Assalamualaikum
Rindu nak mencoretkan sesuatu disini. Walaupun hakikatnya amat sukar sebab perlu ke CC. Sebab uncle, iaitu owner CC ni selalu akan keliru samaada aku atau adik aku yg dtg bertandang. Dan setiapkali aku nak membayar di kaunternya, dia akan ajukan soalan yg sama. "Kamu belum dapat tawaran mana2 ye?" kadang-kadang aku hanya mampu senyum,tapi perlu juga di jelaskan dgn terang bahawa aku sedang bercuti, cuti semester. Yang baru dapat tawaran tu adik kesayangan saya wahai uncle yang amat baik hati. (^_^).
Hehe kecian uncle ni, agaknye dia boring sebab perlu uruskan CC ni sendirian. 16 MEI dah berlalu. bermakna dah setahun juga kenangan prapraktikum terlipat kemas dalam minda dan hati. Sempat aku berbual dengan mak tentang hal setahun lalu tu. Ye la, buat prapraktikal kat sekolah sendiri, adik-adik kat situ pun masih kenalan-kenalan rapat aku. Dan aku senang mendengar mereka memangil aku dengan gelaran "kakak".
Apa-apa pun semua itu dah jadi sebahagian sejarah dalam hidup aku. apa yang penting aku perlu sulam dengan kemas ilmu-ilmu yang aku dapat dan aku cantumkan dengan ilmu-ilmu yang mendatang. Naik je sem baru ni, aku adalah siswi tahun 3. Semua yang tersulam perlu mampu membuatkan aku yakin pada diri dan bersedia dengan segala kemungkinan mendatang. Terutamanya untuk menjalani sesi praktikal pula di hujung tahun 3 nanti. Insyaallah..
Sepanjang 2 minggu bercuti ni, banyak yg aku rangkakan. Tapi perlu tenang dan bijak merealisasikannya. Berdebar juga bila meniti rentetan hari yang misteri. Cuma aku perlu yakin pada Yang Maha Mengetahui, agar apa pun yang di rencanakan buatku adalah yang terbaik buatku. Meskipun susah mahupun senang,semuanya datang dariNya. Dan kita perlu sabar dan berusaha seterusnya tawakal hanya padaNya.
Maaf pada yang menanti balasan kunjungan, mungkin naik sem nanti baru dapat berkunjung-kunjungan ke laman blog teman-teman. Maaf ya...masih ada urusan lain yang perlu dilunaskan. Semoga bersua dilain waktu....
Wallahualam.
1 ulasan:
welcome back.
Catat Ulasan