Ya Rahim. Tetapkanlah iman kami pada jalan-Mu. Himpunkanlah kami dalam kebaikan duniawi dan ukhrawi. Berikanlah petunjuk-Mu, cinta-Mu. Amin.

Alhamdulillah, ketenangan kembali mengisi. Moga musimnya berpanjangan. Amin.

Sangat gerun membaca Riyadhus Salihin pada halaman 125. Terdapat sepotong hadith dan beberapa petikan dari ayat al-Quran.

"Mengapa kamu menyuruh orang lain (untuk mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab, apakah kamu tidak berfikir?". [al-Baqarah:44]

Dan dalam ayat lain, dari surah ash-Shaff Allah menyatakan kebencian-Nya terhadap golongan ini.

"Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".[ash-Shaff:2-3]


Golongan ini merupakan golongan manusia yang mengajak manusia lain mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar, tetapi tidak melaksanakan seperti apa yang diserukan kepada orang lain. Berkata-kata tetapi tidak dikota T__T

Manakala hadith yang menerangkan keadaan golongan ini adalah,

Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Haritsah ra. berkata: "Saya mendengar Rasullullah s.aw bersabda: " Nanti pada hari kiamat ada seseorang yang didatangkan kemudiaan dilemparkan ke dalam neraka maka keluarlah usus perutnya dan berputar-putar di dalam neraka sebagaimana berputarnya keldai yang sedang berada dalam penggilingan, lantas para penghuni neraka berkumpul seraya berkata: "Wahai Fulan, kenapa kamu seperti itu? Bukankah kamu dulu menyuruh untuk berbuat baik dan melarang dari berbuat mungkar? Ia menjawab: "Benar, saya dulu menyuruh untuk berbuat baik tetapi saya sendiri tidak mengerjakannya; dan saya melarang dari perbuatan mungkar tetapi saya sendiri malah melakukannya". [Riwayat Bukhari dan Muslim].


Sesungguhnya, Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Tetapi hamba-hamba-Nya lah yang menzalimi diri sendiri T___T

Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, wahai Tuhan Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang hak kecuali Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, syaitan dan balatenteranya, dan aku (berlindung kepada-Mu) dari berbuat kejelekan terhadap diriku atau menyeretnya kepada seorang Muslim". [Riwayat al-Tirmizi dan Abu Dawud]


Amin.

Jumaat, 9 Disember 2011

Setia

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji hanya untuk Allah. Subhanallah.

Selawat dan salam buat Baginda Nabi Muhammad s.a.w

Salam kasih dan salam sayang buat semua yang menyayangi saya kerana Allah. Saya selalu mohon dalam butir doa saya pada-Nya agar Allah menyayangi mereka yang menyayangi saya kerana-Nya dan saya juga mohon agar saya juga menyayangi mereka hanya kerana Allah.

Sejak kebelakangan ini saya kerap sakit. Barangkali kerana cuai menjaga kesihatan, atau kerana terlalu memikirkan perkara-perkara yang masih belum mampu saya selesaikan. Astaghfirullah, lalainya saya. Walhal, sebaik-baik perancang hanyalah Allah Taala. T__T

Dan, dalam lingkungan beberapa hari kebelakangan ini saya juga asyik teringatkan peristiwa-peristiwa lama. Beberapa minggu lepas, saya menyelongkar kotak-kotak buku. Dan secara tidak sengaja, terbaca diari-diari lama saya. Bila saya baca helaian demi helaian barulah saya sedar yang saya ini seorang yang pelupa. Kadang-kadang, ada banyak peristiwa yang langsung saya tidak ingat. Begitu juga dengan mengingati seseorang. Kerap kali saya seakan tidak pernah jumpa seseorang, padahal bila diselidiki rupa-rupanya orang itu pernah belajar sekelas dengan saya.

Tak dapat dinafikan, salah satu sebab mengapa saya masih lagi aktif menulis di Wardah Faqihah ini adalah kerana saya tidak mahu melupakan peristiwa-peristiwa atau insiden-insiden penting dalam hidup saya begitu sahaja. Saya terbayang, bagaimana nanti jika saya lupa pada mereka yang sangat saya cinta dan sayang kerana Allah. Na'uzubillah. Moga Allah jauhkan ia berlaku.

Dan antara sebab lain saya masih lagi SETIA di Wardah Faqihah adalah kerana ingin menghargai insan-insan yang saya cinta kerana Allah melalui penulisan.

Tiba-tiba teringat pertanyaan mak beberapa waktu yang lalu. "Kenapa kakak banyak sangat buku?" Jawab saya, kerana saya suka membaca. Hari ini, baru saya sedar mengapa saya suka membaca. Kerana saya selalu lupa. *Sebak.

Subhanallah, Allah itu Maha Penyayang dan Maha Bijaksana. Al-Quran juga terzahir dalam bentuk kitab yang boleh dibaca. Untuk mereka yang diizinkan-Nya untuk menghafal, ayat al-Quran sudah sebati dalam hafalan mereka. Tapi, buat saya yang punyai keistimewaan yang berbeza, Allah masih izinkan saya membaca kalam-kalam-Nya. Terima kasih Allah. *Sebak.

Saya juga manusia. Jadi, saya juga ada salah dan silap sama ada sengaja mahupun tidak sengaja. Jadi, untuk sesiapa yang mengenali saya sama ada dengan nama sebenar mahupun yang hanya mengenali saya dengan nama Wardah Faqihah ada satu perkara ingin saya nyatakan dari hati untuk kalian. Saya ingin memohon maaf andai saya pernah mengguris hati anda. Jika anda masih sayang saya kerana Allah, saya minta kata nasihat dari anda.

Andai satu masa nanti saya sudah tidak lagi mengenali anda (terutamanya yang mengenali saya dengan nama sebenar), saya pinta janganlah membenci atau menjauhi saya. Dekatilah saya dan katakan anda pernah hadir dalam hidup saya.



Untuk seseorang yang saya masih ingat namanya. Saya ingin menyatakan sesuatu. Melihat kamu, mengingatkan saya pada Allah. Mengenali kamu, seakan saya menyayangi diri sendiri. Bukan matlamat saya untuk memiliki, kerana saya sedar kekurangan diri. Tetapi saya mohon agar Allah menyayangi kamu. kerana itu lebih membahagiakanmu.

Jumaat, 25 November 2011

Hati-hati menjaga hati


Bertatih mengenal dunia
Hati-hati!
Jangan pula terjerumus sekali lagi
Terpandang di bahu jalan
Si penghulur harapan ingin meraih tangan

Lekas!
Sedarkan mata hati yang hampir lemas mati

Lihat!
Si penghulur harapan itu sebenarnya sedang rapuh
Andai tanganmu menyambutnya, maka kamu lebih rapuh!
Lekas! Bangkit dari mimpi duniawi!
Bergantung harap hanya kepada-Nya! Pemilik dunia...
Allahuakbar!

Di mana Allah di hatimu wahai pencinta?
Jangan rakus meratah bisikan-bisikan murahan sang syaitan durjana!

Kembalikan tenang di jiwa dengan hati yang penuh rasa kehambaan pada-Nya
Kembali senyum wahai cinta, bukan benci tapi kerana terlalu ingin bersama sampai syurga-Nya ^__^

*Nota ini buat sang pencinta Allah
*Hati-hati menjaga hati ^__^

Isnin, 14 November 2011

Jalan bahagia atau derita?

Assalamualaikum w.b.t

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah Allahuakbar!

Selawat dan salam buat kecintaan kita Nabi Muhammad s.a.w

Alhamdulillah, Allah masih beri peluang dan ruang buat diri dan anda untuk meneruskan mujahadah kita menuju redha Allah. Sungguh Maha Penyayang, terima kasih Allah.

Menyelam kembali

Perasaan digigit rasa bersalah kerana tidak lagi istiqamah mengajak diri dan anda dengan coretan-coretan berguna di blog ini. Entah kemana ia menghilang. Mungkin ia sempat tenggelam. Namun, ku cuba gagahi menyelam kembali demi menyelamatkan ia dari terus-terusan tenggelam lantas terkubur tanpa nisan.



Hakikatnya, diri mengakui aku bukanlah yang paling baik untuk menyatakan kebaikan atau mengajak ke arah kebaikan. Namun, jika ditunggu saat diri benar-benar (100%) baik kemudian baru hendak mengajak kepada kebaikan kebarangkalian itu hampir mustahil! Benar, bahawa manusia seperti aku masih juga menampal kelompangan wadah diri dengan ilmu. Menampal yang ini, ternampak pula yang itu. Masih sedang menampal yang itu, baru tersedar di sana juga masih ketara lompangan yang besar. Bergegas menampal yang di sana terkesima diri. Rupa-rupanya mata hati baru tercelik dari lamunan, tatkala dibuka luas-luas 'mata' itu YANG INI JUGA MASIH BELUM MAMPU DI TAMPAL! Mujahadah itu perlu sentiasa! Berterusan tanpa henti!

"Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah beserta orang yang berusaha membaiki amalannya" [Surah al-Ankabut : 69]

Jalan bahagia atau derita? Pilihlah!

Allah telah menegaskan kepada makhluk-Nya menerusi kalam cinta agung milik-Nya. al-Quran.

"....kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara" [Surah Taha : 123]


"Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: 'Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?' Allah berfirman: 'Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan." [Surah Taha : 124-126]


Resah dan risau?

Maka, berhentilah menjadi manusia yang resah dan risau tentang kesibukkan urusan duniawi. Tapi berubahlah kepada satu tahap yang mampu menjadikan diri seorang insan yang resah dan risau kerana tewas dengan kesibukkan urusan duniawi lalu gagal membina diri untuk sibuk dengan urusan ukhrawi! Berubahlah! Berhijrahlah!

Oleh itu, tinggi hasratku untuk mengajak jiwa dan jasad ini bersama-sama anda untuk bersegera mengambil tindakan! Jangan sekali-kali menjauhi Allah. Jangan takut untuk melangkah ke syurga-Nya. Andai sedang berhadapan dengan dugaan dan merasakan tiada lagi jalan keluar, ingatlah pada rakaman peristiwa ini.---Peristiwa Nabi Musa a.s dan Firaun----

"dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya" [al-Baqarah : 50]



Buat para pencinta Allah. Sesungguhnya, Allah sentiasa ada buat setiap pencinta-Nya. Allahuakbar!



Sabtu, 12 November 2011

Musim Bunga


Berjanji itu mudah
Bercita-cita itu juga mudah
Berangan-angan itu lebih mudah

Sekadar berkata, tapi tidak pernah beria-ia melaksana?
Sekadar meneka-neka tapi tidak pernah sama-sama merasa susah payahnya?
Sekadar menduga-duga tapi tidak pernah benar-benar berdiskusi tentangnya?
Sekadar berfikir tapi jarang sekali menyulam zikir?

Ya Rahman, tetapkanlah hati-hati kami pada jalan-Mu
Satukanlah kami dalam limpahan kasih sayang-Mu
Tautkanlah kami pada kalam-kalam yang menyeru nama-Mu
Rindukanlah kami pada syurga-Mu
Jauhkanlah kami dari terjebak menjadi sebahagian dari mereka yang fasiq dan munafiq
Himpunkanlah kami dalam kebaikan di dunia dan akhirat
Amin Ya Rabbal 'alamin~

Selasa, 1 November 2011

Belajar dan Mengajar. Mengajar untuk Belajar

Assalamualaikum w.b.t

Selawat dan salam buat kecintaan seluruh ummat, Nabi Muhammad s.a.w

Salam rindu buat semua ^___^ Lama menyepi dari ruangan kesayangan ini hehe. Menunggu saat 1 Nov 2011 untuk mencoretkan sesuatu di sini. Bukan kerana susunan nombor pada tarikh yang cantik. Tapi, kerana hari ini adalah hari tamatnya kontrak mengajar ku di sekolah yang kedua. Alhamdulilah...Akhirnya, berjaya juga mengharunginya ^___^

Nak berkongsi sedikit pengalaman ku di kedua-dua buah sekolah, tempat ku mencurah bakti. Bak kata orang "sharing is caring" ^___^. Jika nak di analisa, ini merupakan sekolah yang kedua dan yang ketiga diri ini bergelar guru secara rasmi. Yang pertama, di sekolah tempatku berpraktikal. ^___^ rindu mereka di sana. Alhamdulillah, masih bersillaturrahim dengan mereka ^___^ Moga kalian di Sepang sana sentiasa dalam limpahan Rahmat, Redha dan Kasih Sayang Allah. Insyaallah.

Pengalaman pertama : Sekolah Rendah ^___^
Sekadar perkongsian. Realitinya, diri ini masih lemah jika berhadapan dengan anak-anak kecik seusia sekolah rendah. Maksudnya, kalau bercakap dengan mereka daku akan menjadi seorang yang tersangat lembut. Sehingga ada yang akan cepat terkecil hati kalau tiba-tiba daku meninggikan sedikit suara. huhu. Yang sebetulnya, perlu ada sikap tegas supaya mereka lebih berdisiplin. TAPI.............DAKU NI TAK SAMPAI HATI ....Rasa macam nak peluk je setiap pelajar yang merajuk tu. Tapi kalau dah manja sangat bila masa pulak lah mereka nak fokus belajar. hehe. Namun, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat setiap makhluk-Nya. Jodohku untuk berkhidmat di situ cuma 2 minggu sahaja. Alhamdulillah....Ku lipat kemas pengalaman di sana sebagai nilai tambah buat diri andai punyai anak-anak kecil sendiri ^___^



Tapi, sejujurnya mereka semua sangatlah comel. Bila tak bawa buku, pandai dia menjawab untuk elak kena marah. Nak marah, memang tak jadi sebab comel sangat haha =P..Setiap kali keluar dari pagar sekolah untuk singgah kejap kat rumah nenek, mesti mereka berebut-rebut sambil melambai tangan dan memanggil-manggil 'cikguuuuuuuu' ...haha comel! ^___^. Yang paling lucu ialah bila adik-adik saudaraku asyik tersasul...selalu panggil 'kakak'....tiba-tiba kena panggil cikgu...^___^ Oh ye, lupa plak nak cerita. Kebetulan, sekolah ni adalah sekolah di kampung sendiri. Tiada dalam perancangan, tapi ku yakin setiap apa yang Allah aturkan bukan sia-sia ...pasti ada hikmah ^__^

Pengalaman kedua : Sekolah Menengah ^___^
Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan dan awal bulan Syawal Allah beri peluang untuk menghabiskan sepenuh masa hanya di rumah. Teman mak siapkan baju-baju tempahan dan buat persiapan aidilfitri ^__^. Setelah puas bercuti semula di rumah selepas 2 minggu bekerja, takdir-Nya membawa diri ini ke sebuah sekolah menengah berdekatan rumah kami. Pada mulanya, situasi agak menguji kerana perlu berhadapan dengan sebuah kelas Peralihan. Mereka memang teramat nakal. Boleh dikatakan kebanyakkan guru membawa rotan ke kelas. Tapi ku pujuk-pujuk hati dan ku yakini diri bahawa ada cara yang lebih berhikmah untuk mengatasi mereka. Alhamdullilah, aku tidak pernah membawa rotan sepanjang mengajar di sana. Akhirnya, para pelajar yang nakal bertukar perangai. ^___^ Walaupun mereka kurang faham dan fasih berbahasa melayu sedangkan daku perlu mengajar matapelajaran bahasa kepada mereka, namun ku lihat akhirnya mereka yakin untuk mengikuti sesi P&P dengan lebih rela. ^__^

[Pada minggu-minggu terawal]
Hamba Allah :"Saya yakin, kamu semua mampu dapat 'A' dalam subjek ini. Dengan syarat, kamu perlu fokus dan jangan banyak bermain ketika belajar"
Mereka :'A'? (sambil menyebut seakan-akan huruf E) 'A' for Elephant ke cikgu? (jawab mereka sambil ketawa berdekah-dekah)
Hamba Allah : Eh, bukan Elephant. 'A' for Apple. Tersenyum.
dan
[Pada minggu-minggu terakhir]
Hamba Allah : "Seperti yang saya pernah beritahu kamu semua sebelum ini. Kamu semua sebenarnya mampu untuk dapat 'A' dalam subjek ini. Yang penting, perlu lebih banyakkan ulangkaji dan latihan''
Mereka: 'A' for Apple! (penuh semangat)
Hamba Allah: Tersenyum.

Dan, selain kelas-kelas wajib (seperti yang tertera dalam jadual guru) diri ini diberi peluang juga untuk masuk ke kelas-kelas lain demi menampung kekosongan guru yang perlu bertugas di luar kawasan atau terpaksa bercuti sakit. Alhamdulillah, seronok dapat bertemu mereka semua. Kerana secara tidak langsung dapat melestari dakwah Islamiyah bersama-sama mereka. Antara yang lucu bersama-sama mereka ialah pabila anak-anak didik di tingkatan 5 memanggil diri ini Ummi ^___^. Terasa terlebih dewasa pulak tiba-tiba hehe. Mana tidaknya, mereka sebenarnya masih berumur sekitar adik-adik buatku ^__^.

Alhamdulillah....segalanya telah ditentukan Allah ^__^. Secara peribadi, aku menganggap profesion perguruan ini adalah medan untuk buat check and balance. Kerana sebagai hamba Allah, persoalan-persoalan yang diajukan oleh anak didik mampu membuka mata hati untuk terus menerus mencari dan menimba ilmu-Nya. Setiap hari belajar dari pelajar. Setiap hari mengajar untuk pelajar. Setiap hari mengajar untuk belajar. ^___^ (kesan sampingan, bila musim gaji bermula maka aktiviti memborong buku dan kitab semakin berleluasa ^__^)




Dan, sekarang....1 Nov 2011..diri ini bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang lain masih setia menanti panggilan untuk penempatan kami. Moga Allah permudahkan perjalanan dan perjuangan kami. Insyaallah. Moga diri ini dan sahabat-sahabat lain dibekalkan bekalan iman dan taqwa kepada-Nya untuk tetap bertahan menempuh liku-liku yang ada dan yang bakal menjengah di hadapan sana. Insyaaalah..Allahuakbar!

Khamis, 20 Oktober 2011

Jalanku Pulang


Tundukku malu didepan-Mu
Kernaku insan berdosa
Kuadukan sesalanku
Apakah kan Kau terima

Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurna-Mu,
Terpaut aku tak berpaling

Ku bersyukur hanya pada-Mu tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cinta-Mu bagai air di tandus sahara
Buatku melepaskan dahaga

Suburkan cahaya menerangi langkahku
Semaikan segala kiasan indah cinta-Mu

Ku Bersyukur hanya pada-Mu tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cinta-Mu bagai air di tandus sahara
Buatku melepaskan dahaga

Ku mohon Kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
Bimbang Kau singkirkan taubatku
Kurayu Kau hulurkan keampunan-Mu padaku
Kelakku zalimi diriku

Ku bersyukur hanya pada-Mu tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cinta-Mu bagai air di tandus sahara
Buatku melepas dahaga

Janjiku pada-Mu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Ku bersyukur hanya pada-Mu tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepaskan dahaga

Tak temu dimanakah hentinya rayuan taubatku pada-Mu


Ahad, 16 Oktober 2011

Jangan biar hati mati

Ku tahu ia bukan mudah
Perjalanan ini bukan mudah
Tabah, biar rebah jangan mudah mengalah ^___^

Ku tahu untuk berada disamping yang baik di sisi-Nya
Perlu ku sentiasa merasa Dia Yang Maha Penyayang yang paling utama


Ketentuan-Nya sudah ada, menunggu masa dan ketika ianya terjadi
Sabarlah wahai hati
Jangan menanti dengan membiarkan hati mati
Menantilah dengan celik hati
Meneruskan jalan mujahadah dengan penuh berhati-hati

Cinta-Mu untuk semua
Semua~
Allahuakbar!

Rabu, 17 Ogos 2011

Pepohon Hikmah


Di taman yang cukup indah dan menghangatkan jiwa
Taman Ramadhan yang teduh dengan cinta-Nya

Ku mengharap pepohon hikmah yang rendang
Hanya dari-Mu Tuhan

Bantulah hamba
Cintailah hamba
Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Jadikanlah hamba seorang yang rela dan sudi
Berkongsi teduh pepohon hikmah

Bantulah hamba
Cintailah hamba

Yang kehilangan





Khamis, 11 Ogos 2011

Ketahuilah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, sudah bertandang ke 11 ramadhan. Terima kasih Allah. Memberikan ruang dan peluang buat kami memperbaiki diri. Allahuakbar.

Petang ini menyimpan 1001 rasa. Ya Allah, bantulah hamba untuk tetap pada jalan sabar dan tidak sekali-kali berputus asa. Amin.

Ada satu perkara ingin ditanyakan pada yang membaca. Jika seseorang yang kita sayangi, dekat, dan sentiasa kita lindungi melakukan suatu perkara yang mengecewakan...namun, dalam masa yang sama dia telah berusaha bersungguh-sungguh dan berazam untuk mencuba menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Adakah wajar kita memberi dia peluang dan ruang untuk menjadi yang lebih baik? Atau lebih wajar untuk kita marah dan menambah seksa jiwanya dengan memberikan kata-kata yang menyakitkan?



Ketahuilah, terpaksa mengecewakan hati yang kita sayangi itu sebenarnya lebih menyakitkan dari dikecewakan.

Setiap manusia sebenarnya punya impian dan jangkaan pada insan yang disayangi dan dilindunginya. Namun, kita juga perlu SENTIASA sedar bahawa setiap ketentuan adalah milik-Nya. Perjalanan kita kadangkala diuji-Nya dengan KEJAYAAN malah kadangkala diuji juga dengan KEGAGALAN. Namun, Allah sentiasa memberi peluang dan ruang buat kita untuk BERUSAHA memperbaiki diri. Maka, berilah peluang dan ruang untuk orang yang kita sayang itu BERUSAHA untuk memperbaiki diri. Kerana hakikatnya, dia juga cuma manusia...sama seperti kita.

Buat hati yang telah terluka. Tabahlah, sungguh ini sebenarnya ujian dari-Nya. Jangan sekali-kali memutuskan sillaturrahim dengan insan yang kamu sayangi itu hanya kerana mata hatinya belum terang. Berilah peluang dan ruang untuk dirinya.




Dan....buat seorang hamba Allah.
Umumnya, aku akan pergi jauh atas suluhan dari redup cinta Allah.
Mungkin menghilang.
Menjelang tarikh istimewa itu.

Namun, jika sesuatu yang lebih baik
dari Allah telah tertulis dalam takdir-Nya
Insyallah kau akan berjaya menjejaki ku.

Maaf sekali lagi.
Moga Ramadhan kali ini mampu menjadikan kita
insan yang lebih beriman dan bertaqwa kepada-Nya.
Moga Jannah-Nya menjadi kemenangan buat kita.

Jumaat, 17 Jun 2011

Jangan Menyerah Kalah

Assalamualaikum w.b.t

Segala cinta hanya milik-Nya. Jiwa ini, jasad ini, hidup dan matiku hanya untuk Dia. Allahuakbar.
Selawat dan selawat buat Pemimpin tercinta, Nabi Muhammad s.a.w

Jujur, sudah berkali-kali terpaksa membatalkan hasrat untuk update entri baru....Kerana mood agak kurang menentu. Ada satu kisah, bersangkut paut dengan orang-orang tertentu....agak rapat dengan keluarga. Aku tersepit dalam keadaan yang mendesak. Namun, jika aku lebih berhati-hati.... perkara sebegini masih boleh diatasi dengan cara yang lebih baik. Ia amat berkait rapat dengan hal-hal mengenai kejujuran, ketelusan kita dalam menyebar dan mendapatkan ilmu. Sewajarnya, hal-hal bersangkutan dengan ilmu dan dakwah itu perlu mampu mentarbiyah diri sebelum kita mampu menyebarkannya pada yang lain. Persoalannya adalah, keberkatan dan keredhaan-Nya. Bukan markah atau dipandang bijak di mata manusia yang perlu diutamakan. Allah, ampunkanlah hamba-hamba-Mu yang khilaf....pimpinlah kami ke jalan-Mu yang lurus. Hindarkanlah kami dari api neraka. Na'uzubillah.

Ia pengajaran buat diri ini. Moga ia yang pertama dan yang terakhir, aku akan cuba tidak mengulanginya lagi dan menghindar darinya. Moga Allah bimbing hatinya dan hatiku. Amin...

Cerita keduanya, aku sedang menunggu lesen L siap. Sabar menanti....

Cerita ketiga, ada beberapa orang sahabat terdekat bertanya-tanya mengenai borang posting. Jika dirujuk pada senior, waktu sebegini sudah boleh mengisi borang posting. Maka, untuk mencari jawapan yang lebih meyakinkan...aku cuba dapatkan maklumat terkini dari seorang sahabat. Dukacita dimaklumkan, borang posting kami akan dikeluarkan lewat....atas sebab pembekuan sementara. Tak apa, aku masih mampu bertenang....Alhamdulilah....pasti ada hikmah dari-Nya. Dan, buat sahabat-sahabat yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dapatlah mereka honeymoon lama sikit..(^_^)

Cerita keempat, cerita ini.....aku agak terpukul. Pagi semalam aku cuba sekali lagi untuk follow up kerja part time yang amat aku nanti-nantikan. Malam sebelumnya, aku tak dapat lelapkan mata. Usai istikharah, aku cuba berlapang dada dan cuba bertenang. Pagi itu, adinda menemani untuk ke destinasi yang dituju buat kali yang ketiga. Agak terpukul dengan jawapan yang diterima, atas sebab yang sama! Pembekuan sementara!

Pulang dari sana, aku banyak termenung. Aku berpuasa hari itu, aku cuba untuk mengawal emosi. Nak menangis, tapi macam keterlaluan. Maka, aku duduk diam-diam depan laptop dan buka cerita ''Ketika Cinta Bertasbih-Ramadhan" yang aku pinjam dari pendrive adik...Ya Allah, terima kasih. Akhirnya, aku mampu mengikhlaskan segala yang berlaku. Sungguh, cerita KCB Ramadhan ini sama saratnya dengan Filem KCB 1 & 2...walaupun aku baru mampu menonton 6 episod awal. Ia sarat dengan tarbiyah hati, sarat dengan ilmu, sarat dengan cinta sesama manusia & cintakan ilmu, sarat dengan segala-galanya tentang cintakan Pencipta.



Jadi, mulai saat ini, aku akan cuba lakukan yang terbaik. Di setiap langkah dalam menghadapi liku-liku di hadapan. Lakukan yang terbaik hanya untuk mencari keredhaan-Nya. Insyallah. Dan, yang memberi rezeki itu adalah Allah s.w.t...dan setiap yang berlaku adalah dengan izin-Nya. Pasti ada ibrah yang bermakna.

Oh, ya....merujuk pada entriku tentang "senarai semak"....sudah banyak perkara yang sudahpun selesai, dengan izin-Nya. (^_^) Alhamdulilah. Dan, sesekali aku terlalu rindukan sahabat-sahabat kampus sekalian. Mengapa ya? Mungkin kerana ukhwah ini manis (^_^). Jaga diri ya sahabatku sayang, moga perlindungan Allah sentiasa menaungi dirimu. Aku sayang kalian kerana-Nya.(^_^) Moga Dia memberi izin agar dapat kita bersua di majlis konvokesyen kita nanti, Insyaallah.

Ingin berkongsi satu lirik yang banyak masejnya (^_^)

Jangan Menyerah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cubaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada ertinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Jangan Menyerah
Jangan Menyerah

Tuhan pasti akan menunjukkan
Kebesaran dan Kuasa-Nya
Bagi hamba-Nya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Jangan Menyerah
Jangan Menyerah




Rabu, 25 Mei 2011

Tentang Sesuatu Impian


Assalamualaikum w.b.t

Allah Yang Maha Penyayang. Setiap detik, saat dan waktu ini Dia Menyayangi dan melimpahkan kasih sayang-Nya. Daku cuma hamba....yang sentiasa memerlukan-Mu. Allahuakbar....Aku cinta pada-Mu. Suburkanlah kecintaan ini selama-lamanya hanya untuk-Mu.

Selawat dan salam buat kecintaan kita. Nabi Muhammad s.a.w.

Suasana petang yang redup mencetus tenang. Hati seakan terpanggil untuk berkongsi cerita tentang beberapa impian ku yang masih belum ku rangka langkahnya.

Bila bicara tentang impian.......

Hati teringin benar untuk mengusahakan bisnes kek atau seumpama dengannya. Mungkin secara online. Atau jika impian ini tak dapat di laksanakan secara komersial..mungkin 'suami' dan 'anak-anak' lah yang akan menjadi costumer tetapku hehe. Namun, jangan lekas melabel bahawa aku seorang yang teror memasak ya...Aku biasa-biasa aja...masih banyak perlu belajar. Dan perkara utama dalam ilmu masak memasak ni adalah R.A.J.I.N.....Aku perlu kan ramuan khas ini untuk jadikan masak memasak ni suatu yang seronok dan membahagiakan (^_^)...Dulu, aku adalah seorang yang tak kuat makan (tak berapa selera makan)...maka..memandang makanan tu tak ada rasa lah nak makan. Tapi, lepas dah 'disedarkan' oleh gastrik...maka aku pun ambil inisiatif untuk 'menghidupkan selera makan'....Jangan salah sangka ya! Sekadar makan untuk memenuhi fitrah sebagai seorang manusia yang sihat (^_^) Tak makan lebih, dan tak makan kurang...(^_^)



Seterusnya, hati teringin benar untuk membina atau mengelola apa-apa yang berkaitan dengan anak-anak yatim.....Yang ini agak berat, tanggungjawab. Sayu melihat anak-anak kecil....Apatah lagi yang tiada ibu dan tiada bapa untuk mereka menumpang kasih. Moga-moga jika punya suami kelak....suamiku itu seorang yang pengasih dan penyayang pada kanak-kanak. Moga Allah memberi izin-Nya untuk diri dhaif ini belajar sesuatu dari keinginan yang terbina dalam hati kecil ku ini. Dan jangan lekas melabel bahawa aku ini pakar menjaga baby ya. Aku tidak ada pengalaman konsisten tentang itu...maklumlah...aku tiada adik kecil...dan kami cuma dua beradik....Namun, aku sememangnya sayang kanak-kanak...geram tengok si kecil...Yang ini aku tak boleh nafikan...(^_^)

Dan hati ini juga teringin benar ingin mengorak langkah dalam bidang penulisan kreatif. Tapi aku sedar...penulisan aku masih tidak mantap....masih banyak perlu digilap. Tambahan pula...mood menulis aku sangat bermusim.....hehe...Moga Allah berikan jalan untuk ku urus keinginan ku ini (^_^) Aku menulis bukan kerna nama. Tapi atas dasar kasih sayang ...dan menyebarkan kasih sayang-Nya buat yang lain. Kepuasan akan datang bila menulis dalam niat yang benar...Allahuakbar!

Sekadar sebuah perkongsian seorang insan biasa yang punya impian tentang kehidupan...Kehidupan ini adalah anugerah dan amanah dari-Nya. Maka, kita perlu manfaatkan ia dengan sebaiknya agar kita tidak rugi. Pastikan ia berada di landasan-Nya ...ya? (^_^) Moga Allah permudahkan urusan kita semua...Insyaallah....(^_^)

Isnin, 9 Mei 2011

Pesan 'seorang tahajjud'

Assalamualaikum w.b.t

Dengan cinta-Nya aku masih di sini, menumpang di bumi-Nya. Menyintai yang menjadi kecintaan-Nya. Ingin ku terus menerus menyintai Dia Yang Esa. Sentiasa. Sesungguhnya segala puji dan puja hanya untuk-Mu Ya Ilahi.

Selawat dan salam buat kerinduan ummat. Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulilah, akhirnya semangat untuk menulis entri berkunjung jua dari relung hati. Sudah berhari-hari memujuk hati. Rasa rindu mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Rupa-rupanya agak sukar mencetus mood menulis bila berada di rumah. Al-maklumlah, selalunya ketika menulis hanya bertemankan sunyi dan sepi udara malam di kampus. Tapi, bila berada di rumah....susana yang agak meriah kadangkala membuatkan suara hati ini sedikit sukar untuk di dengar oleh hati sendiri. Errrr, faham ke ayat ni? huhu

Al-kisah, sebenarnya....hajat hati nak mengarang entri sudah 3 jam berlalu pergi. Tiga jam lepas, ketika jari jemari nak menulis muqadimah.....paman dan keluarganya datang berkunjung. Maka, secara tak langsung telah terseret sama 'attend' meeting menu untuk walimah Nora hujung bulan ni...(^_^)....Beginilah, bila abahku seorang ketua masak. Busy je dia (^_^) ....Ermmm...tapi yang musykilnya....perasaan aku pulak yang tiba-tiba 'kacau bilau' time abah dan paman bincang-bincang menu tadi....huhu...tiba-tiba berdebar-debar kuat..mengalahkan bakal pengantin....aku tengok, Nora cool je......ok takpe, think positif je. Mungkin berdebar-debar sebab rindu kawan-kawan kampus....huhu...Sekadar nak kongsi, Nora adalah anak kepada adik abah. Dia masih lagi student....Dan kalau nak ikut susunan, aku dah tercicir giliran...hehe...

Ingat, kita cuma manusia....ketentuan-Nya mengatasi segalanya.(^_^) Cuma, nak kongsi lagi.....bila dah habis belajar ni......kawan-kawan, kenalan lama, sedara dan tetangga sudah tidak berselindung lagi mengajukan soalan berkaitan kahwin ni.....Ermm.....respon aku? Senyum aje.....hehe....Ku yakin, setiap sesuatu yang berlaku, yang akan berlaku, yang telah berlaku dan yang sedang berlaku itu tiada yang Allah jadikan ia dengan sia-sia.....(^_^) Kehidupan ini sementara cuma. Seluruh kehidupan ini adalah tarbiyah dari-Nya buat kita. Maka, kekallah untuk sentiasa bersyukur dan bersabar dalam menjalaninya.

Berbalik pada pencetus entri kali ini. Yang sebenarnya, diri ini telah dilanda rindu yang amat pada kuliah, kelas, buku, tutorial, sahabat-sahabat, dan suasana belajar. Baru seminggu duduk di rumah ......aku sudah tak keruan menahan rindu. Moga cepat dapat kerja. Sekurang-kurangnya, dapat juga suasana sekolah walaupun bukan aku yang memakai pakaian seragam itu. Sungguh, terlalu rindu.......

Ilmu itu ibarat sumbu pelita. Yang perlu dinyalakan agar menerangi kegelapan. Sentiasa menghangatkan jiwa. Semakin kita terus melangkah mendepani hidup ini, makin kita sedar banyak ilmu yang masih belum kita teroka. Allah itu Maha Kaya....ilmu-Nya tak pernah bertepi. Terlalu luas. Maka, kita perlu sentiasa meneruskan usaha untuk menghadirkan makna dari setiap ilmu-Nya yang kita pelajari dari kehidupan ini.


Tiba-tiba teringat insiden seminggu lepas iaitu ketika aku sedang berusaha keras membawa beg besar ku untuk pulang ke Segamat. Semasa melangkah keluar dari blok bilik kampus, aku seakan-akan kurang percaya pada diri untuk membawa beg yang beratnya melebihi berat diri ini sendirian. Tapi, mahu tidak mahu.....beg itu dan segala isinya perlu juga ku bawa.....dan ku yakin, Allah sentiasa bersama-sama ku. Dia Yang Esa akan membantu ku. Ya, aku teruskan langkahku pagi itu berbekalkan keyakinan bahawa Allah sentiasa bersamaku. Alhamdulilah, berbekalkan keyakinan itu, Allah telah mengirimkan insan-insan yang sudi membantu ku tanpa ku luahkan pada mereka perkataan ''tolong''. Malah, mereka berkeras untuk bantu tanpa minta balasan. Terima kasih sahabat, moga urusanmu dipermudahkan oleh-Nya (^_^) Syukur Alhamdulilah.

Malah, lebih dari itu Allah memberi. Ketika menanti tibanya bas di terminal 1. Ada seorang sufi yang lebih selesa dipanggil Atok telah menyapa serta mencurahkan kata pesanan, nasihat dan ilmunya buat diri dhaif ini. Mendengar bait bicara dari Atok, telah membuatkan seluruh rasa menjadi 1. Puasku cuba seka dan tahan air mata. Namun, aku kalah jua. Pelik, entah bagaimana aku sangat berani menangis di hadapan seseorang yang aku tidak kenal...Lama juga kami berbual. Lebih kurang 1 jam. Umurnya sudah hampir mencecah 80 tahun, dan merupakan seorang bekas guru. Terlalu sarat masej perbualan kami. Terasa kerdil diri ini menyelam dalam lautan ilmu-Nya.

Sungguh, perjalananku ini masih ada arah dan tujunya. Hidupku masih banyak lompang yang bersisa. Atok berkali-kali menegaskan tentang tahajjud, istikharah, pelestarian ilmu, penerapan akhlak dan banyak lagi. Dan aku yakin, keyakinan dan ketelusan dia mencurahkan ilmu datangnya dari sebuah istiqamah. Ku lihat ke dalam dirinya, dan hatiku berkata dia 'seorang tahajjud'...Ya Allah, sungguh indah ketentuan-Mu. Bagai pelengkap 4 tahun kembara ilmu ku di kampus, ia bagai sebuah peringatan sebelum ku teruskan perjuangan ini. Terima Kasih Ya Rabb. Atas segala cinta-Mu yang hadir dalam langkah setiap hamba-hamba-Mu.

Ya Rabbi, ku terlalu rindu.....ku tidak pasti apa yang ada di hadapan sana. Hanya pada-Mu ku minta arah. Dan ku juga tidak tahu, apakah masih ada baki waktu yang banyak buatku dalam kembara hidup ini. Berkatilah usiaku. Ku rindu keharuman Jannah-Mu .......



"Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak memerlukan segala sesuatu), dengan Rahmat-Mu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu)"-Riwayat al-Hakim, menurut pendapatnya hadith tersebut adalah sahih, dan Imam al-Zahabi menyetujuinya.

Jumaat, 6 Mei 2011

air mata keinsafan

THE ZIKR-AIR MATA KEINSAFAN

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

Jumaat, 22 April 2011

Senarai semak

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, masih diberi kesempatan dari-Nya, meniti hari untuk terus-terusan memperbaiki diri. Mencorak lakaran kehidupan....andai yang semalam masih belum mampu menjadi yang terbaik di sisi-Nya....maka akan ku terus-terusan memperbaiki. Diri dhaif ini selalu saja masih mengutip sisa-sisa yang semalam...menjadi pedoman di hari-hari yang mendatang.

Selawat dan salam buat Baginda dan ahlinya.

Di petang Jumaat yang agak sayu ini. Bagai masih terkesan dengan 'perang' semalam. Ya, peperangan memerangi mazmumah dan bermati-matian meletakkan mahmudah di puncak hati. Rupa-rupanya begini....(^_^) Syukur pada-Nya Yang Maha Memberi.

Alhamdulilah, telah berkesempatan mengemas dan menyusun atur perabot bilik yang bakal di tinggalkan dalam 3 atau 4 hari lagi. Cuma yang mendesak kini adalah mempersiapkan diri untuk berjuang di medan imtihan. Isnin ini, masih ada 1 kertas yang perlu di juangkan. Namun, kondisi diri agak terganggu, persis tanda-tanda demam. Moga-moga sentiasa dalam perlindungan-Nya.Insyaallah......

Tiba-tiba teringin benar membuat sedikit senarai semak di sini. Al-maklumlah, bila sudah tidak lagi di alam kampus....maka blog ini berisiko untuk bersawang lebih lama dari kebiasaan (^_^). Baik, agak teruja juga bila menatap senarai semak ini. Jom....(^_^)

[Kerja] ---- Sekurang-kurangnya untuk 8 bulan....ohoho..lama tuuu....baru risik-risik..moga dapat mula kerja menjelang bulan Mei...Insyallah (^_^) Dan. moga-moga tercapai beberapa hasrat darinya...Insyallah.

[Ambil Lesen] ---- Yang ini sudah lama dalam senarai...kira macam senarai menunggu jugaklah hihi (^_^) Moga-moga kali ni tidak berhalangan dan dipermudahkan oleh-Nya. Insyaallah...

[Mempertajamkan Kemahiran] ---- Memasak, menjahit, mengecat, menukang, dan lain-lain..Yang dah ada 'mata', nak bagi 'tajam'....Yang dah 'tajam', nak asah sampai 'berkilat' hehe....Nak bagi tajam setajam-tajam nya...Lepas ni, bila dapat posting...belum tentu dapat duduk serumah dengan bonda ayahanda. Jadi, semua-semua ni kena pastikan 'tajam'...Biar senang hidup berdikari nanti hihi (^_^) Insyallah.

[Memperkemaskan ilmu] ---- Akan ku cuba pastikan yang segala buku dan kitab dalam kotak tidak akan hanya dalam kotak. Akan ku terus-terusan 'bercinta' dengan buku dan kitab-kitab itu. Jika perlu, akan ku tambah lagi....Yang paling penting, berkali-kali ku cuba goncang diri agar sedar...bahawa "Apa yang dikata jangan tidak dikota!" (Ilmu + Iman = Amal)....Moga-moga dipandu oleh-Nya. Insyallah.(^_^)

[Memperbanyakkan aktiviti bersama tetangga] ---- Sesekali jika pulang, bila ada kesempatan waktu dan keadaan yang mengizinkan.....ada juga melibatkan diri. Namun, kali ini...akan ku cuba untuk lebih aktif! (^_^) Ayuh, begitulah anak abah dan emak hihi (^_^) Insyallah...

[Melibatkan diri secara konsisten] ---- Ya, akan ku cuba lebih konsisten untuk jadi 'kru masak' abah di setiap tempahan yang bertandang...Insyaallah (^_^)....dari rewang, angkat hidang dan sewaktu dengannya....Insyallah....

Moga dikurniakan kesihatan dan umur untuk melaksanakan....Insyallah
Dan beberapa perkara yang menjadikan senarai semak ini lebih mengujakan.....(^_^)

Walimah Afani, Linda dan Nora (adik sepupu) (^_^)
Result Semester Akhir (^_^)
Isi Borang Posting (^_^)
Ramadhan (^_^)
Syawal (^_^)
Konvo (^_^)
Posting (^_^)

Lepas Posting? (^_^)
Kahwin?


''Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, ''Aku pasti melakukan itu esok,'' kecuali (dengan mengatakan) ''Insyaallah''. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, " Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini'' [al-Kahf : 23-24]

Maka? Insyaallah (^_^)

Dalam merencana, jangan dilupa pada hakikat sebuah kematian. Maka, SENTIASA lah bersiap sedia menemuinya. Istiqamahlah dalam beribadat. Peliharalah imanmu....dan jadikan wahyu-Nya sebagai penyuluh kehidupan. Insyaallah....jangan gusar wahai hati....Allah SENTIASA ada.....(^_^) Kita ini cuma hamba...kita merancang, Dia Maha Merancang....dan sebaik-baik perancangan adalah milik-Nya....Maka, hanya pada-Nya kita berserah....(^_^)

"Katakanlah, "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa (dengan) al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun mereka saling membantu satu sama lain." Dan sungguh, Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam al-Quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan, tetapi kebanyakkan manusia tidak menyukainya bahkan mengingkari(nya).'' [al-Isra' : 88-89]


Dan senarai semak yang perlu dikemaskini SETIAP MASA adalah [memperbaiki jentera iman]
APA KHABAR IMAN? (^_^)




Selasa, 12 April 2011

Penyembuh

Assalamualaikum w.b.t

Hujan itu indah, Subhanallah...Alhamdulilah...Kerana Allah itu Maha Pemurah dan Maha Memberi.(^_^) Selawat dan salam buat insan terpilih, Nabi Muhammad s.a.w.

Sebenarnya, dari semalam lagi tangan ni dah resah nak menaip sesuatu di sini. Namun, cuba untuk tidak berlaku zalim pada diri..maka, ku tahan-tahan jua. Al-maklum lah...tadi tengah hari masih ada kertas peperiksaan untuk di juangkan. Alhamdulilah, sudah dua kertas berlalu. Kini, cuma tinggal satu. Natijahnya? Ku serah segala pada-Nya...agar natijah imtihan ini setimpal dengan usaha dan kebergantunganku pada-Nya. Insyallah.

Yang sebenarnya, keluar sahaja dari dewan peperiksaan tadi...ada satu perasaan yang luar biasa menyelubungi. Hairan memikirkannya, bimbang juga ada. Namun setelah di teliti dengan mata hati....besar hikmah buat diri. Tiba-tiba ku rasa tidak mahu lagi langsung memandang pada satu wajah, mendengar namanya pun apatah lagi. Rasa muak...persis yang berlaku hampir empat tahun lepas. Hairan bukan?

Eh, jangan salah tanggap ya...ku tidak lagi mahu memandangnya dan mendengar namanya bukan kerana dia cela perangai atau jelek pekerti. Tapi......cukuplah sekadar aku menyedari dia juga cuma manusia, makhluk-Nya jua. Yang selayaknya ku kagumi adalah Pemilik nyawanya. Bukan dia.

Usai solat dan istikharah, meminta ditunjukkan arah...ku cuba merehatkan diri dengan memujuk diri untuk bertenang dan ..... akhirnya terlena. Beberapa jam kemudian, ku buka mata. Gelap.!!! Oh, hujan rupanya di luar sana. Damai~ Ku buka lampu dan mula ku cuba renung peristiwa tadi dengan mata hati. Alhamdulilah, terima kasih Ya Ilahi. Rupa-rupanya ia penyembuh.....ia bukan racun, tapi ubat dari-Nya. Alhamdulilah...sungguh indah tarbiyah-Mu (^_^) Terima Kasih Yang Maha Penyantun, kerana menyintai kecintaanku dan telah memberiku sembuh (^_^)

"Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya (iman)" [al-Baqarah : 257]

Bertemankan alunan nasyid - Muhasabah cinta. Rindu pada-Nya mula bertandang bertimpa-timpa. Segera ku renung pada potongan ayat dari ayat-ayat cinta-Nya :

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga; sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya" [ali-Ilmran : 165]

Cinta-Nya terlalu luas untuk kita nikmati. Di setiap detik, liku dan harapan kehidupan....Dia sentiasa ada. Cuma, kita hamba ini yang selalu leka.

"Apa yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukkan. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" [ar-Rahman : 29-30]

Ayuh, sama-sama kita bergerak memperbetulkan kompas keimanan dan mempersembahkan ikhlas yang sebenar-benar ikhlas kerana-Nya. Ingat, semakin hari usia bukanlah semakin bertambah. Tetapi usia semakin berkurang, menanti hari untuk dipilih kembali menghadap satu-satunya Tuhan yang layak di sembah. Allah s.w.t.....Allahuakbar.





Jodoh pertemuan itu rahsia Ilahi, namun mati itu pasti.
Ayuh kita perbaiki jentera iman dan taqwa
untuk mempersiapkan diri
bertemu Dia yang amat dirindui.


Moga kita sama-sama sentiasa dalam perlindungan-Nya
dan sentiasa rindukan keharuman Jannah
InsyaAllah

Khamis, 7 April 2011

Terpendam, tapi bukan dendam

Belum mula lekang
Senyum ini
Mengapa tidak mahu berhenti?
Bimbang andai mengundang lupa diri

Belum juga mahu padam
Terpendam, tapi bukan dendam

Mana sebuah nekad?
Mana segunung azam?
Mana sembunyinya benteng bertahan?
Mana?~
(T____T)

Ya Allah~
Yang Menghidup dan Yang Mematikan
Lindungilah hati ini Ya Rabb
Terlalu takut ku jatuh pada jurang yang dalam
Jurang-jurang neraka yang lara lagi ngeri

Ya Latif~
Rawatlah bahagia ini
Biar ku terus tetap di sentuh cinta-Mu nan mewangi
Jangan biarkan ku tercedera sendiri

Ya Rauf~
Balutlah senyumku ini
Dengan penuh santun dan perhatian-Mu Ya Ilahi
Biar ku terus berhati-hati
Pada dunia persinggahan ku ini

Ya Rahman~
Hanya pada-Mu cintaku berlabuh
Cintailah kecintaanku, biarku sembuh

Ya Rahim~
Kasihku buat-Mu tiada ganti
Kasihani daku, jangan biarkan diriku sunyi
Dari merindu-Mu Yang Maha Menyayangi




Ahad, 3 April 2011

Motivasiku adalah cinta-Nya

Assalamualaikum w.b.t

Syukur atas nikmat malam-Nya yang masih tenteram, masih lagi memberi ruang dan peluang untuk kita sama-sama menikmati cahaya bulan-Nya dan bintang-bintang-Nya. Subhanallah...Selawat dan salam buat penghulu mukmin, Nabi Muhammad s.a.w. Selamat malam buat yang sudi berziarah ke teratak usangku ini (^_^)

Alhamdulilah, akhirnya mood study berkunjung jua buat diri ini...Setelah puas memujuk hati (^_^) Al-maklumlah, berseorangan pula untuk beberapa hari sebelum peperiksaan akhir menjengahkan diri 11/04/2011 ni...Sahabat-sahabat terdekat ada di samping keluarga tercinta masing-masing. Bukanku tidak mahu pulang, tetapi suasana study week terakhir selaku prasiswazah inginku nikmati sepuasnya kali ini. Seingatku, sepanjang 8 semester ku di perbukitan ilmu ini.....hanya sekali aku pulang ke pangkuan bonda dan ayahanda ketika study week. Itupun, atas faktor yang sudah terlalu mendesak emosi hihi.....

Ok, berbalik pada pencetus entri kali ini. Ada seorang sahabat sekuliah sering menggelarkan diri ini pakar motivasi. Menurutnya lagi, dia suka berkunjung ke blogku ini..ada sumber motivasi katanya. Terpinga-pinga jua diri ini...Rasa terlalu tidak layak untuk ku digelar pakar motivasi...Teringat pula di zaman sekolah dahulu, sebelum wujudnya blog ini ......... ada juga yang menyarankan diri ini mengambil bidang kaunseling jika ingin memohon U. Tapi, oleh kerana diri merasa masih ada kelompangan di sudut yang lain, maka ku fokuskan pada bidang yang lebih menjurus ke arah pembentukkan diri untuk menjadi insan yang lebih mensyukuri nikmat-Nya. Kini, empat tahun sudah berlalu, moga diri ini lebih kenal apa itu syukur yang sebenar. Allahuakbar.

Dari sisi pandang yang lain, mungkin inilah salah satu platform untuk ku benar-benar menyebarkan cinta-Nya buat yang berkunjung. Duhai sahabat, yang sebenarnya daku bukanlah pakar ........tetapi motivasi yang hadir dan tercoret di sini adalah motivasi yang lahir dari cinta-Nya yang sangat tulus dan tersangat indah. Segala puji dan puja hanya untuk-Nya. Subhanallah....



Daku cuma insan biasa yang sering juga jatuh malah berkali-kali tersungkur. Hanya cinta-Nya yang mampu membuatkanku kembali bangkit dan kuat untuk meneruskan langkah yang sudah mula lemah. Alhamdulilah, Allah Maha Memberi. Mengenali apa itu jambatan istikharah banyak membentuk diri luar dan dalaman. Dan nota buat sahabat semua, istikharah itu bukan hanya terikat untuk hal-hal mencari jodoh. Malah skop istikharah itu terlalu luas. Meliputi keputusan dalam setiap langkah hidup kita selagi bergelar insan.

Tiba-tiba terkenang pengalaman ketika di penghujung semester lepas. Bondaku terlantar di wad. Tetapi dek kerana terikat dengan jadual peperiksaan, maka ku gagahi hati dan diri untuk tetap bertahan menyudahkan kertas-kertas peperiksaan semester itu. Kebiasaannya, bondalah pembakar semangat penguat tekad untuk diri ini yakin. Tetapi, di saat bonda tercinta lemah tak berdaya...siapa yang mampu membakar semangat untuk diriku? Nah, jelas dan nyata....di sebalik musibah ada mahabbah-Nya buat hamba dhaif ini.....Dia Yang Esa mengajarku, bahawa bondaku juga manusia dan seorang hamba....dan HANYA DIA YANG MAHA MENCIPTA yang mampu memotivasiku dengan cinta-Nya yang tak pernah kunjung malap.....

Allah Maha Penyantun. Dia memberi diri dhaif ini ruang dan peluang berbakti untuk bonda yang dikasihi. Meski cuma secebis jika dibandingkan dengan perhatian yang bonda beri sejak diri ini lahir melihat dunia. Syukur ku panjatkan buat-Nya. Daku menjaga keperluan dirinya, makannya, pakainya, tidurnya, emosinya, memulihkan keyakinannya, memandikannya, menyapu ubat-ubatan dan cuba memasak sesedap yang mungkin........Walau mungkin belum mampu setanding bonda dalam menjaga keperluan kami sekeluarga selama ini....Namun, bertitik tolak dari peristiwa itu, bonda mula lebih mempercayai dan memandangku sudah sedikit "dewasa". Selama ini sememangnya aku hanya "anak kecil" di matanya. Dan hakikatnya, aku pernah memasang angan-angan untuk membina bait muslim ketika di zaman kampus. Namun, sejujurnya ku akui aku memang masih "anak kecil".... .......... kerana setiap bulan sekurangnya-kurangnya sekali dua pulang ke pangkuan bonda kerana terlalu rindu....Bagaimana mungkin ku urus sebuah rumahtangga dengan keadaan emosi yang huru hara?

Lihat, pada detik ini aku sudahpun berada di penghujung alam kampus. Dan ternyata, angan-anganku itu bukan yang terbaik untukku. Malah, telahku jumpa jalan yang terbaik dan lebih baik menerusi jambatan istikharah pada-Nya. Dia memberi jalan terbaik bersama insan yang juga Insyaallah lebih baik dan terbaik di sisi-Nya buatku. Matlamatku cuma satu, ingin bertemu-Nya bersama-sama cinta yang terlalu istimewa dan paling ikhlas khas buat-Nya.

Bukanlah bermakna selepas bergelar isteri aku akan terus melupakan bonda dan ayahanda. Cumanya, kini emosi sudah mula lebih tenteram tatkala jambatan istikharah membuatkan ianya lebih terarah. Harapan yang masih belum dilaksanakan sepenuhnya kini adalah ingin menjadi benar-benar "dewasa" di mata bonda tercinta. Ku cuba, sedaya yang ada. Dan motivasiku menuju itu adalah cinta dari-Nya.(^_^)




Buat si dia, mungkin namamu sudahku tahu. Namun, teruslah sama-sama kita berdoa. Agar Allah memelihara hati kita untuk kekal menjaga dan disatukan pada jalan yang benar-benar diredhai-Nya juga hanya demi meraih cinta-Nya. Andai bukan dengan dirimu, aku sudah sedia. Kerana diri ini tetap akan pergi jauh darimu untuk bertemu Dia, Pencipta kita...Yang Maha Esa. Dan ku juga sedar meski tertulis takdir kita bersama, kamu hanya makhluk-Nya yang cuma diberi pinjam oleh-Nya. Maka, dengan kehadiranmu atau tidak hadirnya dirimu tidak akan mampu mengugat cintaku buat-Nya. Hanya Dia cinta pertama (^_^).....Moga Allah terus memberi kekuatan dan keyakinan itu buatku dan juga dirimu (^_^) Insyaallah, we'll find our way (^_^)

Selasa, 15 Mac 2011

Bagaimana kita nanti?

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji dan puja buat-Nya Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Memberi cinta dan bahagia buat setiap makhluk-Nya. Selawat dan salam buat yang dirindui, Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulilah, selamat sudah perjalanan saya dari kampung halaman (^_^). Urusan yang hendak diuruskan telah pun selamat diurus. Moga bahagialah adinda ku di sana, manfaatkan sebaiknya..hihi...

Pada mulanya, entri ini bagai hendak dibiarkan sahaja berlegar di minda. Tapi, bila difikir-fikirkan kembali, mungkin ada juga manfaatnya jika dikongsi disini bersama kalian (^_^). Moga-moga ada manfaat dan tanbih buat diri ini dan kalian yang berziarah.

Jumaat lalu, kita sama-sama dikejutkan dengan berita episod badai Tsunami yang melanda negara matahari terbit. Semasa dalam perjalanan menuju ke terminal 2 Sabtu lepas sempat juga saya bertanyakan pandangan pakcik teksi yang membawa saya ke sana. Dia juga turut gusar..Ya begitulah..walaupun ia bukan berlaku di halaman kita, namun kesedaran turut menyuntik jiwa yang serba alpa ini. Bagaimana kita nanti? Bersediakah kita bertemu-Nya?

Perjalanan diteruskan lagi, menanti bas yang akan membawa ke destinasi. Ku cuba melihat ruangan itu semahunya. Barangkali ini kali yang terakhir ku jejakkan kaki ke sini selaku siswi yang rindukan kampung halaman. Al-maklumlah, sudah 3 minggu berturut-turut pulang. Tambahan pula minggu hadapan terlibat dengan camping bersama-sama teman sekampus tercinta. Dan kemudiannya, sudah mula sibuk dengan peperiksaan akhir. Kemungkinan besar jika ku jejakkan kaki ke ruangan itu lagi di masa depan hanya sekadar ingin ke mydin yang bakal beroperai tak lama lagi. (^_^) Bercampur baur perasaan...semua ini akan jadi kenang-kenangan di masa depan. (^_^)

Jam menunjukkan sekitar 3.30 petang. Abah masih belum sampai. Ada urusan yang perlu disudahkan terlebih dulu. Sementara menunggu abah tiba, suka ku tanya pada diri. "Apa kata Segamat tentang diri ini?"... sambil melihat gelagat mereka yang ada di sekeliling. Lama ku duduk merenung bandar tarbiyah ini dari sudut mata hatiku. Tiba-tiba duduk di sebelahku seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan sekitar 3 tahun. Persepsi pertama, ku menyangkakan mereka pasangan kakak dan adik. Namun, setelah mendengar pekikkan anak kecil tadi yang memanggil wanita tadi mammy barulah ku tahu rupa-rupanya mereka pasangan ibu dan anak...Sebenarnya, ada sesuatu yang ku lihat di sebalik redup pandangan wanita tadi. Dia melihat ke arahku, bagai ingin diluahkan sesuatu. Tetapi, pandangannya yang tajam itu hanya mati di situ. Sepi....

Tiba-tiba, adinda call...ada sesuatu yang mahu di pesannya. Maka, ku bingkas bangun dari tempat duduk tadi dan menjengah ke kedai yang dimaksudkan. Malangnya, sudah tidak beroperasi...sedikit kecewa adindaku di hujung talian sana...Kemudian, ku kembali duduk di tempat tadi. Sedikit terkejut bila wanita tadi tergesa-gesa bangun meninggalkan puterinya sendirian di tempat menunggu bas itu. Cuak juga rasanya, manalah tahu puteri tadi akan di tinggalkan terus di situ! Puterinya terus-terusan memekik memanggil ibunya. Sedikit lega bila melihat wanita tadi cuma mahu ke gerai di seberang jalan sana. Namun ku terkesima bila dia kembali bersama-sama sebatang rokok di bibirnya. Dan, meminta anak kecil tadi bersama-samanya membantu memetik pemetik api buat dirinya! Oh.....(T___T)..

Ku cuba sekali lagi, ku lihat pandangan matanya bagai resah. Dia juga turut memekik-mekik bila bercakap-cakap dengan puterinya. Kasihan ku lihat anak itu, mungkin bagi dirinya memekik-mekik itu biasa...kerana telah dibiasakan begitu. Terfikir seketika, bagaimanakah nantinya? Ku doakan moga-moga puterinya tidak membalas pekikan ibunya itu di hari dewasanya kelak. Ku lihat terus ke mata anak kecil itu. Ia bagai sebiji gelas yang sedang dipegang oleh seseorang yang sangat kehausan. Yang sangat menantikan sebuah kasih dan sayang memenuhi segenap gelas yang kekosongan itu.


Hampir pukul 4 petang, Alhamdulilah abah sudah tiba. Sempat juga singgah sekejap membeli di pasar malam bandar. Angin tiba-tiba kuat! Nyaris-nyaris gerai yang ada di situ di terbangkan angin. Mujur peniaga sempat berpaut pada tiangnya. Kembali teringat nasib yang menimpa mereka yang berada di Jepun.

Tiba saja di rumah, terdengar kecoh dari rumah tetangga. Mak dan adik kata, tadi sebelum aku tiba ke rumah....jiran di hadapan rumahku tergesa-gesa membawa puteranya yang baru berusia 9 bulan ke hospital. Khabarnya agak kecoh, dan ada yang terdengar jiranku itu mengulang beberapa kali memanggil puteranya yang sudah senyap...Belum sempat bercerita panjang, tiba-tiba terlihat saudara mara jiranku sudah memasang payung besar di hadapan rumahnya. Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya jua kita kembali. Putera jiranku baru sahaja pergi meninggalkan semua yang menyayanginya demi menyahut cinta Ilahi yang lebih menyayanginya.

Semasa majlis tahlil diadakan, ku lihat wajahnya penuh redha mengiringi pemergian satu-satunya permata hatinya itu. Alhamdulilah, moga dia terus kuat menghadapi kehilangan ini dan moga-moga Allah gantikan sesuatu yang lebih baik buat dirinya di masa depan. Kini, hanya photo-photo kenangan puteranya yang ada...anak itu sebenarnya menghidap jantung berlubang sejak lahir. Keluarganya merancang untuk membawanya menjalani pembedahan pada minggu depan...namun kita cuma manusia yang mampu merancang. Tetapi ketetapan-Nya adalah yang pasti dan yang terbaik buat setiap hamba-Nya.




Jadi, bagaimana kita hari ini? Dan bagaimana pula kita nantinya? Sudahkah kita menghargai setiap insan yang Allah pinjamkan kepada kita? Sudahkah kita laksanakan setiap amanah Ilahi? Sayangkah kita pada setiap apa yang diberi oleh Dia Yang Maha Memberi? Bagaimana kita ekspresi kasih sayang Ilahi buat setiap insan di sekeliling kita? Sesungguhnya, bila tiba hari yang dijanjikan itu...penyesalan sudah tidak mampu mengembalikan ruang dan peluang yang telah dibentang luas oleh-Nya...Seperti yang telah dirakamkan melalui Firman-Nya dari surah 'Abasa :

"Maka apabila datang suara yang memekakkan, pada hari itu manusia lari dari saudaranya, dan dari ibu bapanya, dan dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya. Pada hari itu ada wajah-wajah yang berseri-berseri, tertawa dan gembira ria, dan pada hari itu ada (pula) wajah-wajah yang tertutup debu (suram), tertutup oleh kegelapan (ditimpa kehinaan dan kesusahan)" [surah 'Abasa : 33-41]


Mari kita penuhi rasa dengan keinsafan, marilah kita sama-sama kembali kepada cinta-Nya. Sesungguhnya hari kiamat itu benar, dan akan menemui manusia. Peringatan demi peringatan Allah sampaikan buat semua makhluk-Nya. Semailah kasih sayang seeratnya demi cinta kita pada-Nya. Hargailah semua pinjaman dari-Nya buat kita. Moga saat di ambil kembali pinjaman itu kelak oleh Dia Yang Maha Memiliki, telah kita laksanakan amanah itu dengan sebaik mungkin. Perlindungan Allah adalah sebaik-baik perlindungan...Allahuakbar.

Jumaat, 11 Mac 2011

Sedang Bahagia?

Assalamualaikum w.b.t

Sujud dan segala puji buat Pemilik Segenap Kebahagiaan. Hanya Dia Yang Esa. Yang Memiliki langit dan bumi, juga setiap yang berada antara keduanya. Selawat dan salam buat tauladan ummat, Nabi Muhammad s.a.w.

Jam menunjukkan pukul 1.45 pagi..Maka selamat pagi (^_^)..Moga yang sudah lena, lenanya penuh ketenangan. Dan yang masih berjaga, manfaatkan ia dengan dedikasi cinta buat-Nya (^_^)..

Tersenyum-senyum sendirian. Sedang berbahagia? Bahagia yang bagaimanakah yang dikatakan bahagia? Adakah kerana telah dipertemukan jodoh dengan kekasih halal itu sudah dikatakan bahagia? Rata-rata jika diajukan perihal bahagia, ini lah skop yang gemar dipanjang dan dilebarkan cerita. Andai sudah termetrai janji, setia bersaksi antara dua hati. Itukah bahagia yang diimpi, walau bukan milik hakiki. Cukup? Itukah bahagiamu? Sekadar itu?

Jangan disalah tanggap pada hakikat sebuah bahagia. Terkadang, kerana terlalu pesona pada indahnya cinta makhluk....cinta pada Pencipta nyaris di sorok..........jauh..............dari sudut hati....Cita-cita yang ingin digapai bukanlah hanya sekadar ingin menjadi seorang suami soleh mahupun isteri yang solehah. Bahkan, letakkanlah cita-cita untuk menjadi hamba yang tetap taat pada Dia Yang Maha Kuasa dan Bijaksana sebagai yang pertama, bercita-cita pula menjadi ahli dari ummat Nabi Muhammad s.a.w yang paling setia, juga bercita-cita menjadi seorang anak yang teguh taat pada kedua ibu bapa yang taat pada-Nya. Namun awas! Jangan pula kemudiannya dibiar cita-cita tinggal sepi tak dilaksana.

Bahagia bukan sekadar pada cinta makhluk semata-mata. Skop bahagia itu terlalu luas. Seluas Rahmat dan kasih sayang-Nya (^_^) Masih dikurnia nikmat iman dan Islam itu juga suatu bahagia. Masih mampu tersenyum bersulam sabar meski di himpit mehnah duniawi itu juga sebuah bahagia. Masih terus gigih mencurahkan tenaga mengutip setiap ilmu-ilmu dari-Nya tanpa merasa lelah dan goyah itu juga suatu bahagia. Masih bersemangat menjalani hidup, meski kudrat diri tidak segagah insan lain itu juga suatu bahagia. Masih dikurniakan hela nafas tanpa pernah berhenti ini juga suatu bahagia! (^_^) Lihat? Terlalu banyak bahagia yang melingkari diri kita...setiap masa! sentiasa! (^_^)



Mari! Kita lihat pula bahagia yang lebih hakiki dari yang ada kini.

"Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang agung" [al-Buruj : 11]


Sabda Rasulullah s.a.w :

"Keaadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu, apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya." [Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a]




Oleh itu, sudahkah anda merasa bahagia walau belum dipertemukan dengan kekasih halal yang dinanti? Jawapannya: "Daku sedang bahagia, dan sentiasa bahagia!" (^_^) yakin itu! Terima kasih Allah..Allahuakbar!

Andai ini tidurku yang terakhir, ketahuilah bahawa ku bahagia kamu sama-sama saling memimpin hati kita untuk sentiasa merasa bahagia atas setiap cinta-Nya buat kita semua (^_^)

Powered By Blogger