"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Selasa, 27 Julai 2010

sebarkan cinta Nya

Assalamualaikum w.b.t

Melihat langit, merasai cerahnya kasih sayangNya. Melihat kegembiraan haiwan bersenda gurau, jiwa merasai manisnya ukhwah yang di beri Ilahi. Melihat senyuman di wajah teman, hati merasai damai yang tak bertepi. Sungguh hanya Dia Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Subhanallah.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad yang di kasihi.



Rasanya sudah lama tidak menulis blog dalam mood dan suasana yang sebegini. Barangkali keadaan sudah kembali tenang dan stabil. Alhamdulilah (^_^). Blog pun sudah berwajah baru. (^_^) Syukur, tadi proposal tesis telah berjaya di hantar untuk disemak oleh penyelia. Moga diterima, dan moga Allah permudahkan urusan yang seterusnya. InsyaAllah.

Sebarkan cintaNya?
Itulah dakwah. Hakikatnya dakwah itu menyebarkan kepada yang lain bahawa cinta Allah itu tak pernah bertepi. MenyintaiNya, menjadikan dirimu bahagia, hidupmu penuh warna, senyummu penuh makna, rezki untukmu dilimpahi syukur. MenyintaiNya menjadikan kamu seorang yang setia padaNya. Yang berusia, yang muda bahkan kanak-kanak akan merasa indah bila jiwa benar-benar menyintai Ilahi. Siapa kata kanak-kanak tak boleh bercinta? Ayuh anak-anak mari kita cintakan Allah sepenuh hati. Sungguh indah! (^_^).

Cintailah al-Quran dan isinya. Kerana al-Quran itu mukjizat yang mengandungi penawar kepada segenap rasa yang menghuni hatimu. Sungguh! Bila hatimu ceria, dekatilah makna dari al-Quran agar ceriamu disulami rasa syukur padaNya.

"Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya (iman)" (surah al-Baqaarah ; 257)

Bila jiwamu rindu, dekatilah al-Quran agar terubat rindumu pada syurgaNya.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga-syurga yang penuh kenikmatan" (Surah Luqman : 8)


Bila jiwamu merasa sesak dengan keriuhan dunia, dekatilah al-Quran agar kamu bersegera mengingati saat kematian.

"Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal. Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (Surah an-Nahl : 96)

Bila jiwamu merasa sunyi, dekatilah al-Quran agar kamu sedar bahawa Allah sentiasa ada bersama-samamu.

" Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"(Surah ar-Ra'd : 28)


Bila kekuatan hati seakan tidak lagi teguh berdiri, dekatilah al-Quran agar hatimu bangkit kembali mengapai cinta Ilahi.

" Maka bersabarlah untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka". (Surah al-Insan : 24)

Ayuh, sebarkan cintaNya. Andai kadangkala apa yang kamu terlalu inginkan dalam hidupmu tidak menjadi kenyataan. Percayalah bahawa Allah telah menyediakn sesuatu yang lebih baik dari yang kamu mahu dan percayalah bahawa Allah mahukan yang terbaik untuk dirimu. Kerana Allah itu Maha Sempurna. Keyakinan itu akan membina redha. Moga kita sentiasa berada dalam lembayung kasih sayang dan rahmatNya. InsyaAllah. (^_^)

p/s : banyak tugasan yang perlu disudahkan sepanjang semester ini. Semoga Allah permudahkan urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik juga. Ramadhan makin hampir~ sungguh rindu.

Tiada ulasan: