"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 1 Mac 2009

Kenangan indah bersama si comel

Assalamualaikum.....

Diharap kamu, kamu dan juga kamu sentiasa bahagia dan gembira kerana masih bersama keluarga dan insan-insan tersayang.

Kali ini saya nak kongsi cerita tentang kunjungan saya dan sahabat-sahabat group tasawur ke sebuah rumah perlindungan di Cheras klik disini....kami tiba disana kira-kira jam 9.15 pg...setibanya kami disana...saya tidak menjangkakan ada kumpulan pelajar dr universiti lain di sana...mereka dari jurusan kaunseling UIA...

Perkara pertama yg saya terima di rumah tersebut ialah sapaan seorang kanak-kanak yg merengek minta didokong....senyum tawa mereka membuatkan saya rasa mereka seperti adik-adik saya sendiri.....tuan rumah perlindungan seorang yg peramah tetapi tetap tegas terhadap keperluan anak-anak angkatnya yg hampir 60 org....anak-anak disana memanggilnya mama...sayu hati saya mendengar bual bicaranya sewaktu mengalu-alukan kedatangan kami pg td....tabah sungguh hati seorang ibu...cekal dan kreatif untuk memastikan kebajikan anak-anak di sana terpelihara....kagum saya dengan beliau....

Bila direnung dalam-dalam setiap mata anak-anak disana.....terpancar wajah bahagia kerana diberi kasih sayang yang tak berbelah bahagi oleh mama...wajah anak-anak kecil yg jika sekali pandang tiada bezanya dengan anak-anak yg lain ini buat saya merenung lama.....syukur Ya Allah....aku masih punya mak, abah....dan seorang adik kandung yg memahami...

Buat adik-adik akak di sana....akak doakan kalian beroleh sebuah kehidupan yg bahagia...pendidikan yg sempurna....dilimpahi senyuman yg paling indah...dapat berbakti pd agama dan bangsa bila dewasa kelak...tabahkan hatimu sayang...kehidupan di luar sana memang penuh panca roba..semoga hatimu sentiasa dihiasi taqwa dan cinta pd Ilahi...amin...

p/s: saya tak dapat nak lampirkan gambar...coming soon...insyaallah....

Tiada ulasan:

Powered By Blogger