"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 29 Mac 2009

Doa

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat... Tpi, byk pula dugaan yang datang.. Kadang2 kita minta cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang... kadang2 kta minta kebahagiaan, tetapi, huru hara pula menjelang... Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah... SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu.... semuanya ada hikmah.. Kalau lah manusia tahu hadis ini.. " Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau smpaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : " Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya"..... - Anas ibn Malik r.a

Jumaat, 27 Mac 2009

Syukur Tenang

Assalamualikum...

Harap kalian sihat, ceria, tersenyum dan bahagia ketika ini....

Alhamdulilah....petang ni rasa tenang sangat hati ini..baru balik dari kelas...pagi tadi ada kelas dari pukul 8 sampai pukul 10, kemudian pergi pejabat...ambil slip peperiksaan...kemudian sambung kelas lagi dari pukul 11 sampai pukul 2 petang...kelas micro teaching...tolong jd camerawomen..hehe....isnin ni ada kelas ganti...insyallah kalau takde aral giliran saya isnin pagi minggu depan..

Kemudian singgah bilik linda...solat dan berehat sekejap...kemudian sambung kelas lagi dari pukul 3 sampai 4 petang....kemudian, ucap selamat jalan dan best of luck untuk team tasawur linda..

Kalau diikutkan...saya diajak jadi fasi jemputan.. tapi saya sedar, banyak tugasan penting yang lain perlu dilunaskan secepat mungkin...setelah mempertimbangkan baik dan buruknya, saya pun buat keputusan untuk menolak 3 jemputan sahabat-sahabat dari team-team lain untuk jadi fasi jemputan..

Saya menjangkakan menjelang petang ini saya akan mula rasa terbeban dengan segala tugasan yang masih berbaki....tapi, rasa lain....lepas tamat sesi kelas bersama ustaz pukul 3-4 petang tadi...saya rasa lain....rasa sangat bersemangat....rasa sangat seronok nak siapkan tugasan-tugasan yang berbaki....tambahan peperiksaan akhir bakal menjelang lebih kurang 3 minggu dari sekarang....saya amat bersyukur kerana perasaan seronok menjelang peperiksaan masih wujud dalam hati...teringat masa zaman sekolah dulu....tak tahu lah kenapa..saya suka suasana dalam dewan peperiksaan...saya seronok...pelik kan? tak tahulah...saya suka suasana kena duduk sendirian di meja peperiksaan....pelik..tapi benar..

Bukan itu sahaja, saya harap keputusan yang bakal terhasil nanti juga mampu buat saya seronok...amin....

Dalam keadaan hati yang bernada ceria ni...tiba-tiba saya teringatkan sebuah lagu....masa tahun pertama di UKM ni...boleh dikatakan tak sah kalau tak dengar lagu ni 5-8 kali sehari..hehe..betul-betul pelik lah saya ni kan?

Marilah sama-sama hayati lirik dan masej yang cuba disampaikan oleh kumpulan Fareast ini....


Khamis, 26 Mac 2009

Hati Meronta-ronta

Assalamualaikum...

Harap kalian ceria-ceria selalu..
Tapi mood saya sejak kebelakangan ini agak hambar...mungkin atas sebab ini lah juga saya buat keputusan untuk menulis blog....maaflah kepada yang salah anggap...blog ini semata-mata untuk menghiburkan hati...kerana kadang-kadang banyak benda yang menyesakkan minda..tapi kuterjemahkan menjadi satu perkongsian, satu kisah, atau luahan buat kalian.

Wahai orang yang lembut hatinya...dengarkanlah...
Sesungguhnya..kamu telah membuatkan hati ini amat meronta-ronta..
Mengapa kamu amat megah mendabik dada?
Jangan terlalu megah dengan dirimu wahai kawan..
Aku sering terkedu mendengar kata-kata sindiranmu..
Setiap kali kau bernada megah..
Aku menjadi mangsa..

Hatiku meronta-ronta...
Aku tahu kau disegani siswa dan siswi disana
Mengapa perlu sering bernada memaksa terhadapku?
Yang hanya sekadar seorang kenalan yang kau pun tidak tahu asal usulku..

Hatiku meronta-ronta..
Apakah setiap keperibadianku jelik dimatamu?
Sesungguhnya ku akui kelemahan diri
Tetapi aku tidak lihat kau memandang kekhilafan diri sebelum kau menuding jari

Jika kau tahu apa yang menyesakkan benak fikiranku..
Mungkin kau turut bersimpati..
Tapi bukan simpati yang aku pinta..
Cuma kata-kata semangat, dan yang mampu membina dari seorang kawan
Bukan sindiran dan kata hukum melulu..

Wahai orang yang lembut hatinya..
Sedarlah..
Membuatkan seseorang berhati senang dan tersenyum itu juga sedekah...
Tapi aku harap kau juga sedar..
Bahawa aku sedang tidak bersenang hati...
Dengan sikapmu yang meninggi diri...

Aku bukan insan sempurna..
Banyak khilaf di dalam jiwa..
Sering aku ukir senyuman hanya untuk meredakan sesak di minda
Andai kau tahu...
Wahai orang yang lembut hatinya..

Isnin, 23 Mac 2009

Surat Seorang Ibu

Assalamualaikum....
Saya harap kalian sihat dan bahagia di samping keluarga dan kawan-kawan tersayang...
Kali ini saya nak kongsi satu video...pertama kali saya menontonnya ialah masa kelas micro teaching jumaat lepas...sepatutnya saya turut serta dengan program anak angkat pada hujung minggu itu..tapi hati meronta-ronta....sayang sangat nak tinggalkan kelas micro... sedangkan dah lama plan untuk join program anak angkat tu....tak tahu lah kenapa....mungkin ini lah hikmahnya.....

Video ni dibawa sebagai bahan bantu mengajar oleh salah seorang sahabat saya...asmat...dia orang first yang kena mengajar pada hari itu....entah la...ketika diminta menghayati video ini...kebetulan saya duduk depan sekali.....dah tak boleh tahan dah....sebak sangat....terus teringatkan mak dan abah kat rumah....adakah aku pun seperti anak-anak yang ada dalam video ini?

Adakah aku pernah buat mak dan abah sangat sunyi? Ya Allah......aku nangis....dalam kelas micro boleh nangis??? tak tahu lah nak explain macam mana....marilah..anak-anak sekalian....samaada yang masih punya atau telah kehilangan bonda atau ayahanda....marilah kita doakan kesejahteraan bonda dan ayahanda kita...agar sentiasa meredhai kita sebagai anaknya...agar kita selalu menjadi anak yang sentiasa kaya dengan kasih dan sayang...walau bukan kaya harta....tapi kaya budi dan mampu memberi kebahagiaan dan keceriaan buat bonda dan ayahanda tercinta...jangan nak tunggu raya menjelma....atau musibah menimpa....setiap hari adalah hari ibu...setiap hari adalah hari bapa.....ya Allah.....





Khamis, 19 Mac 2009

Pesanan Dari Saidina Umar

Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan: Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah. Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah. Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka. Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan. Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak

Pesanan Dari Saidina Umar

Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan: Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah. Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah. Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka. Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan. Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak

Isnin, 16 Mac 2009

~pesona cinta~




Pesona Cinta
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah?

~Menanti di Barzakh~


Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Ahad, 15 Mac 2009

Khabar dari Kuala Nerang

Assalamualaikum....

Apa khabar rakan blogger dan sahabat pengunjung sekalian? saya harap semuanya pakat-pakat happy ja..hehe...

Kali ini saya nak coretkan berkenaan khabar dari Kuala Nerang...mesti ada yang tertanya-tanya apa yang saya buat disana kan? hmmm....pada hari rabu yang lepas....kira-kira jam 11.00 malam saya dan sahabat-sahabat group tasawur bertolak ke Kuala Nerang untuk menyelesaikan misi kami di SMK Dato' Syed Ahmad..... klik disini rasa berdebar-debar pula....bukannya apa...ni merupakan pengalaman pertama saya menjejakkan kaki di Kedah....

Ada gelagat yang lucu bagi saya sebelum kami bertolak pada malam itu...mana tidaknya..saya lihat sahabat-sahabat muslimat banyak membawa beg.....hehe...sampai ada yang tegur saya....kerana mungkin mereka lihat saya hanya membawa 1 beg sandang tepi dan 1 beg baju yang sederhana. Bukannya apa, bukan saya tak mahu bawa banyak barang...
tapi saya takut tak larat nak membawa semua beg tu nanti..hehe


Kira-kira jam 5.30 pagi kami pun tiba di Masjid Bukhari...kami segarkan diri dan solat subuh sekali di sana...debaran semakin terasa dalam hati ini....saya tak pasti pula sahabat-sahabat yang lain...tapi apa yang pasti saya amat berdebar-debar...dalam pukul 9.30 pagi kami rombongan fasilitator seramai 27 orang pun tiba lah di hadapan sekolah yang dituju....Alhamdulilah...akhirnya tiba juga dengan selamat...bisik hati saya..

Kemudian kami letak beg-beg di bilik warden asrama puteri...kami bersarapan, kemudian terus breafing di surau. Selepas membahagi-bahagi tugas, saya dan sahabat-sahabat yang lain bergerak ke bilik kaunseling. Persediaan pendaftaran perlu dibereskan....saya seronok sebab bookmark yang saya design sendiri adalah salah satu barang yang disertakan dalam fail peserta yang seramai 224 orang tu...

Ada lagi....ada sesuatu yang istimewa hari ni.....dalam kesibukkan tu...sempat jugak call adik....hari ni hari bersejarah utk dia...dan secara tak langsung utk saya jgk....alhamdulilah.....bersyukur ke hadrat illahi....adik dapat 7A 4B...
ceria je dgr suara dia hari tu...tahniah dik..

Pendaftaran start pukul 3 ptg...saya lihat bilangan pelajar lelaki kalau nak dinisbahkan dengan pelajar perempuan hanya 1:3...tapi saya tak terperanjat sangat lah...sebab rata-rata di mana-mana pun memang macam tu kan??? perempuan lagi ramai dari lelaki...hmmm...hari first tu biasa lah....adik-adik tu masih blur-blur lagi....mana taknya....kebanyakkannya bukan pelajar asrama....ada yang rindu kat rumah, malu-malu pun iye jugak....

Saya berpeluang jadi fasi....dalam group saya tu....ada 6 adik puteri dan 3 putera....salah seorang dari puteri non-muslim...adik Pea nama dia...berdarah kacukan siam...hmmm....mula-mula adik-adik group saya ni sangat lah pemalu dan pendiam belaka....tapi dari 1 LDK ke LDK yang seterusnya nampak perubahan yang drastik....terserlah daya kepimpinan dan masing bertambah keyakinan diri...

Hari second tu...banyak aktiviti best....tapi ada sesetengah tu tergendala sbb masalah black out kat dewan...yang paling best masa time riadah....main baling bom air....sume orang basah haha....

Banyak2 part yang paling terharu ialah masa adik-adik group tulis surat utk kakak-kakak dan abang-abang fasi masing-masing.....saya baca surat-surat tu dalam perjalanan balik ke ukm, memang terharu lah.....akak doakan adik-adik akak kat Kuala Nerang tu akan berjaya dunia akhirat...insyaallah....sayang sumenye....sebab bagi pengalaman baru buat akak....

Dalam perjalanan balik tu...sempat jugak singgah Pekan Rabu...beli ole-ole sikit....utk rumate dan utk adik tersayang.....saya cuma dapat belikan dia ini aje...

Apa yang dapat saya simpulkan ialah.....pengalaman di Kuala Nerang sedikit sebanyak menambahkan keyakinan dalam diri, banyak mengajar saya erti persahabatan, erti team work, erti kasih sayang dan yang paling ketara ialah ukhwah di antara kakak-kakak dan abang-abang fasi semakin erat walaupun selama ni memang dah jumpa dalam dewan kuliah...dan yang paling seronok ialah adik-adik tingkatan 5 09 smk Dato Syed Ahmad amat menghargai kami..terima kasih ya adik-adik...insyallah jika ada kesempatan akak akan mai kedah selalu...

Selasa, 10 Mac 2009

~dialah di hati~

Bisikan sang bayu
Membawa perkhabaran
Dongengan yang sama
Dicanang berulang
Mengapakah diri dijadikan sasaran
Sekilas pandangan pelbagai andaian
Sungguh terkilan…

(Bridge)
Seumpama naskah yang terbuka
Sesungguhnya tiada rahsia
Bacalah kenalilah
Dengan bijaksana
Siapa aku yang sebenar

(Korus)
Kendati selautan segunung
Permata di kanan dan kiri
Selagi jantungku berdegup hingga
Tiba saat terhenti
Dialah di hati

Mengapakah diri dijadikan sasaran
Sekilas pandangan pelbagai andaian
Sungguh terkilan

(Ulang bridge & korus)

Tiada pilihan kedua
Pertama hingga akhir usia
Hanya dia…

Tiada pilihan kedua
Pertama hingga akhir usia
Hanya dia…

Tiada rahsia lagi
Usah bertanya berteka-teki
Cinta yang abadi cintaku
yang suci di hati…..

(Ulang korus 2x)

Khamis, 5 Mac 2009

Andaianku Sinar Itu


andaianku sinar itu milikku
rupanya tidak
kerana kesabaranku harus digilap lagi
masih perlu digilap

andaianku sinar itu milikku selamanya
rupanya aku salah menilai
kerana sinar itu semakin menjauh
dan melupakanku

andaianku sinar itu masih milikku lagi
rupanya aku tetap silap
kerana sinar itu punya laluannya sendiri
yang belum tentu mampu aku selusurinya

benar jua,
bagaimana mungkin sinar itu bisa jadi milikku
andai tidak punya keredhaan dari ILAHI

namun seketika aku terpana
kerana dihujung lorong itu
ku terlihat sinar baru

ku mohon dengan yakin agar itu lah sinar buatku
menjadi imamku dalam saf keimanan
menemaniku menempuh arus suka dan duka
membimbingku di kala tersesat haluan
menghadiahkanku sebuah senyuman
untuk ku kenang sehingga akhir helaan

namun,
andai itu jua bukan sinar buatku
ku mohon kuatkanlah hatiku
untuk tetap bersama sinar jalanMU
walau tidak bisa memiliki sinarku
ku mohon jangan KAU ambil sinar jalanMU

kerana ku pasti dengan yakin
hanya sinarMU

yang mampu
membuatku bersinar lama di alam sana

Rabu, 4 Mac 2009

Apa Kita Makan


Assalamualaikum...diharap kalian sihat dan ceria-ceria sokmo..hehe. Ketika saya sedang merehatkan minda setelah menyiapkan saki baki assgment yang ada, saya merayau mencari-cari artikel. Saya tertarik dengan artikel ini.."makanan dan hikmahnya dalam Islam". Hajat hati nak berkogsi dengan kalian disini.


Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak
dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid
(utrujj)

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (henna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sl)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.


Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California

~ku mohon~

Shiela Majid

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

( korus )
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

( ulang korus )

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Isnin, 2 Mac 2009

Iman Bukan Penjara di Jiwa


Siti Asiah Binti Muzahim adalah isteri kepada Firaun, seorang raja yang sangat kejam. Asiah tidak pernah merasa gentar dan takut terhadap segala ancaman dan siksaan yang dilakukan Firaun terhadap dirinya. Dia lebih memilih Allah Taala sebagai tuhan yang Esa dari mengakui suaminya sebagai tuhan.

Dalam langkah menakut-nakutkan rakyatnya, Firaun telah menyediakan kobaran api untuk mencampakkan mereka ke dalamnya. Asiah merasa amat sedih apabila mengetahui suaminya berlaku demikian terhadap kaum muslim ketika itu. Asiah yang turut menentang ajakan Firaun untuk mengakui beliau sebagai tuhan juga menerima siksaan yang teruk.

Firaun menyeret Asiah tanpa ampun ke halaman. Kemudian, menyuruh para prajuritnya mengikat kaki dan tangan Asiah di tiang dan menyiksanya dengan cambuk. Asiah tidak menjerit kesakitan, tetapi dia mengatupkan bibirnya dan menahan rasa sakit itu di hati. Air matanya mengalir deras, semakin kuat cambuk membelasah dirinya, semakin khusyuk hatinya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah bangunkanlah untukku sebuah rumah disisiMu di dalam syurga, dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatan kejamnya, dan lepaskanlah aku dari kaum yang zalim"

Akhirnya Asiah menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keikhlasan kerana meninggalkan kehidupan dunia untuk membela keyakinannya terhadap Allah S.W.T...wallahualam.

RATU SYAHADAH- INTEAM

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk ilahi…

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata

Kau miliki jiwa hamba walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki

Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan disiksa
Oleh suami mu yang dihina

Dikejauhan istana keangkuhan
Mengkalip mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama

Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku disiksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah...Ya Allah




Ahad, 1 Mac 2009

Kenangan indah bersama si comel

Assalamualaikum.....

Diharap kamu, kamu dan juga kamu sentiasa bahagia dan gembira kerana masih bersama keluarga dan insan-insan tersayang.

Kali ini saya nak kongsi cerita tentang kunjungan saya dan sahabat-sahabat group tasawur ke sebuah rumah perlindungan di Cheras klik disini....kami tiba disana kira-kira jam 9.15 pg...setibanya kami disana...saya tidak menjangkakan ada kumpulan pelajar dr universiti lain di sana...mereka dari jurusan kaunseling UIA...

Perkara pertama yg saya terima di rumah tersebut ialah sapaan seorang kanak-kanak yg merengek minta didokong....senyum tawa mereka membuatkan saya rasa mereka seperti adik-adik saya sendiri.....tuan rumah perlindungan seorang yg peramah tetapi tetap tegas terhadap keperluan anak-anak angkatnya yg hampir 60 org....anak-anak disana memanggilnya mama...sayu hati saya mendengar bual bicaranya sewaktu mengalu-alukan kedatangan kami pg td....tabah sungguh hati seorang ibu...cekal dan kreatif untuk memastikan kebajikan anak-anak di sana terpelihara....kagum saya dengan beliau....

Bila direnung dalam-dalam setiap mata anak-anak disana.....terpancar wajah bahagia kerana diberi kasih sayang yang tak berbelah bahagi oleh mama...wajah anak-anak kecil yg jika sekali pandang tiada bezanya dengan anak-anak yg lain ini buat saya merenung lama.....syukur Ya Allah....aku masih punya mak, abah....dan seorang adik kandung yg memahami...

Buat adik-adik akak di sana....akak doakan kalian beroleh sebuah kehidupan yg bahagia...pendidikan yg sempurna....dilimpahi senyuman yg paling indah...dapat berbakti pd agama dan bangsa bila dewasa kelak...tabahkan hatimu sayang...kehidupan di luar sana memang penuh panca roba..semoga hatimu sentiasa dihiasi taqwa dan cinta pd Ilahi...amin...

p/s: saya tak dapat nak lampirkan gambar...coming soon...insyaallah....
Powered By Blogger