"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Isnin, 17 Januari 2011

manisnya ukhwah

Assalamualaikum w.b.t

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w. Salam ukhwah penuh mahabbah dari diri buat kalian yang sudi menjengah ruangan ini (^_^). Selamat malam...

Usai pulang dari kuliah, hati bagai tidak keruan. Dengan tiba-tiba terasa sangat merindui beberapa orang sahabat. Samada yang pernah duduk serumah, sebilik, malah yang baru bersua di kelas petang tadi turut terseret sama. Rasa macam pelik. Tapi, dalam keadaan yang agak sedikit pelik ini sempat juga merasa begitu bahagia. (^_^) Kerana sebuah persahabatan itu amat manis untuk di kenang. Cepat-cepat saya menghantar masej pada insan-insan itu. Sekurang-kurangnya dapat mendengar khabar walaupun belum berkesempatan untuk bersua muka.



Semalam, sempat juga saya dating bersama-sama ex-roommate saya semasa tahun 1 di kampus ni (^_^). Walau sekejap, tapi dapat juga bertukar-tukar khabar dan cerita. Mungkin di masa akan datang sudah agak sulit mengatur masa untuk bersua. Pejam celik, sudah hampir 4 tahun usia perkenalan kami. Begitu pantas masa berlalu.

Ya, sahabat-sahabat kita juga manusia biasa seperti kita. Maka, andai ingin bersahabat terimalah dia seadanya, kerana kita jua miliki kekurangan. Kita sama-sama manusia biasa. Bersahabatlah kerana-Nya, lantas kemanisan ukhwah itu akan di rasai bersama (^_^)

Memetik kata-kata dari sahabat lama saya, "Terkadang bila manusia menilai manusia adakalanya mereka lupa yang kita ini di nilai oleh-Nya yang lebih Adil dan Berkuasa". Dan memetik pula kata-kata adinda saya yang diambilnya dari seorang sahabat, "Janganlah kamu mengata kata-kata yang mengata-ngata, kerana kata-kata yang mengata-ngata itu akan mengata-ngata dirimu sendiri"

Maka, hargailah siapa pun sahabat yang kita miliki, dan tambahlah sahabat-sahabat baru. Atas nama cinta dan ikhlas pada-Nya. Insyallah, moga jambatan ukhwah antara kita jua sentiasa beroleh lembayung Rahmat dan kasih sayang-Nya. (^_^)


Tiada ulasan: