"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 9 Februari 2011

Menagih janji

Assalamualaikum.w.b.t

Selamat menikmati indah malam ciptaan-Nya.

Sedang dia berteleku
Menikmati lapangnya ketenangan suasana, sayu tiba-tiba menyapa.
Terpapar di skrin minda pada perilaku lama.
Sedih menyentap rasa, berlinang mutiara di tubir mata.
Skrin minda berterusan mengulang tayang peristiwa-peristiwa lama.
Esakan semakin terdengar kuat di telinga.
Mujur dia sedang berduaan dengan Pencipta.
Hanya Dia Yang Mendengar rintih sebuah hati usang
Yang sedang cuba di gilap agar menjadi sebuah hati yang terang
Dan bercahaya.
Kembali bernafas tenang semangatnya.

Skrin minda mengulang tayang kembali.
Luluh jiwanya tatkala cuba menghitung pada jahilnya dia menjaga diri.
Esakan semakin kuat di telinga.
Luluh jiwanya pada setiap kesilapan yang berulang untuk kedua kali.
Sambil memberi amaran pada diri agar terus membina pagar yang rapi
Supaya tidak sesekali terjebak lagi.
Mujur Yang Maha Penyayang memberikan cinta-Nya.
Sentiasa ada memberi peluang pulang kepada-Nya.
Kembali bernafas tenang jiwa dan raganya.

Berteleku kembali.
Mengenang pula pada hari yang baru di lalui.
Sudah berapa kali dalam sehari dia mengingati mati?
Sudah cukupkah ampun yang di pinta dari-Nya dalam sehari ini?
Adakah sudah hari ini dia berbuat kebajikan pada diri
Dan pada mereka yang ada di sisi?
Bertambah mekarkah kuntum cintanya buat Dia Yang Maha Pengasih?.
Mutiara jernih menyapa pipi, kerana sedar hanya sedikit cuma dia berbakti.
Ditekup mukanya agar terlindung suara tangis yang mula menagih janji.
Janji yang dilafaznya saban hari.
Untuk menjadikan hari ini lebih bererti dari yang telah di lalui.
Maka dia meneruskan tekad di hati.
Untuk menjadikan esok seindah yang diimpi.
Mengimpi menjadi ahli syurga-Nya yang penuh dengan kasih sayang Ilahi.



Allah Maha Memberi,
Moga hamba terus menerima kasih dan cinta-Mu Ya Rabbi.
Subhanallah walhamdulilah buat cinta-Mu ini.
Powered By Blogger