"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 28 Mac 2011

Bagai langit dan bumi, benarkah?



Benarkah ini mahu mu?
Benarkah ia dengan relamu?
Benarkah ia ekspresi hatimu?
Benarkah?

Benarkan aku andai aku benar
Dan jangan biarkan ku merasa benar pada jalan yang berputar-putar

Benarkah jalan ini yang terbaik
Tanpa perlu kita berpatah balik?

Adakah sedu sedan seirama?
Sanggupkah menempuh liku-liku bersama?

Bumi dan langit ku mengumpama
Bertemankah bumi andai langitnya sepi?

Walau berjuta persoalan memenuhi rasa
Hakikatnya cuma Dia Yang lebih Arif dan berkuasa
Jujur, ku tak punya apa-apa
Satu-satunya pergantunganku hanya pada Dia Yang Maha Esa
Maha Mendengar tanpa batasan masa

Moga langitku nantinya ceria
Bertemankan buminya yang setia

Ahad, 27 Mac 2011

Memori di KELA memang manis

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji dan puja buat Dia Yang Maha Esa. Menyintai setiap hamba dengan segenap cinta dan kasih sayang-Mu. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulilah, berakhir dan terlaksana juga hajat kami untuk berprogram dan meluangkan masa-masa akhir kami bersama-sama. Program kami telah selamat dilaksanakan sepanjang 21-24 Mac yang lalu. Perkhemahan ni sememangnya santai, mencabar, lasak, dan semestinya terselit 1001 kenangan yang mengharumkan lagi ukhwah antara kami.

21/03/11 - Kami berkumpul di perkarangan fakulti sambil menanti bas dengan penuh sabar (^_^). Kami bertiga keluar awal pagi itu. Lebih awal dari yang lain-lain kerana menguruskan beberapa hal sebelum meninggalkan kampus untuk 4 hari ini. Dan sebenarnya, kami orang pertama mengangkut beg-beg comel kami ke sana hihi...Semangat tak? Tak lama kemudian, muncul sahabat-sahabat dari kolej lain membawa beg masing-masing. Teruja pula melihat suasana sebegini. Semestinya ini akan menjadi kenang-kenangan. Di wajah setiap kami penuh dengan keterujaan, tak sabar rasanya ingin bersua KELA yang disebut-sebutkan. hihi.

Bila nampak sahaja kelibat bas-bas yang akan menghantar kami ke sana telah tiba. Keterujaan semakin menjadi-jadi (^_^). Jadi, kami segera memenuhkan seat setiap bas. Dr. Saemah sempat mengucapkan selamat jalan buat kami semua di setiap bas. Persis ibu yang ingin menghantar anak-anaknya (^_^). Beberapa orang pensyarah turut mengiringi kami ke KELA. Di sepanjang perjalanan, bas yang saya naiki sememamngnya riuh dengan gelak tawa dan gurau senda. Berhenti sebentar, untuk makan kemudian meneruskan lagi perjalanan kami.

Akhirnya, bas berhenti di destinasi yang di tuju. Langit mendung dan hujan renyai-renyai menyambut kehadiran kami semua. Kami turun meredah hujan dan mengangkat beg-beg kami menuju ke laman kem. Sungguh menyentuh rasa, bila pemilik tempat ini menyambut kami dengan penuh mesra. Membahasakan dirinya pakcik dan seorang lagi sebagai abah telah cukup membuatkanku sebak. Terus ingat abah kat rumah, kecomelan dan keramahan yang sama! (^_^). Kemudian, kami diagih-agihkan ke penginapan buloh yang sangat comel (^_^) Bukan tidak mahu menginap di khemah, tapi menurut pakcik dan abah, cuaca yang tidak menentu ini menuntut kami menginap di rumah-rumah buloh sedia ada atas faktor-faktor keselamatan.

Aktiviti kami pada hari pertama tidak begitu padat kerana waktu kami tiba, masa sudah menginjak petang. Cuma malam itu, kami beramai-ramai ber "night walk" bersama-sama. Seronok! Dan sememangnya menguji keyakinan dan ketajaman setiap deria di malam yang sunyi! hehe...Memang ini bukan yang pertama kali ber "night walk"..Tapi keterujaan bersama sahabat-sahabat PIPAQ ini yang membuatkan ianya lain dari yang lain. Malam itu, kami berlima baru sahaja terlelap, tiba-tiba kak ida bangun! Ada katakkkk....Pukul 2 pagi, kami meminta bantuan, sebab katak tu menyorok kat celah buloh, tak mau keluar..huhu....

22/03/11 - Usai solat subuh, kami semua bersiap-siap untuk senaman pagi dan bersarapan. Kami di asingkan kepada 2 kumpulan. Kump A & B. Kump A akan jungle treking dan Kump B akan berakit! Oh, teruja! hehe....Tergolong dalam kump A, maka berjalanlah menuju ke kawasan hutan tebal itu. Cabaran pertama adalah, meredah sungai yang deras airnya! Tiba-tiba, terimbas kenangan berkhemah di Sekakap, Mersing ketika di tingkatan 5 dulu...aku hampir lemas di permainkan ombak yang tidak berombak! Hehe...Maksudnya aku fobia, ok? hehe....Aku antara orang first meredah sungai, dan...........aku.............hanyut.............dan telah menghanyutkan yang lain! >__< ....Perjalanan di teruskan, sememangnya hutan itu tebal dan mencabar...lerengnya yang curam, tebingnya yang licin...dan..pacatnya yang comel! Hehe...Dan....Seronok!!! Di penghujung trek, kami sempat melambai-lambai sahabat-sahabat dari kump B yang sedang berakit....wajah mereka masing-masing sedang keletihan bergempur dengan air deras....oh....

Sesi petang, kami kedua-dua kump bergabung untuk aktiviti tali dan flying fox! Ini adalah acara favourite ku!!! (^_^) Sahabat-sahabat muslimin mendahului, kemudian kami yang muslimat...wah, ternyata sangat best! Dan di tali terakhir, ada memori lucu bersama-sama ummu solehah! heeeee (^_^)....Malam itu, kami duduk dalam 6 kump kecil...dan aktiviti yang enjoy! (^_^) Malam itu, kak ida tolong double cek katak masih ada atau tidak....setakat ini dia tidak memunculkan diri....hihi

22/03/11 - Usai solat subuh....kami bersiap-siap untuk bersenaman pagi dan bersarapan...Oh, senaman pagi itu sangat happening! Pakcik sangat bersemangat mengetuai, belum pernah diri ini rasa begitu happy selepas bersenam pagi! hehe...Ok, pagi itu, kump B pula akan berakit! Oleh kerana fobia...maka aku terlepas pengalaman berakit....maka, next time kena lebih berani untuk main air ok? (^_^)....

Petang itu, kami duduk lagi dalam 6 kump kecil untuk membuat persiapan malam persembahan. Dan, watak bunga kantan akan di lakonkan malam itu....Dari awal latihan hinggalah reheasal....perasaan nak berlakon tu masih cool lagi...tiba di pentas persembahan...masih ok....sedangku menjadi bunga kantan...tiba-tiba mata terpandangkan....(rahsia)....oh....hati jadi sangat malu ....>_<...Malam itu, tidur dengan nyenyaknya...bermimpikan "putera katak"....hehe

24/03/11 - Usai solat subuh....kami bersiap-siap untuk bersenaman pagi bersama-sama sahabat kami yang PALAPES...tiba-tiba...ternampak ada makhluk bergerak-gerak..rupa-rupanya, malam tadi katak memang menemani aku tidur...ohh..>_<....Selapas bersarapan, kami belajar memasang dan membuka khemah dari abah....senang aje rupanya...kemudian, kami semua bersukaneka....enjoy.....dan meriah!! hehe...Setelah acara kami selelsai, abah minta kami berkumpul...dia ajar kami main satu game...memang lintang pukang lah masing-masing menyelamatkan diri! " Hari-hari! Latihan Jasmani!~~~~~~" Rindu abah KELA!.....plus main belon dan kutip telur itik, terduduk juga lah bila dirempuh masa kutip "telur itik" tuuu...(^_^)

Petang itu, bersiap-siap untuk sesi perasmian penutup....ada yang rebut peluang terakhir sebelum pulang untuk mandi sungai sekali lagi....Di penghujung majlis penutup...suasana tiba-tiba jadi sayu, sebak..terkenang-kenang di sepanjang perjalanan program ini...nyaris-nyaris dibatalkan..tapi berkat kesungguhan Tuan KP yang tak kenal erti lelah dan jemu..maka berkesempatan jua kami merasai manisnya ukhwah bersama-sama di KELA ini...



kenangan segar dalam ingatan
buat titipan di kala berjauhan

Sabtu, 19 Mac 2011

Dalam diam mu


Diammu itu
Banyak mengajarku

Erti sebuah jujur yang indah
Erti sebuah akur yang ramah
Erti sebuah santun yang mahabbah

Diammu itu
Telah memberi tarbiyah buatku dengan sabar
Lantas jentera iman diperbaiki
Baruku sedar terangnya mata hati

Bahawa sebuah ikhlas itu hanya dari Ilahi
Bahawa ia sebuah ikrar yang ingin kau tepati
Demi tingginya cintamu pada-Nya Yang Maha Memerhati

Sebenarnya,
Dalam diammu itu

Baruku tahu

Memori ini terlalu manis


memori ini hakikatnya terlalu manis
biar sebenarnya sedang nampak seperti tragis
namun masih kita bersama cuba tidak mengguris
mungkin kerana ia bakal menjadi terlalu manis

satu masa nanti
ia akan terlalu manis untuk dikenang
satu masa nanti
ia akan terlalu manis untuk dirindu

cuma tinggal hanya beberapa waktu
saat memori ini bakal habis

memori ini
mungkin lakarannya tidak seindah yang lain
tapi ku percaya masih wujud di hujung rasa setiap kita
bahawa ukhwah ini sememangnya manis

cuma tinggal hanya beberapa waktu
saat memori ini bakal habis

ku mohon pada-Nya
Yang Memiliki Segala cinta
agar menyatukan hati setiap kita dengan cinta-Nya
meski cuma tinggal beberapa waktu bersama

moga Dia Yang Esa
meleraikan rasa sangsi di jiwa
mengeratkan simpulan yang telah sedia ada
agar memori ini bisa menjadi manis dalam redha-Nya


p/s : Lusa akan menghadirkan diri ke Pahang, berkhemah bersama-sama. Ya Rabb, himpunkanlah kami dalam rahmat dan kasih sayang-Mu. Satukanlah hati-hati kami dalam cinta-Mu. Eratkanlah ukhwah antara kami meski mungkin tidak lagi akan bertemu

Selasa, 15 Mac 2011

Bagaimana kita nanti?

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji dan puja buat-Nya Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Memberi cinta dan bahagia buat setiap makhluk-Nya. Selawat dan salam buat yang dirindui, Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulilah, selamat sudah perjalanan saya dari kampung halaman (^_^). Urusan yang hendak diuruskan telah pun selamat diurus. Moga bahagialah adinda ku di sana, manfaatkan sebaiknya..hihi...

Pada mulanya, entri ini bagai hendak dibiarkan sahaja berlegar di minda. Tapi, bila difikir-fikirkan kembali, mungkin ada juga manfaatnya jika dikongsi disini bersama kalian (^_^). Moga-moga ada manfaat dan tanbih buat diri ini dan kalian yang berziarah.

Jumaat lalu, kita sama-sama dikejutkan dengan berita episod badai Tsunami yang melanda negara matahari terbit. Semasa dalam perjalanan menuju ke terminal 2 Sabtu lepas sempat juga saya bertanyakan pandangan pakcik teksi yang membawa saya ke sana. Dia juga turut gusar..Ya begitulah..walaupun ia bukan berlaku di halaman kita, namun kesedaran turut menyuntik jiwa yang serba alpa ini. Bagaimana kita nanti? Bersediakah kita bertemu-Nya?

Perjalanan diteruskan lagi, menanti bas yang akan membawa ke destinasi. Ku cuba melihat ruangan itu semahunya. Barangkali ini kali yang terakhir ku jejakkan kaki ke sini selaku siswi yang rindukan kampung halaman. Al-maklumlah, sudah 3 minggu berturut-turut pulang. Tambahan pula minggu hadapan terlibat dengan camping bersama-sama teman sekampus tercinta. Dan kemudiannya, sudah mula sibuk dengan peperiksaan akhir. Kemungkinan besar jika ku jejakkan kaki ke ruangan itu lagi di masa depan hanya sekadar ingin ke mydin yang bakal beroperai tak lama lagi. (^_^) Bercampur baur perasaan...semua ini akan jadi kenang-kenangan di masa depan. (^_^)

Jam menunjukkan sekitar 3.30 petang. Abah masih belum sampai. Ada urusan yang perlu disudahkan terlebih dulu. Sementara menunggu abah tiba, suka ku tanya pada diri. "Apa kata Segamat tentang diri ini?"... sambil melihat gelagat mereka yang ada di sekeliling. Lama ku duduk merenung bandar tarbiyah ini dari sudut mata hatiku. Tiba-tiba duduk di sebelahku seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan sekitar 3 tahun. Persepsi pertama, ku menyangkakan mereka pasangan kakak dan adik. Namun, setelah mendengar pekikkan anak kecil tadi yang memanggil wanita tadi mammy barulah ku tahu rupa-rupanya mereka pasangan ibu dan anak...Sebenarnya, ada sesuatu yang ku lihat di sebalik redup pandangan wanita tadi. Dia melihat ke arahku, bagai ingin diluahkan sesuatu. Tetapi, pandangannya yang tajam itu hanya mati di situ. Sepi....

Tiba-tiba, adinda call...ada sesuatu yang mahu di pesannya. Maka, ku bingkas bangun dari tempat duduk tadi dan menjengah ke kedai yang dimaksudkan. Malangnya, sudah tidak beroperasi...sedikit kecewa adindaku di hujung talian sana...Kemudian, ku kembali duduk di tempat tadi. Sedikit terkejut bila wanita tadi tergesa-gesa bangun meninggalkan puterinya sendirian di tempat menunggu bas itu. Cuak juga rasanya, manalah tahu puteri tadi akan di tinggalkan terus di situ! Puterinya terus-terusan memekik memanggil ibunya. Sedikit lega bila melihat wanita tadi cuma mahu ke gerai di seberang jalan sana. Namun ku terkesima bila dia kembali bersama-sama sebatang rokok di bibirnya. Dan, meminta anak kecil tadi bersama-samanya membantu memetik pemetik api buat dirinya! Oh.....(T___T)..

Ku cuba sekali lagi, ku lihat pandangan matanya bagai resah. Dia juga turut memekik-mekik bila bercakap-cakap dengan puterinya. Kasihan ku lihat anak itu, mungkin bagi dirinya memekik-mekik itu biasa...kerana telah dibiasakan begitu. Terfikir seketika, bagaimanakah nantinya? Ku doakan moga-moga puterinya tidak membalas pekikan ibunya itu di hari dewasanya kelak. Ku lihat terus ke mata anak kecil itu. Ia bagai sebiji gelas yang sedang dipegang oleh seseorang yang sangat kehausan. Yang sangat menantikan sebuah kasih dan sayang memenuhi segenap gelas yang kekosongan itu.


Hampir pukul 4 petang, Alhamdulilah abah sudah tiba. Sempat juga singgah sekejap membeli di pasar malam bandar. Angin tiba-tiba kuat! Nyaris-nyaris gerai yang ada di situ di terbangkan angin. Mujur peniaga sempat berpaut pada tiangnya. Kembali teringat nasib yang menimpa mereka yang berada di Jepun.

Tiba saja di rumah, terdengar kecoh dari rumah tetangga. Mak dan adik kata, tadi sebelum aku tiba ke rumah....jiran di hadapan rumahku tergesa-gesa membawa puteranya yang baru berusia 9 bulan ke hospital. Khabarnya agak kecoh, dan ada yang terdengar jiranku itu mengulang beberapa kali memanggil puteranya yang sudah senyap...Belum sempat bercerita panjang, tiba-tiba terlihat saudara mara jiranku sudah memasang payung besar di hadapan rumahnya. Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya jua kita kembali. Putera jiranku baru sahaja pergi meninggalkan semua yang menyayanginya demi menyahut cinta Ilahi yang lebih menyayanginya.

Semasa majlis tahlil diadakan, ku lihat wajahnya penuh redha mengiringi pemergian satu-satunya permata hatinya itu. Alhamdulilah, moga dia terus kuat menghadapi kehilangan ini dan moga-moga Allah gantikan sesuatu yang lebih baik buat dirinya di masa depan. Kini, hanya photo-photo kenangan puteranya yang ada...anak itu sebenarnya menghidap jantung berlubang sejak lahir. Keluarganya merancang untuk membawanya menjalani pembedahan pada minggu depan...namun kita cuma manusia yang mampu merancang. Tetapi ketetapan-Nya adalah yang pasti dan yang terbaik buat setiap hamba-Nya.




Jadi, bagaimana kita hari ini? Dan bagaimana pula kita nantinya? Sudahkah kita menghargai setiap insan yang Allah pinjamkan kepada kita? Sudahkah kita laksanakan setiap amanah Ilahi? Sayangkah kita pada setiap apa yang diberi oleh Dia Yang Maha Memberi? Bagaimana kita ekspresi kasih sayang Ilahi buat setiap insan di sekeliling kita? Sesungguhnya, bila tiba hari yang dijanjikan itu...penyesalan sudah tidak mampu mengembalikan ruang dan peluang yang telah dibentang luas oleh-Nya...Seperti yang telah dirakamkan melalui Firman-Nya dari surah 'Abasa :

"Maka apabila datang suara yang memekakkan, pada hari itu manusia lari dari saudaranya, dan dari ibu bapanya, dan dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya. Pada hari itu ada wajah-wajah yang berseri-berseri, tertawa dan gembira ria, dan pada hari itu ada (pula) wajah-wajah yang tertutup debu (suram), tertutup oleh kegelapan (ditimpa kehinaan dan kesusahan)" [surah 'Abasa : 33-41]


Mari kita penuhi rasa dengan keinsafan, marilah kita sama-sama kembali kepada cinta-Nya. Sesungguhnya hari kiamat itu benar, dan akan menemui manusia. Peringatan demi peringatan Allah sampaikan buat semua makhluk-Nya. Semailah kasih sayang seeratnya demi cinta kita pada-Nya. Hargailah semua pinjaman dari-Nya buat kita. Moga saat di ambil kembali pinjaman itu kelak oleh Dia Yang Maha Memiliki, telah kita laksanakan amanah itu dengan sebaik mungkin. Perlindungan Allah adalah sebaik-baik perlindungan...Allahuakbar.

Jumaat, 11 Mac 2011

Sedang Bahagia?

Assalamualaikum w.b.t

Sujud dan segala puji buat Pemilik Segenap Kebahagiaan. Hanya Dia Yang Esa. Yang Memiliki langit dan bumi, juga setiap yang berada antara keduanya. Selawat dan salam buat tauladan ummat, Nabi Muhammad s.a.w.

Jam menunjukkan pukul 1.45 pagi..Maka selamat pagi (^_^)..Moga yang sudah lena, lenanya penuh ketenangan. Dan yang masih berjaga, manfaatkan ia dengan dedikasi cinta buat-Nya (^_^)..

Tersenyum-senyum sendirian. Sedang berbahagia? Bahagia yang bagaimanakah yang dikatakan bahagia? Adakah kerana telah dipertemukan jodoh dengan kekasih halal itu sudah dikatakan bahagia? Rata-rata jika diajukan perihal bahagia, ini lah skop yang gemar dipanjang dan dilebarkan cerita. Andai sudah termetrai janji, setia bersaksi antara dua hati. Itukah bahagia yang diimpi, walau bukan milik hakiki. Cukup? Itukah bahagiamu? Sekadar itu?

Jangan disalah tanggap pada hakikat sebuah bahagia. Terkadang, kerana terlalu pesona pada indahnya cinta makhluk....cinta pada Pencipta nyaris di sorok..........jauh..............dari sudut hati....Cita-cita yang ingin digapai bukanlah hanya sekadar ingin menjadi seorang suami soleh mahupun isteri yang solehah. Bahkan, letakkanlah cita-cita untuk menjadi hamba yang tetap taat pada Dia Yang Maha Kuasa dan Bijaksana sebagai yang pertama, bercita-cita pula menjadi ahli dari ummat Nabi Muhammad s.a.w yang paling setia, juga bercita-cita menjadi seorang anak yang teguh taat pada kedua ibu bapa yang taat pada-Nya. Namun awas! Jangan pula kemudiannya dibiar cita-cita tinggal sepi tak dilaksana.

Bahagia bukan sekadar pada cinta makhluk semata-mata. Skop bahagia itu terlalu luas. Seluas Rahmat dan kasih sayang-Nya (^_^) Masih dikurnia nikmat iman dan Islam itu juga suatu bahagia. Masih mampu tersenyum bersulam sabar meski di himpit mehnah duniawi itu juga sebuah bahagia. Masih terus gigih mencurahkan tenaga mengutip setiap ilmu-ilmu dari-Nya tanpa merasa lelah dan goyah itu juga suatu bahagia. Masih bersemangat menjalani hidup, meski kudrat diri tidak segagah insan lain itu juga suatu bahagia. Masih dikurniakan hela nafas tanpa pernah berhenti ini juga suatu bahagia! (^_^) Lihat? Terlalu banyak bahagia yang melingkari diri kita...setiap masa! sentiasa! (^_^)



Mari! Kita lihat pula bahagia yang lebih hakiki dari yang ada kini.

"Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang agung" [al-Buruj : 11]


Sabda Rasulullah s.a.w :

"Keaadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu, apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya." [Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a]




Oleh itu, sudahkah anda merasa bahagia walau belum dipertemukan dengan kekasih halal yang dinanti? Jawapannya: "Daku sedang bahagia, dan sentiasa bahagia!" (^_^) yakin itu! Terima kasih Allah..Allahuakbar!

Andai ini tidurku yang terakhir, ketahuilah bahawa ku bahagia kamu sama-sama saling memimpin hati kita untuk sentiasa merasa bahagia atas setiap cinta-Nya buat kita semua (^_^)

Khamis, 10 Mac 2011

H.A.T.I

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah. Yang Memberikan nikmat iman dan Islam buat kita. Alhamdulilah. Selawat dan salam buat pemimpin terulung, Nabi Muhammad s.a.w.

Mari, saya ingin kongsikan satu bingkisan indah dari ayat-ayat cinta Ilahi. Yang saya pinjam dari solusi isu ke 4 (^_^)





HATI YANG SEDAR

"Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya" [surah Qaf : 37]

Ya Allah, kurniakan kepadaku HATI seperti ini....


HATI YANG BERSIH

"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." [surah al-Syams :9]

HATI YANG LURUS

"(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya." [surah 'Ali-Imran : 8]



namun, peliharalah daku dari HATI yang ini ....



HATI YANG TERHIJAB

"Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak)." [surah al-An'am : 25]

p/s : Jom kita kumpul solusi dari isu 1 sehingga yang terkini (^_^)



Isnin, 7 Mac 2011

Melamar redha-Mu

Destinasi Cinta-Mestica

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan


Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)


Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku Ya Allah




Ahad, 6 Mac 2011

"Asam Pedas?"

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah Yang sentiasa memberikan kita ruang dan peluang untuk memperbaiki diri. Lantaran lalai dan alpanya diri pada duniawi. Selawat dan salam buat baginda yang di rindui mukmin.


----------
baru pulang dari mengambil gaji
kemudian makan tengah hari
kemudian menuju ke destinasi
untuk siapkan assignment yang berbaki

tiba-tiba
mata terpaku membaca teks di skrin
tubuh menggeletar
menggeletar kuat
Istighfar menenangkan diri

bingung meletakkan diri di situasi yang mana
sebagai yang bersalah atau yang dipersalahkan

sebak menyelubungi
tapi tak ku izinkan air mata mengalir utk ini

sampai hati
(T_T)
-----------

Kebetulan esoknya ingin pulang ke pangkuan bonda dan ayahanda. Menggambil kesempatan melerai pintalan kebingungan yang tersimpul padu, tepu.

Stesen komuter - Lengang, lapang. Telah tiba yang di tunggu, mencari seat untuk ke destinasi yang di tuju. Komuter meneruskan perjalanan, tapi perasaan di rasakan bagai entah ke mana. Alhamdulilah, selamat sampai ke stesen terakhir. Juga lengang. Tergesa-gesa menuju ke ruang menunggu teksi. Walhal masih ada baki 4 jam sebelum bas tiba di terminal. Tidak apa, janji sudah ada di terminal. Menunggu di sana lebih baik dari menunggu di sini. Alhamdulilah, dapat juga teksi.

"Assalamualaikum" Pakcik teksi menyapa.

"Wa'alaikumussalam" Jawabku.

"Kita nak ke mana ni nak?" Pakcik teksi bertanya lagi.

"Ke terminal 2 pakcik" Jawabku.

Pakcik meneruskan pemanduannya. Selang beberapa minit dia bertanya lagi.

"Nak balik ke mana nak?" Soalnya.

"Ke Segamat" Jawabku ringkas.

"Oh, Segamat. Selalunya kalau nak balik Segamat ni masih belajar. Belajar di mana nak? U**?" Dia menyoal inginkan kepastian.

"Ya" Jawabku ringkas.

"Balik bertunang ke? Atau saja-saja nak ziarah mak ayah? Dia bertanya lagi.

"Eh, tak lah. Saya balik, sebab nak hadirkan diri majlis walimah kawan saya esok. Sambil tu dapatlah jumpa mak dan abah." Jawabku sambil tertawa lucu.

Suasana kembali senyap. Hanya untuk beberapa minit.

"Segamat kena banjir teruk ya?" Dia bertanya lagi.

"A'ah, agak teruk juga. Lebih teruk dari yang sebelumnya. Alhamdulilah, rumah saya tak apa-apa" Cuba memberi jawapan lebih panjang, berbanding soalan yang tadi-tadi.

"Ambil kos apa nak?" Dia masih ingin berbual.

"Pendidikan" Jawabku kembali ringkas.

"Oh, mmm..kenapa tak ambil bidang kedoktoran?"Pakcik terus menyoal.

"Sebab saya minat jadi guru, lagipun..sebenarnya tidak kisah jadi apa pun. Asalkan pekerjaan itu halal" Jelasku.

"Tiket bas pukul berapa?" Dia bertanya lagi tanpa jemu.

"Pukul 3.30 ptg pakcik" Jawabku ringkas.

Tiba-tiba dia diam. Hatiku sudah mula bimbang. Cepatlah teksi ini tiba ke terminal 2. Risau pula tiba-tiba. Pakcik ini kemudiannya melihat ke arahku sambil bertanya dengan nada bersahaja.

"Kalau pakcik ambil anak jadi menantu pakcik boleh?"

Tak mampu ku jawab pertanyaan yang satu ini. Hanya mampu tertawa kecil, menghilangkan bimbang yang tersembunyi.

"Eh, pakcik tanya betul-betul ni. Emm...pandai masak asam pedas tak?" Dia bertanya lagi, kali ini lebih serius.

Asam pedas? Hati sempat bertanya diri, mengapakah asam pedas juga jadi menu pilihan untuk di jadikan soalan?

"Lain orang lain citarasanya. Saya tak berani cakap saya pandai. Sebab, kadang-kadang di tekak orang lain rasa sedap. Di tekak yang lainnya rasa kurang pula. Ada yang suka letak nenas, ada yang suka pekat. Maklumlah, masing-masing kan ada selera bonda masing-masing" Hati kecil agak gembira sebab terminal 2 sudah di depan mata.

"Yeke? Pakcik rasa semua asam pedas sedap je" Dia seakan bingung.

"Saya rasa saya pernah naik lah teksi pakcik ni". Tambahku lagi, tanpa menjawab kebingungan pakcik itu. Sambil mata mengerling nama pakcik ini di kad pengenalan dirinya.

"Ha, kalau macam tu lain kali nak naik...naik teksi pakcik lagi ya?" Dia mempelawa.

"Berapa pakcik?" Soalku.

"6 Ringgit nak" Dia menjawab ringkas.

Aku mengeluarkan beg duit. Membuka isinya, ingin mengeluarkan duit. Terpapar pula gambar bonda dan ayahandaku di situ. Kemudian dia sempat lagi bertanya.

"Ini gambar ayah ya?" Inginkan kepastian.

"Ya pakcik, terima kasih ya pakcik sebab hantar saya" Ucapku tanda penghargaan kerna dia hanya sekadar bertanya, dan menghantarku dengan selamat.

Kaki melangkah menuju ke tingkat atas terminal. Terasa lucu pula kejadian tadi. Gara-gara pakcik tadi bertanyakan menu asam pedas, secara tidak sedar kebingunganku yang sejak semalam itu sudah mula longgar. (^_^) Alhamdulilah, sudah ada pendirian yang menetap di hati.(^_^)

Untuk mengisi masa yang masih banyak bakinya, membaca sesuatu bahan dapat juga manfaatnya. Berbekalkan solusi isu 28 & 29, ku cuba rungkai kebingungan yang sudah mula longgar. Terpandang pula terjemahan ayat dari surah al-Anfal.

"Jika kamu membelanjakan segala yang ada di bumi ini, nescaya kamu tidak akan dapat menjinakkan hati manusia. Tetapi Allah jualah yang menjinakkan hati antara hati-hati mereka" [Surah al-Anfal : 63]

Nah, jalan sudah ada di depan mata. Terima kasih Ya Allah...kerana mengembalikan pasak hati ini. Duduk letak situasi telah ku hadamkan kembali. Hanya kata maaf pengganti diri. Juga menginsafi, dan menyesali. Peliharalah sillaturrahim ini Ya Rahman, hanya kasih sayang-Mu yang kami dambakan. Moga Yang Maha Memberi terus memimpin hati ini. Dari tersasar meraih cinta Ilahi. Ya Rabb, sungguh indah tarbiyah-Mu. Mampu ku ukir senyum, meski pedih masih menguntum.



p/s: Kerna ini bukan yang pertama kali menu asam pedas menjadi menu pilihan untuk di jadikan soalan (^_^)

Powered By Blogger