"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 21 Ogos 2009

TIKA DINIHARI



Tika Dinihari
Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg hening
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg aku lalui
kecuali dengan patuh kepadaMu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut namaMu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan Mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

WRONG!!!

Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat illahi atas limpah kurnia yang dihamparkan buat kita semua, alhamdulilah masih berkesempatan merasai ramadhan, moga ramadhan ini mampu mentarbiah hatiku nan 1 ini.

Hari rabu lepas, bengkel softskill telah diadakan untuk segenap warga pipaq. Siswa dan siswi tahun 1, 2, 3 & 4 dikehendaki turut serta.

Dalam banyak2 info yang didedahkan, saya terpanggil untuk kongsi tentang tingkahlaku yang akan cenderung membawa kita ke dalam masalah.

Worring about things that you can't control
Rushing to judgment
Overreacting
Neglecting areas of control
Giving up to soon

Bila direnung-renung kata-kata di atas, aku sendiri sedang mengalaminya. Entah kenapa terasa sebegini. Entah mana hilangnya kata-kata pembakar semangat buat diri. Mesti ada silapku dimana-mana, mungkin wujud salah silapku pada seseorang? Atau pada mereka? Atau padaNya?

Ruginya diri ini
MyEm0.Com
Kena muhasabah diri ni. MyEm0.Com

Rabu, 19 Ogos 2009

kelu & bisu

Assalamualaikum w.b.t

kelu, bisu
tak pasti di posisi yg mana 1
terkebil-kebil memandang sudut ruangan yg kaku

semakin ku lari ia makin mendekati
semakin ku cuba capai namun hajat tak sampai
yg mana 1 pun ku tak tahu

atau memang perlu begini sahaja?
namun, mungkin bukan
cuma perlu sabar
belajar mengenal sabar dengan penuh sabar

moga dalam ramadhan yg hampir kunjung tiba ini
dapat ku selami ketenangan di sanubari
tak perlu lagi berteka-teki
tunjukkanku jalanMu Ya Illahi

apa yg dilihat
hanya yg tersurat
nilai jua yg tersirat
hati juga boleh melihat
utk mengenal titian sirat
siratalmustaqim
moga damai dipertemuan cinta bersamaNya
Amin Ya Rabb





Ahad, 16 Ogos 2009

meriah

Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat illahi atas semua nikmat yang kita kecapi, dan mari bermuhasabah di atas segala dugaan dan atas kenikmatan itu juga kerana setiap satunya adalah tarbiyah dari Allah buat kita selaku hambaNya. Selawat dan salam pula buat kekasih Allah, Muhammad Bin Abdullah.

Alhamdulillah...Di bawah kursus Pengurusan Ko-k, selesai sudah 3 acara penting dalam salah 1 tugasan saya dan sahabat-sahabat untuk memenuhi syarat-syarat yang telah di gariskan oleh pensyarah kami. Di awal semester, kami telah dibahagi-bahagikan kepada 5 kumpulan besar. Ia mewakili kumpulan badminton, bola sepak, bola jaring, seni persembahan Islam serta sukaneka & jamuan raya. Setiap kumpulan dikehendaki menganjurkan setiap acara yang telah dipertanggungjawabkan.

Pada semester ini, kebetulan para siswa dan siswi yang mengambil kursus ini adalah gabungan dari pelajar tahun 3 pend Islam dan tahun 4 pend al-Quran.

Meriah, meriah, dan sangat meriah...itulah yang cuba digambarkan oleh pensyarah kami ketika memberi ucapan dimajlis penutup siang tadi.


Semalam, seharian kami bermain badminton, dari seawal 7.30pg sudah berkumpul sehinggalah 6ptg baru majlis bersurai. Tapi sayang, saya kurang sihat utk konsisten semalam. Saya lakukan sedaya saya. Namun sahabat-sahabat yang memerhati minta pertukaran pemain dilakukan kerana sudah nampak kepucatan yang tak dapat diselindung lagi di wajah saya.:P Semangat memang semangat, insyallah...saya akan perbaiki kondisi kesihatan dan stamina diri di masa-masa akan datang.


Hari ini, perlawanan bola jaring dan bola sepak pula diadakan serentak. Oleh kerana agak kecewa dengan keadaan saya semalam, hari ini saya membalas dendam :P Dengan memberi sokongan yang padu kepada pasukan yang mewakili kumpulan kami. Alhamdulilah, kumpulan saya memenangi tempat perak dalam kedua-dua acara. Terubat juga lah kecewa saya semalam :P





Namun, bukan hadiah yang menjadi kayu pengukur dalam penganjuran-penganjuran yang diadakan ini. Pensyarah hanya menilai kumpulan yang mengendalikan acara tersebut dari sudut kecekapan pengurusannya. Dan sudah pasti ketepatan masa setiap siswa dan siswi menjadi salah 1 keutamaan beliau.

3 sudah selesai...walau agak keletihan namun diselimuti 1001 kenangan, 1 jangkaan pengharapan yang besar disandarkan pula pada 2 lagi kumpulan. Berdebar pula rasa, moga segalanya dipermudahkan oleh Nya. Insyallah...

Terima kasih Ya Rahman. Kerana mengizinkan kemanisan ukhwah yang sebegini hadir disekelilingku. Ku mohon dengan izinMu agar memelihara ukhwah yang sedia terjalin ini. Amin Ya Rabb.

p/s : semoga cepat sembuh buat yang berkenaan





Khamis, 13 Ogos 2009

terasa sayu

Assalamualaikum w.b.t

Allahurabbi, segala puji-pujian buatNya. Serta selawat dan salam buat Nabi junjungan Muhammad Bin Abdullah.

Buat sahabat-sahabat sekalian, moga-moga sihat hendaknya dan moga Allah lindungi kita dari segala ancaman wabak. Amin Ya Rabb.

Pada mulanya, saya masih ingin mendiamkan diri dari menulis entri baru. Mungkin kerana sedang berbahagia berada pada mood memerhati dan membaca blog-blog tetangga. Tapi entah mengapa, sepanjang hari ini terasa lain benar di hati ini. Terasa sayu~

Ingin dikongsi, namun bukan semua yang terlafaz. Kerana bahagian-bahagian yang amat sayu itu ingin ku kongsikan bersamaNya.

Sayu mengundang tatkala memikirkan kembali wasiat seorang ustaz beberapa hari lalu. Beliau mengingatkan kami (student tutorialnya) selaku bakal-bakal guru agar memperbetulkan niat. Wasiatnya lagi agar kami berusaha menjadi seorang murabbi yang benar-benar meletakkan al-Quran itu sebati di hati dan jiwa kami. Pesannya lagi dengan tegas agar kami menjadikan medan pengajaran kelak sebagai medan untuk memindahkan roh tauhid di hati dan jiwa anak-anak didik. Tambahnya lagi bahawa matlamat yang unggul mendalami ulum quran adalah untuk turut merasai nikmat kemukjizatan al-Quran yang kekal mukjizatnya hingga hari kiamat. Lantas, sayu dan sebak membelenggu------

Sayu kembali bertandang tatkala beliau menyentuh tentang kondisi masyarakat dunia tika ini yang sedang menyelamatkan diri masing-masing dari bahana wabak yang menular dan mampu meragut nyawa. Seruannya bergema memenuhi ruangan itu, ---"Bertaubatlah, walau semalammu penuh dengan lumpur maksiat. Andai Allah mentakdirkan dirimu pergi meninggalkan kehidupan dunia ini bersama-sama wabak ini, moga pengakhiranmu di sisi kasih sayang Illahi"---- Jiwa sudah menangis, sayu membelenggu kembali------

Minggu ini, ----- sentiasa penuh dengan kejutan. Satu persatu watak dari diari silam muncul. Membawa kebahagiaan, jalan dan cerita yang tersendiri. Walau aku masih di sini, tapi aku bukan yang itu lagi. Sudah ku ganti watak yang hitam. Walau hakikatnya aku masih bertungkus lumus memutihkan watak itu. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin Ya Rabb. Ku damba sebuah istiqamah yang bertakhta terus di kerajaan hati. Pandangan yang kaku dari mata ini kadangkala membuatkan ku tenggelam di sebalik keriuhan suara gurau senda teman-teman. Sayu seketika----

Kala ini, ku renung skrin. Terpandang wajah-wajah tersayang yang menghiasinya. Makin bertambah lagi sayu yang beraja di hati. Mak yang ku cintai, Abah yang ku kasihi, Adik yang ku rindui. Moga kalian sentiasa dilimpahi kasih sayang Illahi.

Namunku tahu walau sayu ini merantai jiwa tapi ia nikmat. Dari Allah yang mewujudkan rasa sayu itu. Kerana Allah sedang mentarbiah hatiku nan satu ini.

Ya Rabbana, semoga mangsa-mangsa wabak yang menular ini tenang di sisiMu. Hanya Engkau yang paling berhak menentukan setiap sesuatu.

Wallahualam..








Selasa, 11 Ogos 2009

ketulusan cinta bonda

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji buat pemilik segala kejadian serta selawat dan salam buat kekasihNya, Muhammad S.A.W. Juga bisikan penuh kerinduan pada Ramadhan. Alhamdullilah, hujung minggu lps berkesempatan pulang sebentar jenguk mak dan abah. Tapi.....kasihan adik, cutinya di tangguhkan atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan. Cetusan rasa ini ku zahirkan buat bondaku. Azizah ...


Bonda
kali ini ku berjaya membuatmu serba salah
serba salah bila ku lihat mata sayumu itu
ku tahu di hatimu menyimpan berjuta rasa
walau bonda selindungkan ia disebalik senyum kasihmu itu





Bonda
andai bonda tahu
bondalah sebaik-baik murabbi
sinar wajahmu
tak dapat bonda nafikan lagi
semua sudah mengakuinya
namun bonda tetap berpegang
berpegang pada
ketinggian dan keagungan kalimah Ilahi

Bonda
tidurmu hanya kerana ia perlu
tiap waktu bonda selalu dekat dgn ayat-ayat Allah
bonda sentiasa kirimkan hadiah buat kami
hadiah buat roh-roh kami
hadiah yang amat suci
dari warkah-warkah cinta Illahi
betapa tulusnya cinta bonda

Bonda
hati kerdil ini
ingin benar menjadi sepertimu
memiliki ketulusan cinta sepertimu
amat tulus kerana tidak pernah meminta balas

Bonda
walau dunia ini bukan milikku
aku benar-benar bahagia
kerana
Allah kurniakan bonda buat ku
ketulusan cinta bonda lebih besar dari isi dunia

Ya Rahman,
ku mohon dengan kebesaran kalimahMu
suburkanlah cintaMu di hati bonda
kerana ku tahu hanya cintaMu
yg membina ketulusan cinta bonda

Terima kasih Ya Rahim,
kerana mengizinkan ku
menumpang teduh di bawah kasihMu
yg Kau zahirkan dari kasih sayang bondaku.






MUHASABAH CINTA


Muhasabah Cinta
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.






Powered By Blogger