"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 13 Ogos 2009

terasa sayu

Assalamualaikum w.b.t

Allahurabbi, segala puji-pujian buatNya. Serta selawat dan salam buat Nabi junjungan Muhammad Bin Abdullah.

Buat sahabat-sahabat sekalian, moga-moga sihat hendaknya dan moga Allah lindungi kita dari segala ancaman wabak. Amin Ya Rabb.

Pada mulanya, saya masih ingin mendiamkan diri dari menulis entri baru. Mungkin kerana sedang berbahagia berada pada mood memerhati dan membaca blog-blog tetangga. Tapi entah mengapa, sepanjang hari ini terasa lain benar di hati ini. Terasa sayu~

Ingin dikongsi, namun bukan semua yang terlafaz. Kerana bahagian-bahagian yang amat sayu itu ingin ku kongsikan bersamaNya.

Sayu mengundang tatkala memikirkan kembali wasiat seorang ustaz beberapa hari lalu. Beliau mengingatkan kami (student tutorialnya) selaku bakal-bakal guru agar memperbetulkan niat. Wasiatnya lagi agar kami berusaha menjadi seorang murabbi yang benar-benar meletakkan al-Quran itu sebati di hati dan jiwa kami. Pesannya lagi dengan tegas agar kami menjadikan medan pengajaran kelak sebagai medan untuk memindahkan roh tauhid di hati dan jiwa anak-anak didik. Tambahnya lagi bahawa matlamat yang unggul mendalami ulum quran adalah untuk turut merasai nikmat kemukjizatan al-Quran yang kekal mukjizatnya hingga hari kiamat. Lantas, sayu dan sebak membelenggu------

Sayu kembali bertandang tatkala beliau menyentuh tentang kondisi masyarakat dunia tika ini yang sedang menyelamatkan diri masing-masing dari bahana wabak yang menular dan mampu meragut nyawa. Seruannya bergema memenuhi ruangan itu, ---"Bertaubatlah, walau semalammu penuh dengan lumpur maksiat. Andai Allah mentakdirkan dirimu pergi meninggalkan kehidupan dunia ini bersama-sama wabak ini, moga pengakhiranmu di sisi kasih sayang Illahi"---- Jiwa sudah menangis, sayu membelenggu kembali------

Minggu ini, ----- sentiasa penuh dengan kejutan. Satu persatu watak dari diari silam muncul. Membawa kebahagiaan, jalan dan cerita yang tersendiri. Walau aku masih di sini, tapi aku bukan yang itu lagi. Sudah ku ganti watak yang hitam. Walau hakikatnya aku masih bertungkus lumus memutihkan watak itu. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin Ya Rabb. Ku damba sebuah istiqamah yang bertakhta terus di kerajaan hati. Pandangan yang kaku dari mata ini kadangkala membuatkan ku tenggelam di sebalik keriuhan suara gurau senda teman-teman. Sayu seketika----

Kala ini, ku renung skrin. Terpandang wajah-wajah tersayang yang menghiasinya. Makin bertambah lagi sayu yang beraja di hati. Mak yang ku cintai, Abah yang ku kasihi, Adik yang ku rindui. Moga kalian sentiasa dilimpahi kasih sayang Illahi.

Namunku tahu walau sayu ini merantai jiwa tapi ia nikmat. Dari Allah yang mewujudkan rasa sayu itu. Kerana Allah sedang mentarbiah hatiku nan satu ini.

Ya Rabbana, semoga mangsa-mangsa wabak yang menular ini tenang di sisiMu. Hanya Engkau yang paling berhak menentukan setiap sesuatu.

Wallahualam..








Tiada ulasan:

Powered By Blogger