"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 1 Ogos 2009

akhirnya ketemu juga

Assalamualaikum w.b.t

Selawat dan salam penuh kerinduan buat pemimpin terulung Muhammad Bin Abdullah.

Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran, kerana tika ini aku masih mampu lihat zahir senyumanku di cermin..

Jam kala ini menunjukkan tepat pukul 3.10 pagi.

Seperti minggu sebelum ini, aku hanya tinggal berdua saja dgn housemate. Rakan sebilik aku dan rakan sebilik Masni pulang ke pangkuan bonda dan ayahanda masing-masing. Sebenarnya secara peribadi agak pelik buat diri kerana kebiasaan sem-sem yang sudah, aku antara yg rajin balik. Hmmm...mungkin buat masa ini ada beberapa perkara yg perlu aku tumpukan dahulu di kampus sebelum menimbang-nimbang tarikh yg sesuai utk redakan kerinduan pd wajah bonda dan ayahanda.



Yang sebenarnya aku baru sahaja selesaikan buku istimewa ini. "catatan hati nik nur madihah''. Sebelum ini ada pasang niat nak beli utk dibaca dan jadikan koleksi peribadi. Akhirnya ketemu juga buku ini. Bukan aku yg mencarinya di kedai, tapi ada sahabat sekuliah yg menjualnya malam semalam semasa menghadiri kuliah ganti. Buku ini benar-benar buat aku rasa seram sejuk....semoga Allah sentiasa melindungi adik Nik Nur Madihah dgn kekayaan rahmatNya...amin Ya Rabb. Aku dah janji dgn adik nak bagi dia baca kalau dia pun balik cuti nanti.


Lepas ku selusuri buku ini, terasa ringan beban di kepala, terus terukir senyuman di hati dan zahir wajah. (^_^)

Owh ye, hmmm...menyebut kembali tentang balik kampung. Ada sesuatu yg ingin aku ubah (hakikatnya kembali pd asal). Semoga Allah izinkan aku utk lebih istiqamah dgn imej itu. Amin Ya Rabb.

p/s: tapi tarikh nak balik pun aku tak dapat nak rangka lagi. Moga dipermudahkan oleh Yang Maha Mengetahui.


Wallahualam








Tiada ulasan:

Powered By Blogger