"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 30 Disember 2009

pagi yang bermotivasi

Assalamualaikum w.b.t

Sujud dan syukur buat Allah Taala atas segala yang dipinjamkan buat kita melihat, merasai dan menikmati keagunganNya. Lantas mengakui kehebatan Maha Bijaksana.

Selawat dan salam penuh kerinduan buat kekasih Allah yang tak pernah jemu mengajak umat manusia mengEsakan Allah Taala.

Merasakan sebuah kebahagiaan bila melalui sebuah pagi yang menyuntik segunung motivasi. Berusaha menjadikan minda bernada tenang berbalut perkara-perkara positif. Sudah semestinya pagi yang sebegini dimulai dengan memuji Ilahi. Kerana semua bahagia yang kita rasai ini, dariNya.




Berbaik sangkalah kepada Allah, andai banyak perkara yang menyesakkan benak fikiran. Berbaik sangkalah kepada Allah, andai banyak perkara yang seakan membangkitkan rasa takut untuk menghadapi hari esok. Berbaik sangkalah kepada Allah, andai masih ada keinginan di hati yang masih terhalang untuk dimiliki. Goncangkan hatimu, katakan pada diri "Yakinlah, percayalah yang Allah lebih tahu apa yang terbaik". Usah dicelarukan minda dengan segala persoalan yang sememangnya menjadi rahsiaNya.

Usah gopoh berbicara, pandukan nilai yang paling baik sebagai kayu ukur dalam berkata-kata. Jadilah orang yang banyak senyum dan berkata hanya perkara baik-baik (manfaat).

Pertemuan.

Ya, sering kita dengar kata-kata ini. "Ajal, maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan"

Sedarkah bahawa setiap hari kita akan dipertemukan dengan sesiapa sahaja. Ya, boleh jadi sesiapa! Kerana pertemuan yang sengaja mahupun tidak antara kita sememangnya Allah telah sedia aturkan. Bertemu kawan lama dan baru. Bertembung. Terserempak. Cuma sejauhmana pertemuan yang diatur Allah itu mendatangkan kesan dan impak positif pada diri?

Setiap malam, sebelum membaca doa tidur. Semasa sesi muhasabah diri, renung dan fikirkan semula pertemuan yang berlaku sepanjang hari yang telah dilalui. Cuba selidiki apa yang Allah mahu sampaikan pada diri kita. Kerana ia juga mampu menghadiahkan anda lebih banyak pagi yang bermotivasi (^_^)

Tiada ulasan:

Powered By Blogger