"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Rabu, 4 Ogos 2010

kerna telahku pilih Dia dalam matlamatku

Assalamualaikum w.b.t

Angin malam dari langit Ilahi yang menjengah segenap ruang kamar ini memberi kekuatan pada hati. Renung ku renung ke seluruh hamparan kejadian Yang Maha Bijaksana, akhirnya telah berjaya memujuk hati hamba dhaif ini untuk terus tersenyum meski masih membalut rasa sebaik mungkin.(^_^) Alhamdulilah.

Selawat dan salam buat kekasihNya, Nabi Muhammad S.A.W


Langkah demi langkah ku susun untuk melerai jalan sesat dan menyesak fikiran. Ku serah padaNya memandu hati mencari sebuah hakikat. Cubaku keluar dari jalan itu, dengan mencari bahagia dari insan-insan tersayang. Alhamdulilah, tenang mendengar suara bonda~ Ceria mendengar suara sahabat lama~ Gembira dapat menyayangi anak-anak didik bagai darah daging sendiri. Ya, sillaturrahim dan ukhwah itu salah satu dari ketenangan dan benih-benih yang mencambah pohon-pohon bahagia (^_^)

Kerna telahku pilih Dia dalam matlamatku,

Maka sekali lagi aku rela, moga Allah tuntun hatiku yang masih perlu banyak dibaik pulih ini menuju terus kepada redhaNya.

Berpalinglah, andai itu yang paling ideal untuk semua dan jiwamu. Kerna telahku pilih Dia dalam matlamatku.

Menjauhlah, andai itu jalan yang paling manis untukku tenang menyintai Dia Penciptaku.

Kejahilan, kekhilafan dan kegopohan diri mungkin pemisahnya. Namun, kebesaranNya jua yang memanggil sebuah rasa damai mendiami dan merombak segala pemisah.

Kerna hati kita hanya milikNya, andai benar dedikasi hatimu jua buatNya. Tidak lagi akan ku khuatir, kerana hanya Dia Maha Menyayangi, Maha Adil, Maha Bijaksana, Maha Mendengar akan luah bicara hati hamba-hambaNya. Allah akan memberi yang terbaik buat setiap hambaNya.

Hanya Dia matlamatku. InsyaAllah. Allahuakbar!

Tiada ulasan: