"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Jumaat, 27 Februari 2009

soalan ke jawapan?

Salam alaik...harap semua bahagia selalu disamping insan-insan tersayang...

Kali ini saya nak bertanya...antara membuat soalan dengan menjawab soalan dalam peperiksaan...mana satu yang lagi susah???

Hehe...sangkaan saya selama ni jawab soalan exam tu susah...rupanya...nak gubal soalan pun boleh tahan rumitnya...yela...kena ikut cara dan kaedah yang betul dan saksama...bukan bina soalan dengan melulu....

Pagi td masa kuliah KPPI ustaz minta kami semua cuba bina soalan-soalan mengikut aras dan domain yang telah ditetapkan....mula-mula macam stady lagi......beberapa minit kemudian dewan kuliah dah mula riuh....ustaz suruh kami berbincang....tapi boleh dikatakan kebanyakkannya pening2 lalat...hehe
"eh itu tak selaras dgn aras...eh yg ini tak selaras dgn domain"...haha...kelakar pulak tengokkn gelagat kami semua tadi...masing-masing kelam kabut mencuba bina soalan....

Mulai minggu dpn dan beberapa minggu seterusnya...kami semua diminta untuk duduk dalam kumpulan kami masing-masing dan gubal soalan dengan lebih rancak dan serius....yang siang tadi baru worm up je...hehe...

Tak tahu lah saya macam mana pula ragamnya untuk kuliah KPPI pada minggu-minggu akan datang.....macam meriah je...hehe...

Harap-harap kami dapat harungi kuliah ini dengan baik sampai akhir semester...

Dan satu lagi....dalam masa yg sama kami sedang dilanda dugaan dalam episod kembara kami yg sementara ....mencari sinar ilmu di tanah yg satu ini..semoga kekusutan yang melanda saya dan rakan-rakan seangkatan ini akan terlerai dengan jalan yang terbaik....samaada perlu "hijrah" ke tanah satu lagi atau pun tidak....setiap sesuatu ada hikmahnya...

2 ulasan:

Irtiyah berkata...

salam

setahu saya la. Menanda kertas lagi susah. Hahaha -betul.

susah sebab ambil masa yg lama -stress
susah sebab students buat kepala cikgu pening -tak jawab betul2
susah sebab kita nak berlaku adil -perlu pertimbangan yg serius bukan antara skrip jawapan seorang pelajar dgn skema sahaja malah antara skrip dengan skrip yg lain
susah sebab biasa kena tanda tu time cuti sekolah yg orang sangka cikgu mengular

wardah faqihah berkata...

wlkmslm..hehe...cik irtiyah ku cyg tq 4 da komen....menanda? blom ade pglaman secara formal lg....tp saya stuju dgn pndpt cik irtiyah hehe