"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Selasa, 28 Julai 2009

Segalanya Milik Mu

Assalamualaikum w.b.t

Selawat dan salam buat junjungan tercinta, Muhammad Bin Abdullah.

Sebenarnya dari petang semalam ingin post entri baru, tapi jari jemari rasa ingin berehat sebentar. Hmmm...rata-rata IPTA telah di tutup gara-gara wabak H1N1 yang mencuri perhatian kita ketika ini. Aku dan sahabat-sahabat seperjuangan alhamdulilah, buat masa ni kami masih terlindung lagi. Harap-harap kampus induk ni tak dapat cuti awal macam IPTA yang lain. Amin Ya Rabb.

Hmmm....fokus aku untuk entri kali ni ialah tentang apa yang aku lalui sejak akhir-akhir ni. Banyak perkara-perkara yang agak memeranjatkan dan buat aku tersentak. Aku akui, bukan semua yg kita suka dan fikir ia baik buat diri kita akan terjadi dalam hidup kita. Sebab perkara-perkara yang kita kurang gemar atau kita fikir ia tak baik buat kita pun berlaku juga pada diri kita. Hakikatnya Allah lebih mengetahui di sebalik setiap sesuatu.

Aku selalu juga cakap dgn mak, kenapa kebanyakkan orang sekeliling aku menilai aku dari sudut yang lain dari yang aku gambarkan tentang diri aku. Sebab aku tahu banyak yang perlu di perbaiki lagi. Banyak lagi kekhilafan. Tapi bila aku fikir-fikirkan, Allah nak aku berubah jadi manusia yang lebih baik barangkali. Mak aku cakap, ambil apa yang orang nilai aku tu sebagai doa dan motivasi untuk jadi muslimah yang lebih baik.

Acapkali juga di fakulti atau semasa aku di kampus ni, ada insan yang benar-benar ingin mengenali aku. Dakwanya aku boleh beri nasihat untuk dirinya....Astaghfirullah......tersentak aku....walhal aku ni banyak kekhilafan......mana mungkin jadi pendorong buatnya. Atau mungkin cara aku menasihatinya? Entahlah, aku cuma mampu bermohon pada pemilik alam ini agar memelihara jiwa dan hatiku....aku tolak tepi semua fikiran-fikiran negatif. Aku akan cuba menjadikan setiap yang hadir dalam hidup aku sebagai yang terbaik buat diriku....

Dalam bermenung mempertimbangkan diri sendiri, aku terdengar lagu ini.....bait yang aku warnakan tu benar-benar memberi erti ke sanubari ini.


Segalanya Milik-Mu
Album :
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


kau yg menciptakn cinta
dan kau jua yg menghampar bahagia
di ribaanMu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan

kau yg mengutskn duka
dan engkaulh yg mengirimkn hampa
namun padaMu jua diadukn
merebahkn keresahan dan tangisan

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu tiap yg terbaik untukku
tak semuanya yg ku mahu...

munculah hangat nafas yg terhela
ada dingin saat menyebut namaMu
terarah segala ronda rasa
pada damainya dakapanMu (ya ALLAH)

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu disegenap ruang rasaku
telah kau titipkn kekuatan oh tuhan...

ulang*



p/s: aku ada meeting mlm ni.....salah 1 yg buat aku tersentak dan terkedu

Sabtu, 25 Julai 2009

jangan terpedaya dgn kemanisan

Assalamualaikum w.b.t

Selawat dan salam penuh kecintaan dan kerinduan buat kekasih kita Muhammad Rassullullah.

Dah lama tak mencoretkan sesuatu di sini, walhal ada 1001 perkara yang bermain di fikiran. Tapi aku memilih utk menyelesaikannya dalam strategi "mempertimbangkan secara rasional".huhu...Adik-adik 1 rumah asyik tertanya-tanya je (melalui ekspresi muka mereka)hehe. Yelah, selama ni...sebelum-sebelum ni...aku ceria je, buat lawak.....berceloteh.....Ni tiba-tiba membisu....dengan 1000 bahasa hati.

Maaflah ye wahai adik-adikku..hehe. Bukan tak sudi berkongsi cerita. Tapi setelah di renung dalam-dalam....adik-adik berkemungkinan besar akan blur bila akak ceritakan kekusutan akak ni. Buat masa ni rakan berkongsi masalah yang paling memahami adalah bondaku. (^_^) Kerana dia sabar mendengar, dan sedaya mungkin memahami bait-bait permasalahan anak-anaknya.(^_^). Semoga 1 masa nanti aku pun mampu belajar resepi kesabarannya itu.

Apa yang dapat aku simpulkan tentang apa yang bersarang di benak fikiran aku sekarang ialah jangan mudah membuat keputusan. Sebelum sempat menganalisis peratusan baik dan buruknya. Jangan asyik TERPEDAYA dengan kemanisan. Kerana dalam manis itu ada juga yang memudaratkan diri kita. Jangan sampai tiba pula 1 tahap yang tak mengizinkan kita untuk merasa kemanisan sehingga terpaksa terus-terusan menelan kepahitan di kemudian hari nanti.

Mengadulah pada pemilik alam ini. Sesungguhnya akan ada lakaran senyuman buat golongan yang bersabar... Betul tak? (^_^)

Ya Rabbi, kasihanilah diri ini....suburkanlah CintaMU di segenap nadiku. Bimbinglah hati yang sentiasa berbolak balik ini Ya Rabb. Aku yakin dengan kehebatan Cintamu yang MAHA HEBAT.

Wallahualam

Ahad, 19 Julai 2009

hati tersenyum


menyelami rentetan hari yg begitu tenang
hati tersenyum
mensyukuri
ku tangisi
bernafas bersama cinta Yang Esa

akhirnya
telahku lepaskan ia pergi dengan redha
tanpa dia sedar
kerana
ku genggam cinta Ilahi
kudakap seerat nafas

berganjak lagi?
ku mohon Ya Rahman
jangan KAU biarkan terjadi lagi

hati tersenyum
kerana belajar erti bersabar
ujian adalah tarbiyah dari Allah

terima kasih Ya Rahim
membenarkan aku di sini lagi
menagih cinta nan satu
membuatkan hatiku tersenyum lagi

kembara yang masih berbaki ini
inginku dedikasikannya
untuk lebih mengenalMU
menjerit tak semestinya tahu
berdiam tak bermakna dungu

cintaMU berbisik ke segenap saraf
sebati

Alhamdulillahi ala kulli hal
Waastaghfirullahi min kulli zanbi

Wallahualam

Jumaat, 17 Julai 2009

RAHMAT UJIAN

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Selasa, 14 Julai 2009

ini bukan rekaan, tapi kenyataan

Assalamualaikum...

Selawat dan salam buat kekasih hati yang dirindui Muhammad Bin Abdullah.

Alhamdulillah...masalah yang aku utarakan dlm entri malam tadi sudah aku rungkai kekusutannya. Lepas dapat penjelasan dari mak. Baru aku yakin dan dapat menarik nafas lega yang adik aku akan baik-baik saja di tempat barunya. Aku percaya dgn kata hati seorang ibu.

Mungkin kerana aku ni tak setabah adik. Lekas benar buat konklusi..wahai diri!!!! think positif!!!

Tapi aku kekal TAK BERKENAN DGN SI PENINDAS ITU!!! Semoga akan ketemu jalan yang benar buatnya 1 hari nanti..belajar sikit cara beradab sesama insan.

Takpelah...mohon yang baik-baik saje lepas ni..dan semoga dipermudahkan urusan oleh ALLAH.Insyaallah.

Entri kali ni aku nak highline kan tentang couple.

Benar, ini bukan rekaan tetapi kenyataan. Bercouple bukan membawa bahagia hakiki. Tapi mengundang kepada tergadai body!

Marilah kita pulang ke pangkal jalan. Namun aku tak menyangkal bahawa setiap kita ada kisah-kisah tersendiri. Tak terlepas dari lalai, lupa dan lain-lain.

Akan tetapi, jika hari ini, bila kita lihat semula nilai yang ada pada diri...dan kemudian kita dapati ada yang perlu diperbetulkan...segeralah perbetulkan. Ayuh kita tinggalkan kehidupan bercouple.

Tapi mesti ada yang memprotes. kan?

Awas!!!

Ini juga merupakan amaran keras buat diri aku sendiri!.

Sesungguhnya, marilah kita buka mata hati kita dan mengakui bahawa bercouple ini menggelapkan hati, MENDEKATI ZINA!!! hati selalu gelisah...

Dalam kamu tidak sedar, Allah sedang menghukum hati kamu. Dengan mencintai kekasih melebihi mencintaiNya..Nilai malu akan semakin menghakis dari diri. dari hari ke hari.

Dalam tidak kau sedari, kau riak dengan apa yang kau ada. Dan sering rasa diri keseorangan terutamanya bila ada pergaduhan dengan sang kekasih.

Dalam kita tak sedari, kita lebih mengingati nama dan segala apa yang berkaitan dengan si dia berbanding nama-nama dan sifat-sifat Allah S.W.T

Sebaliknya, fitrah hati itu sendiri cenderung akan ketenangan....kedamaian....keredhaan dari Ilahi.





Jadi marilah kita kembali kepada fitrah, mengaku sahajalah bahawa cinta Allah sahaja yang benar-benar memberi kebahagiaan hakiki...carilah cinta dari insan-insan yang benar-benar mencintaiNYA....kerana redha Allah akan mengikat hubungan cinta sesama insan yang sebegitu..



Wallahualam..


kita 1 jasad

YA RAHMAN
YA RAHIM

YA ALLAH
YANG MAHA ADIL

Assalamualaikum....

Aku tak boleh nak lelapkan mata
Aku teringatkan adikku
Adikku satu2nya di dunia ini
Seibu Sebapa


ALLAH sedang menguji ketabahannya ketika ini
adik....
kakak mohon agar perit yang kau tanggung ketika ini
biar akak yang galas

YA RAHMAN

adik...kakak sayang sangat kamu
adik...kamu anggap saja "kita 1 jasad"

YA RAHMAN

berilah kekuatan dan kekentalan jiwa padanya
melangkah tabah
mengharungi dugaan yang maha hebat
demi mengapai cita2nya yang telah bulat dan sebati
di hatinya
jiwanya...

YA RAHMAN
hati hambamu ini
mohon dengan kebesaran kalamMU
moga imannya tak berganjak
dan terus berpasak
di paksiMU
yang penuh dengan kemanisan di hujung jalan sana

YA RAHMAN
YA RAHIM

semoga yang menindasmu
akan kembali pada JALAN ALLAH
moga yang menindasmu
sedar bahawa
tinggi rendah langit
luas tanah yang dia pijak ini
BUKAN MILIK SI PENINDAS!!!!!!!
PENINDAS DURJANA!!!!!

ALLAHUAKBAR!!!

Sabtu, 11 Julai 2009

bagai turun dari langit

Assalamualaikum..

Buat kekasih hati Muhammad Bin Abdullah...rasullullah yang di kasihi.

Di hari minggu sebegini keadaan di rumah ini sunyi sedikit. Kerana dua orang housemate tgh berehat...keletihan..Aku pula alhamdulillah...masih mampu menahan mata...lagipun aku takde apa-apa kelas hari ni..hari sabtu kebiasaannya hanya kelas ko-k. Dan aku dah selesaikannya semasa di tahun dua.

Seminggu sudah berlalu. Mungkin bagi yang lain tiada bezanya, tapi bagi aku....banyak yang berubah. Ku panjatkan kesyukuran tak terhingga.

Bagai ketenangan ini turun dari langit. Ya Allah...tetapkan lah jiwa ini atas ketenangan yang Kau pinjamkan ini Ya Rahman. Seakan ada satu kekuatan dalam sudut hati ini...dikelilingi insan-insan serumah yang amat menyejukkan mata dan mata hati.

Seolah dibukakan jalan seluasnya buatku untuk memilih mana sahaja jalan yang ingin diselusuri...damai...Puas ku nanti2 kan saat ini. Akhirnya, dengan izin Illahi....merasai biah solehah sebegini.

Makin ku lewati jalan itu, semakin jelas ku lihat celah-celahan di hati dhaif ini....semakin ku kenal kekurangan diri ini. Kekurangan yang mengajar aku erti untuk lebih mencari dan memperbaiki.

Ya Rabb....pimpinlah jiwa ini.....moga ketenangan ini akan singgah lama di pelabuhan hati. Istiqamah pula menyulami. Agar aku dapat merasai CINTA AGUNGMU YA RABB...bersemadi.

Insyaallah....semoga kita sentiasa berusaha ke arah kebaikan....

Wallahualam..


Jumaat, 10 Julai 2009

anak kecil yang takutkan api neraka

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Sumber : Kisah Teladan

Rabu, 8 Julai 2009

gastrik

Assalamualaikum

Hmm....sejak beberapa bulan kebelakangan ni, perut aku sensatif terhadap sesetengah menu makanan. Apatah lagi kalo terlewat makan.Dan ia agak mengganggu aktiviti harian contohnya tak dapat nak beri fokus yang lebih. Yang paling kritikal adalah pitam kat cafe..huhu..wat malu sungguh. Aku ada ambil inisiatif untuk elak perkara ni kerap berlaku dengan lebih berjaga-jaga dalam pemilihan manu makanan yang hendak diambil. Semua ni dugaan yang Allah beri. Aku kena cari juga jalan penyelesaiannya. Jangan berserah bulat-bulat. Berusaha!!!

So, aku ada terbaca satu artikel tentang gastrik dari satu laman web rasmi klik di sini.

Gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:

*
Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
*
Pengambilan alkohol yang berlebihan
*
Pengambilan kokain
*
Merokok
*
Stres
*
Gangguan autoimun
*
Penyakit crohn
*
Radiasi dan kemoterapi
*
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
*
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
*
Rembesan asid gastrik yang berlebihan
*
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
*
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.



Tip Sepanjang Bulan Puasa

*
Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan

* Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur

*
Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati

*
Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.

*
Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.

*
Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.

*
Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak

*
Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.

* Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.

*
Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

Isnin, 6 Julai 2009

janganlah berputus asa dengan hidup



Assalamualaikum....
Di ketika ini, kelihatan cuaca di luar begitu tenang, tidak panas dan tidak pula ada tanda-tanda hujan...redup sahaja...petang yang redup....membawa fikiran aku terbang melayang ke suatu ruang yang sekejap samar sekejap terang. Pitam? tak lah...hehe...

Tiba2 teringat satu ruangan di asrama puteri sekolah kesayanganku. Ruangan tu dulu tak pernah sunyi, tak tau lah sekarang. Ruangan yang aku maksudkan adalah bilik rawatan...tercatat di dindingnya peringatan buat tatapan penghuni2 sementara disitu. Kalau tak silap aku ada 4 buah katil. Sangat sunyi tatkala sahabat-sahabat lain menghadirkan diri ke bangunan sekolah. Kesuyian itulah yang membuatkan aku berulang-ulang kali membaca nukilan yang tertulis kemas hasil kreativiti penghuni asrama yang terdahulu.


Sihat sebelum sakit

Kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit

Muda sebelum tua

Hidup Sebelum mati


Begitulah keadaan orang2 yang rugi, menyesali kesempatan yang pernah bertandang di ruang mata tapi hanya membiarkan ia berlalu pergi begitu sahaja...

Ketika diuji dengan sakit, ketika itulah terbayang2 diruang mata alangkah nikmatnya diberi kesihatan yang baik...Tapi bila sihat, makan semahunya...mentang-mentang perut jarang protes...Di jalanraya pula memandu tak ingat tentang kepentingan dan keselamatan nyawa pemandu lain....Tapi kita selalu lupa.

Jika permulaannya adalah seorang yang bukan dikatakan kaya....alangkah teringinnya hati memiliki barang2 dan kelengkapan hidup yang diidam2kan....Namun, bila kaya....adakah sentiasa mengingati atau mengenangkan kesusahan dan kepayahan manusia lain berjuang hanya demi mencari sesuap nasi? Tapi kita selalu lupa

Sedang waktu di rasakan sangat lambat berlalu...kita sering hanya menikmati masa yang dirasakan seperti merangkak-rangkak minta di papah dengan hanya memandang dengan pandangan yang kosong...Walhal ketika dirasakan waktu itu amat terhad dan tercari2 waktu tambahan, jam di tangan kekal jua yang sama...24jam sehari...setiap hari memang begitulah peruntukan waktu yang dipinjamkan ALLAH pada setiap hambaNYA. Tapi kita selalu lupa.

Tatkala membelek wajah uzur di cermin sunyi...sentiasa terkenang-kenangkan masa-masa lalu yang sememangnya tidak akan kembali. Menyesali waktu muda yang terkurang itu dan ini. Terlupa mendidik di jiwa anak-anak agar saling menyayangi walau sedang mengecapi bahagia dengan keluarga masing-masing. Apa yang terpamer kini hanya isu ungkit mengungkit anak-anak kerana mahu mengelak menjaga ibu bapa yang telah uzur. Di wajah uzur itu sudah tidak mampu senyum mahupun menunjukkan riak marah. Hanya pasrah, melayan jiwa yang sedih. Tapi kita selalu lupa.

Mendengar orang2 disekeliling pergi buat selamanya tidak lagi mampu menggugat hati untuk turut merasai kematian.
Hanya sekadar dengar2, tapi tak berziarah ke laman rumah yang ditinggal pergi. Untuk dijadikan peringatan bahawa kematian itu pasti. Bila pintu kematian sudah diketuk kencang. Sudah tiada apa yang mampu menghalang...jemputlah kematian dengan jiwa yang tenang. Tapi kita selalu lupa.

Hakikatnya semua ini hanya pinjaman dari ALLAH buat kita. Kerana sehari yang ada di akhirat bersamaan 1000 tahun dunia. Berbekalkan kesempatan yang sememangnya cuma sebentar, marilah kita sama-sama ingat mengingatkan, berdamai dan berlumba-lumba mencari kebaikan.
Kerana hidup yang kekal hanya di alam sana. Janganlah berputus asa dengan hidup, sedangkan dunia adalah tempat utk kita mencari bekalan. Jangan kita lupa lagi.
Wallahualam.

Ahad, 5 Julai 2009

Semester baru bermula


Assalamualaikum....
Alhamdulilah, masih ada kesempatan yang Allah berikan pada aku untuk sambung pengajian. Baru je siap kemas barang2. Kali ni aku cuba kurangkan barang2...mungkin sekarang aku lebih senang untuk jadi sesimple yang mungkin. Aku nak betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.

Hari jumaat lepas, pegi jemput adik dari matrikulasi. Sebab dia dapat tawaran IPG. Aku pun tumpang suka, bila apa yang selama ni dia nak..akhirnya dapat. Isnin depan dia daftar...tapi macam tak dapat nak ikut je...sebab ada kuliah hari isnin...takpe lah...lain kali mungkin dapat ikut. Insyaallah...

Hmm..da lama betul tak buka laptop ni...saje je pasang2 lagu...tiba2 rasa dekat sangat hati dengan sebuah lagu nasyid ni. Lagu ni lagu lama...tapi...ntah.. aura lagu ni buatkan ati aku rasa semacam. Wallahualam...

MENITI MIMPI
Album : Cahya Ilahi
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Kau terdengar kicauan beburung
Yang menyanyi di dada pelangi
Kau menggapai awan dilangit memutih
Dirimu lebur dimamah mentari

Kau impikan harapan menggunung
Di lorong hanyir kehidupanmu
Kau hirup sari madu bunga beracun
Mewarnai dunia misteri mimpimu

Kau calari setangkai hati ibunda
Yang meniti di bilahan hari-hari
Kau hitamkan wajah ayahanda
Yang mengharapkan sinar kehidupan

Apalah yang hendak diharapkan lagi
Semua sudah jadi takpasti
Bangkitlah segera dari mimpi ngeri
Pulihkan kembali sebuah harga diri

Sinar hidupmu tiada nyalaan api
Berlabuhlah di muara ini
Pasrahkanlah hidupmu ke lorong ilahi
Di sana menanti syurga yang abadi
Di sana menanti syurga yang hakiki