Assalamualaikum...
Tadi masa balik dari cafe...ada sesuatu yang bermain di minda...di harap ada baiknya saya terjemahkan menjadi perkongsian di sini. Hari demi hari..meniti kehidupan di bumi pinjaman Allah Taala....pelbagai ragam kita saksikan....macam-macam watak yang ada di atas pentas dunia ni..watak hipokrit, watak riak, watak baik, watak keliru (kekeliruan identiti la tu hehe)...
Tapi sayang 1000 kali sayang...watak-watak baik sering di pandang sinis oleh masyarakat...sangsi..curiga dan lantas menjadi bahan umpatan...walhal mulut yang sedang mengumpat itu sedang mengikis perwatakkan baik dalam diri kerana sedang diganti dengan watak jahat! mengumpat!
Ada juga sesetengah dari kita menerima segala macam tomahan dan kritikan dengan hati yang terbuka....tak mudah melatah...cool je...malah membalas dengan senyuman...bukan senyuman sinis tau..tapi senyuman yang menyejukkan hati mereka-mereka yang panas..Individu macam ini saya tafsirkan sebagai orang yang bijak membuat keputusan...tak menyakitkan hati...bila dilihat air mukanya..tenang dan damai rasa dalam hati...
Dan tak kurang juga yang mudah melatah..berfikiran kurang matang. Sedangkan ilmu penuh dan sesak di dada...tapi kurang praktikal...marah bila dikritik...mula menunjukkan yang ilmu yang dia ada adalah lebih hebat dari orang lain...
Aku bukan insan sempurna..cuma meluahkan rasa hati..sambil mengingatkan diri sendiri...ilmu yang kita peroleh bukan tujuannya untuk di megah-megahkan...tapi utk diamal..dan di sebar-sebarkan agar sama-sama beroleh manfaat...
Disaat kau melatah kemarahan...ada api hasutan di kiri dan kananmu..depan dan belakang...syaitan sedang bersorak...melihat kau terbakar dek kerana amarah...
Zahir dan lahiriah yang dipamerkan oleh setiap individu belum mampu menutup segala rahsia hati...hasad, cemburu, takbur....apa yang dizahirkan, mungkin sekali pandang menggambarkan kita seorang yang bijaksana, berpendidikan, terhormat dan di segani...Tapi ingatlah...rahsia hati manusia jelas terpancar dari tingkahlakumu..cuma tergantung samaada manusia lain melihat atau tidak...apa yang jelas...Allah sentiasa melihat!
Namun, apa yang lebih murni apabila kita zahirkan keindahan Islam dalam setiap tingkahlaku...TIDAK MELATAH DENGAN KEJIAN, DAN TIDAK BANGGA DENGAN PUJIAN. Setinggi mana kau menjulang langit dunia, akhirnya bercampur tanah bertemu YANG MAHA BERKUASA..mati bakal menjemput pada bila-bila masa..jangan kau bazirkan masa yang semakin suntuk dengan kata-kata nista...kau bakar hati manusia dengan kata-kata, kelak kau sendiri terbakar dengan kata-katamu sendiri.

Wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan