"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Ahad, 6 Mac 2011

"Asam Pedas?"

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah Yang sentiasa memberikan kita ruang dan peluang untuk memperbaiki diri. Lantaran lalai dan alpanya diri pada duniawi. Selawat dan salam buat baginda yang di rindui mukmin.


----------
baru pulang dari mengambil gaji
kemudian makan tengah hari
kemudian menuju ke destinasi
untuk siapkan assignment yang berbaki

tiba-tiba
mata terpaku membaca teks di skrin
tubuh menggeletar
menggeletar kuat
Istighfar menenangkan diri

bingung meletakkan diri di situasi yang mana
sebagai yang bersalah atau yang dipersalahkan

sebak menyelubungi
tapi tak ku izinkan air mata mengalir utk ini

sampai hati
(T_T)
-----------

Kebetulan esoknya ingin pulang ke pangkuan bonda dan ayahanda. Menggambil kesempatan melerai pintalan kebingungan yang tersimpul padu, tepu.

Stesen komuter - Lengang, lapang. Telah tiba yang di tunggu, mencari seat untuk ke destinasi yang di tuju. Komuter meneruskan perjalanan, tapi perasaan di rasakan bagai entah ke mana. Alhamdulilah, selamat sampai ke stesen terakhir. Juga lengang. Tergesa-gesa menuju ke ruang menunggu teksi. Walhal masih ada baki 4 jam sebelum bas tiba di terminal. Tidak apa, janji sudah ada di terminal. Menunggu di sana lebih baik dari menunggu di sini. Alhamdulilah, dapat juga teksi.

"Assalamualaikum" Pakcik teksi menyapa.

"Wa'alaikumussalam" Jawabku.

"Kita nak ke mana ni nak?" Pakcik teksi bertanya lagi.

"Ke terminal 2 pakcik" Jawabku.

Pakcik meneruskan pemanduannya. Selang beberapa minit dia bertanya lagi.

"Nak balik ke mana nak?" Soalnya.

"Ke Segamat" Jawabku ringkas.

"Oh, Segamat. Selalunya kalau nak balik Segamat ni masih belajar. Belajar di mana nak? U**?" Dia menyoal inginkan kepastian.

"Ya" Jawabku ringkas.

"Balik bertunang ke? Atau saja-saja nak ziarah mak ayah? Dia bertanya lagi.

"Eh, tak lah. Saya balik, sebab nak hadirkan diri majlis walimah kawan saya esok. Sambil tu dapatlah jumpa mak dan abah." Jawabku sambil tertawa lucu.

Suasana kembali senyap. Hanya untuk beberapa minit.

"Segamat kena banjir teruk ya?" Dia bertanya lagi.

"A'ah, agak teruk juga. Lebih teruk dari yang sebelumnya. Alhamdulilah, rumah saya tak apa-apa" Cuba memberi jawapan lebih panjang, berbanding soalan yang tadi-tadi.

"Ambil kos apa nak?" Dia masih ingin berbual.

"Pendidikan" Jawabku kembali ringkas.

"Oh, mmm..kenapa tak ambil bidang kedoktoran?"Pakcik terus menyoal.

"Sebab saya minat jadi guru, lagipun..sebenarnya tidak kisah jadi apa pun. Asalkan pekerjaan itu halal" Jelasku.

"Tiket bas pukul berapa?" Dia bertanya lagi tanpa jemu.

"Pukul 3.30 ptg pakcik" Jawabku ringkas.

Tiba-tiba dia diam. Hatiku sudah mula bimbang. Cepatlah teksi ini tiba ke terminal 2. Risau pula tiba-tiba. Pakcik ini kemudiannya melihat ke arahku sambil bertanya dengan nada bersahaja.

"Kalau pakcik ambil anak jadi menantu pakcik boleh?"

Tak mampu ku jawab pertanyaan yang satu ini. Hanya mampu tertawa kecil, menghilangkan bimbang yang tersembunyi.

"Eh, pakcik tanya betul-betul ni. Emm...pandai masak asam pedas tak?" Dia bertanya lagi, kali ini lebih serius.

Asam pedas? Hati sempat bertanya diri, mengapakah asam pedas juga jadi menu pilihan untuk di jadikan soalan?

"Lain orang lain citarasanya. Saya tak berani cakap saya pandai. Sebab, kadang-kadang di tekak orang lain rasa sedap. Di tekak yang lainnya rasa kurang pula. Ada yang suka letak nenas, ada yang suka pekat. Maklumlah, masing-masing kan ada selera bonda masing-masing" Hati kecil agak gembira sebab terminal 2 sudah di depan mata.

"Yeke? Pakcik rasa semua asam pedas sedap je" Dia seakan bingung.

"Saya rasa saya pernah naik lah teksi pakcik ni". Tambahku lagi, tanpa menjawab kebingungan pakcik itu. Sambil mata mengerling nama pakcik ini di kad pengenalan dirinya.

"Ha, kalau macam tu lain kali nak naik...naik teksi pakcik lagi ya?" Dia mempelawa.

"Berapa pakcik?" Soalku.

"6 Ringgit nak" Dia menjawab ringkas.

Aku mengeluarkan beg duit. Membuka isinya, ingin mengeluarkan duit. Terpapar pula gambar bonda dan ayahandaku di situ. Kemudian dia sempat lagi bertanya.

"Ini gambar ayah ya?" Inginkan kepastian.

"Ya pakcik, terima kasih ya pakcik sebab hantar saya" Ucapku tanda penghargaan kerna dia hanya sekadar bertanya, dan menghantarku dengan selamat.

Kaki melangkah menuju ke tingkat atas terminal. Terasa lucu pula kejadian tadi. Gara-gara pakcik tadi bertanyakan menu asam pedas, secara tidak sedar kebingunganku yang sejak semalam itu sudah mula longgar. (^_^) Alhamdulilah, sudah ada pendirian yang menetap di hati.(^_^)

Untuk mengisi masa yang masih banyak bakinya, membaca sesuatu bahan dapat juga manfaatnya. Berbekalkan solusi isu 28 & 29, ku cuba rungkai kebingungan yang sudah mula longgar. Terpandang pula terjemahan ayat dari surah al-Anfal.

"Jika kamu membelanjakan segala yang ada di bumi ini, nescaya kamu tidak akan dapat menjinakkan hati manusia. Tetapi Allah jualah yang menjinakkan hati antara hati-hati mereka" [Surah al-Anfal : 63]

Nah, jalan sudah ada di depan mata. Terima kasih Ya Allah...kerana mengembalikan pasak hati ini. Duduk letak situasi telah ku hadamkan kembali. Hanya kata maaf pengganti diri. Juga menginsafi, dan menyesali. Peliharalah sillaturrahim ini Ya Rahman, hanya kasih sayang-Mu yang kami dambakan. Moga Yang Maha Memberi terus memimpin hati ini. Dari tersasar meraih cinta Ilahi. Ya Rabb, sungguh indah tarbiyah-Mu. Mampu ku ukir senyum, meski pedih masih menguntum.



p/s: Kerna ini bukan yang pertama kali menu asam pedas menjadi menu pilihan untuk di jadikan soalan (^_^)

4 ulasan:

firdaus berkata...

perhhh orang jaman skrg ... bukan men senang nak cari menantu... tp yang penting msty tanya ley masak atau tak..dia tak ank anak dia dan cucu2 dia dan dia barangkali makan kat luo

Wardah Faqihah berkata...

makanan pengikat hati
tapi, pakcik tu sj je berseloroh tu
mungkin menghilangkan tension memandu seharian (^_^)

~UmmU SoLehah~ berkata...

^_^ hikhik...

indahnye saat dilamar...

Wardah Faqihah berkata...

ooo...sukenye dia....

saya suka slot asam pedas tu sbb ia jd asbab kebingungan sy terlerai (^_^) Thank You Allah.