"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 1 Februari 2009

kalian pelengkap kebahagiaan

Salam Alaik......

Saya yakin kalian tak asing lagi dgn perkataan "persahabatan". Macam-macam penilaian, pendirian dan pendapat tentang persahabatan.

Tapi pendapat saya secara peribadi, persahabatan yg sejati ialah kita sendiri perlu memahami bkn diminta difahami. Kita kene sedaya upaya memahami, menghormati sahabat-sahabat kita. Contohnya, kita secara automatik dapat membaca gerak geri sahabat kita. Dia ni ada masalah ke, dia ni demam ke....tanpa perlu dia bercerita panjang tentang keserabutan yg bersarang kat minda dia.

Kemudian, kita perlu tak mudah melatah. Maksudnya, jgn terlalu mengambil isu-isu remeh sebagai punca nak mencetuskan pergaduhan. Biasalah, manusia ada masa bad mood, ada masa good mood. Mungkin dengan secara tidak sengaja dia dah terlepas tension kat kita. Jadi kita kene banyak sabar. Beri masa utk dia lapangkan fikiran. Kemudian, tanya balik. Mungkin sahabat kita tu perlukan sokongan moral dari kita utk pulihkan mood dia.

Kemudian, haa...ni part yg ramai dalam kalangan kita terlepas pandang. Iaitu menjadi pendengar yg setia. Maksudnya, bila sahabat kita meluahkan masalah atau nak mintak pendapat kita. Kita kene lah mendengar dengan setia. Dan sesekali betulkan lah mana-mana bahagian yg bercanggah dengan pendapat kita secara berhikmah dan lemah lembut.

Sahabat ni bukan je kita perlukan semasa susah tapi masa senang jugak. Janganlah sesekali kita kedekut ilmu. Bila ada sahabat-sahabat yg kebuntuan, bantulah sedaya mungkin. Kerana ilmu ni milik semua. Percayalah...manis sangat ukhwah persahabatan bila kita kongsi-kongsi ilmu. Rasa nikmat dunia ni indah bersulamkan ukhwah mahabbah. Saya memang pernah jumpa dgn insan yg kedekut ilmu ni. Rasa hairan sangat....pelik sungguh melihat gelagat org yg kedekut ilmu ni.

Dan ada sesuatu yg jarang-jarang saya lihat sekarang. Iaitu "rasa bertanggungjawab bila sahabat kita melakukan perkara-perkara yg Allah tak suka". Kebanyakkan kawan-kawan sekarang tak rasa sedih dan kesian pada rakan-rakan yg bergelumang dgn dosa dan maksiat yg nyata pd mata. Kita kene nasihatkan, secara hikmah....pastikan ianya secara hikmah.

Memang susah nak mencari sahabat sejati, yg mencintai jalan Allah, berjuang kerana kebenaran Islam, membenci kemaksiatan, mencari keredhaan Maha Pencipta, mengajak kita bermunajat. Tapi apa kata kita yg mengorak langkah, berubah ke arah yg lebih baik, kemudian menjadi sahabat sejati kepada yg lain dengan mengajak mereka ke jalan-jalan yg benar. Insyaallah...semoga saya dan kalian mampu istiqomah dalam menghidupkan jalan-jalan dakwah....(^_^)

Tiada ulasan:

Powered By Blogger