Assalamualaikum...
Buat pembaca yg saya hormati sekalian....
Kali ni saya nak ketengahkan tentang fenomena yg sememang berlaku dari zaman dulu dan ia masih wujud lagi pada hari ini. Iaitu tentang "pergaulan bebas" Apa yg sgt sedih, insan-insan yg masih mengaku sayangkan Islam sendiri masih terbelenggu dgn pergaulan bebas ni..
Bila kita bicara tentang pergaulan bebas, saya percaya rata2 akan terus terbayang dlm minda tentang kes2 penyakit sosial yg besar2 . Tapi pada penulisan saya pada kali ini saya nak bawa anda berfikir sejenak tentang persepsi sesetengah golongan yg menganggap pihak2 yg menjaga batasan pergaulan adalah org yg berfikiran kolot.
Kehidupan seharian kita umumnya memang menuntut kita untuk berurusan sesama manusia samaada sama jantina atau tidak. Tapi kita masih perlu menjaga adab dan tatacara pergaulan yg dibawa oleh Islam. Betul tak??? Hmmm....mereka ni tak reti nak hormat pendirian org lain...kadang2 bertepuk tampar tanpa segan silu....Memang benarlah bahawa "malu itu sebahagian dari iman". Bila perasaan malu dah menghakis dalam jiwa...nak buat perkara2 yg Allah benci pun dah tak rasa bersalah langsung.
Saya terkenang masa zaman2 sekolah dulu. Ustaz2,ustazah2,dan pemimpin2 pelajar selalu ingatkan dan pesan pada kami. Biah solehah kena jaga walau dimana pun kita berada. Mungkin pada masa tu tak begitu ketara sangat isu pergaulan bebas ni di mata saya sebagai seorang pelajar ketika itu. Sebab biah kat sekolah masih dalam biah solehah. Tapi bila dah keluar sekolah dan hidup dalam kalangan masyarakat yg sebenar baru saya nampak betapa parahnya isu ni. Tambahan lagi bila dah masuk IPT. Jelas dan nyata kecederaan mahasiswa dan mahasiswi kita dalam soal menjaga adab pergaulan...
Tapi disini saya jugak nak ucapkan tahniah kepada beberapa rakan yg begitu menghormati pihak2 yg berusaha utk menjaga batasan pergaulan. Sebenarnya bukan senang utk menahan godaan hawa nafsu dan syaitan. Tapi kita perlu berusaha utk melawan godaan2 tersebut agar kita sentiasa dapat hidup tenang disamping nikmat kemanisan Islam dan kemanisan iman. Percayalah melalui hati, perbuatan, dan tutur kata kita bahawa Allah akan sentiasa disisi sesiapa sahaja yg menegakkan ajaran Islam. Insyaallah...
Dan jangan lupa wahai wanita!!.
Pesanan ini saya tujukan khas buat diri saya dan para pembaca sekalian.
~Senjata-senjata perempuan yg boleh mendatangkan fitnah besar kepada Islam dan umatnnya~
1- AIR MATA
2-MERAJUK & SUKA BERMANJA
3-BERHIAS & BERGAYA
4-BERPURA-PURA SAKIT
5-SENYUMAN
6-PENIPUAN
7-KATA-KATA YG MANIS
Sama-samalah kita berubah kearah yg lebih baik....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan