Assalamualaikum...
Semoga kalian sentiasa dikurniakan kedamaian yang selalu bertamu dihati, keasyikkan cinta Ilahi yang tak pernah kunjung malap...insyaallah....
Di saat masing-masing menghitung hari untuk mengubat kerinduan pada ibu ayah dan halaman indah jauh nun disana (hehe, macam la jauh sgt)...
Suka saya nak mengimbas kembali dan menjengah kepada realiti yang amat sakit untuk ditatap mata dan mata hati. Apa yang saya ingin bawa kalian kali ini adalah untuk mengimbas kembali peringatan yang Allah telah sampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk disebarkan kepada umat baginda iaitu termasuklah kita hari ini (umat akhir zaman).
Iaitu :
" Banyak di antara ahli kitab menginginkan sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu setelah kamu beriman, menjadi kufur kembali, kerana rasa dengki dalam diri mereka, setelah kebenaran jelas bagi mereka.................................." (al-Baqarah : 109)
Pertembungan atau usaha-usaha untuk menjatuhkan Islam dan umatnya bukan baru sahaja bermula, bahkan telah wujud sejak awal Islam lagi dan berterusan sehingga kini. Terlalu banyak yang diusahakan pihak-pihak musuh, jika sesiapa yang mentelaah dan menyelusuri kronologi sejarah pasti dapat membongkar satu persatu daripadanya.
Antara usaha untuk merealisasikan matlamat mereka ialah dengan memalsukan aqidah umat Islam. Sebagaimana yang dikembanggiatkan oleh para orientalis dengan menjadikan hadith disangsikan, hukum hakam Islam dimomokkan sebagai tidak pernah praktikal dan macam-macam lagi.
Mereka juga melemahkan semangat jihad yang seharusnya menebal di hati setiap muslim. Dikikis hari demi hari dengan hiburan, lantas cinta akan dunia dan takut untuk syahid fi sabilillah. Disogok juga dengan makanan shubhah yang pelbagai. Sedangkan apa yang kita makan juga mempengaruhi hati dan tingkahlaku.
Membaratkan umat Islam dengan pelbagai cara. Yang amat pedih untuk ditatap oleh mata hati mereka-meraka yang masih mampu celik. Yang jelas, sememangnya dapat kita lihat golongan remaja adalah yang paling terzahir dengan budaya berpakaian, percakapan, pemikiran, pergaulan dan sebagainya yang dicedok dari icon-icon terkini mereka.
Namun, hakikatnya.....bukan golongan remaja sahaja.....malah golongan yang lebih matang juga tanpa segan silu mengagung-agungkan apa sahaja yang dibawa oleh barat. Tanpa mengkaji kemaslahatan ummah, samaada ummah yang telah sedia ada pada hari ini mahupun untuk menjamin kemaslahatan generasi ummah di masa akan datang.
Sekiranya golongan yang lebih matang ini juga tidak mampu membezakan mana yang terbaik untuk ummah....bagaimana bisa mampu menggoncang minda para remaja untuk membuka mata hati mereka tentang bahaya yang sentiasa menanti dari para musuh Islam???? Sedangkan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada fitrahnya di ibaratkan seperti memutar jarum jam kebelakang dan memerlukan kesepaduan kekuatan dakwah dan ketajaman strategi agar Islam benar-benar dapat dizahirkan oleh mereka yang mengakui sebagai pencintaNYA...Maka mari kita renung-renungkan
Sesungguhnya aku jua hanya insan kerdil, Ya Allah aku mohon agar kekhilafanku dapat kau gantikan dengan ilmu supaya aku tidak tega mengulangnya kembali....tunjukkanlah jalan lurus yang Kau redhai.....
Wallahualam....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan