"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 17 Mac 2010

dan masa terus berlalu

di sudut hati sarat dengan rasa

dan masa terus berlalu
di saat hati lain terbuai bahagia
ada dua rasa yang menyelubungi sanubari

masa ku hampir suntuk di sisi kalian

rencanaMu yang paling sempurna buat hamba
mendidik jiwa untuk redha
agar redhaMu mengiringi hamba
cukup padaMu Ya Rabbi aku bergantung harap
tiada yang lain

biar sendiri



dan masa terus berlalu
hanya cintaMu
hanya cintaMu
hanya cintaMu
di hati hamba dhaif ini

menanti dan terus menanti
dengan sabar dan redha
dan masa terus berlalu


p/s: menanti hari sabtu. masih banyak tugasan yang belum selesai.semoga Allah permudahkan urusan hamba.


Jumaat, 12 Mac 2010

bernafas dalam jiwa hamba

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji pada Allah yang memiliki setiap sesuatu dan diri ini milikNya jua. Hamba dhaif ini kembali menagih cintaMu, terus menagih cintaMu tanpa jemu.

Selawat dan salam buat kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh keluarga baginda. Selamat dunia akhirat buat seluruh mukminin dan mukminat, yang tak pernah menyerah pada dunia serba sementara ini. Sebaik-baik kemenangan adalah beroleh syurga Allah. Subhanallah.




Kehidupan dunia ibarat ombak dan pantai. Biar bagaimanapun ombak dugaan yang mendatang menghempas pantai, pantai hati mukmin yang sabar tetap setia menerima hempasan tarbiyah dari Ilahi. Biar sakit, jatuh dan pedih. Tetap tabah menerimanya. Namun bukan menerima ia hanya sekadar hempasan ombak, malah menerimanya sebagai satu usaha untuk memperbaiki diri luar dan dalam. Apa tidaknya, setiap kali ombak menghempas pantai, pasti pasir berubah. Pasir itu umpama kematangan pantai menilai dunia. Dunia begitu penuh dengan bermacam-macam pilihan. Mengapa begitu setia pantai menerima tarbiyah ombak? Kerna bimbang akan hanyut ke lautan murka Ilahi. Tarbiyah ombak bagai kiriman bicara cinta dari Ilahi yang sentiasa memberi peluang buat hamba memperbaiki diri mencontohi akhlak kekasihNya.

Bersabarlah, ambil dugaan dan ujian yang Allah kirimkan buat kita sebagai medium untuk kita mematangkan diri dalam mengenal hakikat dunia yang sebenar. Jangan pernah menyerah diri pada dunia. Bertawakallah kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal. Berusaha mencari cintaNya, kerna hakikat sebenar-benar bahagia itu hanya ada pada cintaNya. Dirimu tidak akan pernah kecewa. Pasti Allah membalas cintamu (^_^)

Hamba ini serba dhaif, kerna sering buta menilai cintaMu. Semakin ku mendekatiMu, lebih dari itu Kau mendekati hatiku. Semakin ku mencuba mengenalMu, lebih dari itu Kau bentangkan bukti cintaMu pada hamba dhaif ini. Semakin ku cuba menghindar kemurkaanMu, lebih dari itu Kau pelihara hati ini dari memandang dan memikirkan dunia. Semakin ku cuba menangisi dosa dan noda lalu, lebih dari itu Kau bukakan jalan-jalan petunjuk dan cahaya menuju syurgaMu. Semakin ku cuba menginsafi kematian, lebih dari itu Kau terbitkan rasa rindu ku pada kedamaian syurgaMu. Semakin ku cuba redha menerima setiap rencanaMu, semakin Kau kirimkan insan-insan yang prihatin membina ukhwah atas jalanMu bersamaku. Walau menggunung dosa dan kehinaan yang diperbuat hamba dhaif ini, RahmatMu tetap melangit luas. Sungguh, Ya Allah hanya Kau yang layak hamba sembah dan taat. Sungguh, Kau Maha Penyayang dan Pengampun. Sungguh, hanya Allah Tuhan sekalian alam.

Ya Rahman, sungguh aku bimbang tenggelam dengan keriuhan dunia. Hanya padaMu tempat aku berlindung. Lindungilah hati ini dan hati mereka yang membaca dari syirik dan riyak. Andai satu masa Kau hadiahkan cinta insan pada hati ini, hadirkanlah insan itu sebagai seorang hambaMu yang amat cinta padaMu. Janganlah cintaku pada dia melebihi cintaku padaMu Ya Rahman. Tiada kemanisan seindah bercinta denganMu. Hadirkanlah dia sebagai pemandu untuku lebih mengenalMu. Kerana hidupku, matiku hanya untukMu Ya Rabbi. Bukan untuknya sedangkan dia juga makhluk sepertiku.

Begitu Kau Maha Bijaksana. Menciptakan dan menghadiahkan kami hati yang istimewa kejadiannya. Aku melihat hati itu begitu istimewa kerana hanya Dia yang mampu membaca bicara hati. Yang bahasa tuturnya amat sepi dari pendengaran manusia. Dari hati terbitnya iman, terbitnya cinta, terbitnya kasih sayang, terbitnya tawaduk, terbitnya ukhwah. Istimewanya hati, yang di ciptakanMu Ya Rabbi. Wahai diri, tuturkanlah bahasa hati paling indah buat Allah, yang Maha Mendengar. Setiap masa, dalam lena mahupun jaga. Tetap dan kekal hanya buat Yang Maha Esa.

Semoga kita saling sentiasa ingat mengingati, menjauhi segala penyakit hati, berusaha menjadi mukmin/mukminat yang soleh/solehah. Tiada yang terlambat selagi kiamat belum tiba. Taubatlah dengan sebenar-benar taubat. Sesungguhnya Allah suka pada hamba yang bertaubat padaNya. (^_^) Ayuh memperkemaskan jentera hati! Wallahualam.

p/s: sedang berusaha memperkemaskan tugasan agar tiada yang tertinggal.moga di beri kesihatan dan di permudahkan urusan untuk 2 hari kursus dan hari2 yang mendatang (^_^)

Sabtu, 27 Februari 2010

papa pada hari kiamat


Maksud hadith : " Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda : " Adakah kamu tahu siapakah orang papa pada hari Qiamat?''. Jawab Sahabat "orang yang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya". Baginda bersabda lagi : "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa, dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam, dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka bagi kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka". -riwayat muslim-



Assalamualaikum w.b.t

Segala puji buat Allah, Yang Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat Nabi yang dikasihi Muhammad Ya Rasulullah.

Mari kita sama-sama merenung intisari hadith ini. Peringatan buat diri ini dan buat yang membaca. Akhlak merupakan cermin peribadi mukmin. Ia perlu cemerlang seiring dengan pelaksanaan ibadah fardu. Kerana Islam itu syumul, merangkumi segenap aspek. Seorang muslim yang kaya di dunia dan di akhirat adalah yang menjadikan Islam sebagai panduan dalam membangunkan rohani dan fizikalnya.

Islam itu penuh dengan kasih sayang, mengajak seluruh manusia menjaga akhlak. Saling menjaga sillaturrahim berkata yang sopan dan beradab. Hatta kepada haiwan. Membuat kebaikan ibarat membuat tabungan akhirat. Jika kita bijak dan teliti menguruskan tabungan duniawi agar dapat menjamin keselesaan hidup, tidakkah kita juga perlu bijak dan teliti menguruskan amalan kebaikan sebagai tabungan akhirat yang kekal abadi?




Ayuh, kita saling menjaga. Jika diri ini lupa, kamu ingatkan. Dan begitu juga sebaliknya. Dengan izinNya, moga kita semua mengambil peringatan dan bertindak mulai sekarang. Agar kita tidak tergolong dalam kalangan manusia yang papa pada hari kiamat seperti yang diperingatkan oleh Nabi yang kita semua rindui. Nabi Muhammad S.A.W.

Ingat! bijak dan teliti!(^_^) Selamat menjalani hari yang mendatang dengan motivasi dari al-Quran dan Sunnah baginda. (^_^)


atas nama cinta


UNIC

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan

Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya

Andai murka-Nya menghukum leka


Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana

Moga dalam hitungan Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya

Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa


MyEm0.Com

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Jumaat, 26 Februari 2010

aku kembali (^_^)

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji buat pemilik alam Subhanallah. Allahuakbar!
Yang sentiasa melimpahkan kasih sayangNya. Walaupun hambaNya selalu lupa dan jauh dariNya. Namun bila hamba kembali merayu, menghitung dosa dan bertaubat, Kau tidak pernah mengecewakan hamba dhaif ini. Kau terus menerus membalas cinta hamba, tidak pernah Kau mendustakan cintaMu. Sesungguhnya Kau Maha Agung Ya Allah (T_____T).



Selawat dan salam buat pemberi syafaat buat kaumnya. Nabi Muhammad S.A.W. Dirimu kekasihNya, kau tidak pernah mementingkan diri. Hanya demi Allah dan Islam kau berbakti. Umat ini di akhir zaman ya Rasullullah. (T_______T) Moga kami tergolong di kalangan yang melestarikan sunnahmu. Menegakkan syariat yang di bawa olehmu. Dan menyayangimu sebagaimana kau menyayangi kami sebagai umatmu. Ya Habiballah.

Alhamdulilah, sudah sekian lama kondisi diri dan jiwa di bawah takat rebah! Semalam menangis teresak. Bagai pengakhir segalanya. Allah itu sememangnya Maha Pengasih. Tidak akan membiarkan hamba tersedu sendirian. Lantas Dia menghulurkan bicara cintaNya buat hamba dhaif ini.


"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman, kepada (hakikat) benda itu "Jadilah engkau!". maka ia terus menjadi". (Surah Yassin :82)


Nikmat JATUH pagi tadi aku dapat rasainya sebagai hikmah!(^_^) ermm, ye...jatuh di bilik air. sabun asbabnya. Tipu jika aku kata tak sakit. Memang sakit. Tapi beberapa jam selepas tu. Aku merasakan ada satu impak baru dalam jiwa. Alhamdulilah, dalam derita ada bahagia. (^_^) Aku sudah kembali pada 1 keyakinan, tekad! Semoga Allah permudahkan. InsyaAllah.

"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan) : "bahawa aku akan melakukan demikian itu nanti. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata) : " InsyaAllah". dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa, dan katakanlah : "mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".(Surah Kahfi : 23-24)


Aku kembali....tapi kembaliku kali ini bagai seorang musafir yang baru tiba di sebuah hentian asing. Hajatnya ingin singgah lama di hentian ini. Namun, perlu sedar diri bahawa hidup tidak bermakna jika tak memperbanyakkan ilmu dan amal. Justeru, musafir ini harus meneruskan rehlah hidupnya sambil tidak lupa mengutip segala hikmah di kiri dan kanannya. Jika merasa ini adalah bahagia, jangan leka. Terus berjalan lagi, siapa tahu ada yang lebih membahagiakan berkat usaha dan kesabaranmu di hadapan sana.(^_^)

"Dialah yang awal dan yang akhir dan yang zahir serta yang batin, Dialah Yang Amat Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (Surah al-Hadid : 3)

Hakikatnya Allah lebih tahu (^_^) Allahuakbar! Maha Suci Allah Yang Memiliki Setiap Sesuatu.

p/s : harap-harap tiada kecederaan dalaman.


Selasa, 23 Februari 2010

MENCARI !

mencari itu ada nilainya
mencari apa?
mencari redhaNya



bagaimana perluku mula?

mencari redhaNya
perlu dengan niat
yang membekas rasa merantai hati
untuk istiqamah cintakan Ilahi

kau mengaku syaitan itu musuhmu
namun
apa yang kau telah lakukan untuk memerangi musuhmu?
sejauhmana kau kotakan slogan itu?
wujudkah kesungguhan?
adakah kesungguhan itu kau genggam sampai nafas terhenti?

setiap yang punya matlamat
akan ada episod dan plot cerita yang tersendiri
pasti ada yang terduga darinya

jangan sekali-kali kau gadai prinsip agama hanya kerana dunia

usah lelah mencipta alasan
ciptalah perubahan

suatu hijrah diri menuju Jannah abadi


akal, hati, jiwa
tuluslah memanfaatkan fungsi setiapnya

asasnya masih yang itu
adakah kau mencari?
mencari redha Ilahi
untuk setiap langkah gembira dan duka
ketika berkelana
di sepanjang kehidupan yang serba sementara

wahai diriku yang dipinjamkan oleh Rabbku !
yang lesu dan selesa
dengan nikmat-nikmat dunia
ayuh bangkit MENCARI!
jangan terus-terusan membekukan akal
menggelapkan hati
merosakkan jiwa
ayuh mencari dan terus mencari

Jumaat, 12 Februari 2010

anemia


Assalamualaikum w.b.t.

Hanya kepada Allah yang layak kita sembah dan meminta pertolongan. Allahu Rabbi, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Pengasih, Allah Maha Pengampun. Moga kita sama-sama sentiasa bersyukur atas segala limpahan nikmat dariNya. Andai diuji, bersabarlah...Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar. Dunia hanya sementara, gunakanlah kesempatan waktu yang sementara ini sebaik yang mungkin. Agar kita bukan tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi di akhirat kelak.

Keadaan kampus Bangi sudah mulai lengang. Maklum saja cuti pertengahan semester baru bermula. Insyallah, andai di izinkan olehNya, esok saya, kak ida dan kak sue akan berangkat pulang. Dah lama benar tak menikmati udara Segamat. Moga ada hikmah di sebalik setiap ini. Selamat bercuti kawan-kawan, assignment jangan lupa siapkan ye! (^_^). Kali ini, saya ingin berkongsi berkaitan anemia yang kebanyakkan dari kita tak menyedarinya. Semoga sama-sama mendapat manfaatnya.


Apakah Anemia?


Ia adalah suatu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah di dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil haemoglobin. Anemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.


Penyebab anemia


  1. Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).
    • Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
    • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.

  1. Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum.

Ini mungkin disebabkan oleh :

    • Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
      • Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
      • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
    • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan.
    • Kekurangan hormone : Paras hormon tiroid rendah.
    • Kerosakan sum-sum : kanser darah, penyakit sum-sum.
    • Ganguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia.

  1. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan.

Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.

Jenis anemia yang biasa berlaku ialah :

    • Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
    • Talasemia.


Simptom dan Gejala

Ramai dewasa menghidapi anemia tanpa disedari.

Simptom termasuk :

  • Keletihan setiap masa.
  • Pening.
  • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
  • Kulit pucat.
  • Kadar denyutan jantung yang cepat.
  • Kurang daya ingatan.
  • Kehilangan berat badan.


Komplikasi


Anemia yang teruk boleh menyebabkan :

  • Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan.

Rawatan


Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan bergantung kepada jenis anemia yang dihadapi :

  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka seseorang itu perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil supplemen zat besi. Sila lihat Jadual 1 untuk kandungan zat besi dalam makanan.

Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :

  • Adalah disyorkan agar pil supplemen zat besi dimakan bersama dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
  • Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan usus perlu dirawat.


Jadual 1 : Kandungan zat besi dalam makanan

Makanan

Saiz Hidangan

Zat besi (mg)

Hati, Ayam

105g

12.8

Peha ayam

125g

1.0

Daging lembu tanpa lemak

268g

5.9

Hati, Lembu

124g

11.1

Tuna

90g

1.1

Kerang

86g (10 biji kerang)

2.0

Paru

92g

7.7

Bijiran yang diperkaya dengan 100% zat besi (coco crunches, cornflakes)

¾ cawan

18

Oatmeal

1 cawan

10

Tauhu

1/2 cawan

3.4

Kacang tanah

1 cawan

6.6

Bayam

½ cawan

3.2

Kismis

½ cawan

1.5

Roti

1 keping

0.9

Nasi

1 cawan

0.3

Pencegahan

Makan makanan seimbang setiap hari. (Piramid Makanan)


Semakan akhir : 28 April 2008

Sumber : klik di sini



p/s : Ya Allah, lindungilah kami dari putus asa (T_____T). Jun, hanya Allah mampu balas kebaikan Jun.('',)
Powered By Blogger