Sebenarnya bahan ni familiar dah...tapi melayan rumate kesayangan sy ni...sy masukkan jua sebagai entri di blog. hehe...Sem dpn entah dpt jd rumate lg entah tak..kan ila???sebab aku suke la gaduh-gaduh, share story ngn ko...gelak sama-sama..sedey sama-sama...tgk "matahari" sama-sama kat hp ko hehehe.ko seorg rumate yg sweet sgt. mgkn sbb kita slalu share makan sama-sama gak kot..hehe..and thanks a lot 4 everything..xpesially utk buat laptop aku ni bernyawa..
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, anda tengok bas itu dan anda berkata pada diri anda,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, anda akan katakan pada diri anda, “Saya akan tunggu bas yang lain.”
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, anda tengok bas itu dan anda berkata pada diri anda,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, anda akan katakan pada diri anda, “Saya akan tunggu bas yang lain.”
Anda pun biarkan bas tu berlalu dan anda tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua.
Anda tengok bas itu dan anda akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, anda pun biarkan bas buruk itu berlalu dan anda bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini anda kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”
Dan sekali lagi anda biarkan bas itu berlalu dan anda bercadang untuk menanti bas yang seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang anda sudah terlambat rupanya.
Anda mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah anda sedar bahawa… anda dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini anda dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang anda hendak.
Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah anda dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk anda? Jadi, mengingini apa yang anda idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya anda dapati “bas” itu tidak sesuai dengan anda, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.
Tapi… saya pasti anda semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Anda nampak sebuah bas datang ((tentulah bas yang anda nanti- nantikan)), anda tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak anda dan terus berlalu tinggalkan anda!
Hahahaha…Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Kurang bijak sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, anda akan terjatuh dan menyakiti diri anda sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada anda nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri anda. Dan bila anda berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta
Namun saya ada pendapat peribadi :
Namun saya ada pendapat peribadi :
2 ulasan:
sgt byk definisi cinta~
tpi...suma org lebey memilih untuk menunggu...
btol x?
semoga tiap penantian membuahkan hasil yang terbaik..
untuk kita semua...
hehe..yup..
tp menunggu bkn dgn tgn kosong..
mempersiapkn diri dgn memelihara peribadi
agar insan yg di nanti dari kalangan
soleh/solehah insyaallah (^_^)
Catat Ulasan