"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Rabu, 25 Mei 2011

Tentang Sesuatu Impian


Assalamualaikum w.b.t

Allah Yang Maha Penyayang. Setiap detik, saat dan waktu ini Dia Menyayangi dan melimpahkan kasih sayang-Nya. Daku cuma hamba....yang sentiasa memerlukan-Mu. Allahuakbar....Aku cinta pada-Mu. Suburkanlah kecintaan ini selama-lamanya hanya untuk-Mu.

Selawat dan salam buat kecintaan kita. Nabi Muhammad s.a.w.

Suasana petang yang redup mencetus tenang. Hati seakan terpanggil untuk berkongsi cerita tentang beberapa impian ku yang masih belum ku rangka langkahnya.

Bila bicara tentang impian.......

Hati teringin benar untuk mengusahakan bisnes kek atau seumpama dengannya. Mungkin secara online. Atau jika impian ini tak dapat di laksanakan secara komersial..mungkin 'suami' dan 'anak-anak' lah yang akan menjadi costumer tetapku hehe. Namun, jangan lekas melabel bahawa aku seorang yang teror memasak ya...Aku biasa-biasa aja...masih banyak perlu belajar. Dan perkara utama dalam ilmu masak memasak ni adalah R.A.J.I.N.....Aku perlu kan ramuan khas ini untuk jadikan masak memasak ni suatu yang seronok dan membahagiakan (^_^)...Dulu, aku adalah seorang yang tak kuat makan (tak berapa selera makan)...maka..memandang makanan tu tak ada rasa lah nak makan. Tapi, lepas dah 'disedarkan' oleh gastrik...maka aku pun ambil inisiatif untuk 'menghidupkan selera makan'....Jangan salah sangka ya! Sekadar makan untuk memenuhi fitrah sebagai seorang manusia yang sihat (^_^) Tak makan lebih, dan tak makan kurang...(^_^)



Seterusnya, hati teringin benar untuk membina atau mengelola apa-apa yang berkaitan dengan anak-anak yatim.....Yang ini agak berat, tanggungjawab. Sayu melihat anak-anak kecil....Apatah lagi yang tiada ibu dan tiada bapa untuk mereka menumpang kasih. Moga-moga jika punya suami kelak....suamiku itu seorang yang pengasih dan penyayang pada kanak-kanak. Moga Allah memberi izin-Nya untuk diri dhaif ini belajar sesuatu dari keinginan yang terbina dalam hati kecil ku ini. Dan jangan lekas melabel bahawa aku ini pakar menjaga baby ya. Aku tidak ada pengalaman konsisten tentang itu...maklumlah...aku tiada adik kecil...dan kami cuma dua beradik....Namun, aku sememangnya sayang kanak-kanak...geram tengok si kecil...Yang ini aku tak boleh nafikan...(^_^)

Dan hati ini juga teringin benar ingin mengorak langkah dalam bidang penulisan kreatif. Tapi aku sedar...penulisan aku masih tidak mantap....masih banyak perlu digilap. Tambahan pula...mood menulis aku sangat bermusim.....hehe...Moga Allah berikan jalan untuk ku urus keinginan ku ini (^_^) Aku menulis bukan kerna nama. Tapi atas dasar kasih sayang ...dan menyebarkan kasih sayang-Nya buat yang lain. Kepuasan akan datang bila menulis dalam niat yang benar...Allahuakbar!

Sekadar sebuah perkongsian seorang insan biasa yang punya impian tentang kehidupan...Kehidupan ini adalah anugerah dan amanah dari-Nya. Maka, kita perlu manfaatkan ia dengan sebaiknya agar kita tidak rugi. Pastikan ia berada di landasan-Nya ...ya? (^_^) Moga Allah permudahkan urusan kita semua...Insyaallah....(^_^)

Belajar sesuatu (^_^)


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, segala puji dan puja buat pemilik segenap alam....Subhanallah....(^_^)
Selawat dan salam buat pemimpin terunggul ummat...Nabi Muhammad s.a.w

Seminggu telah berlalu...Rabu lepas....telah di serang selesema......Alhamdulilah, sudah beransur pulih....Dalam kekalutan suasana melayan kepala yang pening-pening lalat tu hehe....Tiba-tiba abah minta kami (aku dan mak) bersiap-siap packing baju...Nak ke mana? Nak pulang ke Kluang sekejap...ziarah Atok dan Nenek sebelah mak....Maka, kami pun menurut perintah...kemas-kemas seadanya....dan sempat juga aku menelan ubat sebelum kami memulakan perjalanan....bimbang tumbang di tengah jalan hehe...

Alhamdulilah, kami bertiga selamat sampai ke rumah atok....puas hati mak sebab dapat melihat senyuman di wajah nenda....Kami perlu pulang berziarah sekarang dan tak menunggu musim cuti sekolah menjelang...sebab....sepanjang cuti sekolah bulan 6 ni...abah sangat busy dengan tempahan-tempahan masak....Al-maklumlah...ramai yang mendirikan masjid keika cuti sekolah berlangsung kan? (^_^)

Dan, rupa-rupanya...dalam kekalutan jiwa dan kesihatan yang ku alami ketika itu....Allah mahu memberi sesuatu kepadaku.....Atok menyampaikan amanahnya buatku....dan memberi beberapa doa untuk aku amalkan....kebiasaannya....doa itu Atok akan beri pada anak-anaknya....namun, sudah tiba giliran cucuanda pula ...hehehe. Rasanya tak perlu lah di hurai apa amanat Atok.....agak personal ye...(^_^)

Dan pulang sahaja dari rumah Atok....Allah Yang Maha Memberi Rezki telah memberi ruang dan peluang diri ini untuk mengambil lesen kereta....Kemudian, dapat call dari makcik. Dia minta aku bantu dia sebagai "R.A tak rasmi" hehehe...Alhamdulilah, ada juga income....Kemudian, abah sampaikan berita gembira...berkemungkinan besar kerja yang aku tunggu-tunggu akan di tawarkan menjelang naik cuti sekolah bulan 6 ni...Alhamdulilah...syukur.....


Cuma, yang agak gementar....aku semamngnya kurang mahir mengendali pelajar-pelajar sekolah rendah....Selalu, time raya....aku akan di kerumuni adik-adik sepupu....kemudian aku tak reti nak handle mereka supaya mendengar arahan...dan...di setiap kali raya...adinda ku akan datang menyelamat....(maklumlah, memang kemahiran dia handle pelajar-pelajar sekolah rendah) hehe...Jadi? beberapa hari lagi adik akan pulang bercuti....maka, aku perlu minta tips dari dia untuk mewujudkan susana P&P berkesan buat pelajar-pelajar sekolah rendah. Ku yakin, segala yang telah di tetapkan buatku ini adalah yang terbaik buatku dari-Nya. Allah mahu aku belajar sesuatu yang aku tak tahu (^_^) Terima kasih Allah....Subhanallah.....

Sekarang, tengah layan bonda menyudahkan tempahan jahitannya. Maklum saja Ramadhan hampir menjengah...tandanya Syawal juga bakal berkunjung tiba....Ada saja costumer datang hantar bahan baju raya hehe....Bonda dah mula bersilat dengan segala kain yang ada hehe...Cayok mak!! hehe...Moga urusan kita semua di permudahkan oleh-Nya (^_^)

"Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku). Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dialah yang memiliki a'rsy (singgahsana) yang agung." [at-Taubah : 129]

Selasa, 17 Mei 2011

Aku anak bujang? $__$


Kembali ke mari
Kerana akur kehendak kedua-dua mereka yang ku cintai
Namun, di sini jua ku masih berdiri

Semangat membara
Dan masih membara-bara

Ada perkara perlu ku bina dengan segera
Ya, segera
Kasihan Bonda
Ku ingin dia merasa selesa

Ada perkara perlu ku ubah dengan segera
Ya, segera
Kasihan Ayahanda
Ku ingin dia rehat secukupnya

Aku?
Seperti gadis lain
Cinta akan tertib
Namun jiwaku perlu seperti si anak bujang
Perlu terus tahan lasak

Ya Allah
Yang Maha Memberi Rezeki
Permudahkanlah urusan hamba
Amin....

p/s: Pihak di sana belum lagi panggil utk serah tugas.
Perlukah ku bekerja di kedai kek dan roti
untuk kali yang ketiga? ?____?

$______$ hehe
Jangan putus asa wahai diri!
Allah lebih tahu apa yang terbaik untukmu (^_____^)

Ahad, 15 Mei 2011

Pabila manusia tiada kemanusiaan


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, dengan keagungan-Nya ku masih di sini. Sedang masih mengisi kekurangan diri dengan usaha dan tawakkal pada-Nya.

Selawat dan salam buat kerinduan ummat, Nabi Muhammad s.a.w

Ketika ini, saat ini....sedang menemani bonda menyudahkan jahitannya. Juga? Sedang mengawal emosi yang di curi oleh keriuhan hiruk pikuk jeritan mendayu-dayu suara sekelompok manusia yang sedang bergembira. Namun, setelah puas mencari sebuah sinonim...aku seakan buntu. Buntu untuk mengatakan ianya 'perlu' dikatakan sinonim. Perlukah kita sinonimkan 'paduan suara memekik di tegah malam' dengan 'sebuah lafaz sakinah' yg baru di lafazkan oleh pengantin?.....Itu zalim namanya!

Oh, sungguh, aku merasa amat sedih. Sedih pada diri sendiri kerana masih juga belum mampu sama-sama memimpin hati mereka terus kembali pada jalan yang diredhai-Nya. Sudah tiadakah perikemanusiaan di hati kecil mereka? Mereka sedia maklum...wujudnya tetangga yang memerlukan rehat, yang kurang sihat, anak-anak kecil yang sepatutnya tenang beradu. Sedih. Menjerit batin ini....T____T

" Telah timbul pelbagai kerosakkan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia ..."[ar-Rum :41]

Dari kejauhan, ku cuma mampu merenung diri dhaif ini. Dan tiada kata seindah doa pada-Nya ku kirimkan buat kalian. Moga Allah memberikan ruang dan peluang agar kalian memiliki hati yang sedar...amin Ya Rabb...

Pabila manusia tidak lagi berperikemanusiaan. Musnah dan memusnahkan. T_____T.....Ayuh, insaflah wahai diri dan manusia sekalian. Ayuh kembali menjadi insan beriman! Jangan terus leka...nasib saudara-saudara kita yang sedang bergelumang dengan perjuangan antara hidup dan mati menegakkan agama-Nya adalah tanggungjawab kita bersama. Mereka mendamba syurga-Nya, kita juga turut mendamba yang sama. Tapi apa yang telah kamu juangkan untuk menempah dan meraih syurga-Nya itu???

"Kamu lihat orang-orang yang zalim sangat ketakutan kerana kejahatan-kejahatan yang telah mereka kerjakan sedang seksaan menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh (berada) di dalam taman-taman syurga, mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah kurnia yang besar" [asy-Syura: 22]

Isnin, 9 Mei 2011

Pesan 'seorang tahajjud'

Assalamualaikum w.b.t

Dengan cinta-Nya aku masih di sini, menumpang di bumi-Nya. Menyintai yang menjadi kecintaan-Nya. Ingin ku terus menerus menyintai Dia Yang Esa. Sentiasa. Sesungguhnya segala puji dan puja hanya untuk-Mu Ya Ilahi.

Selawat dan salam buat kerinduan ummat. Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulilah, akhirnya semangat untuk menulis entri berkunjung jua dari relung hati. Sudah berhari-hari memujuk hati. Rasa rindu mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Rupa-rupanya agak sukar mencetus mood menulis bila berada di rumah. Al-maklumlah, selalunya ketika menulis hanya bertemankan sunyi dan sepi udara malam di kampus. Tapi, bila berada di rumah....susana yang agak meriah kadangkala membuatkan suara hati ini sedikit sukar untuk di dengar oleh hati sendiri. Errrr, faham ke ayat ni? huhu

Al-kisah, sebenarnya....hajat hati nak mengarang entri sudah 3 jam berlalu pergi. Tiga jam lepas, ketika jari jemari nak menulis muqadimah.....paman dan keluarganya datang berkunjung. Maka, secara tak langsung telah terseret sama 'attend' meeting menu untuk walimah Nora hujung bulan ni...(^_^)....Beginilah, bila abahku seorang ketua masak. Busy je dia (^_^) ....Ermmm...tapi yang musykilnya....perasaan aku pulak yang tiba-tiba 'kacau bilau' time abah dan paman bincang-bincang menu tadi....huhu...tiba-tiba berdebar-debar kuat..mengalahkan bakal pengantin....aku tengok, Nora cool je......ok takpe, think positif je. Mungkin berdebar-debar sebab rindu kawan-kawan kampus....huhu...Sekadar nak kongsi, Nora adalah anak kepada adik abah. Dia masih lagi student....Dan kalau nak ikut susunan, aku dah tercicir giliran...hehe...

Ingat, kita cuma manusia....ketentuan-Nya mengatasi segalanya.(^_^) Cuma, nak kongsi lagi.....bila dah habis belajar ni......kawan-kawan, kenalan lama, sedara dan tetangga sudah tidak berselindung lagi mengajukan soalan berkaitan kahwin ni.....Ermm.....respon aku? Senyum aje.....hehe....Ku yakin, setiap sesuatu yang berlaku, yang akan berlaku, yang telah berlaku dan yang sedang berlaku itu tiada yang Allah jadikan ia dengan sia-sia.....(^_^) Kehidupan ini sementara cuma. Seluruh kehidupan ini adalah tarbiyah dari-Nya buat kita. Maka, kekallah untuk sentiasa bersyukur dan bersabar dalam menjalaninya.

Berbalik pada pencetus entri kali ini. Yang sebenarnya, diri ini telah dilanda rindu yang amat pada kuliah, kelas, buku, tutorial, sahabat-sahabat, dan suasana belajar. Baru seminggu duduk di rumah ......aku sudah tak keruan menahan rindu. Moga cepat dapat kerja. Sekurang-kurangnya, dapat juga suasana sekolah walaupun bukan aku yang memakai pakaian seragam itu. Sungguh, terlalu rindu.......

Ilmu itu ibarat sumbu pelita. Yang perlu dinyalakan agar menerangi kegelapan. Sentiasa menghangatkan jiwa. Semakin kita terus melangkah mendepani hidup ini, makin kita sedar banyak ilmu yang masih belum kita teroka. Allah itu Maha Kaya....ilmu-Nya tak pernah bertepi. Terlalu luas. Maka, kita perlu sentiasa meneruskan usaha untuk menghadirkan makna dari setiap ilmu-Nya yang kita pelajari dari kehidupan ini.


Tiba-tiba teringat insiden seminggu lepas iaitu ketika aku sedang berusaha keras membawa beg besar ku untuk pulang ke Segamat. Semasa melangkah keluar dari blok bilik kampus, aku seakan-akan kurang percaya pada diri untuk membawa beg yang beratnya melebihi berat diri ini sendirian. Tapi, mahu tidak mahu.....beg itu dan segala isinya perlu juga ku bawa.....dan ku yakin, Allah sentiasa bersama-sama ku. Dia Yang Esa akan membantu ku. Ya, aku teruskan langkahku pagi itu berbekalkan keyakinan bahawa Allah sentiasa bersamaku. Alhamdulilah, berbekalkan keyakinan itu, Allah telah mengirimkan insan-insan yang sudi membantu ku tanpa ku luahkan pada mereka perkataan ''tolong''. Malah, mereka berkeras untuk bantu tanpa minta balasan. Terima kasih sahabat, moga urusanmu dipermudahkan oleh-Nya (^_^) Syukur Alhamdulilah.

Malah, lebih dari itu Allah memberi. Ketika menanti tibanya bas di terminal 1. Ada seorang sufi yang lebih selesa dipanggil Atok telah menyapa serta mencurahkan kata pesanan, nasihat dan ilmunya buat diri dhaif ini. Mendengar bait bicara dari Atok, telah membuatkan seluruh rasa menjadi 1. Puasku cuba seka dan tahan air mata. Namun, aku kalah jua. Pelik, entah bagaimana aku sangat berani menangis di hadapan seseorang yang aku tidak kenal...Lama juga kami berbual. Lebih kurang 1 jam. Umurnya sudah hampir mencecah 80 tahun, dan merupakan seorang bekas guru. Terlalu sarat masej perbualan kami. Terasa kerdil diri ini menyelam dalam lautan ilmu-Nya.

Sungguh, perjalananku ini masih ada arah dan tujunya. Hidupku masih banyak lompang yang bersisa. Atok berkali-kali menegaskan tentang tahajjud, istikharah, pelestarian ilmu, penerapan akhlak dan banyak lagi. Dan aku yakin, keyakinan dan ketelusan dia mencurahkan ilmu datangnya dari sebuah istiqamah. Ku lihat ke dalam dirinya, dan hatiku berkata dia 'seorang tahajjud'...Ya Allah, sungguh indah ketentuan-Mu. Bagai pelengkap 4 tahun kembara ilmu ku di kampus, ia bagai sebuah peringatan sebelum ku teruskan perjuangan ini. Terima Kasih Ya Rabb. Atas segala cinta-Mu yang hadir dalam langkah setiap hamba-hamba-Mu.

Ya Rabbi, ku terlalu rindu.....ku tidak pasti apa yang ada di hadapan sana. Hanya pada-Mu ku minta arah. Dan ku juga tidak tahu, apakah masih ada baki waktu yang banyak buatku dalam kembara hidup ini. Berkatilah usiaku. Ku rindu keharuman Jannah-Mu .......



"Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak memerlukan segala sesuatu), dengan Rahmat-Mu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu)"-Riwayat al-Hakim, menurut pendapatnya hadith tersebut adalah sahih, dan Imam al-Zahabi menyetujuinya.

Jumaat, 6 Mei 2011

air mata keinsafan

THE ZIKR-AIR MATA KEINSAFAN

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi