"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 27 Januari 2011

award dari elya mujahadah

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak meronda-ronda blog jiran tetangga (^_^)
Tiba-tiba baru ternampak kehadiran award dari rakan blogger

Syukran ukhti elya mujahadah
Walaupun enti bagi award ni sebelum Ramadhan yg lepas
Maaf ya, terlambat (^_^)



*stat 7 things about yourself
---> Saya suka berkarya (^_^)
---> Sedang meniti hari-hari akhir sebagai siswi ijazah pertama (^_^)
---> Saya harap dapat mencedok ilmu memasak setangkas ayahanda (^_^) (segigih mungkin)
---> Saya harap dapat serap ilmu menjahit seteliti bonda (^_^) miss her much
---> Saya harap dapat selalu seyakin adinda dalam kehidupan (^_^) love her very much
---> Saya sangat sayang dan rindu semua ex-student saya (^_^)
---> Moga akan ada kekasih halal yang sudi memimpin saya dengan santun-Nya (^_^)

p/s : untuk ukhti elya mujahadah,
saya terpikat dengan lagu di blog awak.
Binnabil Huda-UNIC. sharing is caring hihi (^_^)

Selasa, 25 Januari 2011

Nota Dakwah

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada mereka maka mintalah kepada mereka dengan perantaraan hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]


Rahsia Hati

Pandang-pandanglah hati
Pada indahnya cinta Ilahi

Apa katamu hati
Andai ada manusia merasa benci?
Saat itukah baru mengenal erti kasih sayang Ilahi?

Senyumlah hati
Pada indahnya limpahan kurnia dari Ilahi
Tenteram, selesa, bahagia dan ceria silih berganti

Jangan sombong wahai hati
Pada Penciptamu yang meciptakan hidup dan mati

Andai syurga yang diimpi
Jangan pula kau takut pada mati
Bagaimana mungkin kau menjadi ahli tanpa bertemu Ilahi?

Wahai hati yang di kasihi
Jangan mengeluh pada ujian duniawi
Bergantung haraplah pada yang Maha Memiliki
Ketenangan akan memenuhi
Di setiap nafas dan gerak hati

Berbahagialah wahai hati
Pada setiap syukur dan sabar yang telah kau pelajari
Kerana
Rahsia-Nya terlalu indah untuk di mengerti



Ahad, 23 Januari 2011

bagaikan seorang anak kecil

Bagai seorang anak kecil
Bertindak mengikut fitrahnya
Tersenyum dan tawa seikhlasnya
Minta di pimpin
Minta di atur dan di lentur



Bagai seorang anak kecil
Yang selalu mahu dekat dengan bondanya
Tangisnya bukan meminta simpati
Cuma minta di perhati keperluan diri

Bagai seorang anak kecil
Gerak gaya mencuit hati
Biar tersalah, tak pernah lelah untuk mencuba
Mencuba dan terus mencuba

Bagai seorang anak kecil
Yang selalu di sayangi dan di rindui

Isnin, 17 Januari 2011

manisnya ukhwah

Assalamualaikum w.b.t

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w. Salam ukhwah penuh mahabbah dari diri buat kalian yang sudi menjengah ruangan ini (^_^). Selamat malam...

Usai pulang dari kuliah, hati bagai tidak keruan. Dengan tiba-tiba terasa sangat merindui beberapa orang sahabat. Samada yang pernah duduk serumah, sebilik, malah yang baru bersua di kelas petang tadi turut terseret sama. Rasa macam pelik. Tapi, dalam keadaan yang agak sedikit pelik ini sempat juga merasa begitu bahagia. (^_^) Kerana sebuah persahabatan itu amat manis untuk di kenang. Cepat-cepat saya menghantar masej pada insan-insan itu. Sekurang-kurangnya dapat mendengar khabar walaupun belum berkesempatan untuk bersua muka.



Semalam, sempat juga saya dating bersama-sama ex-roommate saya semasa tahun 1 di kampus ni (^_^). Walau sekejap, tapi dapat juga bertukar-tukar khabar dan cerita. Mungkin di masa akan datang sudah agak sulit mengatur masa untuk bersua. Pejam celik, sudah hampir 4 tahun usia perkenalan kami. Begitu pantas masa berlalu.

Ya, sahabat-sahabat kita juga manusia biasa seperti kita. Maka, andai ingin bersahabat terimalah dia seadanya, kerana kita jua miliki kekurangan. Kita sama-sama manusia biasa. Bersahabatlah kerana-Nya, lantas kemanisan ukhwah itu akan di rasai bersama (^_^)

Memetik kata-kata dari sahabat lama saya, "Terkadang bila manusia menilai manusia adakalanya mereka lupa yang kita ini di nilai oleh-Nya yang lebih Adil dan Berkuasa". Dan memetik pula kata-kata adinda saya yang diambilnya dari seorang sahabat, "Janganlah kamu mengata kata-kata yang mengata-ngata, kerana kata-kata yang mengata-ngata itu akan mengata-ngata dirimu sendiri"

Maka, hargailah siapa pun sahabat yang kita miliki, dan tambahlah sahabat-sahabat baru. Atas nama cinta dan ikhlas pada-Nya. Insyallah, moga jambatan ukhwah antara kita jua sentiasa beroleh lembayung Rahmat dan kasih sayang-Nya. (^_^)


Jumaat, 14 Januari 2011

selalu ada

berterbangan daun-daun keguguran
pergi bersama sebuah penyesalan
membangkit rasa sebuah keinsafan
pada cinta-Nya yang sentiasa mendamaikan

bertiup angin memecah sunyi
redup kasih-Nya sentiasa mengisi
di setiap penjuru rahsia hati
hanya Dia Yang Mengetahui

dalam sujud cinta buat-Nya Yang Esa
mendamba setia berkekalan buat-Nya
terlalu mengharap redha dan rahmat-Nya
tenang dan damai menghuni jiwa

terlalu kerdil diri di rasa
berbanding dengan luasnya kasih Pencipta
memberi pinjaman usia buat kita semua
moga kita sentiasa bersyukur dan tidak mudah lupa

cinta-Mu tak pernah sunyi
sentiasa dekat dan selalu ada




Khamis, 13 Januari 2011

Hendak 1000 daya

Assalamualaikum. w.b.t

Selawat dan salam buat junjungan tercinta. Selamat malam buat semua.



Alhamdulilah, mood malam ni agak baik dan segar untuk menulis, membaca dan sewaktu dengannya. (^_^) Walaupun saya rasa seolah-olah pena saya sudah mulai tumpul dari hari ke hari. Sebenarnya ujian sakit itu merupakan tarbiyah yang penuh dengan keinsafan buat mereka yang berfikir.

Saya akui, rentetan dari peristiwa hampir setahun yg lalu tahap kecergasan saya sudah tidak segagah dahulu. Ketika ada apa-apa diskusi ilmiah mahupun santai, saya seakan sedang merangkak-rangkak untuk cuba memahami isi diskusi walhal rakan-rakan yang lain sudah berlari.

Namun, menyedari yang saya ada Dia Yang Maha Mendengar, Yang Maha Penyayang di setiap episod jatuh bangun kehidupan ini maka saya perlu teruskan usaha tanpa jemu walau perlu merangkak sekalipun.

Suntikan semangat turut saya ambil dari seorang teman. Dia dulu yang pernah jauh lebih kritikal kondisinya berbanding saya kini kelihatan sangat cergas, ceria, terus kritis dan yang paling penting dia tidak pernah berputus asa dengan Rahmat-Nya.

Jadi, saya perlu berusaha sepertinya. Bersungguh-sungguh!

Perlu gandakan peruntukkan masa untuk ulangkaji semua yang pernah di pelajari dari 'ABC'
Perlu wujudkan peruntukkan masa untuk riadah dengan lebih efektif.

Ya Rabbana, Yang Maha Mengetahui. Pimpinlah hati hamba.Untuk terus setia pada cinta-Mu. Untuk kembali berada di jalan juang-Mu. Hindarkanlah hati kami dari berputus asa dari Rahmat-Mu.

Dengan izin-Nya, ku harap dapat menjejaki semangat dia yang sangat menyintai Dia Yang Maha Esa. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui isi hati setiap makhluk-Nya.

Sabtu, 8 Januari 2011

merindui

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, pagi ini adalah pagi pertama di bilik baru. Suasana yang tenang dan mood yang "baru" bagai memujuk-mujuk diri menulis kembali di ruang yg telah ku tinggalkan sepi hampir 3 bulan. Dilema sebenarnya, samada ingin meneruskan perjalanan blog ini atau tutup sahaja ruang ini.

Masih dalam pertimbangan

Sepanjang tempoh 3 bulan lalu, bukan bermakna diri ini menjauh. Tapi kerana keutamaan diberi khas buat semester lalu yang amat sibuk. Alhamdulilah, berbaloi berhempas pulas (^_^)

Untuk sebuah permulaan baru, cukup lah hanya di sini entri kali ini. Insyallah, andai ada izin dari-Nya ruangan ini akan terusku kendali.

Salam rindu buat semua (^_^)
Powered By Blogger