"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 25 Disember 2013

Kini aku

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t
Tidakku pasti masih ada yang sudi berkongsi rasa di sini.

Untuk kesekian kalinya...

Aku seperti terdampar. Oh, atau lebih tepatnya sengaja membiarkan diri terdampar di suatu sudut pantai hati. Luas, mencari-cari diri.

Aku cuma aku tatkala rasa itu meresap dan menipu.
Aku cuma aku saat ku percaya kisah dongeng itu menjadi satu.
Aku cuma tinggal aku apabila hari demi hari aku mula merasai bahawa ia cuma angan impi.
Aku cuma kekal disini mendamparkan diri bila aku sedar ia kekal sebagai mimpi.

Ada saja 'kapal-kapal gah' yang berhenti ingin membawaku pergi jauh dari sayu dihati.
Aku kian membisu, membatu.
Tiada lagi harapan yang perluku lakar pada awan itu.
Yang aku tahu pada satu waktu bahawa aku perlu bangun dan berjalan di sepanjang pantai hati ini bertanya-tanyakan isi hati sendiri.

Ya, sehinggakan pada beberapa waktu terpaksaku berlari dengan laju.
Agar airmata ini tidak sempat menitis ke pipi.
Biar ia terbang pergi.
Allah, hanya pada-Mu hamba menyerahkan diri.


Alhamdulillah, Allah hadirkan dia.
Mengapa aku memilih untuk berlayar dengannya?
Tiada jawapan pasti.
Apa yang pasti, aku ingin menemui Allah dengan tenang dan sejahtera.
Hati ini memohon harap pada-Nya agar kami dapat bersatu dalam redha-Nya.
Lantas dengannya jua ku berpimpin di Jannah.
Meski ia bukan mudah.
Namun satu ku tahu bahawa mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis. 

1 ulasan:

Irtiyah berkata...

Salam
Sesungguhnya perjalanan yg Allah atur adalah rahsia. Suatu hari nanti dikau akan ketemu jawapanmu sendiri.

Namun, aku ada sekilas pandangan yg mungkin tidak sejernih kebenaran rahsiaNya. Namun aku sedikit faham kerana telah melalui walaupun jalan dan gelombangnya tak sama.

"Dirimu dan dia tiada beza. Kerana Allah telah berjanji.

Mungkin yg dikau belum ketemu bukan dirimu sepertinya, tapi dirinya yg sepertimu.

Selagi dikau berjalan mengharap redha Ilahi, dikau akan bahagia. Dan dia, akan kau syukuri lebih dari kapal2 gah itu.

Masanya sahaja yg akan tiba bila dikau cukup redha dan memahami dia.

In Shaa Allah.
Ku iringimu pelayaran kalian dengan doa dan restu. Berbahagialah. Percaya sahaja pada Allah. Selebihnya kau akan bahagia.

Amin :)"

Powered By Blogger