"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" [Ibrahim : 40]

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [al-Ankabut :2]



Sahabatku

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 28 Ogos 2009

kenapa kamu belajar???

Assalamualaikum w.b.t

Syukur dan setinggi-tinggi puji buat Allah, kerana masih memberi izin pada kita utk berjalan di bumiNya. Selawat dan salam penuh kerinduan buat kekasihNya, Muhammad Rasullulah.

Pejam celik, sudah masuk ramadhan yg ke-7. Pada ramadhan ke-5, telah terjadi 1 insiden yang membuatkan aku terkenangkan zaman persekolahan berasrama yg kadang2 agak complicated..huhu. Maaflah, tak patut rasanya bercerita tentangnya. Cukup sekadar yg perlu tahu, sudah tahu. Yang perlu dgr sudah dgr. Walau dlm keadaan yg zahir aku bukanlah pd pihak yg bersalah. Namun, jauh di sudut hati ini.....malu denganNya. Ya Rabbana, tetapkanlah hatiku Ya Rahman.

Hari ini 7 ramadhan, masih awl pg. Apa yg aku nak kongsi di sini ialah tentang kejadian di kelas semalam. Jadual kelas telah ditukar hari dan waktunya. Namun masih kekal mampu membakar minda.

Ustaz : Baiklah, sekarang saya nak tahu, kenapa kamu semua belajar? Untuk apa?
Pelajar A : Untuk mencari keredhaan.
Ustaz : Bukan
Pelajar B : Untuk dekatkan diri kepada Allah.
Ustaz : Bukan
Pelajar C : Kerana Allah
Ustaz : Pun bukan, ia adalah penyebab utama utk kamu lakukan semua yg kamu jwb td.

---------aku dah tergamam dah, apa ye jwpn yg paling tepat?-----------

Pelajar lain : Masing2 memberi lagi jawapan2 yg lain
Ustaz : Baiklah(sambil tersenyum) kita belajar adalah utk mengenal Allah. Ma'rifatullah!

--------seisi kelas senyap menantikan penjelasan ustaz--------

Ustaz : Jika kamu tidak kenal Allah, bagaimana Allah akan memberi keredhaan pada org yg tidak mengenalinya? Jika kamu tidak mengenal Allah, bagaimana kamu hendak mendekatkan diri kamu kepadaNya? Jika kamu tidak mengenal Allah, bagaimana mungkin kamu melakukan sesuatu keranaNya?

-----------------------------------------------------

Apabila kamu mengenal Allah, barulah kamu boleh lakukan tazkiyah nafs dan seterusnya mencari keredhaanNya. Kamu tidak akan mudah merasa ada org yg hebat. Kerana kamu tahu Allah adalah yang paling hebat. Kamu tak mudah gentar dengan dugaan2 dariNya. Kadang-kadang Allah memberi kita jalan untuk mengenalNya dalam keadaan kita susah, kamu tak akan merasa kamu paling susah....kerana kamu tahu mengenal Allah itu lebih utama dari nikmat2 dunia. Kadang2 Allah membuka jalan untuk kita mengenalNya dalam keadaan kita senang. Namun manusia itu selalu leka dan lalai dgn nikmat2 duniawi.

----------------------------------------------------

manik2 jernih mengalir

p/s : mula2 aku takut nak masuk kelas ni, sekarang....aku tak sabar2 nak tggu mggu dpn...wlaupun tugasan sering dititipkan, namun penuh hikmah dan maknanya dlm hidupku.

wallahualam




Tiada ulasan:

Powered By Blogger