Assalamualaikum...
Selawat dan salam buat kekasih hati yang dirindui Muhammad Bin Abdullah.
Alhamdulillah...masalah yang aku utarakan dlm entri malam tadi sudah aku rungkai kekusutannya. Lepas dapat penjelasan dari mak. Baru aku yakin dan dapat menarik nafas lega yang adik aku akan baik-baik saja di tempat barunya. Aku percaya dgn kata hati seorang ibu.
Mungkin kerana aku ni tak setabah adik. Lekas benar buat konklusi..wahai diri!!!! think positif!!!
Tapi aku kekal TAK BERKENAN DGN SI PENINDAS ITU!!! Semoga akan ketemu jalan yang benar buatnya 1 hari nanti..belajar sikit cara beradab sesama insan.
Takpelah...mohon yang baik-baik saje lepas ni..dan semoga dipermudahkan urusan oleh ALLAH.Insyaallah.
Entri kali ni ak

u nak highline kan tentang couple.
Benar, ini bukan rekaan tetapi kenyataan. Bercouple bukan membawa bahagia hakiki. Tapi mengundang kepada tergadai body!
Marilah kita pulang ke pangkal jalan. Namun aku tak menyangkal bahawa setiap kita ada kisah-kisah tersendiri. Tak terlepas dari lalai, lupa dan lain-lain.
Akan tetapi, jika hari ini, bila kita lihat semula nilai yang ada pada diri...dan kemudian kita dapati ada yang perlu diperbetulkan...segeralah perbetulkan. Ayuh kita tinggalkan kehidupan bercouple.
Tapi mesti ada yang memprotes. kan?
Awas!!!Ini juga merupakan amaran keras buat diri aku sendiri!.
Sesungguhnya, marilah kita buka mata hati kita dan mengakui bahawa bercouple ini menggelapkan hati, MENDEKATI ZINA!!! hati selalu gelisah...
Dalam kamu tidak sedar, Allah sedang menghukum hati kamu. Dengan mencintai kekasih melebihi mencintaiNya..Nilai malu akan semakin menghakis dari diri. dari hari ke hari.
Dalam tidak kau sedari, kau riak dengan apa yang kau ada. Dan sering rasa diri keseorangan terutamanya bila ada pergaduhan dengan sang kekasih.
Dalam kita tak sedari, kita lebih mengingati nama dan segala apa yang berkaitan dengan si dia berbanding nama-nama dan sifat-sifat Allah S.W.T
Sebaliknya, fitrah hati itu sendiri cenderung akan ketenangan....kedamaian....keredhaan dari Ilahi.

Jadi marilah kita kembali kepada fitrah,
mengaku sahajalah bahawa cinta Allah sahaja yang benar-benar memberi kebahagiaan hakiki...carilah cinta dari insan-insan yang benar-benar mencintaiNYA....kerana redha Allah akan mengikat hubungan cinta sesama insan yang sebegitu..
Wallahualam..